Friday, March 23, 2012

I am your ATM machine.

Hadis 9/10 Rezeki Dari Perniagaan amat popular. Tapi ada perdebatan hebat dikalangan ahli hadis dan mereka yg berautoriti tentang hadis ini.Ada yang berpendapat ia hadis daif. Apa apa pun, aku berpegang pada benda yang pasti, iaitu memang pasti Rasul SAW berniaga. Ikut sunnah baginda, niatkan, Insya Allah, dapat laba dunia & pahala junjung sunnah baginda.

Ada perancangan bisnes buat MommyZZ. Ye lah, dia pun jenis yang tak suka harap duit dari husband aja, nak ada sumber income sendiri (walaupun aku selalu cakap, "takpe, I'm your ATM machine"..nak apa, minta sahaja, tanggungjawab aku sediakan semuanya).Mak mertua aku lagi sempoi, dia pun otak bisnes jugak..dia selamba aja berseloroh dgn mommyZZ " takkan lah nak beli spender pun nak mintak duit laki" hahahah...Lagipun mommyZZ kata dah puas jadi fulltime housewife..anak pun dah 2 (maybe that's it, cukup lah )Tunggu lepas balik Australia, ada rezeki, Insya Allah nak proceed. Bisnes apa? Of course ada kena mengena dengan makanan, sebab mommyZZ suka masak/baking dan sebagainya...Sebelum itu, buat kecil kecilan aja dulu. Bisnes jugak kan? Ikut sunnah juga kan? :)

 bisnes pagi ini, bun sambal & bun kacang merah. Sebelum ni alhamdullilah jualan cinnamon bun laris, sardin roll bun pun laris. Hujung minggu ni misi tempahan red valvet pula. Hari hari permintaan pelbagai jenis bun/roti datang dari sekolah akak ipar aku dan juga utk restoren pakngah mommyZZ. Maybe bisnes bun ni boleh jalan seiring kot kalau betul-betul mommyZZ bukak restoren..ekekeke..nanti nantilah aku ambik gambar proper guna dslr aku gambar semua bun yang di buat..ni pun tadi capture guna kamera henfon cokia aja.


Okeh, part yang bawah ni, aku taip untuk rekod diri aku sendiri aja..Aku harap lagi 3-4 tahun, bila aku baca balik part ni, aku boleh tersenyum lebar..kalau korang nak skip baca pun takpe, boring..panjang sangat.

Aku sendiri dulu takde mentaliti bisnes. Ye lah, mak ayah aku kerja makan gaji, setia. Mak pesara guru, ayah pernah dalam khidmat Kerajaan semasa TM ialah Jabatan Telekom..heheh..klasik kan namanya..Tu pasal masa aku resign keja gomen, mak ayah bising. Masa tu aku muda lagi, aku pun memberontak sebab mak ayah tak faham. Tapi masa tu, aku resign bukan pasal nak bisnes. Aku resign pasal aku tak suka kerja di hospital. Ya, jangan salah faham, aku suka merawat pesakit, bercakap dengan pesakit, tapi bukan dalam suasana busy macam di hospital. Bila dah busy sangat, aku rawat patient macam robot, semua benda kena cepat, dan menjadi rutin. Masa tu dah tak fikirkan kerja merawat orang tu ibadah, lawat orang sakit kat spital tu ibadah..pasal hari hari bangun nak gi kerja, aku dah stress. Jahil betul masa tu. Memanglah bila sekarang ni aku fikir-fikir balik, ada rasa terkilan sedikit, sebab tak sambung belajar jadi specialist. Mommy ZZ selalu cakap aku patut jadi specialist, pasal aku care patient aku..di klinik lama yang aku kerja dulu, patient2 regular aku cari aku bila aku berhenti.. ( ni bukan ayat masuk bakul angkat sendiri okey..haha). Tapi aku sedar, jiwa aku tak boleh terima sistem nya. Dan kalau semua orang jadi specialist, siapa pulak nak jadi GP ( doktor cabuk bak kata bro zouldahan.haha). Maybe jugak ni ayat penyedap hati sebab tak dapat jadi pakar kardiologi seperti yang aku pernah impikan masa darjah 5 dulu..hahaha..

