Wednesday, March 21, 2012

Ironi

Kadangkala, apabila bersenam di gym di Menara Axis, Petaling Jaya, aku akan solat di surau di bangunan ini.

suraunya agak tersorok, terletak di kawasan parkir kereta, level G di Menara Axis ini. Sebenarnya, ianya ialah ruang kosong di kawasan parkir yang aku suspek telah di convert kepada surau. Nampak tak pintu coklat dibelakang label CP2A tu? Itulah surau nya (surau perempuan, sebelahnya surau lelaki)

semakin menghampiri pintu masuk surau. Pintunya color coklat. Yang pintu kelabu tu bilik elektrik/bilik janitor? entah, aku pun tak tahu.

Inilah suraunya. Apa apa pun, aku rasa okay lah juga, sebab disediakan tempat wudhu yang proper, ber tiles.

suasana dalam surau. Alhamdullilah ada insan yang terfikir nak pasang ekzos fan di dalam ni. Kalau tidak mau menjejeh peluh panas, ialah, ruang tertutup yang hanya ada kipas ( bad air circulation)


Ini pula ialah bangunan Menara Axis itu, opposite dengan Hilton PJ kalau siapa2 yang tak perasan..nampak dari tepi Federal Highway.

yang ada tulisan Fujifilm itu lah Menara Axis. Gym aku di level concourse menara ini.

Semalam lepas solat maghrib di surau ni, mommyZZ cakap dengan aku : " Quiet Room di airport Perth tu pun lebih selesa, lebih proper dari surau ini kan" . Ya, di airport Perth, ada sebuah bilik disediakan utk pelawat beribadah, dipanggil Quiet  Room..yang muslim boleh solat di sini, yang Kristian pun boleh. Aku senyum sahaja bila dengar komen mommyZZ.

Teringat dulu ( dah lebih 4 tahun lamanya) masa naik ke Genting Highlands, tercari cari suraunya. Sadisnya surau di situ. Aku tak sure lah ada surau lain tak dalam theme park tu. (aku tahu ada masjid di situ, tapi diluar theme park). Tapi apa yang boleh kita harapkan, dah tokey nya pun cina.

Aku bersyukur sekurang kurangnya ada surau di Menara Axis tu. Cumanya, aku harap PBT atau mana mana pihak yang berwajib/ada kuasa, tolonglah tetapkan allocation utk surau di bangunan2 besar, sebab ini Malaysia, majoritinya Melayu Islam. Tetapkan ruang khas, supaya takdelah nanti bila bangunan dah siap, baru nak terhegeh hegeh carik port yang kosong, maka di convert kepada surau.

Aku puji stesen minyak Petronas sebab sediakan prasarana surau yang selesa. Dan aku perasan, stesen minyak Shell yang baru pun, dah sediakan surau yang selesa (suraunya isolated, bangunan color biru).

Bila terkenang isu macam ni, terngiang ngiang balik soalan cliche aku: " apa beza aku tinggal di Malaysia, atau tinggal di Australia".

Benar, kita boleh solat dimana mana, asalkan  tempat kita solat itu bersih, suci. Dulu masa student, aku pernah aja solat, bentang sejadah kat tepi Sydney Opera House..pernah aja solat kat belakang tangga di Queen Victoria Building di Sydney. Tapi masa tu aku di Australia. Sekarang ni, sebab aku hari hari dimomok kan oleh " kamilah pejuang Islam" ataupun " kamilah pembela Melayu dan Islam", maka aku harap, aku dapat fasiliti yang lebih sempurna lah, bukan hanya sekadar retorik mencari undi. Opsss..sudah terlebey bab politik. :P

40 comments:

  1. setuju... ramai yg x ambil berat isu surau neh...

    ReplyDelete
  2. Hiks!

    Klu tgk surau kat tmpt keje sy nie...lagik sadis...tapi syukur, nsb bek diorang sediakan tempat. Nama pun company Cina kan? Nape nak bg keistimewaan pd org Islam. Kan?

    Politik mmg busuk. Tp perangai manusia janganlah busuk. Takkan ade bangsa dan agama len yg hendak membela agama kita. Bg mereka, jnji ade tmpt utk kite....Nak ctk2 mcm heaven, excuse me! Kami pun tak provide smyg kat tmpt sendiri! Err....mcm tu ke agak2 dialog mrk? Heheheh...

    ReplyDelete
  3. surau kat pasaraya kat malaysia ni kebanyakannya letak kat parking lot kan.. tak boleh ke letak di kawasan yg mcm elok sikit...so far surau jusco ok lah..tapi air circulation pun kadang2 tak elok..bau kepam je..

