Wednesday, November 30, 2011

Ini Betul Betul Punya Wordless Wednesday

Anak aku belum bersekolah lagi. Tadika pun belum. Tapi apa yang berlaku di sekolah semenjak dua menjak ni, menjadikan aku rimas. Rimas sampai aku kena luahkan kat blog. Hahaha..

Gomen kasi bantuan RM100 tu. Ok. Orang memberi, kita menerima, pangkah siapa, tu sendiri punya hal lah. Ekekekeke... Nak kata gula gula pre-election ka, Gomen benar benar ikhlas ka, aku malas komen. Cuma rentetan apa yg jadi lepas pengumuman ni, buat aku rimas.


- Akak ipar aku cikgu. Dia baca blog aku. Aku harap dia baca entri ni. Dia selalu komplen sikap makpak yang tak ambil peduli hal anak. Bila dipanggil ke sekolah utk bincang hal kemajuan pelajaran anak, manjang aja tak datang. Bizi lah, outstation lah, ayam dia cirit birit lah. Macam macam alasan. Tapi bila gomen kasi $100, muka muka makpak tak boleh harap ni lah yang terpacak kat sekolah seawal pagi!  
Aku rimas sebab makpak jenis macam nilah yg tak ambik port apa jadi kat anak, nak jadi mat rempit, nak melacur, nak buang baby. Last last anak dia menyusahkan masyarakat. Siapa masyarakat? Aku dan korang tau.

- Ada sekolah mandai mandai pulak nak ambik sebahagian duit $100 tu, atas alasan tabung pibg lah, tabung tusyen lah. Whatdehell? 
Aku rimas bila pendidik pun dah tak boleh nak jujur, tak boleh nak sampaikan amanah, apa jadi kat generasi pelajar nanti. Amanah lah tu kan, Gomen amanahkan kau bagi $100 tu kat budak budak, kau mandai mandai buat sekatan ala ala PBB sekat Iran.

- Ada sekolah yang aku dgr pulak, siap tunggu ahli politik/YB nak sampaikan sumbangan.Ni lagi satu spesis mangkok. Maaf, dalam entri ini, memang bahasa aku kasar, pasal aku dah meluat. Cuba baca entri Ati Masrif ini.
Aku rimas sebab YB datang lambat. Memang penyakit YB kat Malaysia ni perasan diri tu dewa kot. Orang kena agung agungkan dia. Tak boleh nak punctual. Orang kena tunggu dia, padahal kau tu ADUN aja, kot jadi PM tak taulah tinggi mana hidungnya. Aku rimas jugak, kenapa nak bagi duit$100 kena tunggu YB? Apasal kena ada majlis? Majlis kan dah buang masa, buang duit lagi..jangan kata YB tu datang sekolah free free aja, paling cikai pun kena lah bagi hadiah penghargaan. Bukan duit poket YB tu, duit Gomen. Duit Gomen duit sapa?  Duit rakyat. Period. So apahal nak suruh YB bagi? Cikgu bagi dah la. Makpak pun byk keja lah, nak tunggu tercongok kat sekolah bila la YB tak punctual ni sampai.Malang betul rakyat dapat pemimpin sampah ni, tak kira lah gomen ke pembangkang, spesis macam ni memang spesis tak layak jadi pemimpin.


Dah, dah abis aku membebel. Walaupun hari ni patotnya Wordless Wednesday, tapi aku jadikan ia Full of Words Wednesday. Hahahaha...

Tuesday, November 29, 2011

Meniaga Kecil Kecilan

Hari Ahad baru baru ni, masa orang cuti Maal Hijrah, ada majlis akikah di rumah mertua aku.

Bukan akikah Zayyan Michelin ni...dia dah akikah dah..syiok pulak dia numpang tido kat buai ni..hahaha.(majlis akikah zayyan)

Ni haaa...akikah Izhar.

Siapa Izhar ni?

Izhar tu ialah adik kepada Ikram (baju kuning), dan Ikram ialah sepupu kepada Ziyyad (baju merah). Jadinya, Izhar & Zayyan ialah sepupu. Hahaha..boleh faham?

