Tuesday, April 24, 2012

Kuda Laut

Dalam blog ni, aku selalu bagi review tempat yg aku lawati, review makanan..rasa rasanya tak pernah nak review pasal hotel/accomodation kan..So hari ni nak try buat review pasal hotel yg aku tinggal masa gi jalan jalan Kelantan- Terengganu last week.

Nama hotel: Sutra Beach Resort
Lokasi: Kg Rhu Tapai, Merang, Kuala Terengganu. ~ 30 km ke utara K.Terengganu.

 antara building complex nya. Ok lah, selesa, tak sesak. nak jalan jalan santai senang

biliknya best, betul betul depan pantai. The beaches is clean, sebab tak open to public, only to hotel guests. Malam malam duduk kat depan beranda minum kopi, mahsyuk...Tido boleh dengar bunyi ombak menghempas pantai..ahahaha..

pasir pantainya halus, cantik. Memang mostly pantai kat area sini macam ni pasir nya.Kalau pergi pulau pulau kat Tgnu ni, lagilah cantik dan halus pasirnya kan..Terlupa nak ajak ziyyad buat sandcastle.

The surroundings. Kat belakang pool tu ialah tempat makan, open concept. Sambil makan, sambil tengok pool/beach. Buffet breakfast nya ok. Cuma tak try makan malam/lunch kat situ, sebab sekitar resort ni banyak kedai kedai tepi jalan yang boleh pergi makan, for a cheaper price, of course..:)

The swimming pool. Besar, luas, infinity concept.

Sebelah kiri pool ni ada bar, cuma sepanjang dua hari aku duduk sini, tak pernah di buka pool bar ni. Tak sure lah pasal bukan weekends/bukan school holiday, sebab tu bar nya tak di buka. Kalau tak, boleh minum air jus buah ada payung kecik sambil berendam dalam pool..~ahaha

petang-petang, jalan kat beach nak bakar calorie lepas makan kat warung pok nong. Sekali jumpa kuda laut daaaa...Suka lah si ziyyad..

kannn? ni betul betul punya kuda laut..hahaha..aku tak tahu lah, kuda boleh berenang atau tidak?

tengok kuda ni,  berangan nak naik kuda tu susuri tepi pantai..:p

aku speku kuda yang sekor ni takut air. bukan main payah nak ajak dia masuk laut.

Rumusan:
- not bad juga lah lepak kat Sutra Beach Resort ni kalau nak santai, tenangkan fikiran..
- sepelaung dari Sutra ni, ada Suria Merang Beach Resort, aku pernah tinggal kat situ 3 tahun lepas, aku tak recommend korang stay situ lah, not worth the money. Better lepak kat Sutra ni.
- kalau nak betul betul cantik, sila lah ke pulau2 peranginan di Terengganu.
- 3km dari resort ni, ada satu restoren tepi jalan yang jual nasi dagang yang sedap. Rasa pulut/nasinya balance. Tak macam beli nasi dagang kat KL, rasa pulut aja lebih.Lupa pulak nama restoren ni.

36 comments:

  1. semalam member roger maya karin turun kat jeti pulau perhentian pukul 4 petang. apa kaitan? takde. hahah!

    tapi saya dapat FM kuda laut tau! bukan kuda tu, betul2 nye kuda laut tau!

    satu lagi. mana pic zayyan dgn mommy??

    ReplyDelete
  2. Nyaman terasa tengok gambar-gambar yg ditepek.
    Kesian kuda tu dimandikan atau latihan utknya..

    p/s: suka tengok ziyyad senyum:)

    ReplyDelete
  3. kuda mandi laut...
    sib baik kuda tak buat kuak lentang sekali kan???
    ekekekeke

    terasa nyaman - dan macam terdengar bunyi deruan ombak!

    ReplyDelete
  4. Comalnya Ziyyad bercanda di tepian panteyyyyy...

    Agak2nya kuda tu buang air dalam air tak? ;-)

    ReplyDelete
  5. cantik sungguh pmandangan situ...

    errr kuda tu mgkin pernah mgalami pengalamn ngeri kottt hahahahaa

    ReplyDelete
  6. comelnya ziyyad berlari larian tu..

    err..kakcik..kalau terkucil je takpe kot kan..lebih dua kolah tu.. hahaha.. yekkk..

    ReplyDelete
  7. Teringin gak nak tdo sane semalam mungkin? Sy tak nah nmpk diorang bawa kuda ke tgh laut mcm tu. Laut2 kat Tganu lagi. Terbayang dasarnya yg curam tu. Kuat betul tenaga kuda tuh....

