Friday, September 30, 2011

Kisah Benar Di Pagi Jumaat

Mood pagi pagi dah hilang.
Aku dah biasa .. dan tak kisah bau busuk kaki diabetic patient yang ada ulcer..
Aku dah biasa dan tak kisah kalau bau mayat kat bilik mayat..
Aku dah biasa bau darah bila patient eksiden datang..
Bau bau itu 'understandable' ..


Tapi bila manusia yang sihat, hidup,  datang 4 orang..
Semuanya bau super, super, super busuk..

Umpama...
stokin buat main bola di padang lecak/berendam di paya dan seminggu tak basuh



+


bau longkang busuk gila


Mereka semua pekerja asing nak buat Fomema
Bau bawang Bangla aku dah biasa..
Tapi bau 4 orang pagi ni memang amat amat busuk.
Sampai aku kena ambik darah kat luar consultation room, dekat dengan pintu masuk klinik..
Pintu klinik pun aku sendal buka, biar ada air ventilation.
Kalau duduk dalam consultation room, nescaya luruh bulu hidong!

Amat busuk..
Dan aku selama ini tak pernah nak bersuara pun kepada mereka(geng-geng busuk ini)..
Tapi..
Pagi ni amat over...aku tak tahan..
Sambil ambik darah aku jerit...
"kau dah berapa minggu tak mandi"

Tapi...
Biasalah geng Nepal..Myanmar ni..
Buat muka selamba bodoh aja bila aku jerit..

Penyudahnya..
2 dari 4 orang pekerja asing ini..
Kena cucuk 2 kali untuk proses ambik darah..
Sebab konsentrasi aku terganggu..
Dek bau yang amat meloyakan.


syair bertajuk Busuk ini hasil nukilan Dr. Dah Tak Boleh Tahan Nafas..
30 September 2011

Wednesday, September 28, 2011

WW: Edisi Botak

Janji sudah dilaksanakan.


bila dah tumbuh sekata, barulah saya hensem untuk hadiri gathering bulan depan!




Tuesday, September 27, 2011

Kad Raya Baldu, Rome-London & Angry Bird

Hari Jumaat dan Sabtu lepas, 23 & 24/9/11, ialah hari yang busy buat posmen. Gigih posmen hantar barang untuk aku.

kad raya baldu dari kawan lama, kawan sekolah, yang rasanya aku tak pernah bercakap selama 2 tahun duduk kat sekolah itu..keh keh keh..tengkiu wehhh....dia lah antara manusia yang faham dilema dan work hazard kerja aku ni, especially setiap pagi Isnin! haha.

Magnet esbok (korang tau esbok tu hape?) yang aku kirim dari kawan maya, yang kini duduk kat Bristol. DeLancrettLurpak nama nya. Barulah aku tau Lurpak tu ialah sejenis butter. Haha.. Ironinya, punya banyak magnet esbok dari serata dunia aku ada, takde satu pun magnet esbok berkenaan Malaysia! Malu weh...kena cari ni, siapa nak beri? Ngeeeeeeeeeeee...

Burung burung comel dan ganas itu pun ialah magnet esbok. Hadiah dari Dee Kuntum, setelah aku berjaya dalam kuiz teka teki beliau. Bukanlah sesuatu yang menghairankan, antara banyak -banyak magnet esbok, magnet esbok inilah yang ziyyad paling minat! Haha


Sedar tak sedar, dalam tempoh hampir setahun aku ber blog (aku mula buat blog bulan Nov 2010), dah banyak kali posmen hantar barang barang kat rumah. Tiba masanya aku nak memberi,Insya Allah buat permulaan, semasa majlis gathering bulan depan nanti....

Terima kasih ya kamu semua!!

Thursday, September 22, 2011

Jemputan Rasmi Majlis Gathering: 23 Oktober 2011

Assalamualaikum.

Dengan ini, saya ingin menjemput rakan rakan blogger semua, untuk ramai ramai hadir memeriahkan majlis perjumpaan/gathering yang akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:


23 Oktober 2011, Ahad
Dari jam 2pm - 7pm
Bertempat di rumah kakcik Seroja, Taman Kencana, Kuala Lumpur
Konsep: Pot luck



Boleh KLIK DI SINI untuk melihat peta.

Untuk solat semua, jangan risau, rumah kakcik Seroja dekat dengan surau.
Semua dijemput hadir.


