Tuesday, May 22, 2012

Meniaga Maju Tapi Kedai Macam Nak Roboh Tak Geti2 Nak Up Grade

Hari Ahad tu lepas balik awal dari Demo Suci 3.0, aku sekeluarga gi The Curve, ada urusan.
Antara benda yang aku suka kat sini, ialah adanya stall buah yang cantik.
entah kenapa aku suka betul kalau tengok stall buah yang tersusun cantik buah buahannya, kalau gi supermarket, aku suka tengok style Cold Storage susun buah buahannya, dan sayur sayurannya. Bila dah suka tu, maka suka jugaklah aku keluarkan wallet nak beli buah/sayur. Kita nak dapat stall buah yang cantik macam ni kena masuk supermarket. Dulu masa aku practical kat bumi kangaroo tu, stall konsep macam ni melambak kat train station. Maybe penjual buah potong di Malaysia boleh upgrade stall mereka jadikan lebih moden, sebab makin ramai rakyat Malaysia yang aware tentang pentingnya diet & makan lebih buah buahan.

 Cantik aja MBG Fruit Shop ni susun buah buahnya..Buah2 yg dijual pun bersih aja, macam kena polish..ahahaha..Pacakging pun cantik...Aku terbaca dulu bagaimana tokey MBG ni bermula dgn bekerja di stall buah cikai milik ayahnya, kemudian dia majukan lagi stall nya, dan kini, berkonsep moden, lahirlah MBG. Usahawan macam ni lah yang kita nak. Sorry to say, sesetengah peniaga Melayu, kedai dah berbelas tahun establish, ramai customer, tapi kedekut nak invest cantikkan kedai bagi customer selesa. Kerusi makan dah bergoyang bekeriuk bunyi, baby seat takde(kalau ada pun dah kotor berdaki! uwekkk)

Bukan hanya buah-buahan & sayuran, aku suka jugak style supermarket yang cantik susun atur jualan ikan daging nya. Pendek kata, kalau kat Malaysia ni, aku suka lah gi Cold Storage tu..okeh, aku suka sebab stail nya ala ala kedai buah/supermarket kat ostolia..hahaha.

41 comments:

  1. saya paling tak boleh blah dengan baby seat berdaki..siap ada nasi baby yang duduk sebelum tu..hilang selera okeh!

    ReplyDelete
  2. selalu tonton top chef. tgk supermarket mat saleh ni mmg tersusun. suka sekali tgk bhgian daging. dah sesiap terusun dah diasingkan ikut kategori. cer psr daging sini...main gantung sepeha jek hihihi!!

    ReplyDelete
  3. Salam .KLu cantik trsusun buah-buahan...pelanggan pon ramai.Tu pon antara tarikan org nk dtg juga....

    ReplyDelete
  4. Susunan macam tu memudahkan customer untuk memilih

    ReplyDelete
  5. kat avenue K ada jua mbg ni...
    memang kemas dan cantik aje tersusun buah2an...

    ReplyDelete
  6. Makchaq pun suka kalau yang susun cantik,
    lagi semangat nak beli..

    kalau guna baby chair kadang2 siap basuh dan lap dulu.. lantak la owner nak kata apa, dah comot sangat nak letak budak pun tak sampai hati

    ReplyDelete
  7. nanti kitorang (with mommyZZ) akan bincang konsep cafe kitorang. ahahaha ye ye ooo jah!

    strt dgn biskut raya duluuuuu. :D

    ReplyDelete
  8. Betul tu..klu pi kat kedai buah camgini, mmg rasa ringan je tgn kita nak memilih dan membeli buah2 yg dijual tu.

    Tp klu kedai yg masih apply old fashion tu, nak membeli pun kurengggg je rasanya

    ReplyDelete
  9. Huih..kalo pegi kedai buah cenggini,sume buah pun rs nak beli..walau tak tau bila nak makan..hikhikhik

    ReplyDelete
  10. Amboihh...sokmo ostolia mu nih, kikiki. Teringin nak ke sana la tu :p

    ReplyDelete
  11. ko tau, disebabkan blog ko ni memanjang citer pasal ostolia, aku dah pasang hajat nak ke sana one day nnt...InsyaAllah...

    kacang pool yg aku teringin tu pun sbb aku tgk blog ko jugak...

    blog ko dah byk mempengaruhi aku, ko tau???

