Thursday, May 31, 2012

Pendidikan itu Pelaburan

ziyyad di Taj Mahal. 
Dalam minggu lepas, ada keluar berita pasal "Pemansuhan Kuota Kemasukan Ke Sekolah Antarabangsa". Antara beritanya, DI SINI

Hujung bulan Oktober nanti, Insya Allah anak sulung aku, Ziyyad, akan berumur 4 tahun. Kami suamiisteri dah mula fikirkan tentang pendidikan nya..Di mana kami perlu hantar Ziyyad belajar, seawal umur berapa kena pergi kindy, etc etc..

Aku terfikir juga nak hantar Ziyyad ke international school. Sebabnya? Tak perlu lah aku bagitau..
Tapi aku terfikir juga, aku dulu pun sekolah biasa aja..dan aku bayar tax tiap2 tahun..rugi lah pulak tak guna kemudahan yang ada..Namun, bila fikir2 tentang hal lain, aku berbelah bagi tentang isu ini..

Hmmm...

Apa pendapat anda?


~ps: tipu aja...ziyyad bukan kat Taj Mahal, tu kat Tmn Tamadun Islam..ekekekek~

42 comments:

  1. Itu la pasal nmpk macm kain/ baju kat belakang . wakaka...

    ReplyDelete
  2. baru bincang dengan suami tentang sekolah antarabangsa..pendapat kami, untuk perkembangan bahasa dan juga pelajaran mmg bagus pegi ke sekolah antarabangsa..tapi dari segi sosial dan juga akhlak macam banyak dengar masalah..

    tapi saya rasa ia boleh dikawal dan dielakkan dengan pendidikan ibu bapa tu sendiri..cuma bagi ibu bapa yg keduanya bekerja maybe susah sikit nak monitor kelakuan diorang ni..

    ReplyDelete
  3. belajar mana2 pun sme je, cuma y beza..surrounding. ak merasa belajar d sek convent y mana pelajar kebykkn cina, india y dtg dr famili educated..doctor, lawyer etc.. Pemikiran diorg lain n more english gdunakan sms berbual..

    Lain sek melayu..nih pun ak rase gak. semangat melayu lagi kuat hehe..y sebenarnya..terpulang pd pelajar itu sndri..belajar mana2 pn same jek. kalo malas blajar letak mana2 pun sama jek

    ReplyDelete
  4. kalau bg saya la kan...umur 4,5 tahun ni bg foundation yg Islamic dulu...tapi kena pastikan kindy tu ada akademik yg baik juga.bukan apa..budak2 ni fikirannya kosong..senang nak dilatih.tambahan plk bila ilmu2 dunia ni kita mulakan dengan pelajaran agama (doa etc) insyaAllah lebih berkat.

    ReplyDelete
  5. Penat kakcik taip panjang2 - komen tak lepas :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak lepas kakcik? taip lah semula...saya nak baca..ekekekeke

      Delete
    2. Kalau jadi mcm ni yg frust tu. Tak tahu kenapa tapi mmg ada terjadi .... huhuhu

      Delete
  6. Anak2 akak semua sekolah biasa je tapi kalau ada kemampuan apa salahnya memberi pendidikan yang terbaik buat mereka. Sekarang dah pelbagai, bukan sekadar bergantung pada sekolah kerajaan. Mintak2 mereka cemerlang dunia & akhirat.

    Kalau bab bayar tax tu tak dapat den nak nolong. Duit tu bukan guna utk sekolah je. Buat masjid, buat jalan, bantu org miskin (yang dpat bantua JKM). Tawakkal. Anggaplah kita bersedekah sekurang2nya dapat jugak pahala tapi jgn merungut pulak habis terbang pahala tu nanti...hehehee...

    ReplyDelete
  7. iols dulu penah bercita2 nak hantar anak2 iols sekolah cina...
    tapi tak berkesampaian - my abah tak bagi...
    hemmm...

    kalo berkemampuan - boleh aje masuk international school....
    tapi masa nak start kindy ni... elok juga masuk kindy yg ada pembelanjaran mencakupi bidang agama...
    basic tu yg penting...