Home made chocolate ...ada kawan kawan blog yang dah rasa...sesuai utk majlis majlis keramaian...nak order, sila order..keh keh keh

Dan kali ini, ada juga dibuat home made lollichoc, bermotifkan Angry Bird & Upin & Ipin. Angry Bird & UpinIpin itu boleh dimakan, jangan risau.

Tadaaa!!  Lollichoc Angry Bird. Amat sesuai untuk kanak kanak di majlis besday, orang kawin, akikah, mahupun di makan begitu sahaja di depan TV.  ~hahahha

Testimoni lollichoc ni, Ziyyad.  "Very very delicious", kata beliau.

So, apa lagi? Kalau mau beli home made choc ataupun lollichoc, sila hubungi aku..dijamin halalan & toyyiban.Tiada bahan pengawet. Belum create lagi blog utk jual choc ni, Insya Allah nanti dah ada, aku up date.

Tentang harga, bergantung kepada apa yang di order. Sebab choc yang dibuat ialah custom made, ikut apa yang customer mahu. Nak letak isi kismis boleh, nak letak hazel nut pun boleh. Atau takmau isi, pun boleh...Mai mai mai beli...Beli lah barangan buatan Malaysia.  :)

Friday, November 25, 2011

Sabun Tanah Liat

Kelakar juga baca jawapan kepada kuiz semalam. Antara yg menjawab tepat ialah:
- Gadis Bunga
-hakak MiloAis
-Siti Zulaikha
-azrina 307

Kepada yang tak terbuka hijab semalam tu, cuba compare gambar ni, dengan gambar semalam..keh keh keh..

 kepala anjing ni

gambar semalam


Nama batu tu ialah Dog Rock, terletak di tengah tengah bandar Albany, Western Australia. Siap di lukis collar dog (belang hitam putih) lagi...:P   Dan berdepan dengan batu ni, ada sebuah motel yang dinamakan Dog Rock Motel. So kepada yang datang ke Albany ni, boleh lah ambil gambar di batu ni, dan boleh usap usap 'kepala anjing' ni, tanpa perlu risau kena samak...ekekekee..

Oh ya..cakap pasal samak, sekarang teknologi sudah canggih. Kalau anda ke luar negara, tak perlu susah payah cari tanah untuk menyamak utensil (macam aku sewa rumah di sana, nak guna pinggan mangkuk semua), atau nak menyamak kaki (macam aku jugak, yang dijilat kat kaki oleh seekor anjing yang mesra alam di Perth !  hahaha)..Bawa saja sabun taharah...

Mudah di bawa ke mana mana.

Bukan setakat nak menyamak, malahan sabun ni memang serbaguna. Baca sendiri di http://sabuntaharah.com/


Nota:  Aku bukan agen menjual sabun ni okeyyyy...Just share the info sahaja...Demi kemaslahatan umat Islam..:P

Thursday, November 24, 2011

Albany

Semalam aku ada buat kuiz, meneka bentuk batu menyerupai apa...

Ada yang tak dapat teka..ada yg teka betul..Nasib baik takde yang teka tu batu belah batu bertangkup!
Jawapannya ialah batu batu tu menyerupai bentuk segerombolan gajah, jika di lihat dari belakang.
Cuba tengok balik gambar semalam tu...Tu pasal nama tempat tu Elephant Cove(ada dalam gambar ketiga signboard nama tempat ni)

Kalau hijab korang masih tak terbuka untuk nampak bentuk vontot gajah, maka bawak bawak lah melawat Zoo Negara atau tengok Animal Planet ya...kih kih kih..

Hari ni aku bagi kuiz lagi, pasal batu jugak..
Apa korang nampak?
Kalau tak nampak, memang pelik lah..sebab sangat obvious..:P

batu besar gedabak tengah tengah bandar Albany, 500 km dari Perth, WA.

Wednesday, November 23, 2011

Denmark

Ini di William Bay National Park, Denmark. Apa yang anda nampak?

batu batu ini adalah sangat besar. Perhatikan saiz manusia, di sebelah kanan gambar.


Dah nampak? Dah perasan?
Aku zoom dekat lagi..

nampak apa?


