Monday, October 31, 2011

Penyu Menangis


Maka saya, secara rasminya dah jadi sebahagian dari kipas susah mati (die hard fan) pasukan Hoben Jang Hoben ! Sebab saya sudah punya jersey kuning keramat itu (bukan kuning BERSIH okeyyy..ekekeke)



Menonton bola di stadium, dan dirumah, ada lah amat amat berbeza okeyyy..Hasil ke stadium  malam Sabtu lepas :

- kegumbiraan menjerit/melompat/mem-boo/mengibar bendera tidak dapat dibuat dirumah, mahupun di restoren mamaks.

-sakit tekak akibat menjerit berpanjangan.

-beberapa sel paru paru saya tercemar oleh asap rokok yang datang dari segenap penjuru!

-gegendang telinga pun agak terseksa dek bingit air-horn/gendang/jeritan ~ 3.5 jam.


By the way, semalam, 30 Oktober, ialah hari ulang tahun kelahiran Muhammad Fiedyan Ziyyad yang ke 3. Moga Ziyyad menjadi anak yang soleh, dibukakan hati untuk menghafaz 30 juzuk Al Quran, berjaya di dunia & akhirat - ini doa mommy & daddy. Ameeeennnnnnnnnnnn.

Friday, October 28, 2011

Hoben Jang Hoben !!

Hoben Jang Hoben !!



Dalam perkembangan berkaitan;

Komen aku:

- padan muka kena godam !
- hidup jangan menongkat langit, pandanglah orang di bawah
- semoga N9 monang yo, den poie stadium ni, jangan kalah macam team den MU hari tu..haha



Walaupun aku asal Johor, tapi sebab kahwin dgn org Nogori, dan nak harap team Johor masuk final entah bila, maka team Hoben Jang Hoben jadi team angkat aku lah..hahah

Wednesday, October 26, 2011

Ayam, Daging dan Bola Sepak

Susulan daripada Pop Kuiz semalam, ada beberapa blogger yang berjaya menjawab dengan tepat..


Tahniah!

Hadiah kecil menanti anda. Tapi sebab Hani dah dapat hadiah tu awal awal masa gathering, so hanya alien, MasZuber & GB sahaja ya, sila email kan address kamu ke drfaizie@yahoo.com.au

Saya sudah muak dengan Malaysia. Setiap kali musim perayaan, harga ayam naik, harga daging naik, harga cili naik. Kononnya ada undang undang. Tapi tahap penguatkuasaan adalah amat teruk. Rakyat Malaysia memang ramai(bukan semua) jenis kepala batu/degil/jahat/tak makan saman. So, kuat kuasakan undang undang sahaja jalan terbaik untuk mereka. Tapi natijah sebenarnya? Setiap kali tiba final Piala Malaysia, harga tiket pun naik. So, itulah persamaan antara ayam, daging dan bolasepak.

Muka depan Utusan Malaysia hari ini. Saya harap, ahlul politik di Malaysia sila sila lah turun padang. Jangan ingat jawatan itu menjadikan kamu raja. Ambil iktibar apa yang terjadi kepada Muammar Gaddafi. Bagaimana seorang diktator, akhirnya cukup hina penghabisan hidupnya. Rakyat mengadu, rakyat komplen, tapi buat bodoh sahaja. Apa pulak kena mengena FAM dengan politik? Sendiri mau fikir laaa...Opppss..lebih sudah pasal politik. Saya sudah tekad sebelum ini untuk tidak mengomen lebih lebih tentang politik dalam blog.


~Akhir kata, majulah sukan untuk negara~

Tuesday, October 25, 2011

Pop Kuiz

Apa persamaan antara ayam, daging & bolasepak ?

Jawapan akan saya beritahu esok, sempena Hari Deepavali.  :P

Monday, October 24, 2011

Gathering 23 Oktober 2011: Awas, penuh dengan gambar aja..haha

Gathering bloggers semalam adalah ohsem!! (ekekekeke, saya baru tau ayat ohsem ni dari FB, pagi ini)

Sila layan gambar gambar yang banyak ini. Jangan muntah! Haha..

Dari kiri: Isteri BujalX, makcik apron merah yang vogue(kak azieazah..ekekeke), MDT yang diva, kakchik ella yang vogue juga..ekekeke..& my wife, mommyZZ  

Tiga jejaka hebat :  aku, uncle Gedek dan Bujal. Haha..patotnya aku pakai baju hitam All Black semalam, baru sedondon!  


