Thursday, June 30, 2011

Kita Kat Johor Ekk !

Aku balik kampung, Johor (baca: Johor Bahru).
Sampai ke rumah mak ayah malam Selasa lepas.
Akan berada di Johor sehingga Ahad ni.
Misi balik Johor: Ziarah ibubapa, Jalan Jalan Cari Makan & Menembak.

Misi semalam: Accomplished. 

Kacang Pool Haji, Larkin Bomba, Johor Bahru. Terkenal. RM4.00 semangkuk. Highly recommended.

Makanan ni asal dari Arab lah. So lepas makan, ente semua boleh speaking Ereb sikit..Daging kisar dalam gravy + telur + hirisan bawang & cili..diperah pula limau nipis...perghhhh...

Kuah daging kisar itu, dicecah dengan roti bai yang dibakar rangup. Marvelous, perfecto!

Ramai VVIP yang dah pernah melepak makan kacang pool ini. Antaranya, Datuk Shahrir Samad.

Di food court Larkin Bomba ni, selain kedai menjual kacang pool, ada juga dijual pelbagai signature dish Johor..seperti tauhu bakar, lempeng kelapa, laksa Johor....dan yang ini, kami try juga, mee rebus. OK, sedap! Tapi lepas ni akan terjah juga mee rebus ZZ yang glamer di JB tu ek...:)  Tunggu next entry..

By the way, pagi ni akan JJCM ke Batu Pahat pula...:)




ps: sorry tak dapat BW ke rumah kawan kawan selama 3- 4 hari ni. Line berukband di rumah ibu bapa sangat beruk! Nak buat entri ni pun berjanggut!

Tuesday, June 28, 2011

Ayam

Semalam, 2 orang lelaki Mynmar masuk ke bilik konsultansi. Aku namakan lelaki A dan B. (tiada lelaki Y ya di sini)
"dia punya batang ada problem" , pembuka bicara si lelaki A.
Umpama ayam bercakap dengan itik, aku cuba mengambil history pesakit. (tensen!)

" itu dia ada main rumah ayam", kata lelaki A lagi, sambil diperhatikan oleh lelaki B yang tersengih macam kerang busuk, sepatah haram pun tak tau cakap melayu atau inggeris.

Sebab minda aku dah kepenatan semalam, plus kekenyangan makan nasik arab, maka yang otak aku boleh register ialah ' mamat ni kena patuk dengan ayam ke kat anu dia? ' Apa punya penaakulan mantik daaaa....ekekeke...
ayam Nasi Arab Damsyik ini sangat lembut dan sedap ..cubalah!


" dia pirigi rumah ayam" , tegas lelaki A lagi.

Oohhh...
Aku tersedar dari lamunan ntah apa apa..

Setelah memberi injection dan bebelan tahap mak nenek, aku bangga sebab peribahasa ibu ayam, benar benar digunakan oleh bangsa asing yang hanya tahu sekelumit bahasa melayu - dalam konteks rumah ayam !

Monday, June 27, 2011

Lagi 40 tahun tau Zayyan

Minggu lepas tersenyum aku baca entri GB ni.
Macam macam komen dalam tu.

Bila baca entri GB tu, teringat pulak pendapat mommyZZ..
MommyZZ kata, lelaki bila masuk umur 40, terserlah karisma dia, nampak menarik, hensem.
Aku tanya mommy, macam mana penampilan aku masa aku kenal dia masa umur aku 20an dulu, dengan aku sekarang, dah 30an..
Mommy kata, dulu, zaman aku 20an, aku nampak serius, nampak garang, nampak kerek..ekekeke..
Sekarang nampak lebih cool, maklumlah dah on the way nak ke 40. ..ekekeke...
Aku harap kalau umur panjang, lebih kurang 8 tahun lagi, aku akan lebih berkarisma...hoyeahhhh :P

Pernah dengar ungkapan 'Life Begins at Forty' ?
Asal usul ungkapan ini sebenarnya bermula apabila masuk abad ke 20.
Ini kerana, sebelum abad ke 20, ungkapan yang lebih sesuai ialah 'Death Begins at Forty'. Ya, zaman sebelum abad ke 20, kadar jangkahayat lelaki tak panjang..

Life begins at forty pula bila digunapakai dalam situasi kita, rata rata mengatakan kehidupan itu bermula sebab bila dah masuk usia 40an lah, duit dah banyak..harta dah banyak..pengalaman dah banyak...ramai aktivis wanita :P  pula gemar mengatakan bila lelaki masuk usia 40an, kadar kegatalan mula meningkat...:)

'Life begins at forty' buat kita umat Islam, lebih bermakna......


Sesiapa yang berusia 40 tahun, amalan kebajikannya belum mengatasi amalan kejahatannya, maka bersedialah ia ke neraka Allah. (Riwayat Tabrani)



ps:  hari hari aku baca Blog Begins At Forty.  Berkarisma kan pakcik kita ni..ekekekeke


zayyan yang dah botak perlu menunggu 40 tahun lagi untuk memiliki karisma !