Bila aku kawin dengan mommyZZ, minda aku terbuka, sedikit demi sedikit. Aku nampak dunia yang lebih luas. Ramai ahli keluarga mommyZZ ialah ahli perniagaan. Ada yang bisnes biasa biasa, ada yang dah jadi jutawan. Sebab tu aku & mommyZZ kena berani berubah. Mencuba bisnes. Nak jadi kaya raya, boleh jihad bisnes, boleh bayar zakat banyak banyak, kena berani mencuba.( niat bisnes kena betul, ini yang aku belajar dari tokoh perniagaan terkenal, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, bekas CEO JCorp).

Doakan bisnes mommyZZ berjaya dan terus berjaya. Mommy baru bertatih, dan semoga beliau akan berjalan laju, melompat, skipping dan terbang dgn jayanya...After all,. kalau gagal pun, at least kami dah mencuba, kan? Orang yang gagal sebenarnya ialah orang yang langsung tak mencuba...cewahhhhhh..:P

33 comments:

  1. tak pa lah, hang jadi specialist kpd isteri dan anak-anak. setiap org, impiannya berbeza ;)

    bestnya mommyZ nak bisnes. kalau diberi peluang, saya pun nak resign, buat bisnes makan-makan, cehhh...(impian jelah)haha.

    best of luck to mommyZ dan daddyZ juga.
    **eh, yang homemade chocolate dlm kotak tu dok buat lagi tak? PM le harga, tgh survey utk majlis kahwin ni.

    ReplyDelete
  2. bahagianya kak liza kalau dia cakap dia ATM machine kak liza.. adoi.. kak liza pun nak lawatlah klinik hang. kat sini kak liza baik dgn dr khairul nazim, klinik annur bdr seri putra. & dr razman, dr anuar sani.

    ReplyDelete
  3. kalau niat kita ikhlas dlm perniagaan...insyallah perniagaan kita berjaya..
    kerana 99 dari 100 rezeki adalah dtg dr perniagaan...
    kaklong doakan mummy dan daddy ZZ berjaya....
    aminnn..

    ReplyDelete
  4. Kakak suka N3 ini doc. Hadis sahih tak boleh dipertikaikan. Prinsip berniaga biar tak untung tapi jangan rugi sebab dari tak rugi itulah putaran kewangan akan terus berjalan seiring dgn cara marketing utk mencipta nama dan pastinya akan membawa untung/laba akhirnya. Tak mustahil mommyZZ boleh berjaya. Kakak suka kalau ada anak bangsa kita yg berani dan berjaya macam family MommyZZ. Teruskan...

    p/s: kalau nak buka branch kat JB kakak nak jadi distributor bila pencen kelak.

    ReplyDelete
  5. Saya paling suka bila en asben cakap camni kat saya .. U nak apa-apa cakap jer nanti i belikan dan masih trtunggu2 dia cakap "I'm your ATM machine" sbb dgn ayat itu saya boleh tekan wallet dia sesuka hati saya, bila-bila masa. kahkahkah.

    BTW doktor, uncle saya pernah berpesan .."Org yg berjaya adalah org yg berani mengambil risiko dan berubah".

    Saya harap satu hari nanti Mommy ZZ dapat bukak bakery + restoran sekali. Pastu panggil saya makan free ye .. kita barter trade dgn 1 entry FOC. hehehe.

    ReplyDelete
  6. apakata DZ letak roti2 mommy ZZ tu kat kaunter klinik
    kot2 org lama tunggu lapar nak beli ke...

    itula yg seronoknya berkahwin bertambah keluarga
    dan bertambah lagi pengetahuan yg kita tak tahu
    dari fmly kita saje...mcm tu juga dgn kak ati

    good luck to mommy and daddy ZZ :)

    ReplyDelete
  7. Betul la doc. Sy pun ptt cube perkara yg dah lama sy idamkan - berniaga. Tapi takde keberanian! Huhuhu...

    ReplyDelete
  8. amin..mudah mudahan Allah permudahkan..
    insyaallah =)

    ReplyDelete
  9. saya pernah dengar ceramah, memang hadis 9/10 rezeki tu hadis dhaif..tapi rasulullah sendiri berniaga..so kita pun tahu berniaga tu bagus..

    tapi org melayu ramai takut risiko.. kalau ada yang tak takut pun ada yang bila dah ok sikit.. tak jujur..mana nak bertahan lama..

    semoga mommyZZ berjaya dalam bisnes nya..