    ReplyDelete
  12. Kalau cntikkkk jek, Nk memilih pon sonok kan doc... :)

    ReplyDelete
  13. awak jangan la pindah ostoliaaa....

    heheheeeeeeee

    ReplyDelete
  14. lor...sy baru je buat entri pasal gerai senget doc...hahahaha

    ReplyDelete
  15. bila nampak gerai yang cantik...kita pun senyum dan suka untuk membeli-belah...:)

    ReplyDelete
  16. Orang Melayu ni kuat dengan sikap "tak apa" dan ala kadar mereka. Asalkan cukup untuk makan sehari ke sehari okeylah. Ingatlah berniaga itu ada seninya, perbaiki penampilan barulah datang untungnya. Itu pun kalau nak untunglah. Ramai berniaga bukan nak untung tapi asal cukup makan. Oppsss... nak komen pasal Bersih tu bukan suci, tapi kotor kawan....

    ReplyDelete
  17. Minta Maaf..maksud saya Bersih 3.0

    ReplyDelete
  18. dah namanya pun manusia, mesti nak yang cantik dan bersih kan doc ...

    ReplyDelete
  19. cantik2....mmg cantik...kemas je mate memandang...baru le semangat nak soping kan....he he he...

    betul tu lieya setuju, kat cold storage mmg okey...tu pasal selalu beli bahan makanan dayyan kat sane sebb byk pilihan organik....

    ReplyDelete
  20. MBG tu ok tp mhl. Tapi rmi yg tak kisah beli sbb berkualiti.

    =D

    ReplyDelete
  21. bukan x nak buat upgrading atau window dressing tapi nak senang dapat subsidi atau bantuan dari kerajaan itulah sikap ramai peniaga/usahawan kita. Walaupun duduk rumah banglo dan kereta BMW mata setan.

    ReplyDelete
  22. Ala Ostolia tu kampung sendiri memang le semua beshhh...hahhaaa...

    ReplyDelete
  23. kakain suka pegi gerai MBG jugak..
    yang penting bersih dan segar..

    ReplyDelete
  24. dorang cuma pentingkan keuntungan tanpa memikirkan keadaan tempat meniaga dorang..

    ReplyDelete
  25. one way to attract customer lagu tu ar.....

    ReplyDelete
  26. Peniaga yg pentingnya strategi jangka panjang semua ambil kira
    Tapi yg kita janji dapat untung lupa nak upgrade itu semua
    Tahu-tahu lama-lama tutup je... sedih:(

    ReplyDelete
  27. Kat Plaza Masalam Shah Alam tingkat bawah sekali pun ada.. dan Alam Central pun ada gak kalau tak silap.

    ReplyDelete
  28. kalo kat Ipoh ni paling tak berkenan nak masuk, pasaraya Econsave..ahahaha..dah la busuk, kalo bukan sebab terpaksa jangan harap la nak masuk membeli belah kat situ..tu pun tak leh nak lama lama..ambik barang pehtu terus blah..

    ReplyDelete
  29. alamak. ayu nak cantikkan lagi kedai..

    malunya...

    ReplyDelete
  30. kite suke juga cold storage...tp rege maheiiii ler.. :)

    ReplyDelete
  31. hehehehe.. susah nk tgk yg cantik tersusun gini hehe

    ReplyDelete
  32. pegilah migrate ke ostolea cecepat
    boleh aku menempel tumpang tido kat rumah ko nanti.. jimat takyah amik hotel.. haha

    ReplyDelete
  33. Klu kedai cantik dan selesa mesti ramai customer dtg.

    ReplyDelete
  34. kat cold storage mmg cantik susunan buahnya..harganya pun mahal..hehehe..

    ReplyDelete
  35. Assalam..
    Salam ziarah dari teratakusang.com
    Kedai yang cantik merupakan satu tarikan juga tu...

    ReplyDelete
  36. saya pun suka gi CS. walaupun barang2 agak mahal sket compare ngan Carrefour n Jusco. Banyak barang2 disusun kemas dan cantik. kalau tak membeli, jalan2 pun rasa puas hati. Barang2 makanan import pun banyak pilihan.

    ReplyDelete
  37. agreed. peniaga melayu kurang bab itu ... :) cer tgk bakeri .. kedai yang cantik2 pemiliknya bukan melayu :)

    ReplyDelete
  38. setuju. pada cik ina plak segelintir peniaga melayu ada dua peel

    1.kedai dah establish banyak pelangan dah kaya raya tapi tak nak invest cantikkan kedai

    2) kedai tak maju customer kureng, makanan tak sedap tapi kedai nak gahhh

    la la la

    cam no tu

    ReplyDelete
  39. MBG tk pernah sampai..kalau la ada kat Bukit Gambir nie

    diorang tk diajar bab marketing dan keusahawanan :)

    ReplyDelete
  40. Strategi perniagaan yg bagus. Babs kedai yg x bpe nk bersih tuh sy setuju terutama kat negeri sy. Even dh mmg top kedai tuh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...