Thursday, June 23, 2011

Al Fatihah

Assalamualaikum, salam Khamis..
Ini entri yang panjang, aku tak tahu nak pendekkan...Panjang sebab aku nak luahkan segala yang terbuku dihati..Kepada kawan kawan yang sudi baca sehingga habis, jutaan terima kasih di ucapkan..

Rasa macam lama tak menulis..last entri aku hari Isnin lepas, dan hari tu blog aku ni kena malware..
Terima kasih kepada rakan bloggers yang prihatin beritahu, dan cadangkan jalan penyelesaiannya..
Harap blog aku ni dapat di akses macam biasa, kalau ada masalah, tolong beritahu ya..

Sebenarnya, dua hari aku tak up date blog sebab aku busy, dan tiada mood.
Tiada mood dan busy kerana kematian pakcik kepada isteri aku, mommyZZ.
Arwah pakcik mommyZZ, Ismail bin Dahlan, telah meninggal dunia pada hari Isnin lepas, 20 Jun, lebih kurang jam 4.30pm. Arwah telah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan kematian beliau dan seorang pegawai JPJ. Berita ini turut disiarkan di ruangan berita di NTV7. Berikut ialah beberapa keratan akhbar online yang dapat aku titipkan di entri ni, bagi yang ingin membacanya:

1. Berita akhbar Kosmo
2. Berita Harian
3. Cerita dari blog
4. Link video di Facebook

Apa yang terjadi kepada arwah?
Pertama tamanya, ingin aku tegaskan di sini bahawa, entri aku ini bukanlah untuk menuding jari ke mana mana pihak, sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati kami, ahli keluarga Ismail Dahlan.Dan juga sebagai medium untuk kami luahkan apa yang terjadi, menerusi cerita sebelah pihak kami..Ini kerana laporan akhbar sehari selepas kemalangan hanya menyatakan berita dari sudut pandang sebelah pihak, dan banyak laporannya yang tidak benar. Itu yang kami kesalkan, bukannya kami tidak redha dengan ujian Allah(kematian ini). Ahli keluarga Ismail Dahlan langsung tidak ditemuramah oleh wartawan, jadi faham faham sahajalah berita yang di tulis bagaimana.

Ini ialah fakta kes (menerusi saksi yang melihat kejadian), seperti yang diceritakan sendiri oleh mereka kepada ahli keluarga kami. Saksi saksi ini terdiri dari orang ramai yang melalui jalan tersebut pada hari itu, dan juga budak kedai car wash (yang kedainya betul2 di hadapan tempat kemalangan, dan budak ini lah yang sempat memangku arwah Ismail Dahlan sejurus selepas kemalangan). Aku bagi gambarajah untuk memudahkan penceritaan.


-arwah keluar rumah ~ jam 11pagi, menuju ke bandar Nilai.(kereta Ismail (1) )

-setibanya di selekoh (double line), saksi mengatakankan bahawa kereta arwah jenis Ford Laser(warna hijau) hilang kawalan selepas cuba mengelak 4wd Hilux yang tiba tiba memasuki jalanraya.(kereta Ismail (2) )

-Siapa dan mengapa Hilux itu berada di belakang lori yang dikatakan"rosak" itu? Kalau ikut laporan akhbar, kononnya dikatakan bahawa Hilux itu ialah kenderaan penyelia lori..hmmm..Hilux itu sebenarnya ialah kenderaan Tonto. Siapa Tonto? Apa fungsi Tonto? Aku malas nak hurai di sini..
Baca ini kalau ingin tahu apa itu TONTO.

-Kerana kawasan jalan itu sempit dan di selekoh, kereta arwah tidak dapat mengelak dari melanggar Hilux yang tiba tiba keluar itu.Akibatnya, kereta Ford arwah berlanggar dengan Hilux tersebut, dan akibat dari perlanggaran itu, kereta arwah terus hilang kawalan dan berpusing pusing melanggar lori yang berada di hadapan dan terus menghentam kenderaan 4wd JPJ, Toyota Fortuner tersebut. Arwah pegawai JPJ tersebut(rujuk gambar beliau, nama arwah ialah Wardi Ahmad) yang ketika itu berada di belakang Toyota Fortuner tersebut, telah terkena hentaman tersebut, dan dikatakan telah terperosok di bawah Toyota Fortuner itu.

-Akibat impak besar perlanggaran itu, kereta arwah (kereta Ismail (3) ) telah berpusing 360 darjah, menghadap ke arah bertentangan. Kuatnya perlanggaran itu sehinggakan tayar belakang lori yang dihentam itu pecah. Selepas perlanggaran itu, kenderaan Tonto?/Hilux itu terus hilang(melarikan diri). Arwah Ismail telah menunggu lama hampir dua jam, sebelum ketibaan ambulan.Manakala arwah Wardi telah dibawa awal lagi menaiki ambulan yang lain. Selama menunggu hampir 2 jam inilah arwah Ismail dipangku oleh budak kedai carwash bernama Akhbar, yang mana aku sendiri kenal beliau, sebab aku pernah menghantar kereta aku untuk dibasuh disitu.