    ReplyDelete
  4. itulah masalah ngara kita sebenarnya..bnda macam nie dianggap remeh. Tapi sibuk war2 kan ngara kita ngara islam?
    Org tgk pmimpin pun org tpkr nikah ngara islam? opppsss!!!

    ReplyDelete
  5. Lagi sedih, di sesetengah tempat pintu masuk ke surau adalah berkongsi dengan pintu masuk ke tandas. :(

    ReplyDelete
  6. mende cam ni - memang sellau di lepas pandang
    sebabnya - bukan isu besar kata mereka yang punya kuasa....

    ReplyDelete
  7. awak punye kecenderungan lebih kepada politiklah sejak dua menjak nih. dan kecenderungan nak berhijrah ke sana jugak. heheh.

    itu lah hakikatnya. kalau saya jadi menteri, saya akan wajibkan setiap tempat ada surau yg lengkap dan selesa dan bukan sekadar melepaskan batok di tangga. takde surau? atau surau kecik, lebih kecik dari jamban? tak approve plan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah GB, saya pun perasan 2 kecenderungan itu ;)

      Delete
    2. hehehhee...bukan kecenderungan politik, cuma saya gunakan blog sebagai platform utk suarakan hak kita sebagai rakyat, tak kiralah siapa sahaja yg jadi pemimpin...errr, pasal berhijrah tu..ekekekeke....no komen.

      Delete
  8. itulah masalahnya bila pergi mana2 kat malaysia ni
    paling payah nak cari surau yang selesa
    baru ni guna lebuhraya guthrie ..suraunya besar dan selesa
    kalau plus yg kat jln kecil2 mcm putrajaya tu ...kecil sgt!!

    p/s: sebenarnya hari ni pun plan nk cite
    kisah ada kaitan dgn surau gak nanti...kebetulan lak :)

    ReplyDelete
  9. pengalaman bersolat di bandung

    suraunya bercampur, tiada dinding untuk menyekat bahagian lelaki dan perempuan.
    Lelaki solat di hadapan , perempuan di belakang.

    Tempat wuduk pun bercampur jugak.

    ReplyDelete
  10. di KKIA ini pun....takde bilik khas,menumpang solat dibilik penyusuan ibu yang penuh dengan barang dan macam stor.. muat-muat je nak sujud.

    lebih selesa lunch dan terus solat di TESCO ;)

    ReplyDelete
  11. setuju sangat doc. dulu masa kerja kt menara olympia KL pun sama. bangunan tinggi sampai 31 tingkat, surat cenonet je kat parking lebih kurang sama dengan surau dalam cerita di atas nih.

    pasal yang shell tu memang betul. kdg2 sengaja berenti kat situ sbb lebih selesa :D

    ReplyDelete
  12. kaklong dah nak masuk 4tahun tinggal kat kajang ni...
    ada tapak surau tapi tak ada surau...
    sampai kakngah ckp,kat umah kaklong ni ada surau ajib...huhuhuhu!

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum doc...

    setelah lebih 50 tahun..kita masih merintih di bumi sendiri..

    kita terpaksa merayu utk mendapatkan sesuatu yang asalnya adalah hak milik kita....

    ReplyDelete
  14. u r soo right!

    infact, bukan menara tu je, di jb sendiri hotel M suites tu suraunye pun di ceruk parking yg sgt panas dan berasap...huhuuuuu

    pelik kan???!!!

    ReplyDelete
  15. selalunya...surau mesti dekat ngan toilet, tak pun toilet dekat dgn surau......
    teringat zaman2 semayang kat park ngan atas snow..hehehe

    ReplyDelete
  16. bukan setakat bangunan je ada setengah tempat kawasan perumahan tak disediakan surau, sepatutnya bangunan surau yg patut diutamakan bina baru la berkat kawasan yg nak dibina tu.

    ReplyDelete
  17. betol tuh.. harap2 pihak2 yg meluluskan sesuatu plan bangunan supaya wajibkan ade satu surau yang lebih selesa.. jangan main tangkap muat jer..:)

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah..kat tempat kerja saya ni setiap department disedikan surau..mmg mudah sangat kalau nak solat dan selesa yg dijaga kebersihanya..

    ReplyDelete
  19. MMG KEMUDAHAN SURAU TAK DIAMBIL BERAT LANGSUNG...SEDIH DGN NEGARA KITA NI

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Daddy Ziyyad

    tak padan dengan bangunan yg begitu gah

    ReplyDelete
  21. suka solat kat pam stesyen.. :)

    ReplyDelete
  22. nama je negara Islam, kan. Mmg selalu ada masalah mencari surau di sopink kompleks kat malaysia ni nak pulak lepas keluar dari panggung wayang kat 1Utama tu. bersesak2 berasak2 .. kna tggu turn pulak tu. tp tu lah .. atas nama solat dan agama, tak boleh merungut sangat la, kan. Lgpun agreed with all comments i read here, tak yah la letak 'high expectation' pd bangunan2 besar di malaysia yg pastinya bkn milik org kita.

    tapi paling best solat kat kedai minyak lah. besar,selesa .. org pun tak ramai.