    ReplyDelete
  8. I think kalau ibu bapa berkemampuan .. hantar lah anak ke Sekolah Antarabangsa. I always remember someone told me "Education is the best assets"

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Daddy Ziyyad

    untuk ilmu dunia ...Alhamdulillah..teruskan
    bekalan Akhirat kita kena fikir2kan...

    ReplyDelete
  10. hantarlah sekolah manapun~asalkan ada subjek fardu kifayah~

    *tapi sekolah internasional bagus gak~~anak pandai speaking~

    ReplyDelete
    Replies
    1. *fardu ain~~salah sebut tq chik att~~

      Delete
  11. aku penah survey international school
    antara syarat - budak tu penah skolah kat obersi at least 3 tahun

    haihh.. abes, kalo rakyat marhaen cam aku yg tak penah dok obersi ni, takleh la anta anak kesana, walaupun aku mampu???

    ada sesapa boleh tolong jawab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. international school mane yg ada syarat camtu ?

      kalo kat Ipoh ni yg Tenby punya tak kesah pun asalkan bayar je yuran, antar je la anak ke situ..tak kira la anak tu belajar pandai ke, nak ponteng sekolah ke, asalkan bayar je yuran, boleh saja..hehehe

      Delete
  12. Bujall... bukan fardu kifayah .... fardu ain laaaa ....

    Pendidikan terletak pd ibubapa...
    Ayah saya .... 8 org anaknya masuk sek kebangsaan ja.... semua berjaya ...Alhamdulillah ...8 8 keluar universiti ....

    Yang penting cara kita mendidik .... dan jgn ketepikan didikan agama ..

    ReplyDelete
  13. Kakak tak berani sangat bab pemilihan sekolah nie. Tapi buat diri kakak semua anak kakak dari awal memang pilihan kakak menjurus ke sekolah aliran agama. Tadika 4-6 tahun tadika Islam. Baugsnya usia 5 tahun solat dan mengaji pasti ok. Tahun 1-6 sekolah kebangsaan dan sekolah agama (Johor biasalah mesti ada sek. agama). Masuk tingkatan 1 kakak hantar sekolah aliran agama lagi.

    Kakak lihat sepupu-sepupu, kakak-abang kakak pun sama dan anak mereka pun masing-masing nampaknya ada yg jadi doktor (termasuk yg doctor kerana PhD), engineer, lecturer dan jawatan baik juga...

    ReplyDelete
  14. Err...sy sokong komen Bujal ngan Kakzakie. Hantar anak ke sekolah berteraskan agama.

    Bagi sy, pendidikan agamalah pelaburan terbaik di antara pendidikan yg lain sbb ianya bukan setakat di dunia tapi di hari kemudian juga.

    Walau apapun, kita adalah ibubapa pd anak-anak. Dan kita jugalah bertanggungjawab melukis setiap warna pada kanvas putih (anak). Jadi, pk kan sebaik2nya ye?

    ReplyDelete
  15. pndpt saya..hantar mana2 pun tak pe asal kita pantau sama..jgn serah kat sekolah smata2...

    saya ajar ttg agama dari rumah..antar tadika swasta...sekolah kebangsaan..mmg le ada pro and cons..klu mampu tak pe..tapi asas adalah dari rumah..sbb cikgu x mampu nk tumpu kat sorang murid sahaja..saya juga sgt tekankan agama sbb itu lebih kekal untuk akhirat..tapi pelajar dunia pun saya tekankan sama..cuma saya tak setuju kenapa pelajaran agama tak dijadikan mata pelajaran PENTING :(

    ReplyDelete
  16. kalo mampu x kesah doc..
    janji anak dapat pendidikan terbaik dunia dan akhirat.. amin~

    ReplyDelete
  17. Hantar sekolah biasa aje biar dia bercampur dgn kanak2 Malaysia yg lahir di negara ini. After all, Ziyyad akan membesar dan kerja di sini kan? Unless dia nak migrate ke luar negara .... hehehe

    Maaf, komen bahasa rojak ngeeee

    ReplyDelete
  18. salam..umur 4-6 ada baiknya cari tadika yg tekankan aspek agama..fardhu ain , science,math, etc... BUKAN dimulakan dgn science, math pastu baru fardhu ain.. banyak tengok iklan tadika aspek agama letak belakang sekali..

