Monday, March 19, 2012

Orang Malaysia Memang Pemurah

lokasi kejadian: Selepas exit Bandar Botanic/Bukit Tinggi dari highway KESAS ( flyover menuju ke AEON Bukit Tinggi, Klang)
masa: Sabtu 17 Mac 2012
waktu: sekitar 1.15pm

Modus operandi: meminta sedekah dari kereta ke kereta. Kereta akan berhenti kerana traffic light. Buat muka sedih, tunjuk gambar anak dalam gambar.

Anggaran kutipan: Sekali sesi traffic light merah, lebih kurang 3-4 biji kereta minimum akan sedekah, let say paling cikai RM1.

Pantauan semula: Lebih kurang jam 2.15pm, lalui flyover yang sama(cuma arah bertentangan, kali ini dari AEON Bukit Tinggi menuju masuk ke highway KESAS), wanita ini masih meminta sedekah. Ya, sudah satu jam dari pemerhatian awal tadi(1.15pm).

Kiraan kasar: Satu jam paling cikai 15 kali traffic light merah. Satu sessi traffic light, kutipan ~ RM4 - RM5.00. So dalam masa sejam = RM 5.00 x 15 = RM75.
Tu baru sejam. kalau wanita ini minta sedekah dalam masa 4 jam sahaja = RM75 x 4 = RM 300.

Kalau seminggu wanita ini hanya meminta sedekah 4 kali sahaja = RM 300 x 4 = RM1200.
Dalam sebulan, minimum = RM 1200 x 4 = RM 4800.

Letak lah paling bodoh RM4000 sebulan. Without tax, tak perlu kisah SBPA ke SSM..:P
Memang betul Malaysia ini bumi bertuah, siapa yang usaha, dia yang dapat. :)


Maka tak hairan kenapa Malaysia menjadi destinasi pilihan peminta sedekah, baik warga nya sendiri, ataupun warga luar yang masuk ke sini semata mata nak jadi peminta sedekah.

- aku tak kata jangan menderma/jadi haji bakhil, cuma biarlah kita gunakan akal, ke mana kita salurkan derma kita itu. Aku pernah mendengar kata ramai ustaz baik di majlis tazkirah/radio IKIM, bahawa lebih afdal kita menderma kepada mereka yang betul betul memerlukan, dan menjadi tanggungjawab kita utk pastikan kesahihan si peminta sedekah itu. At least ada usaha, jangan pakai prinsip " ahh,aku dah derma ni, dia menipu itu urusan dia dgn tuhan". Betul..memang urusan dia dgn tuhan, tapi kita di tuntut ubah mentaliti ini supaya derma kita ( dan pahala nya) insya allah, lebih afdal. Ini bukan aku yang mandai2 kata, para ilmuan ustaz yg kata. Dan atas usaha kita yang sedikit itu, kita boleh bantu banteras negara kita dari menjadi pusat tumpuan sindiket meminta sedekah.

analogi yang aku teringat seorang ustaz ni cakap:
" yang mana lebih bagus untuk kita menderma? Di tabung masjid yang dah complete pembinaan, siap ada air-con, dan hasil kutipannya digunakan utk tukar karpet dari tebal seinci jadi 3 inci VS derma kat masjid yang masih dalam pembinaan dan tak dapat bantuan pihak berwajib. "

-kalau tak nak menderma (atas apa jua sebab), jangan di cemuh/keji/maki si peminta derma. Mungkin peminta sedekah/derma itu betul2 genuine case. Cukup sekadar say "no", ikhlas kan diri dgn muka senyum (tak kan senyum pun tak boleh, kan?)

41 comments:

  1. biasa sy sedekah dgn senyuman je sbb tgk yg mintak tu, badan sihat..mampu buat kerja sebenarnya. blh pulak hisap rokok.. camno tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau si peminta sedekah datang jumpa saya sambil hisap rokok, confirm 300% saya tak derma. Sebab dia lagi kaya dari saya, saya tak mampu nak bakar duit, dia mampu.

      Delete
  2. emmmm betul. Depan bank pun banyak dah ..... derma macam2. ...

    ReplyDelete
  3. yang tak sedap nya yang celik pimpin sibuta minta sedekah dekat kedai makan atau food court..kita tak bagi,yang celik pulak jengkil mata kat kita...abih cam no?

    ReplyDelete
  4. sy serba salah kalau ada peminta sedekah mcm ni (especially yg jlan kt kedai makan)..x bagi takut dicop kedekut..nk bagi takut dia org sindiket ke hapa..

    ReplyDelete
  5. paling tak best - guna budak2 untuk mintak derma.....

    ReplyDelete
  6. kat parking hospital pun ada yang dtg minta derma tahu.... dari satu kereta ke kereta lain. padahal sihat berjalan ditengah panas.

    ReplyDelete
  7. paling tak menahan tgk org sihat bawak org buta mintak sedekah....

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum doc..

    saya ada kwn yg suke menderma..

    cara dia derma adalah dia amek bil elektrik / air masjid / surau sesuatu tempat tue..dlm diam2 dia pi bayarkan..

    konfem dia tahu kemana arah sedekah wang yang disedekahkannya

    ReplyDelete
  9. orang malaysia memang sangat pemurah..tapi sayangnya pemurah tak kena tempat..

    dan yang paling menjengkelkan adalah bila orang mintak derma ikhlas tapi tetapkan nilai minimum. macam hampeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan..derma ikhlas minimum 10hengget..huhu

      Delete
  10. Sy rs...bukan sbb org Msia nie pemurah. Tp sbb kes org mtk derma tu sgt rare jdk bl org mtk sedekah tu, rs mcm kesian la sgt kan?

