Thursday, January 5, 2012

Augusta

Ini antara gambar yang saya ambil, yang saya suka lihat bila rasa stress. Melihat gambar ini, terasa kedamaian, lihat ombak menderu menghempas batu batuan pantai, nun jauh di sana bukit yang indah dilitupi pohonan renek musim bunga..burung burung laut berterbangan....


dan dikala mentari mula tenggelam di ufuk barat...sangat mendamaikan.....

~ekekeke....amacam, ada gaya sastera tak? ke poyo? haha..

seriously, saya suka ke Augusta ini..nak release tension, duduk santai...entah lah..saya memang suka melihat pantai...bagi yang suka kepada sejarah, di sini boleh lawat Cape Leeuwin Lighthouse yang dibina pada tahun 1895.







Augusta ialah bandar yang kecil. Kalau migrate ke Australia, duduk di sini memang boleh mati kutu malam malam, sunyi..tapi kalau nak settle down, habiskan hari tua di sini, memang damai...ada banyak lagi pekan-pekan yang damai,nanti saya story... yang best utk settle down di hari tua, kot kot dah menyampah sangat duduk Malaysia...ekekekeke...

Rumah api tu memang terletak nun kat tanjung..nampak tak objek kecil warna putih sebelah kanan gambar ni..tu lah Cape Leeuwin lighthouse..uniknya mat saleh ni, mereka jaga warisan sejarah mereka, dan boleh dijadikan tempat pelancongan yang berjaya..kat Malaysia ada ke korang gigih nak lawat rumah api? nan hado ! hahaha...

Dan yang menjadikan Cape Leeuwin ni famous ialah kerana di sini ialah tempat pertembungan Southern Ocean dan Indian Ocean..kalau perhatikan betul betul, memang nampak titik pertembungan tu ditengah tengah laut. Subhanallah! Marbeles ..

Disediakan di sini teropong kalau nak skodeng jauh ke tengah laut. Kalau kat Malaysia, dah lama jahanam teropong ni. ~hahaha.

Last but not least, an iconic life size fibre glass cow. Nama lembu ni ialah Moorine Marauder, dan tugasnya ialah memantau lautan lepas menerusi teleskop nya. ~haha



~jadi kalau anda ke Western Australia, jangan lupa singgah ke Augusta...lebih kurang 310km dari Perth. Berhampiran dengan pekan Margaret River dimana pencinta coklat boleh borong coklat, pencinta cheese boleh borong cheese..hehehe..~

34 comments:

  1. Jangankan nak ke Australia, nak ke ke Australia Cake House pun rasanya macam kakcik tak mampu. :(

    ReplyDelete
  2. by the time sampai sini.. err.. entah lah bila by the time tu.. haha

    ReplyDelete
  3. saya nak tanya kakcik - australia cake house tu kat mana? harini besday ayah. tgh dalam misi mencari kek yg sedap! :D

    ReplyDelete
  4. Tak apa doc... kakak nak pergi memang entah bila. Dapat menikmati keindahan dari blog teman-teman jadilah... Nampak sangat mendamaikan

    Teropong itu kalau ada kat M'sia dah lama masuk kedai barang lusuh...

    ReplyDelete
  5. Nekcik pun suka sesangat tengok laut,ombak dan pantai..mungkin Necik memang dibesarkan di pesisiran pantai...hempasan ombak amat menghiburkan...not Tsunami of course!!!

    ReplyDelete
  6. Errr, dl amik sains ke sastera... Muahahaha

    ReplyDelete
  7. gambar lighthouse tu ada crop-crop tak? Atau shoot teros dapat stright?

    ReplyDelete
  8. cantik sangat..

    mmg ramai kata australia ni tempatnya
    bersih dan cantik :)

    ReplyDelete
  9. cantiknyaaaaaaaaaa australia...bestnya~

    ReplyDelete
  10. eh, saya menggigih ke light house mukahead tau, kat penang.. trekking sambil mendaki selama 2 jam lebih dari pantai teluk duyung.. cubalah..he he

    lembu tu cute la..

    ReplyDelete
  11. ntah bila boleh sampai ke san agaknya.....

    ReplyDelete
  12. alahaiii..rasa nak lari pegi aussie balik!!! huhuhu

    ReplyDelete
  13. subhanallah.. mmg indah pemandangannya.. klu dapat settle down kat sana mmg syok.. tp nnt anak cucu susah pula nak datang melawat.. he..he.. alasan lah tu..

    ReplyDelete
  14. laut tu mendamaikan...
    dan fibre glass cow tu cute sangat2!

    ReplyDelete
  15. lautan dan pantainya bersih betul..


    tp nk tergelak baca tulisan kamu..kalau teropong tu kt mesia misti dh jahanam..rakyat mesia ni ganas ekk..



    sy x habis lg memujuk suami spy smbung phd kt obersea spy sy ada peluang rs best pegi tmpt cenggini (sndiri takmo belajar ahahah)

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum =)

    lembu tu nmpk comella..hihi tp seksi =P
    ntah bila nak smpai ke perth ya?

    ReplyDelete
  17. Saya pun suka lepak tepi pantai masa stress. Bunyi ombak buat saya stress release.

    ReplyDelete
  18. mmg tenang tgk gmbr tu :) cantik!

    ReplyDelete
  19. den pun suko tgk pantai...tapi pantai dalam malaysia yang mampu buat maso nih..huhu

    ReplyDelete
  20. Sastera mu diterima....Ehe.


    Gambar cantik :)

    ReplyDelete
  21. Cantik betul pantainya.. tenang jer..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Daddy Ziyyad

    suka kat pantai PD ajer...he he

    ReplyDelete
  23. nak g sini jauh sgt laa doc....heheheh...
    neway, itu lembu susu ada ka????

    hehehehhehe

    ReplyDelete
  24. subhanallah cantiknya ciptaan Allah...

    my daughter suka sangat gambar last tu hahahhaaha

    ReplyDelete
  25. Poyolah doc ... hehehe

    Saya settle kat Malaysia ajelah. Augusta tu sunyi sangat.

    ReplyDelete
  26. angin sepoi2 bahasa di augusta memang mengasyikkan..ohhhhhhh rase nak repeat bile tgk gambo nie doc!

    ReplyDelete
  27. mendamaikan tempat tu.seronok ye sapa yang dah pegi sana : )

    ReplyDelete
  28. terima kasih doc kerana membawa kami menjelajah ke australia....

    ReplyDelete
  29. Seronoknya! Tenang je rs kat sane kan?

    ReplyDelete
  30. Subhanallah..cantiknya pemandangan di sana..

    ReplyDelete
  31. wah best betul. rasa macam btul2 ada kat sana. thanks for sharing! :)

    ReplyDelete
  32. syoknyaa..bila laa nak sampai ni. asyik keychain dr aussie ajer sampai kat meja :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...