-Arwah Wadi dikhabarkan sebenarnya meninggal dunia semasa di dalam ambulan lagi(menuju ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban), bukan di HTJ seperti laporan akhbar.Manakala arwah Ismail dihantar ke hospital KPJ Seremban, bukan ke HTJ seperti laporan akhbar. Aku sendiri sampai ke hospital KPJ Seremban ~ jam 2pm, dan ketika itu arwah Ismail masih hidup, tetapi cedera parah. Beliau mengalami perdarahan otak yang teruk, namun tiada kecederaan luaran yang jelas, kecuali kesan lebam tali pinggang melintang di dada beliau. (Ini bertentangan dengan 3. Cerita dari blog yang mana wartawan memetik kata kata pegawai JPJ yang berspekulasi arwah Ismail tergamam nampak JPJ dan cuba memakai seat belt). Arwah pakcik mommyZZ memang memakai seat belt!! Even laporan post mortem sendiri mengesahkan kesan lebam melintang di dada beliau ialah kesan seat belt yang telah dipakai lama.

-Pakar bedah otak (neurosurgeon) Dr.Azizi dari HUKM Cheras dipanggil ke KPJ Seremban bagi membuat pembedahan segera membuang darah beku dan menghentikan perdarahan otak. Namun kerana kecederaan otak arwah Ismail terlalu teruk, ditambah pula dengan kecederaan dalaman organ yang lain, beliau akhirnya meninggal dunia setelah selesai pembedahan. Apa apa pun, ucapan terima kasih kepada Dr.Azizi yang kami kenal secara peribadi(beliau ialah pakar yang membuat pembedahan yang sama kepada ayah mommyZZ yang mengalami strok 3 tahun lepas).

-Setelah meninggal di KPJ Seremban, barulah arwah Ismail di pindahkan ke Jabatan Forensik, HTJ untuk proses post mortem. Jenazah arwah dikembumikan malam itu juga di Nilai.


Moral/hikmah ujian Allah ini:


1) Jangan terus percaya bulat bulat laporan akhbar tentang apa jua peristiwa, samada kes kemalangan, berita politik, dan lain lain. Perlu dengar cerita dari kedua dua belah pihak. Aku tak ingin mengatakan bahawa terdapat unsur bias, namun laporan akhbar hanya memetik mangsa kejadian dari JPJ sahaja, seolah olah ahli keluarga mangsa yang satu lagi, iaitu arwah Ismail tidak mempunyai perasaan dan hak untuk bersuara.

2) Kepada anggota JPJ/PDRM dan lain lain anggota penguatkusa, andai kalian terbaca entri aku ini, aku pohon kalian semoga amalkan langkah keselamatan terbaik semasa prosedur menahan kereta/road-block, supaya insiden seperti ini tidak berulang. Ini bukan kes yang pertama. Selama ini dah banyak kali kes kemalangan/kematian melibatkan pegawai mereka. Lokasi kejadian insiden ini ialah di selekoh, yang ada double line..jadi mereka sebagai anggota penguatkuasa undang undang jalanraya, perlu lebih arif tentang undang undang jalanraya, di mana mereka patut berhenti untuk menahan kenderaan/membuat road-block.

3)Laporan akhbar mengatakan kononnya kenderaan JPJ(Toyota Fortuner) itu berhenti untuk melihat lori yang rosak. Soalan aku, betul ke? Dan kenapa wujud kenderaan tonto di situ? Aku malas membuat komen yang lebih lebih, cuma aku harap kita semua sebagai manusia, hamba Allah, ikhlas lah dan jujur dalam menjalankan tugas.

===============================================================

Kali terakhir aku melihat dan bercakap dengan arwah Pak Mail/apak (panggilan keluarga buat arwah Ismail) ialah lebih kurang 2 bulan yang lalu. Aku ke sana, melihat kolam ikan beliau, mengambil gambar..dan aku ada membuat entri tentang itu, Di sini.

Arwah Ismail bin Dahlan/Pak Mail/Apak

Entri ini juga aku tujukan khas buat Makcu (mak saudara mommyZZ)..dan anak anak beliau..
Pak Mail ada 3 orang anak, berumur antara 22 dan 15 tahun.
Buat anak bongsu Pak Mail, Wani, abang Faiz tahu Wani baca blog abang Faiz...harap Wani sekeluarga sabar menghadapi ujian Allah ini. 

Al Fatihah buat Ismail bin Dahlan....dan juga buat Wardi Ahmad.
Moga roh mereka di tempatkan dikalangan roh hamba hambaNya yang beriman. Amin.