Bersama suami tuan rumah(suami kakcik) yang peramah! Best kalau boleh lepak lama lama dengan beliau.
Sebahagian bloggers..sebenarnya posing untuk masuk dalam blog uncle Gedek! haha
Ini buktinya! Masing-masing sibuk nak tengok gambar sendiri masuk tak dalam frame uncle Gedek! miahahaha..Kak Azieazah yang paling excited nampaknya! ekekekeke

Sesi wanita bergambar dengan jejaka idaman Malaya! hahaha...Dari kiri Ati Masrif, kakcik ella, makdaraterdiva(MDT), perlu ke diperkenalkan lagi jejaka ini..ekekek, Azian dan kak Azie
Dari kiri: GBAzianBujal dan aku. Aku sorang aja yang duduk bawah redup! Haha
Bergambor beramai ramai lagi..Datuk LF pun ada, sempoi tahu beliau! :)  Ada juga dalam gambar ialah akak Nyanyisunyi
Kat majlis gathering semalam, semua bloggers ala ala selebriti, berebut rebut paparazzi ambik gambar...haha
Amboi amboi amboi...apa yang digossip kan tu Ati Masrif & GB??  Tergelak besar Hanis dengar tu...ekekeke
Azian yang tak perasan aku ambik gambar ni curi curi..ekeke..Respect lah Azian sekeluarga datang dari Pahang! Dan Ibu Muda terseyum girang posing kat kamera aku! Khabarnya Ibu Muda dah gi interview nak jadi kru Hot FM! Good luck. Jangan pekena Panggilan Hangit kat geng blogger udah la ya..hahaha
Gambar gambar berikutnya pula, ialah gambar anak anak dara dengan Zayyan :)

 Mas  dengan Zayyan. Kecik aja Mas ni orang nya :) Tahun depan dia nak gi Kashmir! Jeles aku! Haha
Azreen  dengan Zayyan. Dia tak lama lagi dah tak jadi anak dara lagi. Selamat naik pelamin BDC !!
Oppsss..ni bukan anak dara. Sorry. Ni Hani, dah jadi mak orang! Haha
Zayyan with akak (ekekeke) GB. 


Sekalung terima kasih buat Kakcik sekeluarga yang sudi sediakan venue(rumah beliau) sebagai tempat gathering...siap pasang khemah lagi!  Dan minta maaf kepada rakan rakan semua, sebab semalam nasi ayam yang MommyZZ buat tu, terlupa nak bawak salad/timun sebab excited sangat nak join gathering ini! Dan kuah kicap (nama pun nasik ayam hainan, kenalah ada kuah kicapnya kan) nya tertumpah masa on the way ke rumah kakcik, so tak dapat lah kalian makan nasi ayam tu dgn kuah kicapnya.

Oh ya, satu lagi, maaf juga buat rakan rakan yang hadir semalam yang tak dapat coklat home made MommyZZ...syiok sangat berborak, sampai tak sedar ada kawan kawan yang dah balik! 
Korang semua memang best!


Thursday, October 20, 2011

Beza Travel Sebagai Couple & Sebagai Parents!

Percutian ke Western Australia baru baru ini, selain bercuti dan sebagai tempat aku melepaskan hobi mengambil gambar, telah mengajar/membuka mata aku dalam banyak benda/aspek yang aku tak pernah terfikir. Tahun lepas aku bawa Ziyyad  ke Bali (dia umur 2 tahun masa tu, Zayyan belum wujud lagi), he was fine, tak banyak problem. So I was expecting this trip will be the same. How wrong am I !! haha

