Friday, August 26, 2011

Cuti Menulis Berapa Hari ?

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Maaf andai penulisan dan perkenalan kita semua hingga ke alam FB, ada menyinggung perasaan.

Ini kali pertama aku beraya sebagai seorang blogger..keh keh keh..
Berapa lama korang bercuti menulis?
Ada tak yang masih buat entri pada raya pertama? Blogger tegar macam Ben tu semua aku rasa mesti buat entri.

Aku bercuti berapa lama(cuti blog)?
Insya Allah raya ke 4..ke 5...menulis balik kot..
Tapi..kalau tetiba angin pus pus aku datang, mungkin akan menulis pada raya pertama agak agaknya!  ;P

tahun ni raya kedua petang baru aku balik JB. Sayur goreng jawa/sambal goreng jawa ni menjadi makanan kegemaran aku di hari raya, sejak aku diperkenalkan  ia oleh pakngah aku, org pure Jawa. Mak aku buatkan versi yg kurang kicap, lebih udang/hati/daging..keh keh keh..I Like.. 


Thursday, August 25, 2011

Kerbau Kuat Seks Ke??

Pagi ni on the way nakgi kerja, terkujat lah aku dengar berita kat radio pasal  'Polis buru perogol bersiri kat Kelantan'

Khabarnya dah rogol 19 orang. Aku pelik jugak, kalau 4-5 orang tu, ok lah...ni 19...samada nasib dia amat baik (terlepas selalu), atau polis yang lembab. Tapi polis malaysia ni selalunya cekap aja tangkap penjenayah (walaupun susah bebenor nak cari si orang tua Ayah Pin)..:P

Ni link ke berita tu yg aku cari tadi : Perogol Bersiri

Teringat aku kes Ismail Kerbau..keh keh keh..zaman tu aku masih sekolah lagi..apa jadi kat dia haa??

kerbau jugak jadi mangsa, padahal manusia yang lagi hina dari dia


Kepada anak-anak gadis kat luar sana tu, nafsu perogol ni memang lah pelik kan..kadang2 budak kecik atau orang tua pun dia rogol. Tapi, janganlah anda memberi peluang kepada orang supaya bernafsu merogol anda. Pandai pandailah berpakaian. Alasan minah minah yang pakai seluar low cut nampak line vontot bila ditegur,    " alahhh..norsuhaili yang pakai tudung litup tu pun kena rogol dalam bas" adalah amat amat menjengkelkan.

Hari raya ni nanti, pakai baju kurung/kebaya/kebarung/apa2 aja fesyen lah, pastikanlah sopan ya..janganlah terbelah sana sini..cukuplah artis aja yang terkinja kinja macam beruk di pagi syawal  :)

Aku rasa dah tiba masa Malaysia amalkan sistem Sex Offender Registry macam di US nun..sebab jenayah sex kat Malaysia ni bagi aku dah parah sangat.

Wednesday, August 24, 2011

Tak Payah Buang Masa Pegi Bank

Orang lain tukar duit raya kat bank.
Aku tukar kat McD, kat tol.  ~haha.
Beli sundae $9, hulur not $50......bayar tol $ 1.30, hulur not $50.30..
So far so good hasil tukaran aku. Menjelang Isnin depan, dah siap sedia lah koleksi duit raya kecik..keh keh keh..

Apa yang penting???
Bukan sampul duit yg vogue..bukan duit yang baru (duit baru kalau nilai nya $1 pun tak best..keh keh keh)
Yang penting nilai $$ nya..  :)

ps:
-buat adik ipar aku Ajib, tahun ni lu tak dapat duit raya ya..haha
-buat adik ipar aku Nabila, tahun ni adik masih dapat duit raya..:P

Tuesday, August 23, 2011

Dah Berapa Puluh Kali Sambut Raya, Tahu Makan ke Tahu Buat?

Tahun ni, Insya Allah kali ke 32 seumur hidup aku celebrate hari raya.
Dah 32 kali nanti sambut raya, ulang benda yang sama setiap tahun.
-bermaaf maafan
-kutip duit raya (sekarang kena bagi duit raya..keh keh keh)
-kunjung mengunjung rumah saudara dan rakan taulan

Cuma aku terfikir pagi ni, dah 32 kali sambut raya, ulang benda yang sama(dan makan benda yg sama), namun aku masih tak tahu buat benda benda ni..tahu makan aja ! hahaha..
  1. lemang
  2. ketupat
  3. dodol
  4. wajik 
macam senang aja, tapi aku pernah try, jadi bentuk gajah!

