Monday, May 21, 2012

Perhimpunan Suci 3.0

Perhimpunan Suci 3.0 di Bangi
oleh: daddyziyyad, wartawan part time Berita Hairan

Bangi, 20 May. Telah berlaku satu perhimpunan yang telah lama di rancang oleh penganjur dengan code name Perhimpunan Suci 3.0. Perhimpunan yang berlangsung di Taman Tasik Cempaka, Bangi telah menggamit ramai peserta.

antara objek yang dibawa oleh wartawan


objek kedua yang dibawa oleh wartawan
 
Wartawan telah sampai awal juga ke tapak perhimpunan. Orang no.2 yang sampai. Penganjur perhimpunan, Datuk Hani telah lama sampai. Kalau penganjur lambat sampai, memang patut kena boo lah kan..Ini pertama kali wartawan sampai ke sini, walaupun sebelum ini acapkali baca dalam laporan akhbar bahawa tempat ini memang menjadi port pilihan manusia berasmara dana di malam hari!
Penganjur bersama, kak azieazah yang memang kemahirannya buat air. Beliau ialah orang ketiga yg sampai ke tapak perhimpunan(sebenarnya tempat ke 3 dikongsi bersama dgn kakcik seroja& suami, sebab mereka naik satu kereta!)
Selepas beberapa ketika, kehadiran lebih ramai peserta perhimpunan menambah kan lagi bilangan objek objek yang ingin dipaparkan di demo ini.
Ini baru sebahagian kecil objek yang dibawa semalam.
Anak wartawan ini cuba di kidnap oleh peserta perhimpunan, Kak Azieazah. Namun apabila di beritahu oleh Abg Mus bahawa baby itu perlukan susu badan, tergelak besar Kak Azieazah apabila meyedari beliau tak boleh hasilkan susu badan! (boleh sebenarnya, kalau makan pil, penganjur utama Datuk Hani dah offer pil semalam..hahaha)
Suasana perhimpunan menjadi semakin panas. Bukan panas sebab ada keganasan, tapi memang betul betul semakin panas! Pun begitu, semangat berhimpun peserta memang wajar dipuji, tetap istiqomah duduk atas rumput tak berganjak!
Anak wartawan bersama Abg Mus. Bukti suasana makin panas, anak wartawan pun dah tukar baju sebab baju asalnya telah lencun basah dek peluh bercucuran. ( wartawan pun sama, peluh menjejeh! ahaha)
Antara kenamaan yang turut hadir semalam ialah Kak Azian yang membawa rombongan paling ramai. Dato LF pun turut hadir ( ini betul betul punya Dato, bukan Datuk tipu macam penganjur, Datuk Hani tu)
Datuk LF berbaju belang puti hitam, special sikit, berhimpun sambil bawa kerusi. :)

Tuntutan perhimpunan Suci 3.0 ini ialah untuk merapatkan ukhwah, berkenalan sesama blogger yang tak pernah ketemu sebelum ini, dan makan, makan & makan. Rasa rasanya, kesemua tuntutan perhimpunan ini telah tercapai.
Wartawan duduk di sekitar kawasan ini semalam.Penganjur bersama, Kakcik Seroja(berbaju belang hitam, pink & kelabu) kelihatan tak makan sangat, maybe kenyang dek keterujaan berhimpun! Ahahah..

Wartawan dan ahli keluarga wartawan bagaimanapun terpaksa bersurai lebih awal semalam ( paling awal balik..ekekeke). Ini kerana isteri wartawan ada temujanji di The Curve. Wartawan & keluarga berasa amat suka dengan perhimpunan ini, walaupun di sebelah malamnya, wartawan telah diberitahu oleh sumber risikan wartawan bahawa mereka beralih tempat perhimpunan selepas itu, di Ice Room! Cisss,...wartawan tak sempat nak join. Ahahaha..
Bukti bergambar sumber risikan wartawan: Memang betol mereka berhimpun di Ice Room pulak lepas tu!! Kredit gambar ke penganjur bersama, Kakcik Seroja

Bukti mereka yang hadir ke perhimpunan ini. Wartawan dan keluarga tiada dalam gambar sebab dah balik awal..haha..Kredit kepada penganjur, Datuk Hani utk gambar ini.