    ReplyDelete
  10. moga dipermudahkan....
    bagus usaha mommy zz tu...

    ReplyDelete
  11. sukaaaaaaaaa sgt entry ni! yes,sy paling suka bercakap dengan orang yg ada mentaliti bisnes, but cop! not MLM! kalau dtg MLM kat sy big no no!

    tp sy lebih prefer kepada pertanian mnjadi perniagaan..mcm cth mommyZZ guna skil memasak sbg perniagaan kan, tp sy suka 'membela'.bukan bela hantu k. haha.kat kmpung sy join venture dgn ayh buat projek ikan talapia. setakat ni baru ada 3 biji kolam.kalau dipermudahkan Allah, sy nak pergi jauh lg. =)

    sama2 kita bdoa utk kejayaan kawan2...aminnnn...

    ReplyDelete
  12. .... Best kan kalau pandai baking2 ni, Mg dipermudahkan.... Ameennn

    ReplyDelete
  13. insyaallah mommy ZZ akan berjaya

    ReplyDelete
  14. all the best to both of you....saya pun resign sbb stress, tp saya suka deal dgn pt... tapi lagi kan...skrg pun saya stress jugak..hahaha..nak buat bisnes mcm mommy zz jugak lah! ;D

    ReplyDelete
  15. amin~ moga berjaya dalam bisnes mommyZZ!!

    ReplyDelete
  16. Kakcik doakan perniagaan itu akan berjaya dijalankan dengan cemerlang. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  17. bisnes la best! i sapot ja mommyZZ!

    ai pun buat bisnes jugak dgn mak. :D

    ReplyDelete
  18. InsyaAllah akan lahir seorang lagi usahawan makanan bumiputera yang beragama Islam. Bertambah produk muslim kita. kalau bab bakeri ni... banyak dimonopoli oleh 'mereka'.

    ReplyDelete
  19. mudah mudahan diberkati dan berjaya dalam bidang bisnes..

    ReplyDelete
  20. bila lalu jer kawasan shop lot baru, mula berangan angan nak buka kopitiam... anagn angan jer lah.. dh sampai rumah, baru terpikir.. belum ada kekuatan nak berbisnes..

    ReplyDelete
  21. sebelah klinik boleh bukak bakery...good luck

    sy x ada skill bisnes..~

    ReplyDelete
  22. aunty adalah ATM machine uncle.... haha!

    semoga sukses!

    ReplyDelete
  23. insyaAllah... pssttt, bro, baki atm i x mencukupi.. rasa2 boleh ganti ATM mesin i x? hahaha.. gurau2 je..

    x cuba mana tau x menjadi kan? semoga dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah selalu...

    ReplyDelete
  24. family munna semua bisnes sendiri...terpengaruh dulu dah ada kerja makan gaji lepas kahwin dgn family munna terus buka bisnes sendiri....termasuk suami munna...

    ReplyDelete
  25. Niat yg baik..
    semoga hasilnya pun baik juga nanti...

    insyaallah..!

    semoga mommyziyyad lebih sukses nanti ye...!

    ReplyDelete
  26. salam kenal dar kami sekeluarga...

    kadang-kadang kita perlu keberanian yang tinggi untuk merubah nasib kita... semoga berjaya.....

    ReplyDelete
  27. dimana ada kemahuan disitu ada jalan.semoga bisness mommy success, lapar nengok bun mommy tu, mesti sedapkan.

    ReplyDelete
  28. u can do it!gambate!gambate!niceee...keep it up!

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Daddy Ziyyad

    moga maju jaya

    ReplyDelete
  30. saya suka catatan yg last tu...mentaliti saya sekarang ni pun mak ayah dok..bila baca ni minda terbuka sedikit..mungkin saya pun kena berubah!!...

    ReplyDelete
  31. semoga bisnes mommy ZZ bertambah maju..Amin..saya dah lama mengidam nk mkn red velvet...

    doktor specialist dikalangan melayu sgt jarang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...