Monday, June 20, 2011

Ganas ke Cik Ina Do Do Cheng???

Tadi jawab SMS mommy...aku taip :

"lagi dua bulan stat makan pil ya. i "


Mommy reply:

" i apa? Sila smbg utk habiskan ayat anda "


Aku jawab balik:

"tertaip le..nasib baik tak tertaip nama pompuan"

Mommy reply:

"if taip nama pompuan, alamat 4 tyr keta u kena slash n cat dia pula kena gosok dgn berus dawai. ngeeee... i ajak cik ina do do cheng tlg i buat "


Motip nak ajak Cik Ina DoDo Cheng ???


ps: begitu besar pengaruh blog..muakekekekeke...

~entri hari ini ialah entri orang yang ketandusan idea, so SMS pun menjadi bahan~

Friday, June 17, 2011

Ampun Maaf DiPinta.

Salam Hari Jumaat..

Semalam aku ada buat entri pasal Chef Daddy Gebu.  :)
Sebenarnya, dalam entri tu, memang niat aku hanya nak berlawak, seolah olah aku yang membuat home made chocolate tu...tapi bila aku baca balik komen komen anda semua, ya ampuuuunnnnn, ramai yang betul betul ingat memang aku yang buat!!  Maaf..maaf...aku cuma ambil gambar sahaja..

Coklat tu semua memang betul home made, dibuat untuk majlis akikah Zayyan Ahad lepas..
Siapa yang buat coklat tu?

-mommyZiyyad & Zayyan
-akak mommy
-adik mommy

Ya, memang mereka ada menerima tempahan, kalau ada yang mahu..ini serious :)
Harga nya..

RM4 .. siap dengan kotak

RM2 satu..siap dengan bekas

Testimoni tentang rasanya, boleh lah tanya blogger Ati Masrif  dan Nurkass yang dapat coklat ni minggu lepas  :)

Dan juga, bagi yang berminat nak tempah kuih raya Almond London, boleh juga menempah ya..
Memang dah bertahun tahun mak mommy, mommy & adik perempuannya buat bisnes ini..
Harganya, RM40 untuk 100 biji.
Nak rasa sample pun boleh..


ps: mungkin aku nak belajar cara buat macaroon lah...Biar betul betul aku boleh jadi chef daddy gebu: Pakar Macaroon...miahahaha

Thursday, June 16, 2011

Chef Daddy Gebu

Salam hari Khamis kawan kawan sekalian..
Hari ini, Chef Daddy Gebu nak berkongsi resepi bergambar, cara membuat home-made chocolate yang menjadi buah tangan semasa majlis akikah anak daddy minggu lepas. Blogger GadisBunga, sila ambil perhatian ya..manalah tau, di masa akan datang, GB nak tempah dari daddy pulak untuk majlis GB, ahakss  :P

Oh, sebelum itu, jangan terkeliru..kawan kawan bukan di dalam blog otai masakan chef mat gebu tau, ini betul betul blog daddy. Nak dibandingkan skill memasak Mat Gebu dengan Daddy Gebu, macam langit dengan bumi..ekekeke..

Tanpa melengahkan masa, jom kita ke dapur...

Mula mula, haruslah kita sediakan coklatnya kan...pemilihan coklat kena betul, barulah ada rasa Cadbury nya..

Lepas siap coklat di godek gaul, maka kita masukkan ke dalam acuan nya ya..ikut suka lah nak besar mana..kalau nak kenyang, boleh guna acuan sebesar tapak kasut pun boleh.

Sementara itu, kita sediakan juga pewarna nya..Hidup kena multi-tasking puan puan, baru lah cepat siap coklat kita...Hati hati, kalau anak puan puan nampak bekas tu, mesti dia ingat tu water color..so hantarlah anak puan puan ke rumah nenek nya supaya puan puan boleh beraksi tanpa gangguan.

Setelah siap coklat di isi dalam acuan, dan dihias warna, kita sejukkan lah ia di dalam freezer. Daddy nak ingatkan disini, pastikan dalam freezer tiada ikan atau ayam, kalau tak coklat puan puan ada perasa tambahan pulak nanti..ekekeke..

Selang beberapa ketika...inilah hasilnya...cantik kan? Puji lah cantik..ekekeke...sampai ada jemputan akikah daddy yang kata tak sanggup nak makan sebab cantik sangat...:P

 Ada juga yang daddy masukkan dalam bekas macam ni..nak save budget lah katakan..sekali imbas macam kuih Almond London...Oh, daddy pun menerima tempahan kuih Almond London tau..(iklan sebentar, maklumlah dah nak puasa).

Untuk presentation yang lebih ayu, masukkanlah coklat itu ke dalam bekas macam ni..sesuai di buat buah tangan untuk majis kawin, majlis akikah, majlis harijadi..