    ReplyDelete
  23. Daddy Ziyyad, kelas aerodance saya di Tmn Sri Sinar, Kuala Lumpur. Mummies are welcome here. Daddy not allow cos my class is open to ladies only. hihi.

    ReplyDelete
  24. kdg-kdg pemilik bangunan terlepas pandang akan perkara ni kan..nama sj negara islam tp hakikatnya :(

    ReplyDelete
  25. tiga empat tahun lepas selalu ke situ.. masih sama?!! tak baca komen kami la ni.. ye la sape la kita

    ReplyDelete
  26. tak boleh nak cakap gak bro..orang kita ni mentalitinya pelik pelik sikit..
    bila dibina gereja terbesar, banyak betul suara tak puas hati sampai nak begaduh gaduh pun ada..
    tapi bila kes camni, surau takde la, sempit la, tak selesa la..ada diorang nak kecoh ? bila disediakan surau cantik cantik pun bukan diorang nak solat (tak semua la) pun, tu sebab tokey tokey bangunan tak ambik kesah benda camni..tambah lak 'orang atas' pun tak bising pasal benda camni..

    ReplyDelete
  27. surau airport dubai cantik!!
    hehe

    ReplyDelete
  28. surau kat Sogo pun punya la tersorok...

    ReplyDelete
  29. Dr,

    mmg azab cari surau kat genting.mmg bab nih msia serba ketinggalan.kena kuatkuasakan undang2 utk ini.

    Ehhh dkt sgt dgn opis kita :-D

    ReplyDelete
  30. ehh saya rasa doktor ni sesuai dan ada tokoh jd yang berhormat la...hehe

    ReplyDelete
  31. betullah apa yg doc ckp tu..kalau kat semua house lagi menyedihkan..dgn sempitnya..kat sogo pun..mujur kat midvalley dibuat besar suraunya..tp tetap penuh..penuh takpe..tu tandanya umat Islam masih menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.

    pun suka solat di petronas..

    ReplyDelete
  32. Bukan sahaja bangunan/tempat yang tetap sebegitu saja perlu proper surau. Setiap kali ada karnival/program yang makan masa 2,3 hari pun, sediakanlah surau yang baik kalupun tidak boleh sempurna.

    Contoh: bila PABKL PWTC... sesak beb!

    ReplyDelete
  33. betul kan? sadis sungguh jadi macam ni.pungpangpungpang itu ini tp realitinya hado. stkt ni mmg nmpk petronas je yg sediakan surau yg cantik n bersih..ada satu petronas kat jln dr subang ke fdrl kalau masuk mgrib diorang smyg jemaah rmai2 dlm tu,dh mcm msjid pulak..hihi

    itu baru cerita pasal kedudukan surau..belum cerita pasal sejadah yg bau kepam, telekung bertahi lalat/berdaki...

    pnh masuk surau allamanda putrajaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah pula masuk surau alamanda..kenapa?

      Delete
  34. bila citer bab surau dlm bangunan besar besar ni..mula lah nekcik nak membebel...semua dah sampai klia kan...mesti pernah masuk surau dia kan...sediiihnya rasa nekcik..surau tu tak standing ngan kecanggihan airport!!tak setanding takpe jugak..tapi sekurang kurang nya cukup untuk menampung jemaah yang masih ingat pada Allah di waktu maghrib!!!nak sbyang maghrib pun kena menunggu di luar...orang besar besar ni tak pikir ke..klia itulah tempat jemaah nak pergi dan balik haji...tahulah VIP VIP ni mmg tersedia mewah..tapi bagaimana rakyat jelata yang hina dina niii...samaada nak kna tinggal kapal atau tinggal solat...tepok la kepala dan tanyalah iman!!! oo 1 mesia ku!!!

    ReplyDelete
  35. itulah.. selalu rasa sedih juga.. tempat solat terletak pada aras paling bawah dan tersorok pula.. klu org yg liat nak solat mmg langsung tak nampak klu tak mencari..

    ReplyDelete
  36. nick chan abdullahJanuary 24, 2013 at 7:38 AM

    Dewan badminton mbpj takde surau. Belakang tu ialah pasar mbpj yg byk muslim, juga takde surau. Penjaga dewan juga muslim. Genting tokey cina pun ada surau, yg tokey muslim sendiri tak bagi surau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...