Sorry, tiada hadiah untuk pop kuiz hari Rabu ini. :P

kalau bergerak ke arah kanan batu batu itu, anda akan ke Green Pool. Sangat best OK pool itu, cuma kami tak sempat mandi di situ sebab sejuk dan tak bawak bikini. ~haha


By the way, Denmark itu ialah di Western Australia, bukan negara Denmark. Keh keh keh.

Tuesday, November 22, 2011

Angry Bird

Di sebuah klinik, pagi ini....

Agus Saprono masuk bilik konsultansi, muka monyok..

Nia Ramadhani masuk bilik, masam muka..

Rudy Hartono masuk, tak ceria macam selalu...

Dr Daddy tanya: " Lohhhh..kenapa ??"





Lohhhhhh...kok burung Garuda sudah jadi Angry Bird???




Rasain lohhhhhh...


Auuummmmmmm!!!!!

Tahniah Harimau Muda.

Monday, November 21, 2011

Semoga Indon Tergolek

Sebenarnya, lama sebelum start Sukan SEA kat Indon ni, mommyZZ & Ziyyad dah lama sapot team bola Malaysia..

Ini buktinya..

di Lake Clifton, Western Australia, mommy & Ziyyad tetap patriotik tahu! Gigih bawa Jalur Gemilang (zayyan aja yang tak layan semua ni, tido..haha)


Malaysia Boleh!!  Harimau Muda boleh!!


Semoga Indon tergolek di Stadium Bung Karno malam ni..Ameen.



ps: aku yang gigih bawak Jalur Gemilang ke sana sebenarnya..keh keh keh

Wednesday, November 16, 2011

Kagum Tengok Orang Anak Berderet

Quick update (dasar blogger, tangan gatal nak up date jugak), before keluar pergi buat medical check -up pagi ni...

-kadangkala aku rasa 'ahhh..cukuplah dua anak ni '.....my wife pun sama, bila letih/stress melayan keletah/perangai anak anak, rasa macam nak tutup kilang aja ~ haha..

-bila Ziyyad & Zayyan buat perangai serentak, memang kadangkala aku rasa macam 'letihhhhhnya ada anak'

-tapi aku tekadkan semangat, ni semua ujian tuhan kpd aku sebagai parent..

-cuma aku wonder, macam mana parents yang ada anak  berderet 7-8 orang, beranak sorang setahun ni boleh tahan....wife aku cakap , 'ada jenis parents yg tak kisah rumah bersepah/anak meraung melalak/anak comot'...hmmmm..maybe expectation aku tinggi sangat kot, nak kemas sentiasa rumah..nak anak behave sentiasa, kalau meragam pun, kejap aja..~ ahaha.  Aku byk kali jumpa patients yang dtg klinik aku, bawak anak 4-5 orang, masing masing perangai..Ya Allah...:P....dan maybe jugak ada parents yang anak berderet, tapi pandai kawal kesemua anak anak nya..

Ok lah..aku nak keluar ni. Aku nak gi ibu pejabat SAINS di Seremban 2. Siapa siapa yang free, jom gi situ teman aku..ekekekekek

Tuesday, November 15, 2011

Jelajah Negeri Sembilan

Maaf, seminggu ini rasanya tidak sempat untuk up date blog.
Aku sedang jelajah medical check -up melibatkan Syarikat Air N.Sembilan (SAINS) di serata Negeri Sembilan selama 5 hari, bermula semalam.

Semalam dah ke Kuala Pilah & Bahau.
Pagi ini akan bertolak ke Rembau, dan kemudian Gemencheh pula.
Hari Jumaat ni baru selesai.

So sorry kalau tidak sempat blogwalking ke blog korang.

Busy + Penat !

Friday, November 11, 2011

SATU

11-11-11...apa signifikan nya?
Ada banyak nombor 1. Tu aja.

Hari ni orang lelaki akan mengadap tuhan yang 1 di masjid ketika masuk waktu zohor.

Aku nak share 1 benda yang biasa lelaki buat kat masjid time solat jumaat.
Pembaca blog aku ni aku tau ramai wanita, takpa, korang boleh sampaikan ilmu ni kat suami/boyfriend/kawan kawan korang.