Jenuh tau daddy nak menyiapkan banyak banyak macam ni..Tapi sebab minat dan bakat(muakekeke), daddy relax aja siapkan..habis bau coklat satu rumah!

Inilah hasil akhir...daddy ingat kalau ada permintaan, nak juga export ke US ke, Russia, ke Jepun...rasanya, sebijik sebijon macam Cadbury, some say lagi sedap..(siapa lagi nak puji produk daddy kalau bukan daddy)...:)

Itulah sedikit sebanyak resepi daddy, cara membuat home made chocolate.
Kepada yang berminat nak order, boleh lah contact daddy  :)

Wednesday, June 15, 2011

WW: Part 2 for today :)






4 sekaligus  :P

WW : Light Trails

My first ever trial for a Light Trails photography...
Masih banyak yang perlu dipelajari.
Kepada yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh cuba baca Apa itu Light Trails


McD Nilai Square Light trails




Nilai Square highway light trails

Tuesday, June 14, 2011

Ular dalam Perut

Tadi seorang pesakit bernama Dipen Pra Yadav masuk bilik konsultansi..

"doctor, saya punya dalam pirut itu ada sakit, ada itu kici kici punya ular"

Nak tersembur chewing gum aku terperanjat ular masuk dalam perut mamat ni ke?? Ekekeke...



 -bagilah anak anak kecil anda (dua tahun ke atas) ubat cacing (anti helmintics) bagi mengelakkan risiko kecacingan..
-Syrup Zentel/Tablet Zentel(albendazole) yang ada di Malaysia ni, boleh di ulang setiap 6 bulan, jika perlu.
-cara sebenar nak detect cacing ialah samada nampak secara fizikal cacing tu dalam najis, atau hantar sampel najis utk pemeriksaan mikroscopy.

Punca-punca jangkitan cacing:

-makan makanan tercemar (samada di masak/mentah)
-makan makanan mentah/raw
-masuk menerusi kulit kaki

Monday, June 13, 2011

Sekitar Majlis Akikah Zayyan

Alhamdullilah..selesai sudah majlis akikah Zayyan semalam...
Penat..tapi puas hati.

Kepala Zayyan masih belum di botakkan...ekekeke
Tunggu lah..maybe dalam minggu ni akan di cukur licin..

set menggunting rambut

kumpulan marhaban/berzanji/selawat Kampung Batang Benar.

zayyan yang syiok tido dibuaikan mommy, sambil mendengar irama merdu marhaban :)

3 buku dibuka daaa..patutlah lama dekat sejam lebih..siap ada lagu dalam bahasa Melayu lagik :P

sesiapa yang nak gunakan khidmat kumpulan ni, sila hubungi aku. Terbaik ! ekeke

selesai marhaban/berzanji, maka acara wajib setiap kali majlis akikah : acara rebut goodies/cikidis. Acara yang dikhususkan untuk kanak kanak turut melibatkan penglibatan orang dewasa juga, tanpa sedar!  :P

family aku dari JB pun turun Nilai bagi memeriahkan majlis. Ziyyad beria ia nak ikut atuk balik JB !

Acara makan makan dimulakan oleh kumpulan marhaban/berzanji.

 
Blogger Nurkass  bersama sama mommy

Blogger Ati Masrif mendukung Zayyan.

Yang baju belang tu husband blogger Ati Masrif. Yang dukung baby tu pun rasa rasanya blogger jugak :P


Terima kasih kepada blogger yang datang..
Yang tak dapat datang, tak mengapa...Insya Allah ada rezeki, kita boleh berjumpa.






Friday, June 10, 2011

Peta Ke Rumah Nenek Zayyan & Ziyyad

Ni peta ke rumah nenek Ziyyad & Zayyan untuk majlis akikah Ahad ni..
Klik sini untuk Entri Jemputan Majlis Akikah

Apa apa hal, boleh call nombor ni, no problem, boleh datang petang-petang just for makan2 pun okey, no hal :)
 
019 -3828278 (daddy)      013 3650783  (mommy)

Thursday, June 9, 2011

Mencik!!

Mencik!!

Tadi mengidam nak makan maggi sup...selalu mommy-doubleZ yang buatkan, dia dah tahu selera aku..
Aku suka yang pekat kuahnya, sebab mommy selalu mix kan sekali dgn ikan bilis tumbuk? (ye ke mommy? ekeke)..mommy goreng dulu bawang/halia?? (nampak sangat aku tak tau masak..:P )..dan telur kasik pecah..

Tapi sebab mengidam punya pasal, pukul 1.40pm tadi aku terjah juga kedai mamak.
Hasilnya, maggi sup yang cair..tapi ada rasa kari nya lah juga...
Rencah yang ada hanyalah sayur secoet..telur dia kasik pecah juga..
Itu aku tak kisah..

Aku kisah bila nak bayar.
RM4.00 kau!

