Monday, April 23, 2012

Warna Warni Kota Bahru

Sungai Kelantan mengalir lesu, macam teh tarik mamak. Mari Ziyyad bawa anda semua nikmati warna warni Kota Bahru.

Anda pernah terfikir tak betapa warna warninya di Pasar Siti Khadijah? Pernah terfikir tak macam mana makcik ni nak keluar dari tempat duduknya, in case nak cepat pergi ke toilet? ~hahaha

Kalau makcik ni, mungkin senang lah kot dia nak keluar masuk dari tempat duduknya. Taklah di kelilingi 360 darjah dengan hasil jualannya. :)

Hanya di Kelantan kot..Banyak kedai emas yang tokey nya Melayu. Berderet kedai emas kat satu jalan. Perompak pun maybe pening kepala nak rompak yang mana satu.

warna warni penutup botol. Juga di Pasar Siti Khadijah. Kalau botol ni buat bekas kuih raya pun okay jugak kot, ahahaha.

Hanya di Kelantan, kot. Oh ya, adik ipar aku akan bagi mas kahwin nya dalam bentuk dinar emas nanti. So boleh lah bakal bininya shopping kain tudung kat Bazar Tok Guru ni..ekekekeke..

Aku ada baca pasal Maggi Ketam yang hebat katanya di KB. Tapi tak sempat try pun. Perut kenyang sentiasa dengan makanan lain..ahahaha...Yang ini betul betul kat tengah bandar KB. Kalau ikut kata adik ipar aku yg study kat sini, dia kata antara yang best ialah di Tok Bali. Manalah aku sempat nak jelajah sampai ke Tok Bali bagai..:)

Ahahaha...couldnt resist my desire. Stop jugak tepi jalan, ambik gambar kedai pizza ni. Actually banyak benda yang syiok nak di ambil gambar, cuma lebih sesuai kalau jalan kaki. Malangnya, kaki ini malas nak jalan sebab perut dah kenyang + panas.

Pemerhatian aku:
- KB ni pun memang syurga makanan. Dah tambah list syurga makanan aku, sebab selama ni asyik gi Penang aja. :P

- Kelantan miskin. Okay, ni bukan aku yang kata. Adalah satu umat tu kata dan kata kata umat tu asyiklah di print dalam suratkhabar umno Utusan. I beg to differ. At least for KB lah, daerah daerah lain aku tak boleh komen, sebab tak perhati betul betul/tak sampai. Melambak banglo, kereta menjalar kat sini. Ada orang kata sebab hartanah kat sini murah, so mereka kaut duit kat negeri orang( berniaga tomyam/jual kain/etc) dan buat rumah kat sini. So what? Mereka pandai kaut rezeki, bukan hanya nak harap subsidi. OK, dah, tak boleh lebih lebih, ni bukan blog politik :P

- KB memang panas wehhhh..Serious panas. 

- Kelakar juga tengok signboard semua kedai ada tulisan jawi. Yg unik nya tengok bagaimana mereka cuba eja perkataan yang susah-susah dalam jawi. Eg: Prudential, International.

39 comments:

  1. me n dad love MU~~

    *keh keh~~sekali draw la~~

    ReplyDelete
  2. Kalau nak lihat bangsa Melayu berjaya di M'sia pergilah negeri cik siti wan kembang ini. Memang nampak mereka berjaya..

    ReplyDelete
  3. Kelas kan makcik2 yang berniaga tu? Pakaian mereka macam orang yang kerja pejabat. :)

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih ronda2 Kelantan. Lain kali datang lagi ya:-)

    ReplyDelete
  5. 2 thn lps g KB. bfas kt situ. amik la udang goreng sekor.
    terkedu dgn harga yg dikenekan.
    terus hilang mood.
    rasa cam melampau2 harga utk sekor udang.

    ReplyDelete
  6. hmm ...

    ni buat rasa nok ambik cuti hari ni jugok , kelik koto baharu nie .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakpb..oghe kelik sabtu ni..
      jomlah ;)

      Delete
  7. Assalamualaikum Daddy Ziyyad

    dalam dunia moden ini ada sesetengah orang ditipu oleh mereka yg suka menipu, gambar2 dlm n3 ini dapat meceritakan keadaan Kelantan sebenarnya.....

    ReplyDelete
  8. hehehe.. bila turun padang baru tau kaya ke miskin.. hehehe`~

    ReplyDelete
  9. pasar siti khadijah ni - memang tempat peberet kalo pi sana....
    semua ada kat pasar ni!

    ReplyDelete
  10. itu la klate..No br je balik dr klate mlm tadi hehe..

    beza klate ngan negeri lain adalah tulisan JAWI dan sume model pompuan (iklan di papan iklan tepi jalan) adalah bertudung..

    ReplyDelete
  11. drdaddy

    saya mmg teringin nak ke KB semula..dah 5 thn x jejak KB nih..