59 comments:

  1. Satu laporan yang baik walaupun gambar wartawan tidak tertera di mana2, termsuklah dalam kamera kakcik!

    Ops... air, sirap, ais dan bekas adalah sumbangan KS tetapi telah direalisasikan 'kejadiannya' oleh Pn.AA bersama DrHoney. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops lupa pulak... terima kasih kerana sudi buat dan bawa macaroon dan cream puff yang sangat sedap itu. Kalau tak sebab malu, mesti kakcik dah sorok sekotak awal2 ke dalam kereta. :)

      Delete
    2. lain kalai ada rezeki saya bawak lagi macaron kakcik ;)

      Delete
    3. terliur tgok macaron tu jugakkk :((

      Delete
  2. meriah2.. hampir2 nk join tp x jd sebab non ado no fon sorg insan pon dlm gambar di atas.. hahahaha.. ok undur diri dulu~

    ReplyDelete
  3. sekian sjh wartawan bersih 3.0 melaporkan dari tempat kejadian..eh,dari tempat kerja....hahahahah!

    ReplyDelete
  4. alaa..dua2 makanan yg wartawan bersih 3.0 bawak tu kakain suka bangat tau...
    rugi tak pegi..tp nak mcm manakan tak ada rezeki...balik kampung time tuu..

    ReplyDelete
  5. Wow! Smbg lepak kat Ice Room. Gile best!

    ReplyDelete
  6. hee.. paling ramai peserta ye akak bawak.. memeriahkan suasana..

    apa2 pun macaroon n cream puffs. sedapppp..

    ReplyDelete
  7. wow! doc bawak macaron! alaaaaa...nak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahhaa..lain kali sila join perhimpunan ;P

      Delete
    2. ingin sgt sy join doc, tp apakan daya balik kmpung setelkan urusan utk knduri..hrp sgt dpt jumpa semua.tingin jugak nak gomol si ziyyad tu..ehhe!

      doc, kalau tak keberatan jmputlah dtg ke majlis sy nnti ye? kalau boleh nak minta alamat, komen kat blog pun takpe sy xpublish :)

      Delete
  8. Bila la dpt merasa join perhimpunan camni :(

    ReplyDelete
  9. jeles sgt2 sbb saya tak ada di tempat kejadian

    ReplyDelete
  10. Kalau ada perhimpunan lagi wartawan jgn lupa ya bawak objek yang colorful tu...lemak berkrim...

    ReplyDelete
  11. bagus2..aktiviti sihat macam ni la yang tidak merosakkan imej negara di mata dunia..hehehe..

    ReplyDelete
  12. wah...dah lame tak gather2 mcm ni...dulu selalu join fotopages community buat.....ni skrang dah takde dah.....

    yg syok dpt borak2 sambil mkn2 hasil potluck...perut kenyang hati senang....

    tu laa, anak wartawan ensem sangat tu pasal ade risiko tinggi tu di kidnap heheeheh...

    ReplyDelete
  13. Baru hari ini kakak dapat baca BH... lama betul tak baca.:)

    Tapi sebab wartawan ini membawa penampilan berita yg siap dgn bukti so kakak percaya. Lagi pula wajah-wajah yang ditunjukkan ramai yg kakak kenal walau sekadar melalui alam maya...best:)

    ReplyDelete
  14. nampaknya tetap la kena jadi doktor..tak de bakat jadi wartawan..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan jumpa kak yan tu? dia sgt friendly kan??

      Delete
    2. Acik Erna- ahahaha..mmg tak berbakat!

      Wahida - sangatttttttttttttt..macam dah kenal lama..syiok ooo dengar dia bercerita pasal kashmir

      Delete
  15. Replies
    1. dah di uar uar kan lah YB dlm blog & FB :)

      Delete
  16. ahli perhimpunan pulang dengan perut kenyang... itu yg penting.

    ReplyDelete
  17. no wartawan sokkabo mane nih??