Aku create plan berbulan bulan lamanya (rancang itinerary) sepanjang 8 hari disana, menjelajah hampir 1800km jauhnya..namun ada yang tak tercapai..dua hari terakhir di sana, patutnya aku travel ke north of Perth (ke Lancelin & Nambung National Park), tapi aku cancel kan, sebab nak kasi anak anak rehat dan tak sanggup melayan mereka melalak/cranky..ekekekek....Kalau tak, jejak jugak 2000+ km kami travel by car!  Percutian tempoh hari tak mencapai objektif 100% bagai di plan, antara sebabnya:

a) Kekangan masa. Masa planning, bajet masanya cukup, bila kat sana, baru sedar tak cukup masa.
b) Karenah anak -anak kecil. Ini yang penting, dan ini topik utama entri aku hari ini :P

at our accomodation house in Augusta, 310km from Perth
 -wife aku kata, aku tak ambil kira karenah anak anak masa aku buat itinerary. Aku akui. Aku bajet mereka(ziyyad & zayyan) boleh follow ke mana saja plan yang aku rancang. Aku silap. Di Australia lah Ziyyad buat hal, meragam, menangis...padahal selama ni dia cukup well behave. Di Australia lah Zayyan melalak lalak nangis, sejuk pun iya, mengada ngada pun ia..ekekekeke..padahal selama 4 bulan dia hidup di Malaysia, dia baby yang susah nak nangis.

Di Hamelin Bay,  16km dari Augusta. Ziyyad mula mula takde mood nak bergambar
Di The Gap(Torndirrup National Park), 431km from Perth. Both Ziyyad & Zayyan takde mood, cranky.
Still at The Gap & Natural Bridge. Mereka kurang cranky sikit bila mommy pujuk! haha

-Kerana karenah anak anak, aku akui, ada masanya sepanjang percutian kami di sana, kami bertengkar kecil....dah rasa macam masuk rancangan Amazing Race pulak! hahaha...bukan pasal apa, pasal aku kadangkala terlalu marahkan Ziyyad yang meragam, dan wife aku marah aku balik, sebab aku garang sangat! ekekeke...Dan kadangkala wife aku sendiri hilang sabar marah kat Ziyyad...Dalam pada Ziyyad meragam, time itulah Zayyan pulak melalak! Aku letakkan expectation terlalu tinggi kepada Ziyyad untuk well behave (sebagaimana dia di Malaysia)...itu silap aku.

Our picnic lunch at The Kings Park, Perth. Ziyyad had a very good mood, lari sana sini, of course kat taman kan..Zayyan meragam pulak, nasib baik kejap.

-Bukanlah sepanjang masa di sana mereka meragam, ada lah diselang selikan dengan mood yang baik..tapi tempoh good mood nya pendek!

Of course good mood di sini! Ziyyad rambang mata tengok coklat di The Margaret River Chocolate Factory at Margaret River, 270km from Perth.
Well behave, good mood, sebab boleh lari lari atas suspension bridge 40m up in the air, at the Tree Top Walk, Walpole..420km from Perth.
Zayyan pun good mood, in fact tido dalam carrier dia! Sambil isap jari mommy. Yup, dia tak hisap puting.Haha


- Aku belajar banyak benda dari insiden anak kecil meragam ketika melancong ini...Aku terfikir:

a) Kalau nak travel jauh2 oversea, maybe kena tunggu mereka besar sikit..so tahun depan takleh ke overseas (walaupun aku & wife dah gatal nak ke New Zealand, or Turkey..ekekeke)

b) Best jugak kalau honeymoon berdua tahun depan. Tapi mommyZZ(wife aku) for sure tak mau berenggang dgn anak anak. Aku pun sebenarnya tak sampai hati nak tinggalkan mereka di kala kami melancong. Aku ada terbaca di internet bagaimana ada satu couple ni dah gi Bali, tak sampai dua hari kat sana, balik semula ke Malaysia sebab rindukan anak yang ditinggalkan dengan atuk nenek mereka! Haha..

c)  Aku kena tambah tempoh percutian, minimum 2 minggu. So boleh explore tempat2 secara slow, dan anak anak tak meragam nak ikut parents nya yang ala ala nomad setiap hari bertukar hotel/accomodation! Haha..

Yang pasti, untuk tempoh 2 bulan berbaki 2011 ni, dah tak boleh nak ke overseas. Melancong dalam negara ajalah, ke Penang or Kundansang maybe..dan rasa rasanya sebab jarak perjalan dalam Malaysia ni tak lah jauh gila, maybe anak anak aku well behave, harapnya! Amin....:)

Apa cerita korang pulak? Pasti ada pengalaman tersendiri dengan karenah anak anak kecil semasa melancong kan..kita share bersama di sini..:P

Wednesday, October 19, 2011

Wordful Wednesday : Jemputan Gathering 23 Oktober 2011

Hari Rabu yang penuh dengan kata kata  :P
Sebagaimana yang telah maklum, Insya Allah akan dianjurkan majlis gathering pada hari Ahad ni, di rumah Kakcik.