Pautan kalau ada yang tak faham gathering apa ini, Di Sini.

Di harap rakan rakan boleh beri pengesahan kehadiran samada melalui blog saya, atau blog kakcik Seroja.Tiada tarikh tutup pengesahan, sebab anda semua pasti perlu susun jadual masing masing. Cuma diharap boleh sahkan tidak terlalu lewat dari tarikh perjumpaan, 23 Oktober 2011.

Mungkin juga boleh war war kan nak bawa apa sempena pot luck ini ..hehehe..
Supaya dapat variety of foods  :)
Macam Bujal, contohnya ..dia dah cop nak bawak spaghetti...ekekeke..

Ok, hope to hear from you guys.

Wednesday, September 21, 2011

Tentatif Gathering: 15 Oktober atau 16 Oktober 2011 (UPDATE--TUNDA KE 22 ATAU 23 OKT)

Sila rujuk entri saya semalam, Tentang Plan Gathering Bloggers

Buat masa ini, kakcik telah bermurah hati untuk menjadi hos kepada plan ini, yakni pertemuan boleh dibuat di rumah beliau, di KL. Di mana rumah kakcik di KL, saya tidaklah pasti. Akan di confirm kan dengan tuan empunya badan.

Konsep: Pot luck.
-saya rasa konsep ini lebih mesra alam,dan tidak membebankan semua pihak. Lagipun, bukan lah kita nak mentekerdarah macam sebulan tak makan kan...yang penting makan-makan sikit dan beramas mesra dengan blogger-blogger dan keluarga masing masing. So, Insya Allah dapat pahala eratkan silaturrahim dan pahala memberi orang makan :)

Bila waktunya ?
- saya rasa yang paling afdhal ialah pada hujung minggu, dimana majoriti manusia bercuti. Samada hari Sabtu, atau Ahad. Minggu yang mana? Kalau hujung minggu ni, mungkin terlalu cepat(untuk kalian susun jadual). Saya sarankan kita buat pada minggu ke tiga October, iaitu samada pada hari Sabtu 15 Oktober, atau hari Ahad, 16 Oktober 2011. Jadi kita ada masa lebih kurang 2 minggu ++ untuk susun jadual masing masing, fikir nak masak dan bawa apa...ekekekekek

Berapa ramai?
-ramai ramai pun bagus. Semua blogger yang ada membaca dijemput hadir. Tiada istilah tak kenal lama/baru kenal/malu. Datang aja. Kalau tak jumpa, sampai kiamat pun tak akan kenal..ekekekeke...Kalau ramai sangat, kakcik telah mengusulkan untuk membuka khemah di depan rumah beliau. Ohh..sungguh baik hati kakcik. Ucapkan terima kasih kepada beliau ya.


Jadinya, saya harap rakan rakan blogger yang mana ada kelapangan dan boleh hadir ke KL, dijemput hadir lah ya. Yang mana rasa boleh hadir, sila umumkan di kotak komen entri ini. Yang mana rasa nak beri cadangan, pun dipersilakan. Saya nak buat tinjaun rasmi, berapa ramai yang rasa rasa boleh join gathering ni pada tarikh berkenaan.

Gathering ini masih diperingkat planning. Belum muktamad. Dan ia bukan lah semata mata perjumpaan raya. Kita jumpa pun(Insya Allah) nanti, dah habis bulan Syawal  :)





UP DATE: MEMANDANGKAN HOS YAKNI KAKCIK TIADA DI RUMAH(BERKURSUS) PADA TARIKH 14-16 OKTOBER, MAKA SAYA CADANGKAN (DAN RAKAN RAKAN SEPERTI GADISBUNGA DAN WAHIDA) KITA BUAT PADA MINGGU BERIKUTNYA, IAITU SAMADA PADA SABTU 22 ATAU AHAD 23 OKTOBER 2011.

Tuesday, September 20, 2011

Entri Paling Banyak Link

Saya adalah hebat bila beraksi dalam pertandingan yang dianjurkan Bujal.  Hahaha...Ini kali kedua saya menang.

Saya sudah dapat yang ini;
Dan kini saya bakal dapat hadiah lagi, khabarnya dari Penang.  ~haha


Abaikan keriakkan saya itu..:)
Sebenarnya, saya punya satu idea ..idea untuk perjumpaan rakan rakan blogger..
Saya sudah jumpa Bujal sebelum ini, juga telah bertemu dengan Ati Masrif & Nurkass DI SINI.

