Tuesday, May 31, 2011

Air Di Cincang Tak Akan Putus

Air yang di cincang, tak akan putus..
Ini peribahasa kita...menunjukkan betapa pentingnya dan kuatnya hubungan kekeluargaan..
(walaupun air batu kalau di cincang kisar, memang hancur..:P)


Kita dituntut menjaga hubungan silaturrahim..
Dengan ibu bapa..adik beradik...saudara mara...
Termasuk juga rakan taulan..jiran tetangga..

Firman Allah ;

Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturrahim. (al-Nisa': 1)


Begitu juga sabda Nabi SAW ;

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalinkan hubungan silaturrahim. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  

"Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim". (riwayat Ahmad dan Ibn Majah).

Jangan saling membenci, jangan berhasad dengki, jangan membelakangi kepentingan saudara-saudara kamu, dan jangan memutuskan silaturrahim, tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seseorang Muslim memulaukan saudaranya lebih daripada tiga hari. (Muttafaq 'Alaih)


 Alhamdullilah..Ziyyad dah menerima dan very caring adik barunya, Zayyan
Sangat suka membantu bila nak change diapers, masa nak prepare tempat tidur Zayyan..


Everyday cium Zayyan..
Mainan dia pun aku tak boleh sentuh...dengan tegas Ziyyad cakap " tak bolehhhhhhhhh..zayyan punya!"

: )

Monday, May 30, 2011

Pengaruh Media?

Dari Utusan Malaysia, hari ini :


Pelajar maahad tahfiz dakwa diliwat

KUALA KRAI 29 Mei - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah maahad tahfiz berusia 13 tahun, mendakwa diliwat oleh senior dalam satu kejadian di asrama sekolah persendirian itu di sini, baru-baru ini.

Selain menjadi mangsa liwat, pelajar terbabit turut mendakwa dibuli dan diugut dengan senjata tajam oleh beberapa orang seniornya sehingga dia nekad melarikan diri dari asrama sekolah itu.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa pelajar terlibat membuat laporan di Balai Polis Lakloh dekat sini, Selasa lalu.
Ibu pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Yah, 48, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam 10 Mei lalu, ketika anaknya tidur di asrama sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Krai.

Semasa memberitahu pemberita di sini, hari ini, Yah menyatakan, anaknya diliwat ketika tidur meniarap dan tidak dapat bertindak kerana badannya ditindih dari belakang.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

-salah siapa?
-budak tengah belajar menghafaz Al Quran pun boleh buat macam ni?
-pendedahan melampau pasal liwat kat negara ini kah punca nya?
-adakah selama ni ada saja insiden liwat di all boys hostel/school, cuma tak di laporkan..dan liwat mula menjadi isu penting negara..pasca kes tersebut(yang semua orang tau)

~ harap lepas ni tak muncul pulak video seks budak maahad tahfiz..

Friday, May 27, 2011

Set Berpantang, Rasa Terpinggir & Post Date (SyidaGorjes)

Alhamdullilah...
Zayyan dah pandai dan rajin breastfeed...so malam tadi aku boleh tidur lena..langsung tak dengar Zayyan menangis..sebab mommy cakap, dia start nangis aja, terus bagi susu, senyap :P
zayyan semalam, 4th day of life

Zayyan dah mula ada sedikit kuning (mild jaundice). Ini biasa, dipanggil physiological jaundice. Perlu lebih kerap breastfeeding, feed on demand, dan Insya Allah will clear off within 7-10 days of life.
zayyan pagi ini, sedikit jaundice

Selain bisnes ubat kuat lelaki, bisnes barang barang lepas bersalin pun aku rasa boleh buat duit yang banyak..
Mommy akan start consume segala macam pil tu lepas seminggu atau dua minggu ni, sebab nak elakkan risiko Zayyan jaundice.
set post partum mommy ziyyad & zayyan (MZ)

Jadi buat bakal bakal ibu, ingat ya, kalau anda nak ambil jamu sekalipun, cubalah elakkan pengambilannya seawal seminggu dua baby lepas lahir..sebab dikhuatiri sistem hati baby tak dapat menerima jamu yang terlepas melalui susu ibu itu, dan menyebabkan jaundice (bukan physiological jaundice). Dah banyak kes yang aku jumpa macam ni masa di hospital dulu, dan juga di klinik.

