Friday, December 30, 2011

Azam 2012 - Dari Sudut Pandang Yang Berbeza, Non-Cliche.

Catatan ringkas bersempena 'Azam Tahun Baru 2012'.
Dari perspektif motivasi acuan Islam, utk berjaya dan berazam, kena miliki 4 elemen ini, yang sentiasa dipegang :

1- Muqorabah
- yakni merasakan diri sentiasa di perhati, bagai cctv, diperhati oleh Allah & malaikat. Bayangkan kalau 24jam pergerakan kita di rakam cctv dan dipancar di skrin besar di Dataran Merdeka, bagaimana perlakuan kita, pasti tertib sopan santun ayu aja kan..

2- Mujahadah
-yakni kena berjuang, merasakan kesusahan untuk berubah, kerana di setiap kesusahan itu kebaikkannya. Ambil semangat hijrah Rasul SAW yang bermujahadah(bersusah payah) terlebih dahulu.

3- Muhasabah
-yakni kena post mortem apa yang telah dilalui sepanjang tahun, sepanjang hari. Jangan terus putus asa jika azam yg lalu gagal disempurnakan, kerana ada hikmahnya azam itu tak dpt disempurnakan.

4- Muakabah
-yakni sistem menghukum diri sendiri atas kesalahan yg dilakukan, ke alpaan meninggalkan sesuatu yg diazamkan. Contoh: kalau semalam sepak kucing, esok cuba hukum diri dgn cari kucing, dan beri ia makan.




Inilah sedikit perkongsian yang dicedok dari motivasi jam 9am tadi di Ikim FM. Harap beri manfaat buat kita semua dalam menjana azam baru 2012. Selamat tahun baru!!

Thursday, December 29, 2011

Muamalat Islam


moral of the story:

-buat apa apa perjanjian, biar ada hitam putih
-kalau dah meminjam, sila bayar
-jangan menekan melampaui batas

sekian kelas Muamalat Islam hari ini

:-)



ps: antara rujukan yang saya minat baca & dengar(di IKIM.fm) , http://zaharuddin.net/
semoga kita semua beroleh manfaat

Tuesday, December 27, 2011

Usia Ku Ialah Usia Ahli Syurga (hari ini) :)

Semalam aku ada cerita pasal 'Keluarga Nukleus' aku.
Kenapa aku cerita?
Sebab...aku terasa bakal 'kehilangan' adik aku lepas ni..huhuhu..

Adik kedua aku bakal kahwin Insya Allah 14 Januari 2012 ni..
Hubungan kami rapat sangat..bila aku balik ke rumah parents, bila bergurau senda dengan adik adik aku, aku lupa aku dah tua, dah jadi bapak orang pun..hehehe..

Lepas ni dah kurang sorang adik aku setiap kali aku balik kampung..
Unless adik aku ada kat rumah parents aku lah..dengan suami dia..

Masih teringat macam mana zaman kecik kecik dulu aku selalu jadi kuda..
Adik aku naik atas belakang aku...

Masih teringat macam mana zaman kecik kecik dulu ayah bawak kami jalan2 naik kereta petang2..

Lepas ni tinggal adik aku yg bongsu aja..
Tu pun aku rasa dalam setahun dua akan datang, mesti kahwin punya..

"lina, noli, along sayang korang"
aku bukan jenis abang yang geti nak express kata kata macam tu depan adik adik aku..
tapi percayalah lina & noli...along sayang korang..

Rasa rasanya macam nak balik JB hujung minggu ni..
Berjimba buat kali terakhir as a siblings..
Lepas ni Lina dah jadi isteri orang..

Agak agaknya..inilah perasaan mak ayah dulu masa 'nak lepaskan anak bujang dia kawin'  :P

my nucleus family. From left is my mom, noli, lina, ziyyad & dad.

Monday, December 26, 2011

Nukleus VS Kembangan

Aku ada 3 orang adik beradik.  Aku anak sulung. Dua orang adik aku adalah perempuan. Jarak antara aku dengan adik kedua ialah 6 tahun. Sekarang ini, umur aku bakal 33 tahun esok(27 Disember), Insya Allah..adik kedua aku 27 dan adik ketiga aku 24 tahun. Kami memang rapat adik beradik, even dengan mak ayah pun kami rapat. Konsep keluarga aku ialah keluarga nukleus *, yakni apa apa hal, kami lebih suka buat urusan/berhibur/melancong sesama kami, jarang jarang buat aktiviti dengan keluarga besar(yakni terlibat dengan sepupu sepapat)