    Tapi betulla...klu tak nak derma...senyum jelah. Takyahlah kot smpi korek2 cite msk dlm blog ikut peminta sedekah smpi ke dpn pintu umah sbb nak tau kebenaran..eh?

    ReplyDelete
  11. mcm kat bandung lak rasanya..jarang kita nampak situasi mcm ni..apapun..biarlah ikhlas bila menderma..

    ReplyDelete
  12. setuju dgn kata penutup entry ini.

    ReplyDelete
  13. bukan nk cakap la.. kat simpang traffic light greenwood pon ada jugak puak2 camneh..
    tapi rasanya husband n wife kot.. sorg belah sana.. sorg belah sini.. diorg neh bgs sket sebab jual pen/tisu.. then ketuk2 tingkap kereta.. paling susah hati time econ rosak aritu.. sebab kena buka tingkap.. so, kena sedia la duit kat diorg.. sebab i ngeri org2 ketuk tingkap neh.. huhuhu...

    bila la pihak berkuasa nk buat kerja dengan telus dan adil??
    asyik2 lepas pandang je kes2 camneh...

    ReplyDelete
  14. Khutbah Jumaat di masjid2 sekitar WPKL 3 minggu lepas ada menyentuh tentang peminta sedekah. Harap2 semua org dan pihak berwajib bekerjasama.

    ReplyDelete
  15. Hubby cakap dah sama kes mintak sedekah di negara jiran dan arab.. Takut berhenti di traffic light

    ReplyDelete
  16. Pandai org ini memilih tempat tersebut kerana lampu merah di situ lama batru bertukar hijau. Sekali merah mungkin bukan setakat 4-5 kereta tapi boleh dapat sampai 7-8 kereta kot .... ngeeeee

    ReplyDelete
  17. kalau dia jual tisu ke gula2 ke saya beli.. :)

    ReplyDelete
  18. sbb tula tak pernah nk kasi sedekah kat org mcm tu, dr bg dia baik la bg saudara sendiri yg mmg susah...

    ReplyDelete
  19. macam macam taktik dah sekarang ni..paling tak suka kalau yang bebudak konon dari pusat tahfiz la ape la..banyak kali jugak aku try hafalan diorang tu tapi kebanyakannya kantoi je..patutnya masa yang ada digunakan untuk menghafal + belajar tapi dipergunakan untuk meminta derma pulak..

    ReplyDelete
  20. diorg ada fikir keselamatan diri tak?
    mana la tau kena langgar lari ke....
    i cakap je....

    ReplyDelete
  21. perrgghhh..lumayan jugak hasil kutipan dorang.. tapi bahaya laaa.. pernah terserempak kat trafik light batu 3.. hampir2 dilanggar motosikal yang melalui lorong2 kereta.. sangat bahaya!!

    salam kenal.. melompat dari blog elissmie..:)

    ReplyDelete
  22. wah, mengemis patern baru ni...hehe

    sib baik kat jb takde lagi...klu tak, mesti kami lencong tmpat lain tak lalu trafic light tu...huhuu

    ReplyDelete
  23. klu ikut kiraan tu, pendapatan dia lebih besar dari org yg perlu kerja lebih masa..

    ReplyDelete
  24. yang penting dia x yah bayar tax...huh....

    ReplyDelete
  25. baiklah derma kat surau baru nak buat area rumah saya ni hahhh :) pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
    Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

    ReplyDelete
  26. Fuhhh, lagi besor pendapatannya dr saya yg SAHM ni...hukhukhuk

    ReplyDelete
  27. sebulan 4 riban lebih tu dia guna buat beli supplement kot? ye la, nak berjemur tgh panas jalan kehulu kehilir tu memerlukan tenaga. kene jaga aset dia tuh. heheeheee

    ReplyDelete
  28. Drdaddy.

    Sy guna pendekatan ,ada duit kat tgn dn ht jatuh kesian sy mmg hulur jgk walau x byk.mmg bab cpt jth kesian mmg xleh elak.

    Mari kita doakan smg kakak itu dpt berusaha mencari rezeki halal & dipermudahkn segala urusannya.amin

    ReplyDelete
  29. tutup CR lah kalau macam nie....
    hehheheh

    ReplyDelete
  30. memang mewah kalau dok kat malaysia ni asal berusaha. memang tak dptlah nak mewah kat negara depa tu.

    ReplyDelete
  31. sedekah pada pak cik pungut barang buruk... kesian dia..err tak keluar tajukkan?

    ReplyDelete
  32. cik ina tak nak bagi sebab cik ina pun org susah, kalau tak susah kita tak kejakan, duk umah goyang kaki je. nak keja senang cam tulah gayanya.

    ReplyDelete
  33. malaysia memang lubuk rezeki...belum lg pendtg asing...anak dara yg sangkut kat warga asing lagi...

    terlebih baik kita ni agaknya...

    ReplyDelete
  34. Memang dalam banyak keadaan, kita yang hendak menderma berada dalam situasi serba-salah...

    ReplyDelete
  35. kadang saya pun seba salah gak nak bagi derma..kadang akui derma tak ikhlas.

    ReplyDelete
  36. rasanya dulu time raya ada, pastu da hilang
    la ni ada balik ker?
    ishk3

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
    Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

    Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

    Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

    Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

    Saya menghadap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

    Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.

    Sekian terima kasih

    Boleh berhubung dengan saya melalui whatsapp saya (+60193211420)

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
    Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

    Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

    Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

    Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

    Saya menghadap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

    Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.

    Sekian terima kasih

    Boleh berhubung dengan saya melalui whatsapp saya (+60193211420)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...