Aku dan mommy perasan ziyyad macam rasa a lil bit 'membawa diri'...walaupun aku peluk cium dia lebih dari biasa..sebab nak elakkan dia rasa 'terpinggir'...Bila ditanya dia sayang tak adik, dia geleng geleng kepala..nak suruh dia cium zayyan pun susah..Harapnya ziyyad akan menerima perubahan ini (dah jadi abang) secepat mungkin..mommy nya memang tak boleh nak dukung dia lagi (ziyyad minta di dukung) sebab baru aja lepas caesar kan..

Untuk menjawab soalan SyidaGorjes , EDD (expected delivery date) yang diberi oleh doktor tu ialah 40 minggu mengandung. By 37 weeks, baby dah matang dah, means that kalau lahir time tu, baby dah boleh survive, paru paru dah kuat. Aku rasa SyidaGorjes dah almost 39 weeks 3 days kan....so selagi takde contraction, tunggu aja..

Kalau dah lepasi tempoh 40 minggu tu, maka ada satu local study yang dibuat oleh bekas professor di Universiti Malaya ( Professor Raman,kini bertugas di Fetal Medicine & Gynaecological Centre) yang diterima pakai di Malaysia ni, mengatakan bahawa bagi baby keturunan Melayu dan Cina, boleh tunggu sehingga 7 hari past due date. Kalau dah EDD + 7 days masih tidak in labour, maka induction of labour akan dibuat (paksa bersalin). Secara umum, ada dua cara induction, yakni masuk ubat melalui vagina, ataupun melalui suntikan menerusi salur darah. Namun lain doktor, lain caranya..kajian prof itu hanya sebagai panduan..ada doktor yang hanya tunggu hingga hari ke 5 past due date.

Thursday, May 26, 2011

kepala ku pusing!

selamat pagi kawan kawan..

maaf, entri pendek aja hari ni..kepala ting tong sikit :P


sebab terjaga banyak kali malam malam dengar baby menangis..

yup...zayyan our newborn baby memang aktif menangis, tak macam ziyyad dulu..

ziyyad dulu hanya dengar 'ekk..ekk'..dua tiga kali, mommy nya breastfeed, terus senyap..

beza dengan ziyyan...agak 'malas' nak menyusu..ekekkee..nak mommy nya express the milk directly masuk mulut...tapi slowly dah belajar dan malas dan belajar (itu lah cycle nya)...menangis sampai serak suara macam Ramli Sarip, baru nak menyusu betul betul !

so aku dalam proses adaptasi terhadap high pitch volume baby menangis...sebab dulu ziyyad tak macam ni..

dah ok nanti bleh up date blog dgn pelbagai gambar...:)

by the way, bagi ramai yang bertanya....alhamdullilah mommy dah sihat..malam pertama lepas caesar pun dah makan kepsi..ekekeke...kecoh nurse kat ward..tapi mereka hanya gelak aja sebab tau husband nya yang pi beli..ye lah...kepsi pun depan spital aja..

mommy bersalin di private wing HUKM..sebab caesar ialah kerana cephalopelvic disproportion (CPD)..

so, mommy ziyyad dah ada dua scar (dua parut caesar)..cuma ada satu lagi kuota.. :P

Tuesday, May 24, 2011

Selamat Melihat Dunia Anak Ku..

Alhamdullilah..segala gala nya berjalan lancar..
Tiada kata kata yang mampu terucap..cuma bersyukur kepada Nya..
Dengan berat 3.62kg, lahirlah Muhammad Fierasz Zayyan ke dunia melalui pembedahan caesarean..

 Berat juga 3.62kg..kuat menyusu..bagus..habis colostrum dihisapnya...moga kuat immuniti anak daddy..yay!

Azankan di telinga kanan, iqamat kan di telinga kiri...moga terhindar dari gangguan syaitan yang gemar menggangu anak anak kecil..sunnah ni, jadi jangan lupa..

Ciuman pertama..bau baby memang best!