    ReplyDelete
  19. ai sokong komen Kakzakie..
    anak2 ai hantar kat sekolah biasa je..

    ReplyDelete
  20. Klu berkemampuan htr ke sklh a/bangsa pun ok juga tp kena balance pengajian ilmu agama juga......

    ReplyDelete
  21. ikut kemampuan la. Kalau mampu tak pe....

    ReplyDelete
  22. kalo ade berkemampuan apa salahnye....lagipun mmg semua org mau kan yg terbaik utk anak2.....all the best!~

    ReplyDelete
  23. sama fgn meya akan bermula sekolah tahun depan.... dah buat pilihan nak hantar ke tadikan yg ada ajar lebih fardu ain.... Pasti rasanya

    ReplyDelete
  24. memang kalo ikut dari corak pembelajaran, international school ni dia tak ikut sangat silibus pendidikan Malaysia..memang terbaek kalo nak terapkan ilmu dunia untuk anak anak..even ada belajar pendidikan islam tapi tu ala ala syarat je supaya anak anak orang beragama islam leh masuk sekolah situ (kononnya la)..

    kalau anak aku, andainya aku berkemampuan, aku pun nak kasik anak aku gi private school camtu je..tapi awal awal pendidikan formal better cari yang lebih asas islamik..lagipun sekarang tak susah nak cari tadika islam yang dalam masa sama menekankan asas akademik utk budak budak ni..

    ReplyDelete
  25. pendapat saya sama je ngan yg lain...masa kecil ni basic agama tu penting...:)

    ReplyDelete
  26. mula-mula macam pelik juga, bila masa korang ke Taj Mahal kan.......? hehehe.


    kami pun tengah berfikir-fikir ni mana nak hantar (eh, Irfan sebaya Ziyyad rupanya). tapi kat sini macam tak tahu pulak ada sekolah antarabangsa, sekolah jepun adolah, ehe.

    apa-apapun, pilihan ditangan kita. pernah juga saya dengar ulasan seorang pendidik/pendakwah (yg dikenali kat M'sia ni) tu kata, pendidikan itu memang satu pelaburan, jadi dia memilih untuk tidak menghantar anak2nya ke sekolah kerajaan. Bukan atas sebab nak kondem sekolah kerajaan atau kata tak bagus ke apa. yelah, dulu pun kita sek kerajaan juga kan.
    mungkin sistem pendidikan itu sendiri 'tak kena'.....

    tapi skrg kan, rata-rata sekolah mementingkan pencapaian, peratus, berapa org 'A', berapa banyak lulus..bla,bla....
    pembentukan sahsiah tu lg penting kot.

    ReplyDelete
  27. kalau mampu apa salahnya...:)

    ReplyDelete
  28. anak2 seusia ziyyad pantas menyerap doa2, ayat2 lazim yg diajar guru utk dijadikan amalannya setiap hari. sehingga usia 6 tahun jika dia boleh mengira, boleh menulis/mengeja dan membaca dengan baik, insyaallah dia boleh jadi murid yg excellent bila melangkah ke sekolah rendah. anak saudara kak liza baru 3 tahun tapi boleh baca doa makan walau pun pelat2nya. entry kak liza http://www.adzriel.com/2012/05/tersenarai-dalam-digiwwwow-award-2012.html
    apa yg daddy ziyyad mahukan.. ke situlah tempat yg kena hantar. pemilihan tadika anak2 sangat penting bukan sekadar utk bermain tetapi sambil bermain mereka belajar. 4 org anak yg dah pun bersekolah mengajar kak liza agar lebih berhati2 utk anak yg ke 5 ni. tidak kira ianya mahal atau murah, selidiklah cara mereka mengajar, buat analisis dgn org lain yg mungkin pernah hantar anak mereka ke sana. Yakinlah dengan pilihan kalian suami isteri, insyaallah ziyyad happy dan bijak. betul kata najwa, sahsiah penting sebab esok lusa kesedaran utk menimba ilmu akan datang sendiri dlm dirinya berbanding anak2 yg perlu kita follow-up selalu walau pun dah ke sekolah menengah.