Apa benda tu?

Tidur 1Malaysia.

Ustaz Don Danial kat TV Al Hijrah ada bagi 1 slot pasal "Perkara-perkara yang membatalkan wudhu".

Salah 1 daripadanya ialah 'tidur dengan tidak tetap punggung/teralih/terangkat papan punggung'

Ustaz Don Danial (aku suka dia punya stail, explain kasik betul betul jelas + loghat utara dia) kata, ada spesis lelaki yang tidur kat masjid(duduk bersila),sampai terangkat angkat punggung. Korang bayangkan sendirilah. Orang lelaki mesti selalu nampak benda ni kat masjid setiap hari Jumaat.

Jadi kepada spesis kaki tidur yang macam ni, muhasabah lah diri, bahawa besar kemungkinan wudhu anda telah batal. Lantas pabila anda tersadar dari tidur(sebab jemaah dah nak start solat), anda terus bangkit, solat. Peringatan nan 1 ini aku tujukan jugak untuk diri aku.

Moralnya, tidur kat masjid jangan bagi terangkat papan punggung. Tidur statik.

Yang terbaik, jangan tidur. Dengar khutbah tu. OK.

Thursday, November 10, 2011

Benarkah Haiwan Mempunyai "The Sixth Sense" ?

Orang kata, tak sah kalau ke Australia, tak bergambar dengan haiwan maskot negara tu, kangaroo. Dan dalam komen komen korang sebelum aku ke sana bulan lepas pun, ramai yang nak tengok gambar Ziyyad dengan kangaroo. Makanya, aku pun pergi lah ke Taman Hidupan Liar Caversham, ataupun dalam bahasa kampungnya, Caversham Wildlife Park, lebih kurang 21 km dari pekan Perth  :)

 apalah erti jumpa kangaroo, kalau tak beri ia makan di tangan.  Mommy ZZ berjaya beri makan.

hampeh! puas aku sua kan makanan, sikit heran pun tidak. Samada kangaroo ni dah kenyang (sebab ramai yang dah beri makan sebelum tu), atau aku memang tak ngam dengan kangaroo! hahaha

Maaf ya. Memang tiada pose istimewa Ziyyad dengan kangaroo. Ziyyad memang amat amat takut dengan kangaroo. Sebelum ke sini, dia beria ia cakap nak beri kangaroo makanlah, nak duduk atas kangaroo lah. Bila mata bertemu mata (mata Ziyyad vs mata kangaroo), ternyata Ziyyad tewas. Hatta berdukung pun takut!

Bila dah takut, mood pun hilang. Maka Ziyyad lah yang duduk atas stroller Zayyan. Dan betul kot kata pujangga, haiwan ni boleh ada sixth sense/kesan kalau kita takut kat dia. Kangaroo jinak ni dalam misi mengacau Ziyyad yang dah super ketakutan.

Kemuncak kepada ketakutan itu, Ziyyad diterkam kangaroo ! Soheh lah Ziyyad fobia dengan kangaroo lepas ni..hahaha...Aku yang dok sibuk ambik gambar pun apa lagi,  kelam kabut pergi tinju kangaroo tu, kalau tak teruk Ziyyad kena cakar. Okeh, bukan tinju, cuma halau aja..~wakakakaka..


Bukan setakat kangaroo, dengan koala pun Ziyyad takut. Aku tak tahu lah takut, atau dah hilang mood. Puas disuruh posing ngadap koala, langsung tak mau pandang. Dan sikit punya pasif si koala ni, kuat tidur (tidur 20jam sehari), hari tu si koala boleh turun dari pokok, dan berlari lari kejarkan Ziyyad!  Barangsiapa yang pernah bertemu koala, pasti tahu bahawa koala ni sikit punya pemalas, nak bergayut sahaja di batang pokok eucalyptus.