Bukan bererti tak campur pakcik makcik, kami baik dgn pakcik makcik, tapi perbezaan keluarga aku(konsep keluarga nukleus) dgn keluarga wife aku adalah amat besar. Tu pasal lepas kahwin, wife aku pelik sikit tgk keluarga aku, dan aku pun pelik juga pada mulanya tengok kemeriahan keluarga wife aku( setiap hari bersantai melepak pakcik makcik sepupu sepapat, selalu melancong ramai ramai buat rombongan cik kiah..hehe). Keluarga wife aku lebih kepada konsep keluarga kembangan. *

Namun setelah hampir 5 tahun setengah berkahwin, kami (aku dan wife) dah dapat memahami dan menerima konsep keluarga mertua masing-masing. Aku dah boleh join acara kekeluargaan yang havoc meriah ramai orang bila bersama keluarga sebelah wife aku (contohnya family day), dan wife aku boleh menerima kalau nak duduk relax relax, santai bila bercuti, maka balik lah ke rumah parents aku..hehehe..

Benarlah Allah ciptakan manusia itu berpasang pasangan, dan saling melengkapi antara satu sama lain..Ada tujuan lain kenapa aku cerita pasal keluarga aku ni...nanti esok Insya Allah aku sambung.




* PS:  teringat zaman belajar subjek Alam Dan Manusia masa sekolah rendah (ADM), ada konsep keluarga nukleus (merujuk kepada keluarga induk yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak.) dan keluarga kembangan ( merujuk kepada keluarga besar yang meliputi nenek, datuk, ipar-duai, pakcik makcik, sepupu)

Thursday, December 22, 2011

Kailis Fish Market & Cafe

Sorry guys tak update blog dari hari Isnin..busy + mental block (takde idea)..sampai hari ni mental block..So, godek godek SD card, jumpa gambar makan makan...Jom cerita makan makan yang mana semua orang suka makan kan?  Hehe..

lokasi kedai makan kali ni ialah di Kailis Fish Market Cafe, Fremantle, WA. Di sini selain boleh beli fresh seafood, boleh juga bersantai di pelabuhan sambil makan fish & chips.

lepak sini, makan fish & chips, people watching, tengok bot & kapal nelayan...relax..tenangkan minda.

yang ini set fish + squid.

ini Squid & Chips.

Rasanya marvelous. Fresh. Susah nak cari restoren yg serve fish & chips + squid + apa apa binatang dalam laut yang sedap macam ni di Malaysia. Manhattan Fish kat sini pun aku rasa tak se best makan fish & chips kat area Fremantle ni.  So kalau ke Perth, jangan lupa singgah Fremantle makan fish & chips. 

Tak sempat nak try lobster kat sini sebab patutnya nak ke sini kali kedua, tak sempat. Tapi baik makan lobster kat Bali atau Sabah aje, sebab lagi murah.

Kepada kawan2 yang nak ke sini sempena cuti sekolah yang masih berbaki ni, boleh jenguk2 website nya utk pilih menu awal awal..hehe..jalan jalan cari makan..

Monday, December 19, 2011

Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati

Semalam berlangsunglah majlis pertemuan bloggers di kediaman Dato' LF yang sempoi..serius sempoi..Kita tengok aja lah gambar di tempat kejadian...

majlis di mulai dengan bacaan doa oleh ustaz yang di bawa oleh Kakcik Seroja. sebenarnya dah makan minum bergossip terlebih dahulu..hahaha. masing masing khusyuk berdoa, Ameennn..semoga majlis ini diberkati Allah.

ucapan pendahuluan oleh orang kuat majlis, Akak Azie @ Akak Apron Meriah.  Kat belakang baju melayu pink tu lah ustaz import yang baca doa dan jadi imam Zohor kami.

Ucapan oleh tuan rumah, Dato' "Mari Kita" LF  yang sempoi....moga moga Allah murahkan rezeki Dato'..

antara makanan yang ada..ni baru 40% daripada makanan yang ada..memang padat perut padat meja penuh dengan makanan! haha

suka tengok ekspressi tangan Abang Mus (suami Kakcik Seroja) ..hehehe..Uncle Gedek bila bergossip, siap tutup mulut dengan sebelah tangan...ekekekekekekkee....

cakkk!!  awek awek bloggers yang hadir..awek paling kanan tu yang paling meriah...ekekekeke...

