Friday, March 30, 2012

Jawatankuasa Khas & Tahniah Datin Zizie Ezette

Selak selak akhbar online pagi ni, terbaca kisah ni:

Jawatankuasa khas tentukan lagu Bawaku Pergi

JELEBU 29 Mac - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas penilai bagi menentukan kedudukan sama ada lagu 'Bawaku Pergi' nyanyian pelawak dan pelakon terkenal, Zizan akan diharamkan atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut.
"Kita teliti terlebih dahulu lagu itu dan jawatankuasa penilai juga sudah kita wujudkan, jadi beri kita sedikit masa untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Saya juga akan mengesyorkan kepada RTM khasnya bahagian muzik kementerian untuk memberi laporan bagaimana dan apakah pendirian masyarakat terhadap lagu ini dan apakah tindakan yang perlu diambil berhubung seni kata, lirik dan lenggok alunan lagu itu," katanya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

- aku tak pernah dengar lagu ni. So aku cuba buat kajian Google apa isunya dengan lagu ni.Oh, katanya lagu tu 'macam menggalakkan remaja lari dari rumah'.

Ini lirik lagunya:

 BAWAKU PERGI -Kaka feat Zizan

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau  bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Masing masing ada intrepretasi tersendiri. Ada yang dakwa lirik ini perlu di lihat dari aspek lain, ada yang kata ia memang membawa maksud negatif. Apa apa pun, baguslah kalau kementerian Pak Rais ni ambik serius pasal lagu ni.

Cumanya...ada cumanya tu...

Janganlah ibarat virus seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.

Lambakan drama melayu yang bertaraf sampah, yang penuh dengan kisah hantu tak berkesudahan..diselitkan sepotong dua ayat Al Quran kononnya nak mendidik, tapi jika dilihat secara keseluruhan drama/filem, ianya memang sampah. Memanglah patut Melayu itu, layu. Maaf cakap. Harap drama/filem macam ni pun diberi pemerhatian dengan menubuhkan jawatankuasa khas.

Lambakan drama/filem Melayu yang sah sah penuh adegan ranjang terlebih(katanya filem tsunami rindu ke hape ntah..aku tak tengok pun..ada adegan2 macam ni), pun perlu lah di tubuhkan jawatankuasa khas.

Lambakan artis yang mendedah segala celah di segala majalah Manggis,Mangga, Pancasitara, Pancaindera..bla bla bla,..haruslah ditubuhkan jawatankuasa khas..

Kita bising bila budak budak melayu kena denda RM25 sebab buat tarian tiang ( kah kah kah, lawak betul bila di  translate nama pole dance ini)..Tapi kita tak bising mencemuh bila adegan dan gambar lebih kurang tarian tiang hari hari keluar kat tv. Ohh..mungkin urban kot pegi minum joget joget kat bar..so patut tayang kat tv..ye lah, anak VVVIP pun urban kan..So maybe tak perlu buat jawatankuasa khas.

 Akhir kata, sebab entri ini ada kaitan dengan artis, aku nak ucapkan sekalung tahniah lah kepada Zizie Ezette kerana kini dah sah bergelar Datin Zizie.  Kalau banyak masa nak baca, BACA INI

31 comments:

  1. kenapa la aku meluat je tgk muka laki dia tu..

    kahkah.
    ok.
    aku jahat.


    .

    ReplyDelete
  2. ramai orang suruh sokong industri perfileman malaysia..tapi nak sokong macam mana kalau buat cerita sampah..tengok filem omputeh yang dah sah sah makan babi tu pun lagi banyak pengajarannya..

    ReplyDelete
  3. banyak sgt bangkainya yg nak ditutup..xckup kaki tgn semua.. =P

    ReplyDelete
  4. kadang2 lagu tu menyindir..itu kot yg dorang tak faham..byk yg tersirat dari yg tersurat..tp biasalah..benda2 gitu bising..yg DZ ckp tu depa buat derk je..huhu..

