Friday, July 29, 2011

Pejuang Tulen

Kami tewas sebagai pejuang.
Kami tewas penuh hargadiri.
Kami anak Malaysia tulen, kami tak perlukan warga China, England dan Bosnia tua.
Kami kuat, kami bukan pondan lorong,jatuh terus tak mampu bangkit.
Kami professional, bukan pondan lorong yang mengharap pada physio perempuan.


Bangkitlah harimau.
Jadilah harimau yang terus berjuang.
Bukan singa hybrid, separa singa, separa binatang-binatang lain.





ps: sajak ini di karang oleh bakal Sasterawan Negara.

Thursday, July 28, 2011

Aummmmmmm!!!

 
Aummmmmmmmmm !!!!!

Aummmmm!!



Tiger 3  Lion 0
Aummmmmm !!!!






ps: sorry guys..aku busy gila tak dapat nak update blog..

Friday, July 22, 2011

Makan Sampai Lebam Tapi Free ( entri riak)

Semalam dan kelmarin, dua hari berturut turut Ratu Durian Rawang eksyen dengan aku makan durian saploh ringgit, makan sampai lebam!  ~hahaha

Takpe...takpe...
Semalam aku dah janji dalam kotak komen dia, aku akan buat entri balas dendam durian.

Hambek kau Wahida !!





Miahahaha..
Durian kat rumah mertua aku, makan sampai lebam..dan FREE !



ps: sorry kawan kawan, dulu aku ada ajak datang makan durian kat rumah mertua aku, tapi tahun ni buahnya tak meriah sangat..cukup sekadar nak makan sampai lebam untuk ahli keluarga aja. Kita tunggu sezen depan ya, Insya Allah  :)

Thursday, July 21, 2011

Matcham Matcham Transformers

Semalam, telah bertambah koleksi botol air di rumah saya.

ya, saya ketinggalan keretapi. cerita ni dah 3 minggu main, saya baru sempat tonton. Eh, penuh tahu panggung semalam.
Setelah hampir setengah tahun tidak menonton wayang (ya, 1 Jan 2011 ialah tarikh terakhir saya & isteri menonton Gulliver's Travel), maka semalam saya usung isteri bersama 2 anak kecil (berusia 33 bulan dan sebulan setengah) ke panggung TGV. Memang mencabar betol tengok wayang sebagai parents! Haha

tiada di jual di hypermarket, mahupun kedai singseh.
Botol biru yang dinanti nanti telah tiba. Terima kasih Bujal. Kreatif sungguh anda. Harapnya lepas ini kamu buat pula edisi periuk nasi Matcham Matcham ! Haha

Bujal dan Optimus Prime. Ternyata Bujal lagi kecil dan tak bisa menandingi sebuah kepala lori treler! Haha


Wednesday, July 20, 2011

Chemistry





Semalam di Facebook, bekas kawan sekolah aku buka topik " What is Happiness Means To You".

Rata rata yang menjawab, family, keluarga.

Aku setuju. Keberadaan kita disamping family tersayang ialah kebahagiaan, kegembiraan.

Untuk spesis yang tak ramai kawan macam aku ni, family does matters. Reallly. Aku dulu zaman bujang bukanlah jenis yang hu ha sana sini, gi disko, gi clubbing. Tak. Paling kuat pun aku lepak dengan kawan-kawan rapat aku kat mamak. Bila kawan kawan aku kawin, aku rasa lonely. Nasib baik masa tu ada awek tempat aku nak curahat. MommyZZ lah awek aku. Alhamdullilah, beliau terus menjadi teman terbaik aku. Memang Allah itu Maha Agung. Bila aku kawin dgn MommyZZ, ia macam complement each other. Aku rasa setiap pasangan pun macam tu. Ada benda yang aku takut/tak suka/malas buat, mommy boleh buatkan, and vice versa. MommyZZ dah faham sangat apa yang aku nak/taknak/suka/tak suka selama hampir 6 tahun kawin ni. Selalu terjadi, aku baru nak bukak mulut, mommy dah guess dengan tepat apa yang aku nak! Aku rasa inilah yang digembar gemburkan orang sebagai 'chemistry'.  Aku berdoa semoga jodoh kami kekal hingga ke dalam syurga.

Duit, harta itu penting, tak dinafikan. Tapi sampai bila kita boleh bahagia dan gembira bila dapat kereta baru, rumah baru, kamera baru( ekekeke). Ada masanya, kita boring. Tapi bukan keluarga. Tak tahulah aku kalau ada orang yang dah boring dengan keluarga atau perkahwinannya. :)

Apa erti kebahagiaan pada anda?