Kombinasi dua orang kuat majlis ini, Kakcik Seroja & Kak Azie mengapit anak dara hot yang gemar berfotografi. :)

Sesi bergambar beramai ramai ialah kemestian di setiap majlis gathering. Ini ialah gambar tukang tukang ambik gambar!

Cakap pasal ambik gambar, aku confuse, ni adegan saling ambil gambar masing masing ke? Siapa yang berposing? Semua angkat kamera! hahaha..


Zayyan bersama dengan "sepupu daddy nya".  Hahahaha

Di penghujung majlis, macam biasa, sesi tapau menapau berlaku. Biar tapau, takkan nak suruh Dato & Datin makan semuanya kannnnn? ekekekeke ..Gambar tangan setiap blogger adalah kabur membuktikan betapa lajunya aksi tangan menapau!  :P


Terima kasih Dato' LF sekeluarga kerana sudi men-sponsor rumah sebagai lokasi pertemuan. Terima kasih juga kepada semua AJK penganjur yang gigih berusaha memastikan perjalanan majlis ini. Dan terima kasih kepada semua kawan kawan bloggers yang hadir. Maaf andai tak sempat nak berbual dengan kamu semua.

PS:
Kepada bloggers lelaki yang hadir semalam, jalan lupa 'pertemuan rahsia' kita di mamaks pada sesi akan datang. Segala urusan adalah tahap rahsia umpama Mission Impossible. Agen Dato' LF amat teruja dengan misi kali ini.  ~ ekekekeke..

Saturday, December 17, 2011

Alahai Dapat Menantu Lelaki Mat Saleh ! ( Ariff & Johnny Big Gay Wedding Project)

Mula mula keluar laporan akhbar katanya bekas pelajar tajaan Petronas utk buat kursus medic ni tak dapat dikesan oleh keluarganya. Natijahnya, pihak Petronas nak saman parents nya sebagai penjamin, saman bernilai ~ RM890,000.  Sebab tak tamatkan pengajian.
Kisah Awalnya: Pelajar Perubatan Hilang di Dublin

Selepas 2 hari.....

Media utama pun tak tahu/atau tak boleh nak laporkan apa yang terjadi:
Bekas Pelajar Hilang Selamat di Dublin


Tup tup terbongkar kes(apabila laman web photographer 'wedding' nya di baca ramai).
http://biggayweddingproject.com/jonathan-and-ariff/

 Mungkin laman web 'Big Gay Wedding Project' itu sudah tak boleh di akses, maka inilah antara gambar-gambar yang terdapat di dalamnya.

lengkap berbaju melayu bersampin bertanjak ! anda loya? aku loya.

 yang mana husband, yang mana wife? aku pun tak tahu!

 sarung cincin. Gay wedding pun sarung cincin tauuu

 orang-orang yang datang kenduri kawin dia

 jangan terkeliru, kalau Ariff ni kawin awek ni OK lagi..tapi awek ni pengapit dia daaaa !


 - aku kasihan pada parents anak tak guna ni sebab menyusahkan mak bapak tanggung saman belajar tu. Nak jadi gay, nak kawin dengan lelaki mat saleh, lantak kau lah, tapi at least jangan di tambah lagi derita mak ayah tu dengan hutang hampir 900 ribu.

-semoga Allah buka pintu hati Ariff, dan anugerahkan hidayahNya semoga kembali ke pangkal jalan.

-aku tak tahu samada rombongan ni akan diteruskan jugak, atau tidak, setelah tersebar gambar wedding Ariff- Johnny ni.
Khairun akan ke U.K 23 Disember ?

Thursday, December 15, 2011

Mee Udang Mak Jah

Sebelum naik Gunung Jerai, aku singgah dulu ke Kuala Sepetang, Taiping. Tujuan nya tak lain tak bukan ialah untuk try mee udang yang tersohor tu..Mee Udang Mak Jah katanya..

 Aku tiba ngam ngam time lunch, 12pm. Memang ramai yang datang. Convoy motor besar pun ada.

Menu dia ..semua benda berasaskan udang. Yang ada gout, pandai pandai lah adjust..hahaha

Signature dish nya, Mee Udang. MommyZZ try mee udang special, RM 11.00. Bila tengok mee ni, aku teringat peribahasa, ' Ada mee di sebalik udang'. Ekekekee....Tapi ikut tekak aku (yg dah biasa dan suka makan mee bandung Muor & mee rebus), rasa mee udang ni biasa biasa saja, kuahnya cair..tang udang lah yg special nya.