Terasa ringannya..sebab selalu dukung ziyyad yang dah 12 kg lebih....ekekeke..dan gambar diambil oleh mommyziyyad !

Sleep like a baby.... :P

Memang seiras muka Ziyyad dulu masa baru lahir..bezanya Zayyan ni rambut lebat !

Di tahnik kan oleh moyang Zayyan, satu lagi sunnah baginda yang jangan ditinggalkan..Hj. Othman yang dah almost 86 tahun...toknyang masih kuat dan steady ! Dan Insya Allah toknyang akan ikut Zayyan ke Perth nanti...

Bersama wan, yakni nenek..wan memang best, sebab ada lagu tersendiri dinyanyikan untuk menghiburkan Zayyan..

Ziyyad jadi abang yang baik ya...jaga Zayyan..sayang dia...

Tadaaa! Dek kerana teruja dengar nyanyian wan, maka Zayyan telah membuka mata....:P





ps: terima kasih kawan kawan yang telah mendoakan yang terbaik buat zayyan dan mommyziyyad semalam..moga Allah sahaja yang membalas nya...



Monday, May 23, 2011

Doakan Yang Terbaik Ya....Terima Kasih

assalamualaikum...salam pagi isnin...
bersiaran langsung dari hospital...mommy ziyyad akan masuk ke dewan bedah pukul 8.30am.

aktiviti ziyyad di dalam bilik wad..:P

makanan hospital..3 jenis sayur..hehehe

doa kan yang terbaik buat mommy ziyyad ya...semoga pembedahan caesarean section berjalan lancar tanpa masalah..dan baby yang bakal lahir sihat..Insya Allah..terima kasih..

Insya Allah...lepas ni aku akan ada dua askar..
Double joy..double trouble!  ekekeke

Saturday, May 21, 2011

Bukan Bangla






Nuuuuuurrrr Kasiiihhhhhhhhhhh....
Nuuurrrrrr Kasihhhhh...

Mendayu dayu lagu ni dok selalu keluar Hot FM...hahaa..
Naik boring aku...

Ya, aku memang tak layan filem/cerita melayu sangat..
Kalau layan pun, selalunya cerita lawak lah...

Nur Kasih ni masa kat TV pun aku tak tengok...
Sampailah tiba bulan Ramadhan tahun lepas ke, atau tahun sebelum tu..aku tak ingat..
Tiap tiap pagi time sahur tv dok tayang citer ni...ape kes pagi2 dok tayang cerita sendu..miahahaha..
Yang rajin melayannya adik ipar aku, si Ajib..hahaha...

Yang minat siri tv ni, aku rasa mesti teruja nak ke wayang kan?
Dan peminat Remy Ishak pun mesti ramai yang nak gi wayang kan..
Enjoy your movie!!

Aku just nak tau respon dari yang dah tengok, macam mana siri tv yg panjang meleret leret ni, di ringkaskan jadi sebuah filem 1.5 jam. :P


ps: raya puasa nanti keluar tv tak? :)

Friday, May 20, 2011

Mari Belajar Menjahit

Dah nak hujung bulan 5..
Maknanya apa, dah nak raya..hahaha
Kalau raya, mesti korang beli baju raya/ tempah kan..
Buat apa buang duit, meh sini aku ajar menjahit..asas asas menjahit..
Jadinya, bila dah mahir asas ni, boleh lah korang jahit sendiri baju raya..kan ke banyak save tu..

Mula mula, kena kenal pasti apa yang koyak, dimana yang koyak..lihat gambarajah ni sebagai contoh..
(ps: kualiti gambar tidak memuaskan, kerana gambar diambil dengan kamera henfon cap ayam sahaja)


Dah nampak koyaknya, kita lihat dengan lebih dekat lagi, supaya boleh agak berapa besar, dan berapa panjang benang dan jenis jarum nak guna..

Lepas pilih benang dan jarum, jahit lah...la la la la..

Touch up la apa apa yang patut, yang terlebih..supaya hasil jahitan kita kemas..
Setelah beberapa ketika, maka siaplah kita menjahit koyakkan tersebut...lihat hasilnya..