Tobat..ni lah the 1st & the last aku makan maggi sup kat luar.
Ngidam macam mana pun, lepas lepas ni...aku tunggu balik rumah, mintak mommy masakkan..
Puas hati!

Wednesday, June 8, 2011

Majlis Akikah Zayyan: 12 Jun 2011

Assalamualaikum abang akak, uncle aunty semua...Ziyyad nak ajak anda semua datang ke Majlis Akikah adik Ziyyad, Zayyan namanya pada hari Ahad ini, 12 Jun 2011, bertempat di rumah nenek di Nilai, Negeri Sembilan.

Ziyyad: Harap harapnya, kawan kawan blog daddy boleh lah datang ke majlis akikah adik kan...
Zayyan: Iya lah abang Ziyyad...Zayyan pun harap macam tu..boleh lah memeriahkan lagi majlis, sambil mengerat silaturahim.
Ziyyad: Wah wah wah...baru umur 16 hari, dah tau pasal silaturrahim ya adik..hebat..abang pun tak tau!
Zayyan: Ekekeke....abang Ziyyad uar uar kan lah atucara majlisnya...
Ziyyad: Baiklah...ini atucara majlis nya...

Majlis Akikah dan Kenduri Doa Selamat Muhammad Fierasz Zayyan

Tarikh: Ahad,12 Jun 2011
Tempat: Kampung Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan
Atucara majlis:
9.00am:   Upacara Menjejak Tanah
10.00am:   Majlis berzanji dan marhaban dan potong jambul
11.30am:   Bacaan Yassin dan Doa Selamat
12.30pm hingga lauk pauk abis:   Majlis Makan Makan


Zayyan: Okey...jadi bila kawan kawan blog daddy boleh datang?
Ziyyad: Terpulang...kalau nak datang awal pagi pun boleh..nak datang makan saja pun boleh..cuma janganlah datang lewat sangat, macam lepas pukul 5 petang, bukan apa, takut lauk pauk dah habis pulak..ekekeke
Zayyan: Apa lauk pauk nya abang? Best ke?
Ziyyad: Macam macam adaaaaaaa adik..lauk pauk kampung...rugi tak datang..:)

Zayyan: Rambut lebat saya bakal di botakkan nanti oleh daddy..huhuhu..
Ziyyad : Relax lah dik, abang dulu pun macam tu...rambut tu akan di timbang nanti...
Zayyan: Nak tengok gambar-gambar abang masa majlis akikah dulu, boleh?
Ziyyad: Boleh.....

ni masa abang buat Upacara Jejak Tanah..tanah dalam pasu aje dik...ekekeke

 Tengok, sikit punya relax abang masa Atuk potong rambut

 Hasilnya...tadaaaa! Botak sudah..macho tak?


Zayyan: Wakakaka..lawak lah tengok abang botak licin dulu...
Ziyyad: Jangan gelak....hujung minggu ni Zayyan pun bakal botak! Muakekeke...


=================================================================



Kepada kawan kawan yang ada kesempatan, jemputlah hadir ya...
Boleh email kepada saya di  drfaizie@yahoo.com.au   untuk maklumkan kehadiran anda, nanti saya bagi peta dan no telefon. Jangan risau, Insya Allah tak sesat, sebab anda semua pasti biasa dengan Nilai 3 kan? Tak jauh dari situ lah rumah ibu mertua saya, lokasi majlis akikah ni nanti..

Hope to see u guys..




Tuesday, June 7, 2011

Tali Pusat/Umbilical Cord

Macam biasa, blog aku ialah kelas biologi / medic percuma...
So, hari ini, mari kita belajar tentang tali pusat (umbilical cord)

Fakta tentang tali pusat:

- tali pusat mula menghubungkan janin dengan si ibu(menerusi uri, placenta) sejak usia kandungan 6 minggu.
-tali pusat membekalkan oksigen & nutrien kepada baby, dan bahan kumuh baby dibuang pun menerusi tali pusat.
-sejurus selepas kelahiran, tali pusat akan di kepit (clamp). Kerana di tali pusat tiada saraf, maka prosedur ini tak menyakitkan baby.
-sejurus selepas di kepit, tali pusat pada awalnya berwarna kuning kehijauan, selepas itu ia akan mengering dan bertukar ke warna hitam.
-sekarang, bahagian tali pusat yang melekat di pusat baby dipanggil umbilical stump. Orang melayu tetap panggil tali pusat.
-24jam selepas kelahiran, clamp yang mengepit tali pusat baby itu, boleh lah ditanggalkan. Kalau dibiarkan terlekat, dikhuatiri ianya akan tersangkut semasa menukar lampin, jadi boleh mencederakan pusat baby.
-umbilical stump ini boleh di dressing setiap hari dengan larutan alkohol, dan ada juga kajian yang menunjukkan, boleh dibiarkan sahaja begitu tanpa di cuci dengan alkohol( dan lebih cepat sembuh/tertanggal). Jadi, terpulang kepada individu.
-umbilical stump ini perlu dipastikan sentiasa kering, dan pastikan diapers yang basah segera ditukar. Kelembapan meninggikan risiko jangkitan kuman menerusi stump ini.Adalah menjadi amalan yang baik dengan 'melondehkan' pampers bayi dan seluarnya, di bawah level stump ini, supaya air circulationnya lebih baik.
-Selagi umbilical stump ini melekat kepada pusat baby, jangan mandikan baby dengan cara merendam ke dalam baby tub, dikhuatiri akan membasahkan stump itu.Mandikan baby semasa tempoh ini dengan cara 'sponge bath' sahaja.
-Dalam tempoh dua minggu selepas kelahiran, stump ini akan gugur dengan sendirinya. Jangan sekali kali mencabut/menarik ia, walaupun kelihatan ianya tergantung-gantung dah nak tercabut! Tunggu.
-Selepas stump ini gugur, memang biasa di kawasan pusat akan kelihatan sedikit darah beku/keruping. Jangan risau.