Tuesday, July 19, 2011

Sakit Hati

"dia suda makan itu panadol 24 biji"

"mau mati ka?", aku tanya.

"bukan, dia sudah mabuk..jadi dia makan itu panadol 24biji. Dia perut suda banyak sakit sekarang".

" saya tak boleh buat apa apa. U pergi bawak dia hospital sekarang. 20 biji sudah toxic tau" , kata aku lagi.

"bukan 20, 24 biji doktor dia makan"

"ya, aku tau lah, aku cuma nak cakap 20 biji panadol dah toxic level" (aku cakap dalam hati aja) :P

Modus operandi paling biasa aku jumpa masa kerja medical ward dulu, nak bunuh diri / nak gain attention, telan panadol (paracetamol). Spesis anak gadis mengada ngada carik attention (baca: bukan nak mati, takut mati sebenarnya) cuma makan 8 biji, 10 biji aja sekaligus.

Yang hardcore memang nak mati, makan 2-3 papan panadol ( 20-30 biji). Atau utk buat kepala aku pening, buat cocktail sendiri..panadol + ubat sawan + ubat selsema + painkiller. Bengong! Aku kena kejut pukul 3 pagi semata mata nak menyelamatkan orang yang tak sayang nyawa sendiri!

Tu tak campur lagi kes minum paraquat, makan ubat gegat! ~haha

20 biji, the magic number


Fakta Yang Anda Harus Tahu Tentang Keracunan(sengaja atau tak sengaja makan) Paracetamol :

-effect paling serious ialah kesan toxic kepada hati, hepatotoxicity.

-hepatotoxicity ini bukan sebab paracetamol itu, tetapi kesan hasil metabolisme paracetamol, dipanggil
NAPQI (N-acetyl-p-benzoquinone imine).

-kesan toxic kepada hati bergantung kepada berapa banyak anda telan paracetamol sekaligus. Secara kasarnya ialah 10 gram. Sebijik paracetamol ialah 500mg. Jadi, makan 20 biji panadol sekaligus dah boleh merosakkan hati anda. Kalau gigih nak kira secara matematik (dan juga buat kes kes yang bukan adult), formula 200mg / kg berat badan digunapakai.

-Kalau cepat datang (sejurus selepas menelan), kami boleh cuba clear kan paracetamol itu dengan memberi activated charcoal. Prosedur memasukkan arang(gastric lavage) ini sangat tidak selesa. Dan memang kami buat ia secara tidak selesa (kepada spesis yang sengaja nak bunuh diri) supaya mereka sedar dan lebih menghargai nyawa selepas itu.

-Kalau dah lambat, antidote kepada NAPQI iaitu  Acetylcysteine akan diberi.
-Ikut kepada berapa banyak panadol ditelan, dan nasib anda, anda samada akan selamat tanpa kerosakan hati kekal, ataupun hati anda rosak! Sungguh tiada gunanya bila hati rosak.

Monday, July 18, 2011

3 T

bye bye Floria 2011...jumpa lagi tahun depan.
Dah habis dah Festival Bunga & Taman Putrajaya (Floria 2011). Ramai yang pergi kan. Aku sendiri pergi dua kali, sebab kali kedua nak ambik gambar bunga api. Mommy pergi 3 kali, tiga hari berturut turut :P

tak sabar nak tunggu lagi 4 minggu
Masing-masing dapat apa yang mereka mahu. Aku dapat menembak, Ziyyad dapat belon Upin & Ipin ...dan mommy pulak dapat macam macam pokok. Mommy tak beli bunga, sebab mommy lebih suka sayuran, maka mommy pun beli lah pokok pudina, rosemary & oregano..senang nak guna untuk western/pasta punya masakan.

Dan mommy juga sempat beli set hidroponik dari company Kazzponic ni, yang guna konsep 3 T.  Konsep 3T ni ikut kata si penjual tu sesuailah untuk orang yang malas nak jaga..ekekeke..boleh tanam pelbagai jenis sayuran, hatta buah tembikai pun boleh! Nak tanam bunga pun boleh. Bersih dan halallan toyyiban sebab tak guna baja yang diragui :P

  •  Tanam
  •  Tinggal
  •   Tuai

Buat permulaan, mommy tanam benih sawi dan salad. Tunggulah hasilnya dalam 4 minggu. Kalau menjadi, lepas ni memang kami akan penuhkan rumah kami dengan bekas hidroponic ni. Itu lagi bagus kan dari penuhkan halaman keliling rumah dengan bunga, bukan boleh makan pun! :P Lepas ni takyah la beli sayur, nak sayur petik aja :)

Friday, July 15, 2011

Jejaka Bunga.