Tak susah kan menjahit...

Tapi jahitan kali ni leceh betul...kenapa aku kata leceh:

-kulit mamat indon ni gila punya liat, tebal..sampai bengkok jarum aku. Aku speku mesti dia ada pakai ilmu kebal ni...wakakaka..



Tazkirah Jumaat kita hari ni ialah:

-Hendaklah kita bersangka baik. Itu yang dituntut Islam. Mungkin saja kulit dia memang jenis liat macam kulit gajah.....:P     Ini selaras dengan tuntutan agama..

Syeikh Abdul kadir Al Jailani berkata:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.

Thursday, May 19, 2011

Berusahalah!

Bersawang blog..hahaha..
Ada juga sahabat yang concern bertanya di FB kenapa tak update...terharu ai....ekekekeke..

Maklumlah..busy sikit sempena hari wesak yang lepas...
Tak caya, tanya sahabat aku ni, busy gila sehari sebelum dan selepas hari wesak..rasa macam nak kasik julap aje, betul tak wahai sahabat ?

Sebenarnya, last week teruja juga nak mula ber HTN lepas baca blog master student kaki masak ni...
Sehari ok....aku bertahan..

Tiba tiba teringat komen balas ratu directory makanan ni...


makanya HTN hanya lah 24 jam..
esok paginya, sarapan nasi lemak!
takpe, it just a breakfast...

malangnya...semalam petang telah ke madam kwan mid valley lagi..
dan hasilnya...

ambek kau..
wakakaka....

takpe..
esok masih ada..
kita cuba lagi..
Thomas Alva Edison pun gagal 1000 kali sebelum berjaya hasilkan lampu mentol..:P

Monday, May 16, 2011

MommyZiyyad...Happy Anniversary

Sepatutnya entri ni keluar hari Jumaat lepas, 13 May, hari di mana pengguna blogspot seantero dunia berdukacita 

Pentingnya entri ni bagi aku, jadi aku nak publish jugak hari ni..aku tak kira...nak publish jugak..  :P


To my beloved wife, happy anniversary
We have gone through a wonderful 5 years
Blessed with a healthy active Ziyyad, and Insha Allah, next week Zayyan is our new family member.

Saturday, May 14, 2011

mungkin kah kena berhijrah ke negara WP?

semalam blogspot meroyan, tak leh nak buat new entry, tak boleh nak post comment...

maka semalam pun kami ber blog di FB..ekekekeke

hari ni, Sabtu 14 May, blogspot dah OK...sekali komen-komen untuk entri hari Khamis 12 May habis hilang da.....ingatkan blogspot saja nak pedajal blog aku ..hahaha..rupa rupanya ada juga yang terkena...

GB pun terkena!

Thursday, May 12, 2011

kek mat saleh dan lensa jepun

semalam aku makan kek? keropok? tak tau nak panggil apa yang ada bendera ni..


Soalan:
-kenapa bila aku makan nasi lemak di oversea, mereka(penjual) tak mau pacak bendera Malaysia?
-kenapa bila aku tengok buah durian yang dijual di oversea, tak dipacak bendera Malaysia?

Sampai masanya kita kena lebih berbangga..lebih berusaha mempromosi negara sendiri di luar negara.


Semalam juga aku dapat parcel yang mengandungi lens yang aku beli kelmarin secara online..
Sungguh cekap kedai fotografi online ini. Aku beli jam 5pm hari Selasa, semalam jam 5pm(Rabu) dah sampai kat rumah.

Aku tak mau cakap dan promote lebih lebih lah siapa owner kedai online fotografi yang pertama & terbesar di Malaysia ni. Rasa rasanya majoriti kaki fotografi tahu. Moral yang boleh diambil ialah, wahai bangsaku, kalau nak berniaga, buat cara mereka. Effektif, cekap, jaga pelanggan betul betul. Dalam minggu ni juga, aku ada pengalaman busuk dengan 2 peniaga Melayu!