Kepada yang masih kabur, boleh baca ENTRI INI

Sebab lagi 4 hari saja lagi majlisnya, dan konsep majlis ialah potluck, maka adalah afdol kiranya kita buat survey...siapa yang akan hadir...dan kalau boleh beritahu, makanan apa yang mahu dibawa.

Saya mulakan dengan saya:

Nama: daddyziyyad
Status: hadir dengan isteri dan dua anak (3 tahun & 4 bulan)
Makanan: Nasi ayam hainan

Harap kawan kawan dapat beri kerjasama demi kelancaran majlis...dan jangan lupa hadir ya :)

Tuesday, October 18, 2011

Busselton Jetty

Entri semalam aku cerita pasal lawatan ke Busselton Jetty, jeti terpanjang di hemisfera selatan, 2 km.
By the way, aku lawat jeti ni pada hari ke 4 aku di Western Australia, so cerita -cerita pasal jalan jalan ke sana aku tak ikut kronologi  :P

Jeti ni dah lama wujud, sejak 1851. Betapa mereka hargai benda bersejarah kan, tak macam kita, Pudu Jail tu pun habis kena roboh. Jeti ni terletak di bandar Busselton, lebih kurang 222km dari Perth.

Di permulaan jeti ni ada Interpretive Centre. Masuk free. Kat dalam tu ada mini muzium menceritakan tentang sejarah pembinaan jeti ni, cerita pasal jeti ni pernah terbakar tahun 1999, dan juga jual souvenir. So boleh lah collect gold coin Busselton Jetty atau beli fridge magnet kat sini..hehe..

Jeti ni memang panjang gila. Semalam DrSinga tanya,"jalan tak sampai hujung jeti?". Kalau ikutkan hati, memang nak jalan. Ramai mat saleh tua pun jalan 2km tu. Syiok. Tapi sebab bawak baby dan orang tua (atuk wife aku), maka option terbaik ialah naik Jetty Train tu. Total cost, AUD11 per person. Kalau nak jalan saja atas jeti ni kena AUD2.50. Keretapi mini tu akan bawak korang sampai ke hujung jeti tu.

Naik train ni lebih nak menggembirakan hati Ziyyad. Zayyan terlalu kecik utk faham, dia pun lalok aja naik train ni, tertidur sebab syiok kena hembusan angin laut! haha

Semalam uncle Al-Lavendari tanya " ada orang mancing tak?". Of course ada. Ramai! In fact aku perasan, kat Ostrolia nih, asal ada jeti aja, ada orang mai mancing. Ada budak kecik umur 4 tahun pancing ketam kat sini, dapat 4 ekor, siap bangga tunjuk kat aku..ekekeke...Ikan ikan kat sini besar2 dan sihat sihat belaka, tak macam ikan kalau kau mancing kat PD tahu! Haha..

Tak cukup pancing dari atas jeti, boleh saja pancing dari bot kecik. Bot ni aku kira kira berada ~ 1.5km dari pantai. Kalau aku confirm cuak..haha..

Budak budak sekolah Ostrolia yang daring akan buat terjun tiruk dari jeti ni. Tak jauh beza dgn perangai budak kampung kat Malaysia yang terjun tiruk dalam sungai.

Apa ada kat hujung jeti tu? Ada Underwater Observatory. Reef buatan manusia yg boleh di lihat melalui cermin bawah laut. Aku tak masuk pun UWO ni, sebab mahal, dan dah tengok kat Youtube,biasa biasa aja...baik layan Sydney Aquarium lagi best.

Ni dalam perjalanan balik semula ke pantai selepas sampai ke hujung jeti. Kalau banyak masa, memang aku nak balik jalan kaki aja, menapak 2km. Tapi sebab aku pi Western Australia nih 8 hari aje, so kena pandai pandai bajet masa. Tunggulah tahun depan, aku ingat nak cuti sebulan jelajah New Zealand! Hahaha..berangan..