    ReplyDelete
  29. di Taiping tak byk tadika swasta yg diiktiraf..setelah berbincang somi isteri,..kami sepakat anta anak ke PASTI..kami mahu dia menghafal doa2 harian yg mudah..dalam masa yg sama,dia boleh ajar kami jugak.. :)
    tapi,..lain org lain keinginan

    ReplyDelete
  30. salam
    semua anak2 akak,4 org..hantar ke cahayaku qiraati...rm100 lbh sebulan...cukup 2 tahun...lancar membaca,bahasa inggeris serta bahasa arab...tak mau pakai yg terdedah...

    ReplyDelete
  31. Drdaddy,

    kalo mampu apa slhnya ke intl school kan!
    Tp utk org biasa mcm sy ,govt school jer .dulu pun belajar govt smp dok um.yg ptg foundation mesti kukuh.

    Bg sy islamic foundation plg ptg,ada niat nk htr ank g ngaji tahfiz.doa2 kan.

    ReplyDelete
  32. Daddy Ziyyad,

    sebenar - benar nya government pun the best. Kalau..kalau ye. Kalau cikgu yg mengajarnya bagus.. Macam akak dulu lah.. hee..Serious ni. Tapiii...eemmm mmg tak semua cikgu berdedikasi.

    Tapi akak mmg hantar anak2 sekolah private. Since depa kindy. Now islamic integrated school. Senang..Cuma sekolah macam ni problem cikgu lah. kurang experience. And not well trained like government.. Akak mmg prefer islamic school. In fact nak hantar yg kecik tu takfiz but still private school..INSYALLAHH.. dua'a2 kan ye..

    ReplyDelete
  33. Kalau mampu apa salahnya ke IS, tapi kena survey dulu jugak.

    Sekarang ni IS dah makin banyak ditubuhkan dan dah jadi macam perniagaan. Ramai yg hantar ke IS utk dptkan pendidikan terbaik, tapi dengan banyaknya tumbuh IS, dah menyebabkan masalah kekurangan guru dan guru2 dari sekolah kerajaan pun ramai direkrut keIS. Guru2 ni biasanya terbawa style SK ke IS.. macam balik asal la juga..

    Ini dari pengalaman org yg pernah/hantar anak ke IS... bukan makchaq

    Dan spt pendapat yg lain2 makchaq pun berpendapat pendidikan agama perlu diterapkan awal2 ni...

    ReplyDelete
  34. saya hantar anak kat sekolah kebangsaan biasa jer.. kindy pun biasa2 jer.. sebab tak mampu.. huhu..

    ReplyDelete
  35. Mana2 sama je blajar, exposure je len, plus bayaran len, cuma parents kena main peranan to make it success for both

    ReplyDelete
  36. Yg ke kelantan ritu ke? Singgah tganu skali yek....

    ReplyDelete
  37. mana pun anak sekolah, semuanya back to basic... Peranan Ibu bapa. My cousin sekolah kan anak kat international school. BM? tak pandai langsung ckp BM. mak bapak kelantan tp ngan anak ckp omputih. Yg best... kalau anak kita, kita ajar kalau jumpa org salam cium tgn kan tanda hormat. Tp anak2 cousin kalau tak suruh salam, tk dernya nak hulur tangan. kalau suruh, salam shake hand. so kalau international school memang kita nampak kebaratan tp jgn lah pula tatasusila nak ikut barat. teringi sgt nak antar dania gi chinese school tp hati ni mcm was was kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...