Komplikasi berkaitan tali pusat.

a) Omphalitis
- Ini ialah janngkitan sekitar umbilical stump, yang secara teori nya merbahaya kepada baby baru lahir. Tanda tanda omphalitis ialah demam, kulit sekitar pusat bertukar menjadi merah, panas, membengkak, dan adanya cairan(discharge) bewarna kekuning kuningan( boleh berbau).Sila bawa baby ke doctor ASAP.

b) Umbilical granuloma
-Ini ialah pembentukan tissue lembut yang bewarna pink kemerahan di dasar pusat. Tanda tanda nya ialah adanya rembesan cecair kekuning kuningan /hijau yang berterusan dari pusat, tanpa demam, tanpa tanda tanda jangkitan(kulit merah/panas/bengkak).Tissue membengkak yang dipanggil granuloma ini boleh dirawat dengan aplikasi larutan silver nitrate, yang mana ianya akan mematikan salur darah di granuloma tersebut.


tali pusat Zayyan sudah tertanggal pada usianya 8 hari

Monday, June 6, 2011

Enjin V Twin

Di suatu pagi Ahad yang sejuk, semalam...
Aku berhenti di traffic light..
Terkesima aku mendengar deruman enjin nya..
Terkesima aku melihat V twin enjin nya...
Aku follow kembar dua ni, hingga masing masing buat haluan sendiri..
Aku menuju ke kedai mamak, manakala si dia aku pasti berseronok berkonvoi di hujung minggu..
Oh, jelesnya... :P


Idaman aku sejak dulu lagi..
Tapi apakan daya...
Duit yang ada hanya mampu beli Honda EX5 aja..
Lesen pun setakat kelas B2 sahaja..maximum boleh bawak sampai 250CC.

Antara banyak banyak model Harley Davidson, aku paling minat dua model ni..

2008 Harley Davidson Road King FLHRC

2010 Harley Davidson Fat Boy



Kena kerja kuat..
Sebab kalau second hand Fat Boy tahun 98 pun dalam range 95 - 100 ribu..
Brand new tahun 2011,  175 ribu...
Lepas tu kena ambik lesen B full.

Mommy ziyyad memang risau kalau aku kata aku nak bawak motor..
Takut eksiden katanya..aku pun risau..sebab dah lama tak bawak motor..
Dulu zaman student, selamba aja aku bawak motor kapcai aku dari Bangsar ke Klang..
Aku pernah naik motor dgn mommy sekali aja, masa tu kami di Pulau Pangkor..
Mommy gelakkan aku, dia kata aku bawak motor terhoyong hayang..
Ye lah..masa tu rasanya aku dah dekat 7 tahun tak bawak motor!

Kalau takde jugak rezeki nak sambar Harley Davidson..
Aku bawak EX5 aja lah..
Buat gi masjid..gi beli sarapan..
Muakekeke..

Sunday, June 5, 2011

Aksi Terlampau !!

Ya Rabbi !!

Aksi terlampau!!

Ziyyad dah jadi Siti Zaidah ?


ps: ekekeke...tu blog adik ipar aku.

Thursday, June 2, 2011

Give And Take

Selamat pagi kawan kawan.
Semalam aku ada buat pop kuiz, meneka dessert yang aku makan masa lunch, kat sini.
Macam macam jawapan ada..ekekeke
Ada yang kata jus epal kedondong lah, ada yang kata agar agar 3 rasa..ada yang kata puding kiwi...yang kata cendol..yang kata jamu mak dara pun ada! miahaha..ada juga yang menjawab tepat...
Jawapannya: Lompat tikam.

Aku pun pelik, apasal pelik sangat nama dessert ni kan...adakah asal usul nya sebab si pembuat dessert ni dulu masa tengah buat dessert ni, kena tikam dek penjahat, lalu terlompat? Wallahualam...  :)

===============================================================
Hari ni tiada tempelan gambar, cuma nak berkongsi ilmu yang aku dapat malam tadi di kelas tafsir..
Surah Al Mujadalah, ayat 11 :

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.