Pakcik drebar train ni memang glamer seh. Aku rasa dah beribu orang bergambar dengan dia, termasuklah wife aku..ekekekeke..Nampak dia happy aja dgn kerja dia. Majoriti orang kat sini memang look happy with their job, berkhidmat orang dengan ceria, gelak, tak macam perangai orang Malaysia yang muka masam mencuka bila berurusan..hahaha..kutuk Malaysia lagi..:P

Jeti ni pun satu port yang best buat kaki tembak macam aku. Ambik sunset/sunrise dari sini. Aku tak sempat nak ambik sunrise sebab pagi pagi pukul 5.15am aku dah drive sorang-sorang gi Dunsborough (24km from Busselton) untuk tembak gambar sunrise kat Sugarloaf Rock. So hanya ambik gambar sunset aje yang sempat kat jeti ni.


Kesimpulannnya:
-kat Ostrolia ni memang banyak jeti, sebab coastline mereka panjang.
-banyakkan senyuman semasa bertugas, tugas itu ibadah.
-uncle Gedek tanya 'panas ke sini ?'. Yup, aku pi masa spring, terik time tengahari, tapi angin dia sejuk..tu pasal Ziyyad kata kat sini 'ada ekon kat luar' Haha..
-aku akan datang lagi ke sini, Insya Allah.
-kepada yang nak lawat jeti ni, boleh baca ni : http://www.busseltonjetty.com.au/



Monday, October 17, 2011

G'day mate!

Assalamualaikum semua!
Dah kembali bekerja..huhu..

Gambar-gambar pun belum sempat download..

Ni di Busselton Jetty, jeti terpanjang di hemisfera selatan, 2 km panjang.




malas rasanya nak kerja..haha..
Ok lah..nanti sambung lagi..nak ambik mood menulis blog setelah 10 hari tak menulis.

Friday, October 7, 2011

Macam Macam Ada bercuti menulis.

Pada ketika kalian membaca entri ini, Insya Allah aku sekeluarga telah selamat mendarat di Perth awal pagi tadi..dan kini mungkin Ziyyad sedang membelai kangaroo.

Blog akan bercuti sehingga aku balik ke Malaysia pada hari Jumaat depan, 14 Oktober 2011. Kalau rindu rindu kan aku, baca lah entri entri lama..miahahahahhaa..sila muntah hijau.

Sebenarnya aku agak heran bila baca beberapa komen kawan2 sebelum ni, tentang 'jangan lupa balik malaysia'. Macam tau tau aja korang tujuan aku ke sini.  :p  Yup, dulu 2006 aku dah hampir hampir migrate ke Sydney...jeng jeng jeng..jangan tiba tiba pulak 2012 aku migrate ke Perth! ~haha

Insya Allah, aku ke sana untuk bercuti..sambil bercuti, sambil intai peluang...bumi Allah ni luas..hujan emas negeri orang, baik kita kaut emas kat negeri orang banyak banyak, lepas tu bawak balik sini...kan? Tu prinsip aku lerr..ekekeke..

Kalau tetiba dalam tempoh cuti ada muncol pulak entri, itu maknanya aku dapat line wifi free, dan sempat up date blog lah ya. Harapnya dapatlah macam tu. Rindu wehhh nak baca cerita cerita korang..






ps: aku ingat nanti masa gathering bloggers kat rumah Kakcik 23 Oktober nanti, aku nak bawak rendang kangaroo lah. Voleyyy?  ;P

Tuesday, October 4, 2011

MasterChef Malaysia


Weekend yang lepas aku asah skill untuk jadi contestant MasterChef Malaysia..
Sementelah jadi orang bujang kejap..

balik rumah, dah ada nota resepi kat esbok

nampak tak benda alah dalam kertas timah dalam mangkuk tu? Tu lah yang aku akan masak

ikut arahan dalam 'resepi' yang ditinggalkan(kertas bawah henfon cap ayam kaler merah tu)

tadaaa!!!  hasilnya....okeh, aku tipu, ni gambar recycle dari entri yang lepas  :P

tadaaa!! spegeti + cheese..kelasss kau jahh aku masak....tak sampai 5 minit pun..~haha

tengah syiok2 makan spegeti sambil layan MU vs Norwich, sekali juri MasterChef call daaa...juri kata aku tertinggal salad! aku bukak esbok, betul, salad tak letak lagi! haha

tadaaa!!  Persembahan utk juri. Spegeti bersalad (walaupun dah habis setengah spageti tu aku balun)


Terror tak aku memasak?
Boleh join MasterChef Malaysia tak?
keh keh keh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...