Sekurang kurangnya, kalau kuih raya tu, pernah lah aku tolong mak aku buat. Setakat kacau rendang, jaga api masak lodeh, aku pernah buat. Tapi kot lah tiba tiba disuruh aku anyam ketupat..errrr...carik buluh buat lemang? walauwehhhh..lagi aku tak tau...Teringin nak rasa benda benda tu...masuk hutan carik buluh..carik daun kelapa buat ketupat...kacau dodol...Nanti bila anak anak aku dah besar, lagilah mereka tak merasa semua benda tu...sebab ayah nya sendiri pun tak pernah buat! haha...

Untuk belajar semua benda tu (anyam ketupat, buat lemang, masak dodol..), mungkin dah tak sempat untuk raya ni..mungkin raya haji akan datang, atau bila bila free, aku berazam nak belajar buat!

macam mana nak tau lemang ni dah masak?





Monday, August 22, 2011

Kedekut Tak Bertempat

Semalam aku bagi vaksinasi untuk umur 3 bulan buat Zayyan.
Sebagai ibu bapa, itu tanggungjawab kita untuk berikan yang terbaik buat anak anak, anugerah dan amanah tuhan, ini termasuklah khidmat kesihatan.


Banyak ibu bapa yang aku dah jumpa, boleh lupa appointment untuk vaksinasi anak!
Macam lah busy nya mengalahkan Rosmah Mansor  :P
Anak dah masuk 3 tahun pun ada yang baru datang nak bagi vaksin yang patut di cucuk ketika usia 6 bulan! Adoiiii la..

Ada juga yang ambil keputusan tak mahu beri vaksinasi. Fine. Itu hak anda.
Tapi kalau anda buat sesuatu keputusan, biarlah ia dibuat atas dasar ilmu, selepas mengkaji dan belajar tentang sesuatu. Kalau ambil keputusan atas sebab "kawan saya kata tak payah" atau " tak elok kan bagi macam macam ubat", maka nya keputusan yang diambil itu ialah keputusan yang dangkal, maaf cakap.

Dan buat ibu bapa, selain daripada vaksin wajib yang perlu di ikuti (menerusi sistem vaksinasi Kementerian Kesihatan Malaysia), ada beberapa vaksin yang amat digalakkan di ambil, yang sunat mua'akad bagi aku :)

  1. Vaksin Rotavirus
  2. Vaksin Pneumococcal
  3. Vaksin Chicken Pox
Vaksin Rotavirus ini amat penting, kerana perlu di ambil ketika usia baby 1- 6 bulan. Ramai yang miss ambil vaksin ini, sebab usia anak masing masing dah >6 bulan. Samada memang tak tahu (sebab tak membaca), atau buat buat busy. Jangan harap doktor nak beritahu semua. Tak semua doktor tu rajin. Serious. Ni aku cakap sebagai seorang doktor. Anda perlu proaktif, baca di internet, jangan hanya FB atau tengok Youtube aja 24jam. Kalau dah baca, tak faham, tanya doktor. Kalau doktor A jawaban nya hampas, tanya doktor B.

Dan tolong jangan berkira lah. Kedekut tak bertempat.
Sebab majoriti big panel memang cover vaksin yang wajib tu, vaksin yang sunat ni kena bayar.
Perangai orang Melayu Islam Malaysia ni, maaf cakap, memang BERKIRA bila tiba bab kesihatan. 
Betul, penyediaan khidmat kesihatan itu tanggugjawab Kerajaan/majikan, tapi jangan harap semua benda, everything under the sun akan di cover. So itu lah kes nya bila aku sarankan pemberian vaksin tambahan/sunat mua'akad ini. Membebel sebab kena bayar. Hellooooo? Yang lain lain vaksin wajib yang dicover tu, apa kes? Bersyukur lah, sebab vaksin wajib company kau cover. Suruh berkorban sikit untuk vaksin sunat pun berkira. Hari hari hisap racun sekotak tak berkira. Sebulan sekali beli tudung/beli kasut tak berkira. Ini lah dia orang kita tua tuan dan puan puan...:)

Aku kalau menulis pasal kesihatan, mula lah nak membebel. So, baik aku stop kat sini..Ekekekeke..