    ReplyDelete
  5. Entah, saya selalu je nyanyi diam2 lagi tu dalam kereta, tak terkesan pun. Yelah, lain orang lain interpretasinya. Dah banyak yang discuss pasal isu lagu ni.
    Adekah pak menteri / orang baru nak buka mata pasal isu lari dari rumah lepas dengar lagu ni....?? Kita tunggulah, kot ada resolution untuk mengurangkan kes-kes lari rumah (lepas lagu ni diharamkan). Kehkeh.


    Jaga anak dara masing-masing, jangan sampai anak kita terjun dari loteng sebab nak ikut boyfren pun kita(mak ayah) tak perasan. yelah, skrg ni banyak yang tak ambil kisah hal anak sebab terlalu sibuk. (Itu juga pengajaran dari lagu ni yang daku nampak, aku cuba juga mencari sisi baik lagu ni, Jgn hentam aku,kehkeh)

    ReplyDelete
  6. i tak pernah mendalami lirik lagu yg kat radio tu.
    saje nak mempolitikkan over small issues.

    ReplyDelete
  7. kalau naklari pun lari juga ...

    yang lari tu ... ada ka nyanyi lagu ni ....


    semuanya ....terletak pada hati dan didikan ....

    ReplyDelete
  8. banyak lagu2 rakyat makin pupus..
    asek layan lagu urbun je..

    ReplyDelete
  9. kak tas menyampah tengok, tapi zizie sukerrrr...hehehe!

    kompem pandai ayat nye lah!

    *

    sebenarnya saya suka lagu tu sebab cool. tapi sebelum depa ban lagu tu baik depa ban lagu2 katy perry, rihanna, lady gaga dan byk lagi lagu yg berunsur lucah terang2an, unless kalau depa tak paham bahasa omputih. budak darjah 2 pun dah paham inggeris skrg ni tau!

    ReplyDelete
  10. tak penah dengar lagu tu
    tapi kalo tengok liriknya... so n so aje

    kenapa nak haramlagu melayu aje
    lagu inggeris tak mo haram sama ke???

    ReplyDelete
  11. tubuh jawatankuasa khas pastu meeting bagai nak rak.. nantikan apakah keputusannya.. baru dengar lagu ni kat youtube.. sebelum ni mmmg tak pernah dengar sebab kalau radio saya cuma dengar sinar.fm sahaja..

    ReplyDelete
  12. Entahlah...sy tak nah ade isu psl lirik lagi si Zizan tu. W'pun sy tak nah dgr pun lagu tu. Sbb sy rs puisi tu okeh je. Interpretasi msg2. Yg sy pelik, lagu omputih yg cite bukan2 tu, takdelak org sibuk nak bangkitkan?

    Sy tak na tuding jari ke Pak Rais semata2. Tapi sy tuding jari pd semua yg terlibat dlm alkisah isu remeh mcm nie. Melatah yg dibuat-buat. Alahai!

    ReplyDelete
  13. Lagu ini kakak tak pernah dengar pun tapi bila perhati ada segi puisi ianya ok namun kalau tegak memang negetiflah jadinya - so kalau tak mahu jadi isu baik tak payah diperdengarkan.

    Betul doc. ceramah agama banyak dah kupas bab cerita seram hinggalah malam hari itu ustaz yg ceramah tempat kakak cadangkan kalau ada cerita seram tu tutup je tv. Sebab kita pun tahu kalau berlakun minum arak sah memang haram pun walau air itu bukan arak tapi bagaimana yg berlakun jadi hantu/syaitan tak haram ke? - natijahnya kenapa tak diharamkan juga tayangannya? Tak kan bijakpandai agama tak tahu...

    ReplyDelete
  14. Buat masa ini kakcik malas nak cuba faham fasal lagu itu! :(

    ReplyDelete
  15. lagu tu keluar time negara ngah kecoh pasal anak2 lari dari rumah.. tu yang jadik isu tuh~

    2 orang yang fofular tuh ai tak minat sangat..kekeke

    ReplyDelete
  16. filem yg papar isu negatif mcm gaduh2 tu takde pulak jd isu..