    ReplyDelete
  12. Kelantan tempat asal abah saya walaupun sekarang abah dah menginap di Johor. masih ramai lagi saudara mara saya di Kelantan. Saya suka dan sayang Kelantan.

    ReplyDelete
  13. lom pernah sampai kelantan lagi.. tapi kalau citer bab panas, boleh imagine kot.. sebab terengganu pun panas merahang jugakk.. huhu..

    tabik springg kat makcik tu.. heee

    ReplyDelete
  14. pernah pergi kelanatn sekali..ya rabbi panas bukan main!

    ReplyDelete
  15. dulu selalu jugak balik kampung kat kelantan.. sekarang dah jarang balik sana..:) rindu~

    ReplyDelete
  16. Mmg syurga makanan...

    Kita selalu disogokan dgn berita2 yg kurang betul, erkk

    ReplyDelete
  17. bila pergi jalan2.. yg paling best makan2 lah kan.. btw.. en.asben bukan navy.. tp berkerja dgn sykt perkapalan.. yg beruniform tu bakal kapten kapal from ALAM..

    ReplyDelete
  18. betul...kelantan pun syurga makanan...macam makanan traditional boleh try..

    ReplyDelete
  19. sy pun seka pemandanagn kat psr Ct khadijah tu, mmg cantik amik dr atas kan...

    and i really salute them... kerja kuat dan gelang emas melilit!

    ReplyDelete
  20. betul....

    sapa pi Kelantan ... tahulah miskin ke tidak kan..

    kalau dah gelang mass sampai ke lengan .... minkin keeeee

    ReplyDelete
  21. owh,sangatlah heaven itu pizza ;))

    ReplyDelete
  22. yg sy tahu kat kelantan kaum wanitanya rajin berniaga..dan mmg sgt sukakn barang kemas..hausmate sy dulu muda-muda dh kumpul brg kemas siap tunjuk-tunjuk dgn gembiranya kt sy pdhal sy rs dia dh mcm makcik-makcik je sbb suka dgn brg kemas kaler kuning tu hihi


    oh sy lum penah smpi kelantan lg..sadis

    ReplyDelete
  23. weh, aku yg orang kelantan pun tak tau pasal meggi ketam dan pizza heaven tu...

    ore Kelantan kaya la...tak percaya cuba tgk lengan makcik2 kat kelantan...penuh dgn gelang emas....

    ReplyDelete
  24. lama dah tak pergi kelantan..rinduuuuuu :p

    ReplyDelete
  25. so daddy, macam mana diorang eja prudential? pa ro wau dal ya nun ta ya lam?? hahaha

    sy pnh smpai kelantan sekali je,masa tu pun budak lg, xde lg isu kelantan miskin so xbyk memerhati sgt..kalau p skrg mgkin la byk sy phatikan..nak cr bukti...keh3

    makcik tu nk p toilet kena main teng2 =D

    ReplyDelete
  26. memang cantik penutup botol tu...tu je nak komen lain2 terutama bab politik tak layan hihih

    ReplyDelete
  27. kat klate lor rumah banglo besar2 mcm kat negara india

    bila gi klate ni doc?

    ReplyDelete
  28. Tak pernah jemu makan angin ke Kelantan

    ReplyDelete
  29. den tak ponah sampai kelantan lagi...huhu

    ReplyDelete
  30. the last time i went to KB masa mawi buat konsert kat stadium..tp naik flight...suka gi kelantan..syurga makanan dan orgnya baik2 belaka..

    ReplyDelete
  31. haaa.. doc g 'menembak' kt kg sy. besh kan? hihhiih...

    ReplyDelete
  32. mak cik tu pakai pampers kot..haha,ishh sorry mak cik..saya rasa mak cik tu puasa minum dan makan la...

    tapi saya tk pndai nk speaking kelantan..rasa kena ada pemandu pelancong utk dpt harga murah atau nk rasa makanan kat sini..:)

    ReplyDelete
  33. Memang betul KB memang syurga makanan. PR balik cner asyik menternak lemak ajer...

    ReplyDelete
  34. Doc bt sy nak ke KB tu. Takpe...sy cube usahakan. Kmpg sy kat Setiu. Dah dkt sgt dgn KB da tu..

    =D

    ReplyDelete
  35. Doc sbb itu kita di galakkan mengembara di bumi Allah ini kan,...baru lah kita tahu kekurangan dan kelebihannya..minda kita trbuka luas....tak mudah tertipu..ha...ha...

    ReplyDelete
  36. kelantan miskin?
    emm..sedih bunyinya.
    macamlah negeri lain sume kaya-kaya
    hahaha.emo disitu
    yelah..negeri pembangkang katanya

    ReplyDelete
  37. Pa Ya =Pi
    Zai Alif =Za

    Ha Ya =Hi
    Wau Titik Nun Errr....
    Piza Hivun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...