Pengajaran yang boleh di ambil dari sepotong ayat ni, sangat banyak..

- Maksud memberi lapang dari tempat duduk tu ialah merujuk keadaan di zaman Nabi dahulu, di mana para sahabat berebut rebut nak duduk dekat depan Nabi di dalam majlis ilmu, kerana mahukan keberkatan.(ustaz tu cakap, bandingkan dengan zaman sekarang, jangankan majlis ilmu, solat berjemaah pun takdak..kosong aja masjid). Jadi Allah menurunkan ayat ini untuk memberitahu tentang keutamaan memberi sesama saudara Islam, yakni memberi ruang duduk, supaya semua dapat yang terbaik, dapat mendengar dekat jelas pesan Rasulullah.(zaman tu takde mikrofon, so kena duduk dekat dekat). Kerana balasan Allah kepada hambaNya yang memberi kelapangan tempat duduk itu, ialah Allah memberikan keluasan seluas luasnya dalam pelbagai benda, termasuk rezeki, kesihatan dan lain lain.

~ aku tertarik dengan analogi yang ustaz tu cerita tentang konsep memberi ini. Manusia zaman sekarang ni, nak menerima saja, memberinya tidak. Contohnya pasangan suami isteri yang bekerja..suami balik kerja, penat. Isteri balik kerja, penat. Si suami nak menerima sahaja pelawaan si isteri supaya dibuatkan air kopi kepadanya. Menunggu,menanti...Si isteri pulak sebab dah penat, nak menerima sahaja pelawaan si suami untuk makan malam di luar. Masing masing menunggu, menanti untuk menerima, tiada seorang pun yang mahu memberi. Alangkah indahnya kalau masing masing mula memberi, bila bertemu dirumah lepas balik kerja:

Suami: " Assalamualaikum ayang...camane kerja....mesti penat kan...jom kita makan kat mekdi malam ni nak?"

Isteri : " Wa alaikum salam abe...kerja di opis biasalah...hmmm..best jugak makan mekdi...hmmmm..abe nak minum kopi? saya buat kan..."

See.....

Tu pasal ustaz tu cakap, kena mula memberi, dan hasilnya , kita dapat semuanya..dapat minum kopi bagi si suami..dan si isteri dapat makan luar(tak payah masak malam).
Begitulah aplikasi nya dalam kehidupan kita sehari..Kita kena memberi....Insya Allah...ada lah balasan Allah tu..jangan hanya tahu nak menerima aja...Orang kampung aku kata, jangan expect tak take aje..kena give dulu..:P


- Hidup kita ini hendaklah memberi. Itu erti hidup, memberi kepada manusia, berbakti. Kerana kita harapkan balasan Allah. Buat amal baik, beri kelapangan kepada manusia lain, terutamanya saudara seagama kita, nescaya Allah memberi kelapangan kepada kita. Niat kena betul, kita menolong manusia kerana Allah. Jangan harap terima kasih manusia(kerana banyak manusia yang tak tahu nak berterima kasih kepada tuhannya pun!..apatah lagi sesama manusia).Hanya Allah yang akan membalasnya.

-Ayat ini juga menerangkan tentang pentingnya menuntut ilmu..pentingnya menjadi orang Islam yang berilmu, hinggakan Allah meningkatkan darjat kita. Kata ustaz tu lagi malam tadi, ada ahli tafsir yang memberi kiasan perbezaan darjat antara orang beriman yang berilmu (Alim) dengan orang beriman yang kurang ilmu, hanya beribadat sahaja( Abid), ialah bagaikan bulan purnama yang terang di malam hari...Alim = bulan purnama, manakala Abid = cahaya-cahaya kecil bintang sekeliling bulan purnama itu sahaja.
-Jadi tuntutlah ilmu, kerana untuk beramal, kita perlukan ilmu juga..kerana ilmu, darjat kita ditinggikan beberapa darjat, ini janji Allah. Yang paling best sekali, kalau kita seorang Alim yang Abid...Insya Allah..

Wednesday, June 1, 2011

Pencuci Mulut, Bukan Padang Pasir...

Nak cuba Wordless Wednesday lah...
Blogger lain kalau hari Rabu aja..musti WW..
Dulu aku confused, apa kejadah WW ni...:P

Cuba teka apa aku makan for my lunch dessert ni..

Hasil gambar kurang memuaskan, maaf..guna henpon cokia saja..

Pelajaran hari ini ya murid murid..
Jauh beza nya anda makan dessert...dengan anda makan desert.

Sebab aku dah pernah nampak orang tulis I have a cake for my desert

Keluarlah kita dari kepompong kejahilan..
Tegur menegur amalan mulia..


ps: macam tak WW aje entri aku ni kan....still nak membebel panjang-panjang...ekekeke
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...