    ReplyDelete
  17. first time dgr trus hayati lirik.. betul.. mcm menggalakkan remaja lari ikut boipren dan kebetulan sekarang musim masalah remaja yg lari...
    lagu ni mcm mengajar kita lawan mak bapak...

    tolong jangan bilang mama
    tolong jangan bilang papa
    malah jangan bilang teman karibmu
    jangan bilang sesiapa

    pehtu ajar plak menipu..

    ija tk nampak sisi pandangan lain selain dr permasalahan remaja

    ReplyDelete
  18. pernah dgr lagu tuh sebelum nih...xperasan lak lirik nyer...biaso den dengar tapi tak menghayati...hehe

    tapi bilo dah amati lirik tuh...memang mcm tak berapo sesuai untuk remajo2 sekarang yg kebanyakan nyer pendek akal...

    ReplyDelete
  19. aiseh ketinggalan betullah...tak pernah dengar lagi lagi ni .... jrg sgt dgr radio kalau tak klasik nasional je hari2

    ReplyDelete
  20. tak leh nak kata ape..bebenda camtu laju je diorang punya respon sebab macam impaknya teramat besar..tapi bebenda yang meruntuhkan moral setiap hari secara lansung didepan mata, itu hanya kes terpencil..

    ReplyDelete
  21. buku passport bujal..


    sy dah lama perasan lagu ni mcm ad unsur negatif..pes time dgr sy dh rs camtu..sayang melodi sedap bolhe buat kita ikut menyanyi tp lirik lak spoil..

    ReplyDelete
  22. sy pegi baca link kisah zizie ezzete tu..mak aii..ada gambo nak tersembul bijik mata dibuatnya..emm..x leh nak kata apalah..pandai-pandai Bung lah nak didik isterinya..


    dh dpt gading putih melepak tanduk tua x berguna lagi

    ReplyDelete
  23. serius tak penah dgr lagu tu. Saya stuju dgn entry ni .. byk isu len lagi diaorg blh take action, bkn takat denda rm25 tu jer. Yg urban2 tu blh lak diaorg tutup mata. Dunia. Dunia.

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum doc

    seriyes..sy sangat suka akan lagu nie...dan saya prcaya bahawa lagu ini takkan diharamkan oleh kementerian kerana ia akan menambahkan kebencian golongan muda kepada bn jika ia diharamkan oleh kpkk..

    percayalah....

    ReplyDelete
  25. btol...sgt setuju dengan pendapat incik MO.
    jangan buat jawatankuasa nih setakat hangat-hangat haaa...cumm aje!

    pada saya..lagu nih santai..
    asalkan kita tau baik buruknya sesuatau lagu tu..tak salah kalo dengar..
    tak gitu?..

    ReplyDelete
  26. Lagu itu saja ke yg jawatankuasa tu nak kaji? Mcmana drama dan filem yg menayangkan citer tentang lari ikut kekasih mcm citer Azura dsbnya tu?

    ReplyDelete
  27. baguslah lagu ni kena banned,geli saya dengarnya...takde mesej

    saya hrap drama2 sampah pun kena banned jugak..entahlah yg pusing lagu dan drama kat tv dan radio ni takde badan penapis ke? agak2 nak naik rating atau promote pelem pun agak2 la...

    ReplyDelete
  28. cik ina geleng kepala, semakin dekat ngan pilihanraya , semakin banyak yang pelik-pelik , dan kejutan .Hendaknya pemimpin kita tak mengadaikan prinsip demi untuk mendapat dunia yang melalaikan.

    ReplyDelete
  29. nombor dua dah jadik nombor satu!!!

    ReplyDelete
  30. tarian tiang kena denda RM25 je... adehh lekat celah gigi je. naik pangkat ye zizie.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...