Tuesday, January 17, 2012

Letih

Balik JB hari Jumaat lepas.
Hari Sabtu lepas asar majlis akad nikah adik, buat di rumah.
Makan makan lepas majlis nikah adalah katering.

adik aku, Lina yang baju putih. Yang baju merah tu rasa rasanya macam bakal bernikah aja tahun 2013..haha

ini lah rupa adik ipar aku. Mahathir nama nya. Oh, dah ada adik ipar aku ni sekarang..rasa janggal pulak..Sekali lafaz, sah! Jaga Lina baik baik okey, I know u can do it..

Johor style bila akad nikah. Yang latest katanya ikut modul Keluarga Sakinah. Banyak benda kena baca lepas akad nikah. Aku dulu bernikah kat Negeri Sembilan sempoi aja..haha..ni sessi 'Curahan Air Mata' bak kata cousin aku(sebab dia pun bernikah tahun lepas kat JB). Ibu melafazkan kata kata penyerahan anak. Mak aku steady aja..tak gugup, tak menangis


Tiba giliran adik aku pula baca, baru half way, dah merebeh air mata menangis..heheh..Memang syahdu skrip Keluarga Sakinah ni..:) Bila adik aku dah merebeh menangis, mak aku pun nangis, ayah aku pun kesat air mata, mak mertua adik aku pun nangis. Syahdu beb..aku mantain tergelak dgn cousin aku(diri sebelah aku) tengok adegan ini..

Nak juga enterpremmmm....tadaaaaa..coklat home made Mommy ZZ ialah salah satu barang hantaran..ekekeke...pak andam adik aku pun dah riki riki mommy utk order coklat ni utk customer2 dia..moga2 menjadi JV mommy-pak andam....hahaha


Esoknya, Ahad 15 Januari majlis bersanding adik aku, buat kat dewan, katering jugak. Aku tak usung kamera gabak aku.So takde gambar dari aku. Tunggu gambar dari official photographer & videoman adik aku aja lah..Letih weeehhh berdiri sambut tetamu sekali dgn mak ayah aku dari pukul 12 sampai 4.30pm. Rasa nak tertanggal lutut ni! :P

Lepas majlis:

-penat, melepak. Aku tidur awal hari Ahad tu, pukul 7.40pm dah terlelap kot. Tersedar pukul 3.30 pagi baru ingat nak solat jamak. Mak ayah aku pun tido kepenatan..Wife aku aja yg boleh mantain tak tidur awal, sebab dia dah biasa dengan majlis nikah kenduri besar besaran kat rumahnya sebelum ini. Tak boleh bayang kalau tak katering, ie semua masak sendiri/rewang, mau coma aku! hahah

43 comments:

  1. memang adat ek baca skrip sakinah tu??tak penah tau plak...hehehe..kalo aku baca, sure2 la leleh air mata jgk

    ReplyDelete
  2. Sweetnyaa pengantin.. Moga berbahagia hingga ke akhirnya..

    ReplyDelete
  3. perghhh...sedih woo..
    cheqna dah terbayang camana situasi cheqna nanti huhuhu

    ReplyDelete
  4. adik ipar ada taik lalat atas bibir wok!

    ReplyDelete
  5. tak patutlah doc ni. Org lain merebeh airmata tangkap syahdu doc boleh gelak pulak? huhuhu

    ReplyDelete
  6. Senanglah semua katering.

    Masa adik2 emak Adam kahwin dulu, semua style rewang pasal di kampung. Memang letih tapi malamnya tu takde chance tidur awal sebab mertua ajak kira duit sumbangan ... hehehe

    ReplyDelete
  7. muka lina macam kamu versi perempuan..:-Dtahniah ye lina dan hubby..

    ReplyDelete
  8. kalau ayu kata doktor dah macam photografer amacam???
    cayalah.. cute gila gambar2 doktor

    dan tahniah dapat adik ipar..

    sebenarnya banyak nak komen tang coklat mommy zz. tang keletihan dok skluarga. tang nikah program sakinah.. maklumlah orang jb.. hehehehh.. tak ada nafas pulak ayu menaip.. hehehhe

    sebenarnya ayu tak perasan dgn entry doktor jemput blogger jb ke majlis kawin adik doktor di skudai..
    kalau idak.. ayu dah panggil kawan2 yang blogger taman u.. ramai tau..
    awatlah minggu lepas ayu sangat sibuk.. kalau tak, tentu2 kita ada rezeki bertemu dan panggil seramai yang ada di kawasan taman u...

    agaknya itu yang dikatakan tiada rezeki..
    sedihlah.

    ReplyDelete
  9. tahniah kepada adik lina.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  10. tahniah dapat adik ipar..
    baru 1st time dgt pasal skrip keluarga sakinah tu..
    kt kedah ni yg pnting akad then lafaz taklik je.. :)

    ReplyDelete
  11. cantik pengantik baru tu... mak doc nampak muda lagi ye

    ReplyDelete
  12. tahniah ... dpt keluarga baru .....