Nasi goreng udang. RM7.00.  Udangnya tak lah menimbun macam dalam mee udang tu, dan aku perasan saiz udangnya kecik sikit. So aku assume kalau aku order Nasi Goreng Udang Special(RM11.00), haruslah  ' Ada nasi disebalik udang' !! hahaha..

Udang Goreng Tepung, RM12.00 untuk 7 ekor udang besar besar. Berbaloi. Rangup, fresh, manis udang. 

Budak bawah umur yang cuba nak makan udang. Sorry! Belum tiba masanya lagi ya..Hahaha



ps: Dulu aku pun pernah sesat nak cari lokasi Mee Udang Mak Jah ni. Kalau dari arah selatan PLUS, exit tol Changkat Jering, dan masuk ke arah Kuala Sepetang. Sebenarnya sepanjang laluan di Kuala Sepetang ni, ada banyak gerai yang jual mee udang. Cuma aku rasa Mak Jah ni dah established dan siap masuk TV/paper, tu pasal glamour dan ramai orang datang. Mak Jah dah bukak cawangan kat Wangsa Maju, KL. Aku tak tahu lah harga kalau makan kat KL macam mana, dan freshness udang nya kat KL ni macam mana, so kepada yang nak try, boleh lah ke Wangsa Maju, atau kalau rajin, terus ke Kuala Sepetang!  :)


Last but not least, kepala kepala udang sebagai bukti betapa banyak uric acid kami balun hari itu..haha

Wednesday, December 14, 2011

Ini Bukan Blog Lucah

Banyak kali aku baca hasil SEARCH KEYWORDS kawan kawan blog, ketawa terbahak bahak aku baca...tetiba hari ni tergerak hati nak tengok aku punya pulak...jom tengok:

Search Keywords kategori Week:
Search Keywords kategori Month:
Search Keywords kategori ALL TIME:




Sekian paparan statistik Search Keywords setelah aku ber blog selama setahun sebulan. Semoga kaki kaki seks tidak gunakan blog aku sebagai platform. Hahaha

Tuesday, December 13, 2011

The Regency Jerai Hill Resort.

Sedapnya mee udang* hang patut try,
Sabtu lepas kami naik Gunung Jerai.

The Regency Jerai Hill Resort kami booking,
Pemandangan di atas ini memang breathtaking.

12km laluan berliku menaiki gunung,
Adanya WiFi pasti takkan termenung.

Makan minum di Restoren Puncak Kedah,
Nikmati pemandangan yang amat terindah.

Sawah padi dan laut terbentang dihadapan mata,
Ziyyad kagum hingga tak terkata.

Mommy & anak tersenyum happy,
Nikmati udara sejuk segar satu terapi.

Dipuncak gunung sunset dinikmati,
Berehat bersantai inilah tempat bercuti.

Selain gunung & resort ada juga perigi **,
Ada rezeki InsyaAllah kami datang lagi.

Tiada tempat shopping, Tiada theme park, Cuma ada sebuah resort di atas sini yang menjadikan tempat ini eksklusif semata mata untuk berehat nikmati alam ciptaan tuhan.



* Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang (next entry) :P

Friday, December 9, 2011

Kedah - Pulau Pinang


Esok Insya Allah kami sekeluarga akan bercuti, cuti terakhir tahun 2011. Cuti-cuti Malaysia aja. Plan nya ialah untuk menginap di puncak Gunung Jerai esok(Sabtu), dan menginap semalam lagi(Ahad) di Batu Feringgi, Penang.

Saya biasa dengan Penang, cuma dengan Kedah tak biasa..hehe..Boleh kawan kawan suggest apa tempat best/makan best yang boleh di singgahi dalam negeri Kedah. Plan nya ialah sampai ke Gurun (Gunung Jerai saja). Tapi kalau terlebih rajin maybe akan memandu sampai ke Alor Setar.  :)

Terima kasih, dan selamat berhujung minggu.

Thursday, December 8, 2011

Amanah


- lindungi lah anak anak kita dari anasir negatif, sedaya yang kita mampu, anak itu amanah Tuhan kepada kita.

-lindungilah bumi dan khazanah nya, dari di ceroboh dan dinodai manusia yang tamak haloba, sebab kita ada tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. 

-lindungilah rakyat Malaysia sebab itu amanah yang anda sendiri pinta, sebab amanah ini akan ditanya jua nanti, bukan mati masuk kubur, habis cerita.

Wednesday, December 7, 2011

Berapa Kali Kamu Honeymoon ?


bila dah berempat ni, terfikir juga kadang kadang, bila lah dapat honeymoon berdua balik!  :P

Tuesday, December 6, 2011

Sekinchan Ikan Bakar: Sorry, 2/10.

