Friday, March 2, 2012

Australia Lebih Islam dari Malaysia

Baru baru ni ada seorang menteri yang suruh konsert sorang artis overseas dibatalkan..tak hormati sensitiviti rakyat Malaysia katanya.

Kita rakyat Melayu Islam Malaysia ni hipokrit sebenarnya, termasuklah menteri tu.

Kenapa hipokrit?

Kita terpekik terlolong sentap marahkan artis overseas yg pakai tatoo tu (walaupun dia sendiri akur dgn garis panduan persembahan di malaysia, dan sebenarnya ialah,silap akhbar milik rakan sekutu menteri ini yg tak sensitif siarkan gambar tersebut, padahal byk lagi gambar lain yg tak bertatoo yang boleh dipilih)

Aku backing Erykah Badu? Jangan salah faham..Tengok isu ini dari skop yang lebih luas.

Kenapa aku kata kita hipokrit?

Ada tak menteri tu heboh sound suratkabar dan majalah kat sini, yang saban minggu siarkan gambar wanita Islam Melayu Malaysia yang terdedah ketiak dan segala celahan? Ada tak nak di saman/tarik hak publishing/ban? ada ke?

Yang siap nak berdemo depan pejabat The Star pun ada.  Kenapa tak berdemo depan pejabat Utusan? Depan pejabat Mangga? Depan pejabat URTV? Kepala kat The Star sah sah non-Muslim. Kepala kat pejabat Utusan/URTV/Mangga?

Dan kita sibuk dgn kes pembuangan bayi, sex rambang..bla bla bla..Sedangkan salah satu punca maksiat kita buat bodoh sahaja. Kita biar nafsu remaja (dan remaja tua) terangsang dengan secara rela paparkan benda benda ini.

Ini gambar-gambar yang aku baru petik kat majalah dan akhbar. Belum lagi rancangan TV.

Melayu Islam Malaysia memang mudah sentap pasal babi, pasal arak, pasal tatoo...kalau nak berdemo pasal ini, nombor satu!
Tapi cukup toleran dengan makan rasuah, dengan menayang body, dengan ambil hak orang...

Jadi, apa beza jika aku tinggal di negara Australia berbanding tinggal di Malaysia? Di Australia, Islam bukan agama rasmi, tapi ianya bersih( bersih itu sebahagian dari iman), ianya kurang korup (makan rasuah itu haram). Jangan sampai Malaysia kena gempa bumi 8.5 skala Ritcher, baru lah masa tu semua pihak nak betul betul sedar dan bangkit bersuara ( mufti, ulama, pemimpin). Masa tu dah terlambat.

Entri ini bukan pasal politik, bukan pasal Australia tu best, bukan. Entri ni pasal kita semua. Kalau bala tuhan turun, kita semua kena tempias nya.

39 comments:

  1. sokong sangat=)bila tgk majalah mangga mesti artis2 sekci mekci..adegan gambar di kolam mandi mmg ada..pastuh nak tgk2 kat neg luar.diri sendiri tak cermin dulu

    ReplyDelete
  2. kencaman2 terhadap isu ini terlalu hangat di twitter sampai dah mencarut sana sini pada pak menteri ni.....

    ReplyDelete
  3. sgt setuju.. tp akak tak cukup berani utk bersuara seperti ini.. bravo DZ. minta dijauhkan kita semua dari sebarang bala tu..

    ReplyDelete
  4. setuju 200%....



    majalh mangga tu banyak tunjuk 'MANGG'..orang melayu..
    :(

    ReplyDelete
  5. tapi australia mmg best pun kan? heheh

    *

    malaysia jadi begini kerana silap percaturan. silap. segalanya silap.

    takpelah. semoga kita ada peluang utk memulihkannya.

    ReplyDelete
  6. sangat setuju. Two thumbs up for u, Doktor. BTW, saya nak tanya, makan ubat rileks otot mengantuk tak?

    ReplyDelete
  7. sama2 le kita jaga keluarga kita masing2

    ReplyDelete
  8. sangat setuju DZ..tu baru sikit...byk lg yg 'terselamat' disenaraikan oleh DZ..ini la sy kata, takut bila jadi kebiasaan, yg tak boleh jadi boleh.

    jgn la kena 8.5 skala ritcher...tinggi sgt tu. =(

    ReplyDelete
  9. Kakcik sangat2 setuju dengan apa yang Dr tuliskan itu.

    ReplyDelete
  10. wow...cuci mate di pagi hari hahahahahahaha....

    tapi No memang SETUJU entri DD ni..BETUL BETUL dan BETUUUUUUUUL...(nk tengok tb pom menyampah huhu)

    ReplyDelete
  11. wow, best entry ni!

    well done doktor ;)

    ReplyDelete
  12. salam kenal Doc.agreed with ur statement..itu namanya kuman seberang laut nampak jelas, gajah depan mata nampak kelabu; kelabu mata, buta hati; peribadi dan nilai diri masyarakat sendiri sepatutnya menjadi keutamaan untuk diperbaiki kerana dr situ jatidiri dapat diperkukuhkan; so mana2 penerbitan media massa yang katanya beragama Islam punya rasa malu serta rasa bersalah untuk "menjaja" dan mengaut keuntungan daripada tubuh badan anak2 gadis dan wanita untuk tatapan dan bahan pelaris penerbitan/siaran mereka

    ReplyDelete
  13. biasanya kalau kat negara2 yg Islamnya adalah dipihak minoriti,keislaman itu lebih menyerlah dalam kehidupan mereka.kita ni terlalu bangga dengan status negara Islam tapi pengisiannya sangat mengecewakan.tengok saja bagaimana sambutan tahun baru kita pada setiap 1 jan....depressing.

