Thursday, April 5, 2012

Kita Semua Hina..kecuali...


Gambar ini aku perolehi di internet. Rasa rasanya, ramai antara kita dah tengok gambar ini.
Kita tolak ke tepi perasaan ingin mencemuh/mengeji/mengata, sebaliknya kita doakan yang mana tak betul/over tu, semoga tuhan beri petunjuk, dan berubah, itu lagi baik kan.

Cuma tauladan yang perlu kita ambil dari gambar ini ialah:

-setinggi mana pun darjat/pangkat kita yang tuhan dah anugerahkan, kita kena bersyukur, dan jangan hidup menongkat langit. 

- tak perlu jadi raja baru kita jadi sombong..kadangkala, pandangan mata kita ni pun yang bukan raja dah menjadikan kita sombong/takbur/ego/rasa tinggi diri. Kita letak taraf sesama manusia based on keturunan nya, based on pekerjaan nya, based on harta nya, dan of course, based on rupanya. Tapi tuhan tak tengok langsung semua itu.So bayangkan, kalau kita menjadi raja, entah entah lagi teruk perangai sombong kita tu. 

Aku tak mahu tengok jauh. Aku lihat dari aspek kerja aku sendiri, sebagai doktor. Melambak pekerja asing di sini kan. Pastinya semua doktor di Malaysia pernah merawat pekerja asing, bangla , nepal, myanmar, pakistan, go head gostan, dan banyak lagi negara lain. Aku perlu muhasabah diri aku sendiri, yang mana kadangkala terbit rasa menyampah/pandangan sinis bila patient bangla masuk jumpa aku. Dengan busuk baunya, dengan perangai mengada ngada nya, tapi aku harus akur, bangla ni susah payah datang malaysia cari kerja..keluarga dia di sana pasti miskin(kalau tak takde lah dia datang sini)..aku kena betulkan pandangan mata aku..aku kena rawat dia sebaik mungkin, sebagaimana aku rawat ahli keluarga aku sendiri. Aku kena hormati dia, walaupun dia miskin, walaupun dia busuk, walaupun dia mengada ngada dressing pakai kemeja warna warni dan mintak itu ini! Dan yang paling penting, bangla ni saudara seIslam aku! Sebab mungkin jua di mata tuhan, bangla ini lagi mulia dan tinggi darjatnya dari aku. Insaflah wahai daddyZZ.



41 comments:

  1. semoga kita semua sentiasa diberi peringatan dan ditetapkan iman oleh Allah, supaya sentiasa besederhana in every way.....

    ReplyDelete
  2. tak pernah nampak gambar tuh~

    terus muhasabah diri..:)

    ReplyDelete
  3. yea betul..kena doakan spy diri kita lebih istiqamah dlm bersederhana..ramai lg yg hidup suffer dr kita..

    ReplyDelete
  4. perenggan akhir tuh. heheh.

    baguslah awok dah insaf. kekekekek!!!

    ReplyDelete
  5. kekadang orang yang bawah ni taksub sangat~~haih~~

    ReplyDelete
  6. OOwh... Alhamdulillah. Ambo saye sultan ambo ni. Rumah ija (kat kg) dekat ngan makan diraja dan setiap kali raya kalau tuanku nak ziarah makam, dia sure lalu depan rumah ija kat kg sana. So anak2 akan beratur depan pagar rumah menunggu tuanku lalu.. bila dia lalu betul2 depan anak2 ija dan anak buah serta anak2 jiran yg duk beratur tepi jalan ni... dia turunkan half way cermin gelap keter sambil lambai2... pasti anak2 berduyun2 ke depan perkarangan makam nak collect duit raya... zaman ija 50 sen jer, sekarang RM2... owwh miss the moment.

    ReplyDelete
  7. tanpa insan lain di keliling kita ni, hidup kita tak bermakna.

    ReplyDelete
  8. btul la doc..sy ni kekadang menjeling kat bangla yang bau masam, yang comot2 kalau lalu kat sebelah..bukan pandang rendah,tp sy mcm meluat tengok diorang yg terlalu rmai kat sini..jln berkumpulan smp kita naik takut..

    tp kan..siapalah sy ni..

    tanah yg sy pijak ni tanah Allah...bukan hak sy..rezeki Allah luas ada kat mana2 je..mgkin bukan kat negeri goheadgostan..tp ada kat sini...

    kalau tak, xkan diorang sanggup tinggal anak bini kan..

    ReplyDelete
  9. assalam daddy ZZ..insyaallah sama2 kita menginsafi diri

    ReplyDelete
  10. bak kat en.asben selalu dok ingatkan akak.. apa yg kita ada tu cuma setitik aje.. tak perlu nak sombong sangat..