Ya, ini bukan blog Gadis Bunga.
Ini blog Jejaka Bunga  :)
Dah pergi ke Floria 2011 Putrajaya? Cepat...masih berbaki 3 hari sehingga Ahad ini.

 Jejaka bunga berposing maut di sebelah tiang.


Jejaka Bunga melepak di buai English Garden bersama mommy nya.

3 Jejaka Bunga. 2 jejaka ikut tema oren. Sorang lagi lari tema, asyik tido aja..hahaha

 Disamping melihat bunga bunga dan bunga, di sebelah malam ada perarakan bot berhias. Kemuncak acara ialah pertunjukkan bunga api (bunga jugak!)


Sila lah KE SINI kalau nak tengok gambar gambar bunge api yang saya ambik.

Wednesday, July 13, 2011

WW: Wow!

Tuesday, July 12, 2011

Cermin

baby Michelin berusia 49 hari pun cermin cerminkan diri, tahu!


Cermin lah diri kita, sebelum kita mengkritik pihak lain.

Cermin lah prestasi kita, sebelum kita mengkritik prestasi pihak lain.

Cermin lah dosa dosa kita, sebelum kita jatuhkan dosa ke orang lain.

Satu jari di tuding ke orang lain, empat lagi jari menuding diri sendiri tauuu...

Monday, July 11, 2011

Jom Mancing


Tanjung Balau..pernah dengar?
Ni pantai kembar Desaru.. jarak antara Tg Balau - Desaru ni ~ 9km aja.

Sepanjang aku kat sini, tak nampak pulak monyetnya. Kalau di Desaru tu ada lah.

Yang ni ialah jeti nelayan. Nelayan amatur (baca: kaki pancing) pun ramai lepak kat hujung jeti ni

Aku yang tak minat memancing pun teruja tengok geng2 kaki pancing ni...tetiba rasa nak memancing. :P

ps: gambar gambar besar Tanjung Balau macam biasa, kat sini :)

Friday, July 8, 2011

Kasihnya Nenek

Minggu sebelum ni masa aku balik JB, ada buat outing ke Tanjung Balau/Desaru with family..saja jalan jalan nak test highway baru SDE.

Yang bestnya bila balik JB, aku & mommy 'relax' sikit dalam menjaga ziyyad & zayyan..
Kasih sayang atuk & nenek terhadap cucunya, memang lain, kan?


Selagi boleh, mesti nenek yang nak suap ziyyad...nak tukarkan lampin dan mandikan ziyyad & zayyan.
Yelah..mak & ayah aku pun tak ada cucu lain, melainkan anak-anak aku tu aje...adik aku kawin pun Insha Allah bulan Feb 2012.

Mak & ayah aku beria ia ajak ziyyad tido dengan mereka...tapi ziyyad jenis nak berkepit dengan mommy..ekekeke...zayyan for sure tak bleh berenggang sebab always on demand breastfeeding nya :)

Oh ya...pasal Desaru & Tanjung Balau ni..
Dua pantai yang berdekatan..tak sampai 10km each.
Cuma aku kesal sikit, sebab kat Desaru, public beach nya pun dah kena bayar parking RM4 sekali masuk!
Padahal tak terjaga pun..Pantai-pantai lain di Desaru dah 'di cop' oleh hotel/resort.

So, memang sendiri mau ingat lah kan..kenapa ramai yang memilih melepak kat Tanjung Balau..free aja...boleh parking kereta betul betul depan pantai dan bukak khemah lagik.

Thursday, July 7, 2011

Bini No. 2

A very short entry.



Aku nak perkenalkan blog kedua aku, a photoblog. Blog yang aku kurang menulis, lebih menepek gambar :)



Biar ada dua blog, bukan dua bini..ekekeke..