6.1 kg. Peha drumstik, sedap di geget. Hahaha

Friday, August 19, 2011

Basuh

Dah bayar zakat fitrah ke belum?
Jangan syiok fikir nak raya, zakat dilupakan. Jangan pula lepas siak masjid sound dalam masjid sebelum solat raya baru nak bayar! (tahun lepas aku raya kat JB, lepas siak masjid sound, berderu ramai lagi yg tak bayar, gi bayar  --super last minute punya zakat fitrah! haha)

Cakap pasal zakat fitrah, zakat -zakat lain pun digalakkan dibayar pada bulan Ramadhan yg penuh barkah ini. Berlipat kali ganda pahalanya, Insya Allah. So ambillah kesempatan bayar zakat perniagaan/zakat harta/zakat emas perak di dalam bulan puasa ni.

Bila cakap pasal benda wajib(zakat), mesti jugak cerita pasal benda sunat(sedekah).
Amalan kita ni biarlah ikhlas, kalau tak pahala tak dapat, silap haribulan dosa yang dapat!

2 minggu lepas ada satu seketariat mintak derma kat aku, entah mana dapat nama aku, aku pun tak tau.
Hantar surat kat klinik, siap tulis satu meja, RM xx ribu..Majlis makan yg akan dihadiri oleh mantan PM, Tun Pak Lah.
Aku buat bodoh aja. Aku menderma, bila aku nak berderma. Dan prinsip aku, kalau menderma, biar ikhlas, tangan kanan derma, tangan kiri tak tahu, macam tu lah lebih kurang.

Tup tup agaknya sebab tak dapat respons dari aku, org seketariat tu call henfon aku, tanya pasal derma jamuan makan tu. Minah yang call ni pulun lah push aku suruh derma.
Silap besarlah, kan dah sia sia kena basuh minah tu dgn aku. Aku cakap, ni nak suruh derma ka, atau paksa derma? Aku basuh lagi tentang perlunya keikhlasan dalam menderma, tak payah nak tulis cek sebesar signbod jalan, bla bla bla..

Penyudahnya, memang aku tak derma pun kat seketariat tu. Sebab awal awal lagi NIAT aku utk menderma itu takde.

Tetiba aku terfikir, teruk ke aku sebab basuh minah tu?  : P

relax aja saya moncongkan mulut walaupun lepas kena basuh dek daddy saya!

Wednesday, August 17, 2011

WW: Versi Serious


Renung renungkan lah..dan bersatu lah.




Tuesday, August 16, 2011

Petani Jaya

Hari tu aku ada menulis tentang hidroponik, kat sini.

Memang betul -betul mudah. Betul betul 3 T. Lepas ditanam benih sawi hari tu, lebih kurang 3-4 minggu kemudiannya, dah nampak hasil. Tak perlu buat apa pun, tinggalkan aja...aku balik rumah aku pun hujung minggu aja. Last week balik dah gemok sayur sawi ni  :)
wife aku ingatkan dia tanam sawi biasa, rupa rupanya sawi batang putih. Rangup!


Nampaknya, telahan dokter singa bahawa jangan hot hot ciken shit, tak menjadi. ekekeke..Insya Allah setelah percubaan pertama ini berjaya dengan mabeles nya, aku akan beli lagi tapak hidroponik ni..nak tanam segala macam sayur yang boleh ditanam.

Sementara itu, di rumah mertua aku :


Tu dia anak pokok durian Musang King. Lepas tanam ni, boleh lah makan durian raja musang ni FOC....tapi kena tunggu bertahun tahun lah dulu ! ~haha


Monday, August 15, 2011

Courtesy

Tarikh kejadian: 12 Ogos 2011.
Waktu: 10 pm.
Tengah buat apa : Tengah ngaapp murtabak lepas balik terawih.

Tengah syiok bermoreh di rumah, henfon aku bunyi, nombor yg tak diketahui.

Ringkasan perbualan telefon:
-petugas PAS cawangan Skudai/Gelang Patah, Johor call aku jam 10malam, diulangi 10 malam semata mata nak up date data, kat mana aku ngundi. Bila aku cakap aku tak akan mengundi kat Johor, sebab aku dah pindah KL, boleh pulak mamat tu nak pertikaikan, kononnya nama aku dalam daftar mengundi akan mengundi di DUN/Parlimen Gelang Patah/Skudai.  Aku tanya mana dia dapat data, dia kata dari SPR.

Last last aku cakap, aku malas nak layan, apa2 urusan berkaitan mengundi, aku berurusan dgn SPR aja, bukan mana mana partai politik. Terus letak henfon, sambung makan murtabak.

Geram, sebab:
-takde courtesy, call org malam malam pukul 10, nak ambik data.
-takde courtesy, sebab dia yang nak minta info, bila aku bagi, boleh pulak pertikaikan, kau polis ke hape?