Wednesday, May 11, 2011

Unik nya Malaysia

- masuklah seorang anak dara, umur 24 tahun ke bilik konsultansi.
Masalah: Buasir. Teruk sebab bahagian dubur dah selalu terkeluar + selalu berdarah masa buang air.
"Kadangkala doc, saya terkentut pun boleh terkeluar darah!"
'Jadi, bila nak gi hospital ni?', aku tanya.
"takpe doc..dah makin sembuh..saya berubat cara tradisional.."
'Macam mana?', aku tanya lagi..
"Ni petua ayah saya. Guna akar pokok kayu ara...kita masukkan dalam periuk..panaskan dgn air"
'Lepas tu? Minum airnya? ', aku kata lagi..sebenarnya aku agak macam tu la.
"tak doc..kita asapkan bahagian dubur tu dengan asap yg keluar"
' Gulp!..macam nasik kangkang?', terkeluar spontan dari mulut tak insuran aku.
Hehehehe---sengih si gadis bujang.
harap anda sudah breakfast pagi ini sebelum melihat gambar gambar buasir..:p


-masuk seorang budak india, kepala berdarah terhantuk besi.
Masalah: Lukanya besar, perlu dijahit. Panjang luka ~ 5-7cm.
Masalah paling besar: Penuh serbuk kopi kat luka terbukanya!
'Apasal letak kopi? Ingat u punya kepala ni Starbucks ke?' aku sergah mamat india nih.
Sengih macam kerang busuk.-bukan aku, tapi si mamat india nih. Aku dah moncong pasal susah gile nak clean the wound!



-masuk ke dalam bilik konsultansi seorang ibu muda, umur ~ 22 tahun, mengandung anak sulung..usia kandungan ~ 14 minggu.
Masalah : sakit sikit pada lower abdomen.
Masalah besar: percaya cakap kawan2 dan sedara mara yang belajar di University of PokokCeri, bahawa rahimnya jatuh, so perlu pergi jumpa bidan, mengurut untuk naikkan rahim.
Ku sabarkan hati, ku anggap ini ibadah, melayan karenah, dan menerangkan panjang lebar + buat ultrasound scan...kalau ikut kata syaitan, memang aku dah fire aja ibu muda & suami dia.


-masuk ke dalam bilik konsultansi, seorang ibu membawa baby nya berusia 6 bulan.
Masalah: 'doc, anak akak cirit birit lah doc..kesian dia'
'berapa kali dia berak kak? ada muntah2 tak', aku bertanya dengan nada prihatin :P
' dia berak sekali doc, takde muntah', jawab akak tu jujur.
' #@%#!#' , kata aku dalam hati.
Ya Allah..kau kuatkan aku utk menghadap pelbagai karenah manusia.

Tuesday, May 10, 2011

Letih Keja

Pagi ni pergi rumah SahromNasrudin, dia cerita pasal lawatan keluarga nya ke Cameron Highland.

Pergi pulak rumah GadisBunga, nampak gambar keindahan dan kedamaian kampung dia..

Masuk rumah Mas Zuber  pulak, tengok gambar gambar dia main dengan ikan nemo kat Pulau Redang..

Dan setiap kali  ke rumah Norhafiza, hati ini melonjak lonjak nak gi Labuan!

Huh!

Aku dah lama tak bercuti..

Nak jalan jalan tak dapat..mommyZiyyad tengah sarat...

Nak menembak kat Cameron Highland..

Nak menembak suasana kampung tepi sawah nun hijau..

Nak menembak kat pantai..kat pulau..

Nak menembak kat Labuan..

Huh!

Asyik tembak dalam bandar aja sekarang ni..

Percutian ke Perth lama lagi.....bulan 10.

Rumah parents aku pun dah dekat setengah tahun aku tak balik..macam lah jauh sangat JB tu !
Tapi sebab setiap bulan parents aku naik KL dan duduk rumah aku...ekekekeke..
Dan mereka pun tak menggalakkan mommy berjalan jauh..sebab masa awal pregnancy hari tu suspect PPROM.

Nampak gayanya...

Lepas mommy bersalin 23 May ni...

Hujung bulan 6 kena lah ke Cameron...ke pantai...ke desa bersawah..

Hahaha....