"Sungguh aneh perbuatan koala ini...mungkin ini petanda beliau sudah buang tebiat", kata si penjaga taman ini kepada hadirin yang menontonnya. Kita saksikan video di bawah (ziyyad dalam stroller)





Namun, nasib baik, akhirnya ada juga binatang yang Ziyyad tak takut dan boleh belai ekornya. Aku lupa apa nama binatang oren ni, macam kucing + rakun gayanya. Itupun lepas jenuh MommyZZ pujuk dia pegang! hahah..

Berbeza dengan adiknya, Zayyan, wombat yang gebu ini pun diterkamnya! Sampai menjeritlah minah saleh tukang ambik gambar ni terperanjat bila Zayyan terkam wombat. Mungkin wombat ni pun haiwan yang sensitif macam koala, tak boleh di picit picit, dikhuatiri akan meninggal dunia kot.

Last but not least, a very classical, cliche punya gambar yang mesti ada bila berkunjung ke sini. (Ni pose kali ke -3, dan Zayyan masih tidak mahu memandang ke kamera, dek kerana kekaguman nya terhadap wombat! hahaha)


Bagus bawa anak anak ke sini. Boleh tengok haiwan haiwan yang native kepada bumi Australia, boleh tengok farm show nya (tengok cara ketam bulu biri biri, boleh picit susu lembu). Haiwan haiwan seperti koala & kangaroo yang susah nak dipegang kalau kita ke zoo (contohnya masa aku ke Zoo Sydney, dah lah masuk kena bayar, nak pegang koala pun kena bayar lagik!) , boleh dipegang & dibelai sepuasnya di sini..hahaha...Kos nya hanya AUD22 sahaja seorang.


ps: Insya Allah kalau ada rejki umur & uang, daddy akan bawa Ziyyad lagi ke sini, supaya Ziyyad boleh berposing dengan kangaroo. Dan diharap, masa tu, Ziyyad dah tak fobia lagi!  :P

Wednesday, November 9, 2011

Setan Pun Tak Bangga Macam Ni Tau

tak cukup di badan motor.....

amek kauuu...kat helmet pun letak


~maaf, kualiti gambar hampeh sebab guna henfon cap ayam dari dalam kereta~

Tuesday, November 8, 2011

Makan Lagi (macam biasa, orang Malaysia kannnn)

Jumaat  -  Isnin (semalam) aku beraya haji di JB. Setiap kali balik JB, petang petang mesti nak layan benda ni.

goreng pisang + kuah kicap manis, cekodok + kuah sos sedap + nescefe..burrppppp   :)

Di sebelah Klang, Shah Alam..mahupun Seremban, aku tak jumpa lagi goreng pisang JB style nih..manis, kecik kecik..ada habuk kecik kecik tu (lebihan tepung goreng)...dan yang pasti kat JB aja yang makan goreng pisang cecah sambal kicap manis..best wooo

Kedai yang jual goreng pisang ni aku perhatikan semalam, memang buat duit betul lah. Beratur panjang org nak beli goreng pisang. Aku ingat lepas bersara nanti aku nak jual goreng pisang lah..hahaha


Itu lah perangai aku..suka nak cari makanan specialty sesuatu tempat tu, di kawasan aku tinggal (Seremban/Shah Alam). So far aku dah try banyak goreng pisang, ada lah yang sedap kat seksyen 17 Shah Alam, tapi takde kuah kicap. Char Koey Tiau pulak, byk yang claim konon kononnya tu CKT Penang mai..tapi tak sama dengan yang aku makan kat Penang...nasik kandar pun macam tu..yang betul betul kow punya ialah kat Penang..nasi beriani gam, adalah satu kedai kat Andalas Klang tu(aku jumpa Bujal kat situ), boleh lah tahan, almost sama dgn yang kat Batu Pahat punya.

So, boleh tolong list kan tak kat mana (di sekitar Seremban/Shah Alam/KL/Klang) yang ada makanan makanan berikut, yang taste nya hampir hampir 100% menyerupai tempat asal mereka:

- goreng pisang kuah kicap
-char koey tiau
-mee rebus johor
-nasi beriani gam
-nasi kandar
-laksa penang
-kacang pool ( so far aku tak pernah jumpa lagi kedai jual benda ni di luar JB)
-laksa johor
-asam pedas melaka.