Ikutkan hati:
-ikutkan hati, memang aku malas layan dari awal lagi. Patut terus letak fon..call malam2. Aku selalu buat macam ni kat agen insuran/jual pakej cuti/kaum MLM.
-ikutkan hati, nak aja aku cakap,"gua undi BN lah dol"  Hahahaha....Padan muko ekau...:P
-ikutkan hati, nak aja cakap " kau gigih buat semua ni, kau tau kan Johor ni lubuk BN..."  :P

Pascanota:
-maaf andai entri ini berbaur politik. Aku tak minat politik, for the time being.
-aku tak suka dan taksub pada mana mana partai, PAS ka, PIS ka, BN ka..contoh ayat dalam "ikutkan hati" hanyalah sebagai contoh  :)



Korang tahu apa itu courtesy? Kalau tak tahu, bukak kamus!  Haha
Zayyan pagi ini, berusia 83 hari. Dia pun tahu ber-courtesy, walaupun bangun awal pagi time parents dia nak bersahur, dia tak menangis atau buat hal pun. Hanya senyum dan termenung !








Wednesday, August 10, 2011

Suami Mithali

Apa ciri ciri suami mithali?
Antaranya, memasak untuk keluarga juadah berbuka puasa.

Ni contoh suami mithali:

Sangat mithali sebab macam macam yang di masak;
-udang
-sotong
-ketam
-lala
-pepahat
-ayam
-daging
-fishcake/fishball/crabstick/segala macam geng2 yong tau fu.
-segala macam sayur/salad

Bukan setakat main course, dessert pun disediakan. Ice cream, buah potong, kuih muih ala Thai..


Korang mampu masak semua ni??
Aku mampu...
:)


FAKTA:
-tarikh kejadian: 8 Ogos 2011.
-tempat kejadian: Restoren Steamboat Q -Thai Nilai - Eat All You Can Buffet.

RUMUSAN:
- masih bertahan tak sentuh waima sebutir nasi atau apa apa karbo seperti mee/kuey tiau di buffet ini  :P
- menyesal (lepas makan), sebab tewas dgn nafsu, makan banyak, padahal apa tujuan puasa itu?

AZAM:
- tak mahu makan buffet buka puasa lagi.


Pascanota: Ini adalah buffet berbuka puasa pertama saya, dalam masa 5 tahun.

Monday, August 8, 2011

Air Yg Tenang Jgn Disangka Takde Buaya, Pagi-pagi buta, Jangan Sangka Takde Speed trap !

Alhamdullilah, aku sekeluarga dah selamat sampai. Bercuti di JB hujung minggu. Sampai klinik pukul 8.45am tadi.
Bertolak dari JB pukul 6.15am.

Jangan sangka pagi2 buta takde speed trap!
Hampeh..
Berderet bersusun kereta kena saman, dekat area Sg Bemban, Melaka (PLUS highway).
Seumur hidup aku pakai PLUS ulang alik JB -KL, tak pernah nampak ada speed trap kat area ni.

Aku bawak laju sikit, ~ 140-150km/h dari pukul 6.15 sampai 7.15am.
Nasib baik lepas tu tergerak hati nak bawak slow..sebab kalau tak awal sangat sampai klinik.

So, moralnya, jangan speeding after 7am. Polis tengah gigih buat speed trap. Haha..

By the way, aku sempat beli benda ni masa gi param kat rumah parents aku... ni haa rupa air katira Abu Bakar yang katanya femes kat JB tu. RM3.30 sebungkus kau! Tak dapek kat Klang tau Bujal.  :P
Campuran 8 bahan2, antaranya kismis, madu, susu, buah semangka, kurma...
Aku beli jugak doner kebab (kebab malinja) yang tak kurang femes di JB...

sebab mahal, esoknya aku beli air tebu aja. haha..lagi puas minum.





kebab malinja

Thursday, August 4, 2011

Esok aku bermusafir, kena buka puasa tak? :P

Esok petang Insya Allah aku nak balik JB, rumah mak ayah.
Dekat JB jugak, ada rumah pak mak sedara aku. Bila bercakap pasal mereka, musti aku teringat style family Pakngah aku.

-Stail family dia ialah, amat amat jarang makan nasi lauk ketika buka, selalunya makan mee(tak kiralah mee goreng, mee sup, mee tiau, mee kari, mee rebus, macam macam mee lah). Bila time sahur baru mereka makan nasik. Kiranya lauk tu dimasak dan di makan sekali aja lah, time sahur.
aku recycle balik gambar entri dulu. Haha. Best jugak buka makan mee rebus tulang.