    ReplyDelete
    Replies
    1. berita hairan.. sokkabo yang dah nak bankrup!
      kekekeke

      Delete
  18. tahniah - berjaya menganjurkan perhimpunan tanpa mengganggu ketenteraman awam...
    eheheheheh

    iols pasti pihak yg rajin berdemo/berhimpun nak mintak resepi bagaimana nak buat perhimpunan yg bersih begini...

    ReplyDelete
  19. orang bangi sendiri x tau puuuun!!! sampai ati x kasi tau!

    ReplyDelete
  20. perhimpunan yang berjaya .....

    ReplyDelete
  21. Wahh meriahnyaa.. gathering uols..semua.. makanan pun sedap2.. :)

    ReplyDelete
  22. meriah + ai jeles.. hikhikhik..

    psstt: lain kali wat lagi ai nak join.. ;)

    ReplyDelete
  23. perghhh... meriahnya... teringin nak joint...

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum akak,

    sy fasz....ada satu je gambar sy kat sini ...hehehehe sib baik ada...

    salam pekenalan....

    sy masih bujang. tumpang kasih syg anak -anak dr sini :D

    ReplyDelete
  25. best ah laporan wartawan nih.....

    ReplyDelete
  26. blakang opis aje tasik nih....hehehehehe.....meriah nampak!

    ReplyDelete
  27. Alahaiiii..seronoknya berpicnic reramai. Klu ada jemputan, leh mak join aritu. Kebetulan plak mak free x de planning kemana2 last wiken tu. Huhuhu..takde jodoh lg kita nak jumpa reramai tu

    ReplyDelete
  28. meriahnyeeee.. makanan pon turut meriah!! terliurrrr...:P

    ReplyDelete
  29. *Pujangga pernah berkata... Hani dah ada Datuk?

    (*Pujangga pernah berkata' tu pinjam dari komen kamu kat blog Fara Pok Amai-Amai...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. si wartawan ni jer yg pepandai bubuh Datuk la uncle

      saya kena pegi rawat kerabat sultan mana agaknya baru boleh dapat title tu?
      ataupun, since wartawan dah mention begitu, patutkah saya pegi 'beli' title itu? kekekkee

      Delete
  30. Makan ,makan dan makan adalah sangat menyeronokkan.

    ReplyDelete
  31. sungguh suci perhimpunan ini...bagus2...hehe
    ramai yer yg join...meriah nampak nyer...

    ReplyDelete
  32. bestnya lahaiii kalau dpt joint perhimpunan ni
    sambil kunyah macaron yg cun tu :")
    seronok dpt jalinkan ukhwah sesama blogger.happening ;)

    ReplyDelete
  33. seronoknyaaa....!!! moga ukhuwah kekal selamanya..

    ReplyDelete
  34. polis tak serbu ke perhimpunan suci ni : ).opsss meriah lah perhimpunan kali ni lagi meriah wartawan berita harian yang mengulas di tempat kejadian. ha ha ha comelnya zayyan, muka mommy tak berapa nampak .

    ReplyDelete
  35. wow, bestnya sesekali dapat buat perhimpunan macam ni kan

    ReplyDelete
  36. Doc..sib baik Nekcik tak join..kalau tak 3/4 gambar tu penuh muka kaum kerabat Nekcik..fullhoused!!!

    ReplyDelete
  37. tahniah, tahniah dan tahniah .. teruskan ukhwah yang sudah terjalin ini.

    ReplyDelete
  38. Salam Yob,
    Bahan2 dlm kotak tu amat menggetarkan jiwa! Warna-warni lagi!

    ReplyDelete
  39. acu minta maaf ye sebab tak berbual pun dengan daddy ziyyad
    acu nie pemalu sikit kalau 1st time jumpa
    rasa segan nak tegur...maaf ye :)

    ReplyDelete
  40. Seronoknya tengok.. lain kali kalau ada rezeki nak ikut..

    Malu nak habaq, makchaq tak pernah lagi makan macaron ni..

    ReplyDelete
  41. Sedapnye cream puff tu *tol kan nm dia, :)

    ReplyDelete
  42. ni bukan wartawan utusan atau kosmo kann.. jap eh nak tengok staff list kat editorial department.. hehehe..

    ReplyDelete
  43. Wah meriah dan berjayanya perhimpunan suci3.0 tu,tahniah semua yg terlibat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...