Kalau ikutkan mommy....seminggu lepas caesar pun dia dah sibuk nak jalan jalan  :P

Ya, mommy pantang stail Caucasian...so jangan expect mommy nak berstokin..tepek kunyit kat dahi tu semua....dan aku pun sebagai advisor..pastikan dia berpantang ikut style modern medicine aja...

Moralnya..

Aku & mommy dah tak sabar nak jalan jalan!

Monday, May 9, 2011

TONSIL (amaran: entri panjang)

Entri ni khas untuk menjawab soalan kak Ati Masrif, yang sering kali kena tonsil (tonsilitis).
Mungkin ada yang tak tahu, apa itu tonsil, di manakah ia..

Ini tonsil...dalam keadaan normal.
Tonsil ini terbentuk daripada lymph tissue, iaitu dari sistem pertahanan tubuh.
Jadi fungsi tonsil ialah merangsang sistem immuniti tubuh badan menghasilkan antibodi bila badan diserang jangkitan.

Tonsil boleh meradang(inflammation) bila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.

Tonsillitis boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada bila dan berapa lama ia berlaku:

1- Acute Tonsillitis - baru berlaku.
2- Chronic Tonsillitis - tonsillitis yang dah lama berlaku
3- Recurrent Tonsillitis - tonsillitis yang berulang ulang

Tonsillitis selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak, boleh juga berlaku kepada orang dewasa.
Amat jarang kanak kanak 2 tahun ke bawah mendapat tonsillitis ini.

Simptom Acute Tonsillitis:
-sakit tekak, susah menelan, demam, kelenjar di leher mungkin membengkak dan sakit, letih/lesu, dan simptom halangan pernafasan (eg; berdengkur, atau tiba tiba tersedar tak boleh bernafas masa tidur, sleep apnoea).
-dalam kanak kanak, kadangkala simptom utamanya ialah mereka enggan makan, sebab tekak mereka sakit!
-acute tonsillitis berlangsung selama 3-5 hari...dan paling maximum boleh menjangkau 2 minggu.

Apa itu Recurrent Tonsillitis ?:
- Apabila anda kena acute tonsillitis 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun berturut turut, atau 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.
-Jadinya, moral di sini ialah, SILA KIRA berapa kali anda kena acute tonsillitis. Kerapkali aku jumpa patient yang tak aware tentang ini. Kenapa perlu kira? Kerana dengan kiraan inilah aku boleh justify, ianya recurrent atau tidak..dan perlukah kes di rujuk untuk pembedahan membuang tonsil.

Chronic Tonsillitis:
-bila mengalami simptom sakit tekak yang berpanjangan, lebih dari dua minggu, sakit menelan dan mungkin juga bengkak kelenjar di leher yang berterusan.


Bagaimana aku men diagnos kes acute tonsillitis?

-Semestinya, kena tanya sejarah pesakit dulu( history). Jadi, pesakit kena lah bercerita serba sedikit tentang simptom yang di alami. Sesetengah pesakit yang dah otai (selalu sangat kena, recurrent tonsillitis) straight away masuk bilik consultation dan cakap "doc, tonsil i bengkak" ...mudah kan kerja aku? ekekeke...
Lepas dah dapat semua sejarah pesakit, kita proceed ke pemeriksaan fizikal.

Pemeriksaan fizikal standard ialah memeriksa :
-Suhu badan : demam atau tidak
-Tekanan darah
-Kemudian, melihat ke dalam mulut pesakit yang di suspek ada tonsillitis..beginilah rupanya..:
tonsil yang merah menyala, membengkak...sakit wooo

-kadangkala, boleh ada tompokan putih/putih kekuningan di tonsil yang membengkak merah itu, dipanggil sebagai exudate.



Rawatan:

-Acute tonsillitis ini boleh jadi kerana jangkitan virus, atau bakteria. Cara yang sebetulnya ialah dengan mengambil sedikit coletan(swab) dari tonsil yang bengkak, dan di hantar ke makmal untuk melihat ada atau tidak pembiakkan bakteria. Ini dipanggil sebagai throat swab culture. Kalau positive jangkitan bakteria, maka antibiotik akan diberi, untuk dimakan selama 5- 7 hari selalunya. Di sesetengah pusat, mereka ada kemudahan untuk buat Rapid Screen Test. Rapid test ini menguji kehadiran bakteria jenis streptococcus yang menjadi antara penyumbang utama jangkitan tonsil.