Aku heran sebab stail mak ayah aku pulak, buka musti makan nasik lauk. Time sahur pulak makan mee/roti. Haha.
pun recycle gambar entri lama. Aku mengidam nak makan roti bakar Haipeng, Kemaman! Haha


Yang penting, puasa tahun ni aku tak kisah stail yang mana satu, sebab buka atau sahur, aku tetap tak akan makan nasik. Haha.

Stail family korang macam mana?

Wednesday, August 3, 2011

Kenapa Baby Mesti Bangun Jugak Time Orang Nak Sahur ? Tido Kan Lebih Syiok !

zayyan jam 5.10am 3 Ogos 2011



zayyan jam 5.20am 3 Ogos 2011



ziyyad pun dulu macam tu.
cuma sekarang bila usia dah hampir 3 tahun, tido itu satu keutamaan buatnya.
ke mana tumpahnya kuah kan....
ekekeke...

Tuesday, August 2, 2011

Kenangan Ramadhan

Kenangan lampau mengusik jiwa. Ini semua kisah semasa aku kecil/sekolah rendah, sebab masuk form 1 aja, aku dah duduk asrama (benci wehhh duduk asrama time puasa, nasib baik asrama aku dekat, tiap2 petang mak ayah aku datang bawak makanan best2..ngeh ngeh ngeh...tapi bila dah masuk form 4, asrama aku jauh gile, so aku pasrah aja makan makanan asrama, lagipun dah besar panjang, buat malu aja kalau parents datang hari hari! haha).


1- Pukul 5pm, mesti tak ketinggalan tengok Rumah Kedai.

2- Pukul 6pm mesti pergi bazar ramadan.

3- Balik bazar ramadan, ayah aku bawak aku dan adik2 ronda-ronda dalam kereta. Sebab zaman tu kat rumah takde ekon, naik kereta ada ekon, sejuuuuuuk aja. Standard lah, time puasa semuanya nak sejuk.Kalau tak haus macam duduk kat gurun rasanya. Haha.

4- Petang2 aku selalu jadi dugong. Petang aja mesti bukak baju, tido meniarap, perut & dada landing atas lantai tiles. Sejuk aja..haha..Pun sebab zaman tu rumah takda ekon.

5- Buka air. Azan aja mesti teguk 3-4 gelas air. Lepas tu termenung tengok nasik lauk atas meja. Nak semayang maghrib pun rasa liat sebab perut penuh air dah macam boya. Korang tau boya tu apa?

6- Malas gila nak terawih. Haha...samada duduk rumah aja tgk TV sambil makan kuih & murtabak (sangat sinonim dulu kecik2 time puasa mesti beli murtabak), atau gi masjid tapi tido kat tiang!

7- Aku benci sahur. Rasa macam suruh telan racun kalau disuruh makan. Selalu protes(nak tido, haha), tapi ayah aku marah, kata sahur dapat pahala. Aku follow aja lah dgn muka moncong rambut terpacak. Sekali kat meja makan kena sound sedas dengan mak 'gi basuh muka dulu'..Ekekekeke


aku tak tau lah macam mana gelagat budak dua orang ni bila tiba masa belajar berpuasa !

Monday, August 1, 2011

Azam Ramadhan 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...


Antara benda benda baru yang aku tempuh pada Ramadhan tahun ini, dan cabaran yang aku nak laksanakan:

1- Tukang announce tarikh permulaan puasa ialah orang baru! Laju aja cakap. Tak feeling lah..ekekeke

2- Kali ini aku berpuasa dengan adanya dua orang anak.

3- Kali ini aku nak betul betul berdiet time bulan puasa  setelah gagal entah berapa kali  . :P
    Sebagai permulaan, pagi tadi aku hanya bersahur cereal + milo O sahaja. Complex carbohydrate macam cereal, bijian, roti gandum ni semua ialah slowly digestible food. So boleh bertahan sampai 6-8 jam.

4- Pecah rekod, semalam 30 Syaaban, aku dah belanja baju raya awal awal untuk dua orang anak aku.Kos belanja baju raya anak anak dah melebihi kos buat baju melayu + baju raya mommy & daddy. So kena gigih bekerja sebab baju raya yang lain untuk aku & mommy belum beli lagi! Haha..

5- Tahun ini, nak try solat terawih di Masjid Besi & Masjid Putra, Putrajaya.

6- Semoga sempat khatam 30 juzuk. Tahun lepas dah raya ke 10, baru aku khatam..ekekekeke...

7 - Cuba hadiri(kalau jadi) gathering buka puasa geng bloggerz. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...