Saya baca di dalam entri Bujal yang ini, ada beberapa rakan blogger yang nak bertemu Bujal..antaranya kakcik dan azian.
Eh, mereka ini pun rakan blogger saya. Oh...rakan rakan blogger saya majoritinya ialah rakan rakan Bujal juga! Haha..



Oleh yang demikian, saya ingin bagi idea supaya kita buat gathering rakan rakan blogger..ala ala majlis raya...jumpa di restaurant ka..atau jumpa di taman tasik ka..mahu buat konsep port luck ka..
Moga moga ramai yang boleh hadir, baru meriah..
Terutamanya, kepada Gadis Bunga yang tak dapat join mini gathering saya & Bujal tempohari sebab dah jadi Cinderella katanya! Haha.

Apa kata anda semua?
The more, the merrier.


saya pun akan hadir ke gathering, walaupun saya suka baring dan senyum sahaja.

Monday, September 19, 2011

Rakyat Malaysia Mati Terlebih Makan

Cuti panjang Jumaat - Ahad.
Takda aktiviti lain selain makan, makan dan makan.


Makan kenduri kahwin  x 2 , makan open house raya x 3.
Cukuplah..
Bulan Syawal ialah sinonim dengan bulan obesity, tahu?


ini kejadian di semalam. Canopy runtuh sebab takungan air hujan terlampau berat! Nasib baik tiada kemalangan jiwa!



oleh kerana asyik makan sahaja, maka petang semalam saya bawa ziyyad bersenam di pantai Port Dickson. ~haha

Thursday, September 15, 2011

Salah Kerjaya?

Baru nak masuk dua minggu kerja lepas cuti raya...

Masalahnya, mood aku sekarang ialah sebegini :




adakah ini bahana tiap-tiap malam layan Samantha Brown dan Ian Wright. ??
Oh ya..malam tadi berkesempatan layan satu programme travel yang lawak, 






aku rasa aku dah salah propesyen lah. aku patot keje sebagi travel journalist or at least, travel photographer ! haha

Wednesday, September 14, 2011

Fobia

Serius. Aku sangat cuak, sangat risau, sangat fobia.
Kenapa?
Dari pukul 11pagi tadi sampai dekat 3pm ni, berkali kali aku try call wife aku, masuk voice mail.


Aku risau apa apa jadi pada MommyZZ, dengan pelbagai kes jenayah sekarang ni.
Terbayang benda buruk jadik kat Ziyyad...kat Zayyan...arghhhh..
Time solat zohor tadi pun terdetik fikir bukan bukan, tak khusyuk tahu!
Nak BW pun takde mood, nak surfing pun tak de mood, layan patient pun fikiran melayang tadi.

Last last baru tadi aku call Cikgu Adnan, jiran aku. Mintak tolong dia tengok tengokkan rumah aku, wife aku, anak anak aku.
Rupa rupanya bateri henfon wife aku habis! Hampeh.




Moral of the story:
- aku kena masuk balik line telefon kat rumah. Ingatkan nak pakai line hp aja.

- itulah untungnya ada jiran yang bagus macam cikgu Adnan. Wife dia pun cikgu. Sangat caring, sangat wasatiah (rumah dia tak pasang astro pun). Bila hujan (kami takde rumah), bila balik si Cikgu Adnan dah siap angkatkan baju di ampaian kami!  Wife beliau Cikgu Bibi  pun sama. Both of them begitu. Ini rahmat Allah, ini rezeki Allah dapat jiran yang bagus, maka bersyukurlah dan jaga nikmat Allah ini.


ps: Melampau fobia kah aku ni? Ya, aku memang jenis family man.


MommyZZ menghidap bufonophobia.
Tapi satu jenis fobia yang kita mesti ada , zeusophobia

WW: Edisi Emas


aku simpan dalam perigi, boleh gitu? ~haha

Tuesday, September 13, 2011

Cukur Bantal

Sebenarnya, aku agak risau tentang Zayyan, anak kedua aku, kini dah masuk 3 bulan setengah.
Aku risau dia botak! Hahah..