    ReplyDelete
  11. ya betul sy setuju sgt..semua manusia sama darjatnya di sisi Allah..yg membezakan hanya amal ibadatnya..


    lg satu..kita islam ni kdg-kdg pandang hina pd mereka yg anut agama lain since kita tau agama kitalah yg benar..


    tp sbnrnya kita x tau..mungkin satu hr nnt allah buka pintu hati diaorang memeluk islam diaorang akan jd lebih suci dr kita yg dh memang islam dr lahir..

    ReplyDelete
  12. Tapi hati kakak tetap terjentik bila melihat paparan 2 gambar yang amat jauh peribadinya doc. Masya-Allah betapa hebatnya sultan kelantan kan... beruntunglah rakyatnya punya sultan yg begini.

    Jiwa doktor macam mana keras bila berdepan pesakit lain jadinya.. sifat memabantu dah tertanam kalau tak mana boleh jadi doktor...

    ReplyDelete
  13. Alahai .. Kita semua sama disisi Dia.

    ReplyDelete
  14. "bersederhanalah"......hehehe.

    ReplyDelete
  15. bila tengok anak2 kecil dari keluarga miskin...dengan baju comot2..muka bertampung...terdetik dalam hati..."aku dulu2 macam ni lah juga".

    tapi manusia ni ramai yg suka memandang kepada harta,pangkat & darjat.

    ReplyDelete
  16. betul betul..aku insaf juga...kita ni sama je disisi Tuhan, hanya taqwa yang membezakan...

    ReplyDelete
  17. agak2 bila lg daddyZZ n mommyZZ nak p australia? nk kirim bunga...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu selepas Raya Puasa tahun ni, saya ke sana. Boleh kirim, saya pernah bawak balik tulip ke Malaysia dulu..ekekeke..tapi tahannya di malaysia cuma 2-3 hari aja lah...panas malaysia ni..ekekek

      Delete
  18. ucu memang x nak komen...tapi ucu x kuat iman...tengok warna baju pun dah tahu (pic kt atas tu)

    ReplyDelete
  19. dua gambar yg berbeza situasi
    dan buatkan kita terfikir....

    salam kenal dari mamyharraz

    ReplyDelete
  20. Ye benar....hinanya kita.. siapalah kita meletakkan darjat kat sape2 pun.. Hanya Dia je tahu dimana darjat kita disisiNya.. Wuiih!!! INSOFFF..

    ReplyDelete
  21. Walau setinggi mana darjat Dan kekayaan... Kita sama disisi Dia, hanya amalan yg membezakan Kita....

    ReplyDelete
  22. alamak... malu tak ber-ic kan -01-???
    hahaha

    ReplyDelete
  23. eh, tu bakal sultan negeri kita kan doktor... iskh iskh iskhhh

    ReplyDelete
  24. tak kiralah itu orang diraja negeri mana pun kan..kat mana2 pun ada orang mcm ni..hatta kt opis kita sendiri pun..kat dlm keluarga kita sendiri pun..harap2 kita tak jadi sombong dan perasan yg darjat kita tinggi sangat..huhu..

    ReplyDelete
  25. yeahhhh!! i like komen kat dee...sgt2 setuju ngan komen dia, tak yah pandang dia kerabat raja ke apa, kat dlm family kita/ sepupu sepapat kita pun ramai yg mcm ni, asal ada pangkat je, pandang rendah kat org lain...

    sama2 kita amek iktibar...

    ReplyDelete
  26. Tinggi darjat di dunia. Sama hina di akhir kemudian nanti.

    Istighfarlah saya!

    ReplyDelete
  27. biar la apa pandangan manusia nak kata..yang penting pandangan dari Allah..
    lebih tinggi ketaqwaan kita maka lebih tinggilah darjat disisi Allah..

    ReplyDelete
  28. aik..nape tak nampak gambar pun..

    ReplyDelete
  29. ok dah nampak..

    picca 1st tu sultan yang
    di sayangi rakyat jelata...

    ReplyDelete
  30. kita sama saja disisiNya..

    eh, gambar ke 2 tu yg boipren fazura kan??

    ReplyDelete
  31. insaflah kamu sebelum kamu diinsafkan..wah!

    ReplyDelete
  32. Suka yang gambar atas tuu...sejuk jer mata memandangnya...

    Gambar yg bawah tu...insaf la kalau dah nyawa dah diambil allah tiada pangkat dan harta nk bwk bekalan kt 'sana'nnt...

    ReplyDelete
  33. haati saya pun perlu dimuhasabah...

    semoga bakal raja johor tu insaf...Aminn...

    ReplyDelete
  34. bagus entry nih doc...insaf membaco nyer....

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. askm...kalau kita ada agama, ilmu dan beramal dengan keduanya..insyaallah....kita takkan tersasar jauh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...