Semalam aku makan kat sini, setelah banyak membaca dan mendengar orang berkata tentang restoren ni. Aku pergi ke cawangannya di Seksyen 7, Shah Alam. Nak buat ala ala food review gitu..hahaha..ambek kau sekali terkena!
mutu gambar yang hampeh dari henfon cap ayam

Komen ikhlas aku (dan semoga kalau ada orang kedai ni baca, sila tambah baik, jangan nak sentap okey..:P) :

- ikannya tak berapa masak. Kalau makan ikan masak stim pun, lagi masak rasanya dari ikan bawal & ikan pari yang kami makan semalam.

-ikan bawal dibelah dua, jadi dua dua permukaan badan ikan(yg ada kulit) mengadap kami bila dihidangkan. Kulit ikannya masih serupa dgn rupanya sebelum bakar! Bayangkan. Wife aku kata, as if ikan tu di grill aja, dan kemudian dilapik atas daun pisang, lepas tu tabur kuah sambal yg dah ready made.

-Harganya: RM21.70 utk seekor ikan bawal saiz biasa, di bakar. Dan RM11.80 utk sekeping ikan pari. Aku tak kisah bayar mahal kalau sedap. Tapi...serius, aku menyesal pun ada, dengan RM 21.70 + RM11.80 tu, boleh makan benda lain yang lebihhhhhhhhhh sedap.

Tak tahulah taste aku atau wife yang terlampau tinggi, so dont take our taste as a guide. Aku cuma beri komen, based on tekak kami, yang selalu makan ikan bakar. Memanglah tak boleh nak celen dgn ikan bakar kat Bagan Lalang yang bagi aku terbaik (kalau bagi skala, Bagan Lalang 9/10, Sekinchan ni aku bagi 2/10 aja), tapi at least biarlah ikan tu masak..ni ikan bakar yg kita beli kat bazar ramadan tu pun aku rasa berkali ganda lebih sedap dari ikan bakar Sekinchan ni..

Yang pasti, inilah kali pertama, dan terakhir aku makan kat sini.

Monday, December 5, 2011

Tomyam

aku bosan!
tak tau kenapa hari ni rasa bosan, meluat, menyampah sangat mengadap muka muka penipu.
hari isnin ialah hari sakit sedunia. betul betul tuhan kasik kau sakit, baru padan dengan muka.

selalunya aku malas nak ambil port. lantak kau lah, kau yang makan gaji haram kalau menipu nak ponteng kerja. tapi entah kenapa pagi ni membuak buak rasa menyampah tengok lakonan tahap Gombakwood.

cukup sejuta dalam akaun memang aku resign tengok org sakit lepas ni..hahahaha..baik kerja bela lembu kambing, mereka tak pandai menipu.tak pun jual tomyam. takde orang yg menipu mereka lapar. hahaha..

lewat sikit guys aku blogwalking ke rumah korang hari ni, busy & takde mood! Nak buat entri bergambar pun takde mood. Need to take a break this weekend. Rasanya dah lama tak bercuti (wakakaka, padahal bulan 10 hari tu baru gi tgk kangaroo)

Friday, December 2, 2011

Malaysia Turun Salji

Bulan Disember datang lagi.
Dulu masa dekat dekat nak kahwin, syiok bulan Disember ni sebab kalau beli perfume utk hantaran, banyak sales. 

Sekarang ni, mungkin pasal dah makin tua, hahahaha, ( oh ya, besday aku 27 Disember ni, kalau siapa siapa nak kasik hadiah..ekekekeke), aku jadi makin sensitif pulak kalau masuk shopping complex di bulan Disember.

Ngalahkan masuk shopping complex kat USA, kat Australia, mahupun UK. Aku pun pelik, lagu jingle bell pun dah keluar, pokok krismas pun dah terpacak, santa claus melayu lagi ramai muncul (malas nak cerita pasal hukum jadi santa claus ni, berbeza ulama, lain pendapat). Tu tak campur lagi santa claus mata sepet. Hahaha!  Bukan tak boleh raikan, tapi yang aku heran, krismas lagi meriah dari Aidilfitri, lagi meriah dari Raya Cina, dan of coz lagi meriah dari Deepavali. Salah satu bentuk penjajahan minda?

Nak tanya lah, mungkin aku tak sedar, Malaysia ni majoritinya beragama Kristian ke?

jangan lupa bergambar dengan santa claus, dengan pokok krismas, dengan rusa terbang ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...