Ceritanya begini...kami dah buat MAJLIS AKIKAH si Zayyan ni, dan macam biasa, cukur kasi botak lah rambut dia. Masuk sebulan lepas cukur, rambut tumbuh, tapi kat depan aja. Tang belakang botak !
Hari ni genap 3 bulan selepas bercukur.

ni pandangan belakang, tarikh 2 Ogos 2011.
Ramai orang yang jumpa anak aku ni, kata dia cukur bantal. OK, cukur bantal. Tapi lama gila ke proses cukur bantalnya? Dulu anak aku Ziyyad, rambut dia tumbuh sekata, depan dan belakang.Ekceli ni 1st time aku dengar istilah cukur bantal.

Pandangan sisi. Ni masa raya ke 3 yang lepas. Sedara sedara semua gelak aja tgk kepala Zayyan! Haha


Di pagi 1 Syawal, botak belakang.

Masa aku balik JB, ayah aku bagi sajesyen, suruh botak kan balik, so that rambut Zayyan akan tumbuh balik sekata, sama panjang.  Wife aku pun kata, buat lah macam tu. Korang rasa? Sebab kalau aku tunggu lagi, nanti rambut depan dah panjang mengurai, rambut belakang baru nak tumbuh! haha

Ni gambar 31 Ogos 2011. Tengok, rambut depan aja lebat.


Aku ingat aku tunggu lagi seminggu lah. Rambut belakang dia dah start tumbuh, tapi sangatlah halus dan kontot. Haha... Mungkin minggu depan Zayyan akan botak kembali, botak licin.

Saya tetap maintain hensem tahu, walaupun botak belakang! Hahaha

Monday, September 12, 2011

Uniknya.

1. Uniknya Melayu...boleh asimilasi pelbagai bahasa.Bercakap dengan Ah Meng " aiyyaa Meng, apsal lu jual manyak mahal"...kalau bercakap dengan Habibur Rahman " Ini ubat kasi makan 3 kali, tada baik, sini datang lagi..haha". Tak pernah aku jumpa mat saleh yang terhegeh hegeh nak cakap Inggeris ber slang Melayu bila bercakap dengan aku..

2. Uniknya Melayu...terlebih ramah! Dah sah sah nampak Cik Kiah sedang menjahit manik, boleh pulak Cik Tom tanya " buat apa tu Kiah oii " . Hahaha.. Sadis kah kalau Cik Kiah jawab " tengah kait buah kelapa ni Tom oii."

3. Uniknya Melayu...hidung penyek, tak cukup tinggi, tapi dalam biodata di akhbar hiburan tetap nak tulis "keturunan: Melayu + Belanda + Nasrani"  Haha..

4. Uniknya Melayu...puasa tak tentu cukup sebulan, tapi bila raya, mesti sebulan. Tutup kedai 2 minggu macam Cina, padahal Cina tu tutup kedai 2 minggu sebab dalam setahun dia betul betul gigih berniaga bukak kedai. Jadi bila tiba Raya Cina, dia raya betul. Awak bukak kedai pun manjang nak off, pukul 9am bukak kedai, tapi pukul 9.30am masih kat rumah! Lepas tu hairan kenapa Cina meniaga kaya, awak meniaga tak kaya.

5. Uniknya Melayu...majlis kahwin meriah 3 hari tiga malam bagai puteri raja. Tak sampai 3 bulan dah cerai.

6. Uniknya Melayu...dengan babi anjing cukup fobia, haram katanya. Nampak anjing sekilometer dah siap dibaling batu, taknak samak katanya! Haha..Tapi makan rasuah macam makan cikidis aja..Menipu dalam timbangan/meniaga macam makan lolipop aja. Haram tak rasa haram. Berkopiah berserban bagai, tapi bawak kereta macam setan, tak bertimbangrasa..ambik hak orang (cutting line).

7. Uniknya Melayu...anak menangis dikatanya hantu merasuk. Sakit badan terus dikata buatan orang. Tok bomoh dan dukun jugak yang kaya lepas tu  :P  Quran kat rumah dibuat tangkal, letak atas palang rumah. Macam mana lah hantu setan tak penuh dalam rumah.

8. Uniknya Melayu....bila mat saleh masuk kedai dilayan bagai raja...melayu yang masuk nak tak nak aja layan...awak tak tahu, mat saleh tu lagi miskin dari awak ! hahaha...dan melayu yang nampak simple tu harta berkoyan koyan, makan dipinggan, minum dicawan. Haha..