~ macam mana lah aku nak diet...hahaha~

Friday, November 4, 2011

Berbeza Generasi

Sebelum ni, aku ada up date sikit gambar gambar percutian aku ke Western Australia baru baru ni. Ramai yang sangka lelaki tua itu ialah ayah aku/ayah wife aku. Bukan. Itu adalah atuk wife aku. Ya, atuk! Umur beliau dah 82 tahun. Masa aku beritahu umur atuk wife aku tu kat staf staf klinik aku, ramai yang terperanjat, masih kuat lagi berjalan jalan. Ya, beliau masih gagah! ~haha. Serius.
Dua budak botak di Kings Park, Perth. ~haha

Tiap tiap tahun rajin berjalan melancong. Indonesia dah banyak kali (Bandung, Medan, Aceh, Bali, Jakarta, Padang Tinggi). Selain Indon, beliau dah pergi ke Korea, Sri Lanka, Filipina, China, Vietnam, Thailand, Brunei. Semua destinasi pelancongan itu beliau pergi ketika umur dah >75 tahun.Kebanyakkan percutian tu beliau sendiri yang uruskan tiket, dan ikut agensi. Hanya ada beberapa percutian aja yang ikut family, yang lain dia solo/dengan geng geng sebaya  :p  Kelasss betul atuk wife aku ni..hahaha
Dengan Ziyyad di Augusta, Western Australia
Sebenarnya, ni kali kedua aku & wife bawa atuk ni pergi melancong. Tahun lepas kami ke Bali. Bawak atuk wife aku ni senang, tak cerewet macam sesetengah orang tua. Cuma untuk percutian ke Western Australia ni, nampak sangat beliau tak berapa selesa dek kerana sejuk. Aku tak tahu lah macam mana agaknya kalau kami ke sana musim winter, sebab 3 minggu lepas kami di sana, musim spring.
Si botak kedua duanya dah bertopi, di Hamelin Bay, Western Australia.

Cadangnya patut lepas balik Australia ni, next year beliau nak ikut pulak aku pergi New Zealand atau Turki. Tapi awal awal lagi masa dalam flight balik Malaysia beliau dah kata, tak mau pergi oversea tempat yang sejuk sejuk. Hahaha..so makna nya tahun depan takde lah aku bawa atuk gi sana ya. Maybe tahun depan aku buat trip lain ke Bromo atau Jogja, atuk nak ikut, sebab tu Indon! Haha
kesian juga tengok atuk tak tahu nak beli apa kat sini, tempat MommyZZ shopping cheese! ekekeke
Aku berdoa, semoga dipanjangkan umur aku & Mommy ZZ, diberi kesihatan, kuat macam atuk ni, semoga bila kami dah tua nanti, boleh lah realisasikan impian kami nak travel around the world berdua  :P
terlentok baikkk punya Zayyan dengan TokNyang nya masa dalam train di Busselton Jetty
Ada beberapa rahsia dan petua untuk panjang umur dan sihat macam Toknyang Ziyyad & Zayyan ni. Yang pasti dulu beliau askar. Sekarang, masih aktif tiap tiap pagi berkebun. Aku? Tiap tiap pagi kalau cuti melingkor atas katil/melepak kat sofa layan astro. Soheh kalau diteruskan aktiviti macam tu, bila dah tua tak sihat macam atuk..~hahahaha
Berlatar belakangkan pekan Perth. Bila tengok gambar ni, aku teringin pulak nak buat style botak! ~hahahah

Ada banyak lagi petua nak umur panjang & sihat macam atuk. Jaga makan, solat sunat dan zikir kena rajin. Tapi yang paling susah aku nak tiru tu part aktif di pagi hari, berkebun, potong rumput. Mungkin bila aku dah tua (zaman zaman aku nanti), orang tua aktif pagi pagi kat gym. Sebab takde kebun nak dibersihkan, rumput kat rumah gardener dah potong..hahahaha..





~ semoga atuk diberikan usia yang panjang, sihat tubuh badan, dan semoga next year at least kita boleh gi Jogja..sebab atuk tak bleh gi negara omputeh! ekekekek~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...