Wednesday, July 6, 2011

Mee Rebus Tulang ZZ

Hari ke-3 di JB, hari Jumaat lepas...
Lepas Subuh tido tido golek golek ...aktiviti biasa kalau balik rumah parents  :)
Lepas solat Jumaat aja, aku merempit ke Masjid Sultan Abu Bakar....sesi menembak.
Antara masjid bersejarah di JB
dewan solat utama
Kalau nak tengok gambar gambar lain Masjid Sultan Abu Bakar ni, sila lah ke blog kembar siam aku ni..ekeke


Lepas lenguh tangan angkat kamera gabak, lenguh tangan usung tripod, dan lenguh telinga dengar ziyyad dah meragam, maka aku bertolak ke ZZ...kedai makan yang glamer sehhh kat JB...some say Singapore too :P

banyak pondok/gazebo beratap nipah kat sini  
Kedai ni letaknya belakang Hospital Sultanah Aminah..kena lalu kawasan kubur Mahmoodiah, maka jumpa lah kedai ni..Dulu zaman keja HSA memang selalu lepak sini petang petang..


pandangan hadapan :)
pandangan belakang  :P
Menu wajib kalau ke sini, mee rebus tulang..siap dengan straw bagi yang suka hisap isi nya..orang panggil sum sum.aku panggil bone marrow material..miahahaha..apa apa pun, aku tak hisap benda ni..tak kena dengan tekak aku...mommyZ punya ni.. Yang ni $8.00 sepinggan kau..berbaloi gak la dengan 4 ketul tulang.

Ni aku punya..mee rebus biasa aja..cuma $3.50

Licin licau pinggan..abaikan Zayyan yang sedang lena diulit mimpi di belakang itu..
otak otak Johor..terbaik!  aku dah makan otak otak kat KL, kat Terengganu...memang JB punya otak otak yang terbaik. 50sen sebatang.


Bagi aku, kalau nak makan mee rebus yang banyak daging, atau ada tulang, boleh ke ZZ ni..ada pilihan mee rebus yang pelbagai;
  • mee rebus biasa
  • mee rebus tulang
  • mee rebus daging
  • mee rebus ayam
Rasanya agak manis sikit, ikut tekak aku la...ada rasa ala ala mee rebus Haji Wahid yang glamer jugak kat JB ni...Ok, tekak aku boleh terima..tapi aku lagi suka taste mee rebus kat Larkin Bomba tu.

Monday, July 4, 2011

Bariani Power

Cuti JJCM aku dah habis. Hari ni dah kerja. 5 hari bercuti kat rumah mak ayah memang terasa kejap.
Plan nak singgah menjenguk Bro ZoulDahan di Kulaijaya & try makan kat Citarasa Rinduan pun tak tercapai...
Rasa nak cuti 5 minggu pulak lepas ni..wakakaka..
Aku sambung lah cerita makan makan aku last week kat Johor Darul Takzim..
Entri sebelum ni cerita pasal kacang pool...entri hari ni kita terjah nasi beriani BP.

Dari JB, aku ikut highway ke selatan. Exit Ayer Hitam/Kluang/BP ni. Jalan dah dua lorong sampai ke Batu Pahat. Senang.

Ni kedai nya. Last aku makan kat sini tahun 2002, masa aku praktikal kat Hospital BP. Bariani Power, di Taman Soga. Memang dekat dengan hospital.Tercapai juga hajat aku nak makan kat sini setelah sekian lama..

Signature dish nya, haruslah beriani gam. Kami pilih beriani gam ayam dan kambing. Rasanya tetap sama macam dulu. Aku suka beriani ni. Portion nya besar. Harga pun berpatutan, RM9.00 aja.

Kuah dal nya pekat. Ada carrot, ada kacang panjang, ada kentang, ada terung.

acar timun & nenas


Kaunter bayaran. Ada juga dijual makanan goreng goreng kalau anda tak makan beriani.


6 pinggan beriani gam + enam gelas air bermacam rasa + jeli kelapa yang sedap 3 bekas (lupa nak snap) + sebalang tempeyek rangup (RM20, pun lupa nak snap)  = RM 80+. Puas hati, sedap. Burrpp..Alhamdullilah..


Lepas kenyang, jalan jalan kejap dalam bandar BP, lepas tu cari Pantai Punggor. Aku singgah ke sini untuk survey port menembak sunset/sunrise.


Pantai ni nothing special. Just ada susunan batu menganjur ke laut & ada sebijik jeti kayu nelayan. Ada juga kedai kedai kecil menjual makan minum. Lebih kepada port menembak sebenarnya.

Lain kali aku datang sini lah time sunset.Pantainya tak boleh mandi.

kononnya seni lah tu..miahahaha

model untuk sesi menembak, ziyyad. Ada banyak lagi model lain, tapi cukuplah sekadar untuk tayangan umum dipaparkan ziyyad sahaja. :P

Habis sahaja sesi menembak di Pantai Punggor, kami bertolak balik ke JB, ikut jalan lama BP-Pontian.
Tak sempat nak makan asam pedas BP sebab masing masing masih kekenyangan makan beriani gam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...