-Namun di sini, doctor selalu buat short cut. Sebab untuk membuat culture tu semua, mengambil masa dan kos. So, selalunya ianya bergantung kepada budibicara doktor yang merawat, untuk menilai sendiri tahap keseriusan tonsillitis nya, samada perlu atau tidak antibiotik.

-Bila dah diberi antibiotik, sila makan hingga habis. Perangai manusia ni ialah suka culas makan ubat :P
Memang selalunya dalam masa 2-3 hari selepas pengambilan antibiotik, tonsillitis akan sembuh/mengecil.

-Selain antibiotik, pesakit perlu mengambil ubat ubatan untuk mengurangkan simptom..contohnya:
a) ubat demam untuk demam/sakit badan
b) lozenges untuk melegakan tekak
c) minum jus buah buahan segar dan sejuk untuk melegakan tekak
d) berkumur kumur dengan air garam suam, atau apa apa gargle solution
e) makan ice cream perisa vanilla
f) elak mengambil makanan berasid, yang membuatkan tekak lebih tak selesa

Bila Perlu Buang Tonsil? 
-pembedahan membuang tonsil dipanggil tonsillectomy. Pembedahan ini secara umumnya selamat. Risiko terbesar pun ialah perdarahan, yang mana amat amat jarang berlaku. Tempoh sembuh selepas tonsillectomy ialah antara seminggu ke dua minggu.
-Bila nak buang? Bila jadi kes recurrent tonsillitis. Sebenarnya tiada satu hukum muktamad mengatakan bahawa dalam sesetengah keadaan, tonsil itu wajib dibuang. Yang ada hanyalah guidelines yang memandu doktor untuk membuat keputusan.  Guideline terkini dari pelbagai badan induk ENT seluruh dunia secara dasarnya bersetuju bahawa tonsillectomy perlu dalam situasi berikut:

a) recurrent tonsillitis yang berlaku lebih dari 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam setahun untuk dua tahun berturut turut, atau minimum 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.

b) tonsil yang besar/bengkak menyebabkan masalah pernafasan semasa tidur (sleep apnoea) atau berdengkur yang kuat.

c) episode tonsillitis yang ada komplikasi seperti peritonsillar abscess(nanah di sekeliling poket tonsil). Jangkitan ke dalam rongga sinus(sinusitis) pun boleh jadi..dan jangkitan ke telinga..
komplikasi tonsillitis -


Mitos tentang tonsillectomy:

- Ini yang paling biasa aku dengar dari pesakit...bila tonsil dibuang, nanti senang mendapat jangkitan. Patient atau parents beranggapan sebegini sebab mereka di dedahkan bahawa tonsil itu penting dalam memainkan peranan dalam immune system. Benar. Namun sebenarnya, banyak lagi kelenjar di sekitar leher yang boleh ambil alih tugas tonsil. Dan tubuh badan kita ada sistem immune yang terbaik untuk menampung ketiadaan tonsil. Malahan dalam kajian yang dijalankan ke atas kanak kanak seawal usia 3- 4 tahun yang dibuang tonsilnya, mendapati peratusan jangkitan kuma  ke atas mereka adalah sama sahaja dengan yang masih ada tonsil. Mitos ini di kuatkan lagi dengan keengganan majoriti pakar bedah membuang tonsil dalam kes kes recurrent tonsillitis yang aku refer kepada mereka. Rata rata kebanyakkan pakar bedah di sekitar Klang Valley memberi alasan kepada parents bahawa 'kena tunggu anak mereka besar..kena tunggu sekurang kurangnya umur 8-10 tahun' . Anggapan sebegini  sebenarnya kurang tepat. Andaikata dah teruk sangat recurrent tonsillitis nya, dan menyebakan terganggu kualiti hidup ( terpaksa cuti banyak kali, terpaksa bergantung kepada antibiotik terlalu kerap), maka tonsillectomy ialah pilihan terbaik.