    ReplyDelete
  13. Jadi abang Long kenalah bantu mak-ayah. Tahun depan sekali lagi.... Itu guna catering semua pun masih nak tanggal lutut. Betul manjalah doc nie....

    p/s: Mesti ramai terpikat coklat mommyZZ...

    ReplyDelete
  14. ada ya skrip camtu, baru tahu..kitaorang biasa buat sendiri je tak de katering2

    ReplyDelete
  15. kenduri rewang tu yg letihnya lepas majlis...jenuh nak ngemas umah...

    ReplyDelete
  16. Mmh letih kenduri kendara nih tp seronok kan,selamat pengantin baru utk adiknya:-D

    ReplyDelete
  17. kenduri kalau tak letih.. taklah namanya kenduri doc.. congrats ada adik ipar baru.. haha.. eh muka adik2 semua serupa dgn abang lah..

    ReplyDelete
  18. hah. boleh komen dah. yeahhh... hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah...jgn lupa baca bismillah...ekekeke

      Delete
  19. kalo nak order coklat mommy zz boleh ke??

    ReplyDelete
  20. ALHAMDULILLAH...selamat majlis adik doc..semoga mereka terus berbahagia sehingga ke akhir hayat dan menjadi umat Islam yang soleh dan solehah

    ReplyDelete
  21. nak ucap tahniah la kat dia...adik dan adik ipar tu, moga 'sekepala' dgn doc nanti, ...neukles or kembangan ?

    ReplyDelete
  22. muka adik DZ sejibik mcm DZ eh? hehe
    Sy xpernah dgr pulak psl baca2 sakinah tu..mmg boleh beremosi..tmbh2 dpn mak...wuwuuu sayunya.. T.T

    *nak tau detail camana DZ? hrga ka pakej ka filing ka.. =)

    ReplyDelete
  23. salam doc..nak tergelak pulakm acik..sampai boleh coma kalau tak katering tu..he he
    rasanya belum ada yang coma lagi doc..rehat ye doc..
    apa khbar agaknya ZZ dua beradik masa kenduri tu..papanya sibuk layan tetamu.

    ReplyDelete
  24. yg pastinya, adik beradik Dktor sume muka sama. hihihi.

    ReplyDelete
  25. hehehe klu part membaca segala lafaz tu wajib bercucuran air mata hihihi

    ReplyDelete
  26. wah..cantik pengantin..selamat pengantin baru..biasalah keje2 kahwin ni mmg penat..tang baca penyerahan tu dee pun tetiba sebak tau..nti bila giliran DZ tiba bila dua2 hero tu dah besar..baru faham..hehehe..

    ReplyDelete
  27. 3 beradik, muka dekat2 Sama......
    Tahniah....dah selesai, nak bawa rombongannya bila..?

    ReplyDelete
  28. **bersambung..
    Rombongan ke pihak lelaki...

    ReplyDelete
  29. muka sama! family resemblance ketara!

    ReplyDelete
  30. selamat pengantin baru utk adik tu :) rumah me dulu merasa sekali ajer majlis perkahwinan sebabnya me sorang jer perempuan dlm family so family semua beria2.

    ReplyDelete
  31. Selamat pengantin baru, mg kekal selamanya...

    ReplyDelete
  32. part baca skrip tu yang sedih.. sobsobsob..

    ReplyDelete
  33. mmg nanges masa baca kata2 dalam skrip2..huhu

    ReplyDelete
  34. maaflah x dpt dtg..haritu sy berkobar nk pegi tp tetiba ubah fikiran sbb tetiba jadi malu yg amatttt

    selamat pengantin baru to lina and suami

    ReplyDelete
  35. tahniah doc pasal tambah ahli kluarga..nnti jadilah kluarga kembangan!!!

    ReplyDelete
  36. Yea, Johor style mmg ada 'lafaz' Keluarga Sakinah mcm tu... syahdu beb!

    ReplyDelete
  37. ooo...macam tu ek. unik la..huhu...yapi leh rosak mekap lepas tu..hahaha...
    tahniah..

    ReplyDelete
  38. menguruskan majlis kenduri kawen mmg sgt2 meletihkan...huhu

    ReplyDelete
  39. saya kahwin 6 thun lepas pun dh ada program sakinah ni,asben saya pun smpai menyeka air mata setitis dua :), saya apatah lagi...tp ada juga yg tk ambik...ada tmpat siap pakai microphone lagi..habislah sekampung dgr awak nangis..hehe

    hai lina n mahathir :),selamat pengantin baru..semoga rukun sehingga ke akhir hayat..Amin..

    ReplyDelete
  40. experience is the best!! tgk ke tuan mmg dah tau MommyZZ neh supermak. nmpk karisma beliau...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...