9. Uniknya Melayu...yang sunat itu macam wajib, yang wajib itu macam harus. Semayang raya tak boleh miss, tapi semayang 5 waktu berlobang lobang. Tengok wayang hari raya mesti buat, ziarah saudara haram tak mahu! ~haha



Terhibur jugak hati baca kisah unik dalam bahasa Indon! :P

Friday, September 9, 2011

Macam Macam Ada jumpa Matcham Matcham

Dalam entri semalam, ramai yang bertanya ke mana aku nak pergi.
Aku nak bawa mommyZ dan anak anak ke sini :





Ya lah..dah lama ..dekat setahun tak bawa mereka gi melancong.
Perth tu kecik aja, so selebihnya dalam misi melancong 8 hari 7 malam ni, kami akan meredah bumi Western Australia (WA), dalam total perjalanan yang aku bajet jejak juga 1800-2000km.

Route yang dirancang:
Perth - Albany - Denmark - Walpole - Augusta - Margaret River - Busselton - Bunbury - Fremantle - Perth again - Lancelin - Cervantes - back to Perth.  Fuhhh...penat drive ni nanti.

Doakan moga dipermudahkan urusan kami.  :)

Oh ya, malam semalam aku jumpa kawan blog, Bujal nama manja nya. Bagus budak Bujal ni, baik, sesuai dibuat calon menantu, sebab khabarnya Bujal ada 3 lagi kuota kekosongan..~haha

Lepas ni ingat nak buat lagi gathering raya, sebab semalam pun nak jumpa Bujal mengejut, so bila aku up date status lewat petang kat FB, tak ramai yang tahu..keh keh keh..

Dari kiri: Zayyan (sedang tido), Yeop ( kawan MRSM dulu yg pertama kali jumpa selepas 16 tahun), dan teka aja lah yg mana aku, yg mana Bujal..ekekeke

Thursday, September 8, 2011

Kegigihan Yang Berbaloi


Nikmatnya buat urusan kat Imigresen pagi tadi. Lengang.
15 minit siap semuanya, dah bayar RM150 utk passport 5 tahun Zayyan.
Moralnya, sila gigih panjat bangunan Imigresen seawal 7.30am!  ~haha

Wednesday, September 7, 2011

Hikmah Bulu Hidung.

Mengantok gila masa drive gi keja pagi ni.
Rasa macam makan pil tido..keh keh keh..
Kalau boleh nak suruh aja drebar bawak, tapi aku mana ada drebar..kah kah kah..

Antara teknik nak hilangkan ngantok masa driving yang aku pernah buat:

1. Karaoke dalam kereta. Pasang radio/CD kuat kuat, nyanyi kuat kuat.

2. Pernah berhenti kat R&R. Lompat bintang & lari setempat. Segar!  Tapi 10 min lepas drive kembali, ngantok lagi! Haha

3. Tampar muka sendiri. Selalunya tak menjadi, tak hilang ngantok. Mungkin kerana aku tampar tak cukup kuat, atau pipi aku gebu..ekekeke

4. Makan gula2/chewing gum. Tapi selalunya time mengantok lah aku tak bawak gula2/chewing gum dlm keta.

5. Berhenti tepi jalan, tido jap. Pernah buat, tapi tak berapa suka, sebab aku pernah terlajak tido sampai 40min, plan nya nak tido 10 minit aja..

6. Tarik bulu hidong. Ni paling efektif..kah kah kah..sampai berair air mata...:)

Ada lagi tak tektik lain yang anda sudi kongsi kan?

Tuesday, September 6, 2011

Aku tak jumpa kuih batang buruk tahun ni.


Setelah 11 hari tak bukak blog, hampir hampir terlupa password blog..keh keh keh.
Nak tulis panjang lebar pun belum ada feel..so aku rangkumkanlah aktiviti sepanjang seminggu raya dalam bentuk gambar, tu pun gambar ntah hape hape! haha


Aktiviti malam raya pertama di rumah mertua, di smack down oleh dua ahli gusti kenit.

Raya pertama, pagi. Jenuh nak suruh Zayyan pandang kamera!
 
Sempat menembak di tempat bersejarah semasa jalan jalan hari raya. Model free biasa, Ziyyad. Cerita lanjut di sini.

 
Raya ke-3 malam, dah sampai dah Zayyan di bumi JB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...