    ReplyDelete
  14. betol bang oiii...
    paling benci dengan majalan porno malaysia..magga %#%^# tu..macam haram je semua gamba dalam tu..tanya la menteri mana yang luluskan..bila kita calkap sebokkk la dok kata kita cakap isu politik..aishhh ni bukan politik semata tapi tahap kerendahan moral yang berlaku kat malaysia..

    sekali turun bala ngan haku2 terjebak tahu...heee :) emo sikit...

    ReplyDelete
  15. sangat suka dgn entry kali ini!! sgt betul. sibuk duk berckp ttg artis luar negara. artis dlm negara ni byk betul yg masih "tak betul" nya! serius. pkian diorg masyaAllah. mmg mengucap pnjg setiap kali tgk :/

    ReplyDelete
  16. mcm nk like byk kali jek entry nie..saya selalu tpkr camtu..nk bsuara tapi suara smpai kat tekak jek...sana sini sibuk pasal isu artis luar ngara kena ikut peraturan malaysia (konon) tapi artis malaysia? cam hapa? klu ada majlis2 apa dorang tayang? aset dorang gak yg mengalakkan zina berlaku, rogol dan lain2 lagi :((

    adeh..kang bebel tak abis lak kat sini :((

    ReplyDelete
  17. kau ni.. menambah dosa mata aku di pagi hari!!! hahaha


    psst.. aku harap ada pak menteri baca entri kau nih!

    ReplyDelete
  18. bepinar jap bebola mata nengok segala lurah dan dendam.. huhu..

    ReplyDelete
  19. betul tu..bak kata pepatah, kuman seberang laut nampak bebenor, gajah depan mata lansung tak mandang..

    ReplyDelete
  20. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

    Kalau Pak Menteri pun suka tengok gambar gitu,
    mana nak menghapuskannya. maaf yee pak menteri...

    ReplyDelete
  21. kat mana i nak tekan LIKE?
    nak tekan 18 kali

    ReplyDelete
  22. saaangaaatttt betul....pastu pakat berebut jadi artis.


    ~sakit mata den tengok gambar diatas, huu....

    ReplyDelete
  23. ye, sgt menarik isu ini..saya setuju...kadang2 sendiri pun rasa sakit mata tgk 'pendedahan' badan mcm tu..nauzubillah, jgnlah dtg malapetaka macam tu...'peringatan utk diri saya sendiri juga'...

    ReplyDelete
  24. Cool gile entri doc yg nie. Heheheheh....tuhlah doc. Kite berbuih mulut dok kate tu kate nie. Tp ape la sgt tindakan DEPA seme tu? Nothing!!!!!

    Dan kite rakyat? Sila nyanyi lagu mendiang Whitney Houston - I have nothing! Nothing! Nothiiiiiiiiiiiiinnnnnnnggggggggg!

    ReplyDelete
  25. menyampah giler aku ngan majalah mangga tu..
    baik ko ckp, ko pernah beli kan majalah tu...


    larikkk...

    ReplyDelete
  26. setuju sangat... kak liza yg tersirat

    ReplyDelete
  27. saya setuju!!! kita negara islam tapi x nmpak islamnya...

    ReplyDelete
  28. saya suka entri ini...arini saya rasa doktor menulis dgn beraninya..thumb up

    saya setuju seegala yg di atas...

    ReplyDelete
  29. X penah beli mangga, tp perluke bergambor gitu kalau masuk Majalah mangga, ke tu garis panduan Majalah mangga :D

    ReplyDelete
  30. perkara ni lah yg sering bermain dlm minda akak...rasa meluat tenguk majalah yg papar artis murahan yg nk glamer dgn cara dedah sana sni...betul lah..tkde menteri yg melenting pulak..ke suka tenguk majalah mangga tu...

    p/s sepupu akak duduk Australia..anak2 dia lebih warak dari kita org kt Malaysia ni...:(

    ReplyDelete
  31. Banyak org kat atas ni nmpak marah...makcik nak coolllll. Nak buat camna doc, ketiak dan lurah depa cantik belaka, lebih lebih yg no 1 tu....anjing tengok meleleh air lior i tell you...tulang banyak.

    ReplyDelete
  32. itulah yg kita panggil kuman diseberang nampak jelas, gajah depan mata tak nampak..
    keh4

    ReplyDelete
  33. wow..revealing clothes!!..cleavage...buttocks..pehh..tayang tubuh untuk publisiti..murah..mcm lah diorg dlm gambar tu je ade..kitaorang ade jugak lah,takde makna nak tunjuk2 ponnn..ekekekkeee

    ReplyDelete
  34. ye Doc..nekcik mmg fenin tngok alam sekitar laa nii...headache!!!kna mintak panadol bebnyak ngan daddy ziyyad!! kalau hati sudah mati......

    ReplyDelete
  35. wah...cekci2 nya..betol.saya skong entry ini 150%...

    ReplyDelete
  36. salam doc,
    inilah yang dikatakan 'kuman di seberang laut nampak.. bangkai gajah depan mata, x nampak'

    huhuu..
    =]

    ReplyDelete
  37. sangat setuju..tp golongan ni lah orang yang paling pandai bercakap..macam2 alasan yg diberikan..ni sama lah kes bila kita kata org melayu bodoh dan malas nak usaha, pasti ada yg melenting, sedangkan melayu sendiri yg menunjukkan diri mereka begitu..

    ReplyDelete
  38. ada org gelarkan Mangga itu 'playboy' msia dan sy setujukkk!!!

    ReplyDelete
  39. the truth is u wont be able to find any islamic country anywhere at this present moment.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...