    ReplyDelete
  8. sy kalau nmpk swimming pool mmg tak tahan DZ...rasa nk tido je kat situ..hihihi

    ReplyDelete
  9. first .. best baca review you pasal hotel ni.
    second .. kuda mandi? kiutnya .. malu kita yang penakut laut ni tau.
    third .. kiutnya Ziyyad. Mmg combination of mummy n daddylah.
    forth .. Mommy ziyyad taknak bukak blog ke? teringin nak dgr cerita versi Mommy lak.
    fifth .. Eh .. cukup2 la tu. nanti awak bengang saya tanya banyak2. Hahaha.

    ReplyDelete
  10. salam
    pernah kesana...rasa mcm tak mau balik hehe...best bilik ngadap pantai...deruan ombak..angin laut...

    kuda laut..pertama kali tgk hehe...boleh berenang ke,,

    ReplyDelete
  11. sweetnya aksi2 ziyyad tu.. germa tgk.. nampak bestlah tempat tu.. klu akak ke Kt, bolehlah akak check-in di sana juga.. dpt dgr bunyi2 ombak waktu tido yg best tu..

    ReplyDelete
  12. pelik juga dgn kuda tak takut air..
    review yg buatkan nak bercuti kt tepian pantai je..
    hensem ziyyad :D

    ReplyDelete
  13. hehehehe..ingatkan kuda laut betol tadi.. hahahaha

    ReplyDelete
  14. ada kuak kuda tak ...

    Tapi nak tanyalah .... apasal dibawa kuda tu masuk air ...

    ReplyDelete
  15. best nya terengganu!! rindu nk pi terengganu :'(

    ReplyDelete
  16. bunyi cam menarik je... bila la kesampaian nak jln KT namanya hubby org terengganu, tapi tak denya dia nak bawa ke sana huhu nak kena buat misi memujuk nampak gayanya :)

    ReplyDelete
  17. ziyyad sgt comel..x try naik kuda laut??

    ReplyDelete
  18. serius neh baru nama kuda laut.. hahahaha

    jawapan komen tadi :tanya gomen apesal diorg batalkan kontrak guru2 skim pakej rangsangan ekonomi..huhu.. saya hanyalah mangsa.. nk sambung KPLI x dpt sebab nama dalam senarai guru kontrak tgh berkhidmat.. boleh camtuh?? huhuhuhu

    ReplyDelete
  19. ziyyad punya senyuman mcm daddy dia :)

    nnt kalau ada plan nk bercuti ke sana, sy kena bukak balik blog ni hihi

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Daddy Ziyyad

    saya suka kalau bukan hari cuti
    sebab tak ramai orang...

    ReplyDelete
  21. Cantik Sutra Beach Resort......
    Salam kenal dr kak Nurul dan follow sini.

    ReplyDelete
  22. wamboiii...hensemnya anak anak tuan doktor ni...syukur alhamdulilah..semuga menjadi anak anak yang soleh ye..amiinn

    ReplyDelete
  23. Thanks for the review. Not bad for a starter hahaha.

    Nanti bila saya dah ada X6, mungkin saya boleh pergi bercuti ke sana ..... ngeeee

    ReplyDelete
  24. macam syiok jer tengok kuda tu masuk laut

    ReplyDelete
  25. agak2 boleh pinjam tak kuda tu?..
    gambar semuanya cantik!!

    ReplyDelete
  26. airnya pun biru...terngganu memang terkenal dgn keindahan pntai kan? even fasha sandha n jejai pun nk honeymoon kat cni...

    mommy ZZ n si comel sorang lg mana?

    tk tembak sunrise @ sunset?

    ReplyDelete
  27. haha, kuda di laut la. haha

    comel sungguh ziyyad!

    :)

    ReplyDelete
  28. Doc... gambar kuda dalam laut tu... crop la dulu bagi lurus laut tu.... haha! macam nak tumpah je air laut tu...!

    ReplyDelete
  29. gajah pun boleh berenang kannn??!!

    ReplyDelete
  30. doc pasir putih menandakan air laut kat situ berseh. comelnya ziyyad seronok dia dapat pijak pasir tu .cik ina belum pernah sampai lagi Trengganu, entah bila dapat pegi sana, cik ina dah lama teruja ngan pantai yang ada kat sana.

    ReplyDelete
  31. Pantai kat sebelah sana mmg cantik2, air lautnye pon bersih sbb LCS kan... X mcm kat area belah sini, selat Melaka, hukk

    Kuda tu tgn potty train kot, bhahaha

    ReplyDelete
  32. zayyan rupa mommy ZZ., sebijik.. heee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...