-Tonsil hanya akan dibuang kerana kes recurrent tonsillitis. Ini kurang tepat sebenarnya, kerana tonsil juga dibuang dalam kes mereka yang semulajadi lahir memiliki saiz tonsil yang besar. Mereka yang terlalu kerap kena tonsillitis, dan kemudian sembuh, juga akhirnya boleh memiliki saiz tonsil yang besar. Kenapa saiz tonsil yang besar ialah satu masalah, dan perlu dibuang? Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah pernafasan semasa tidur, seperti berdengkur dan sleep apnoea. Pelbagai kajian membuktikan bahawa masalah pernafasan semasa tidur ini jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah kurang kualiti tidur, kencing malam bagi kanak kanak, dan juga masalah perangai (child behaviour). Di US, ~ 75% tonsillectomy ialah atas sebab saiz tonsil yang besar, bukan kerana hanya tonsillitis! Bercakap tentang berdengkur dan masalah tidur dalam kanak kanak ni, aku dah jumpa banyak kes. Bunyi dengkuran kanak kanak ni setanding atau mengalahkan dengkuran orang tua.

                                                                    Tonsillectomy
                                                    Tonsil yang telah dipotong
                                                          

Banyak lagi benda tentang tonsil dan tonsillectomy ni kalau aku nak tulis.
Tapi rasanya ini dah cukup lah untuk korang semua baca...nanti rasa macam baca buku teks pulak..ekekeke..

Friday, May 6, 2011

MythBusters Siri 3: Episode Hobin Jang Hobin

Bertomu laie lah yo kito dalam episode MythBusters.
Kalau ekau nak baco siri 1 dan 2, ekau poie sini...poyo betul eden dok promote show sendiri..ekekekeke
MythBusters 1
MythBusters 2

Untuk episode kali ini, eden nak busted kan kepercayaan mitos dikalangan masyarakat Melayu berkenaan hernia/angin pasang.
Episode kali ini bersesuaian bonar lah dongan soalan Hantu Kak Limah ini.

Hernia ni boleh jadi sojak lahir laie.
Sobab hernia ni, eden nak mudahkan pemahaman ekau semuo, iolah sobab dinding abdomen tu jadik lomah.
Ekau tau tak abdomen tu apo?
Tak tau? Ah..ekau Gugel ajo yo..
So, bilo dinding abdomen dah lomah, segalo macam isi kek belakang abdomen tu boleh termasuk menyolinap lah kek sini.
ado macam macam joneh hernia ni..

Ado macam macam jenis hernia..kek pusat (umbilical hernia), kek groin (inguinal hernia)...ini semuo jenis yang biaso eden jumpo..dan lain lain doktor jumpo lah..ekekeke

Eden dah jumpa macam macam style org Melayu nak rawat hernia ni.
Yang paling biaso eden jumpo, style mengurut.
Eden bukan nak kato apo lah kan, toksah la poie mengurut tu. Kang bukannyo mengubek kan, makin menyosakkan adolah..
ni bukan eden nak melucah yo..janganlah ekau biarkan hernia tu sampai jadi macam ni

Yang eden belaja dulu dongan tok guru eden, kalau hernia ni ekau buat bodoh ajo, yakni ekau mengelak nak poie operate, siap lah ekau ngadap masalah berbangkit nyo..orang kampung eden kato, complication of hernia.

1- tekanan kek organ keliling  (pressure on surrounding tissue).
kalau ekau biar kan hernia tu membiak bosa, lamo lamo dio menokan lah tissue keliling tu. Di tokannya kek telo..raso sonak lah.

2- sebahagian usus tu ha masuk kek  lubang hernia (incarcerated hernia)
Usus ekau pun boleh menyolinap masuk kek lubang tu..gilo sakit weh..sakit....sobab eh, perjalanan dalam usus dah terganggu..dah ado blockage kato tok guru eden. Ekau kalau sombolit pun dah sakit, bayangkan lah kalau usus ekau pulak tersumbek! adoiii..

3-usus yang tersopit tu, terbolit pulak salur darah nyo! (strangulated hernia)
Ini masalah negaro nih. Saluran darah usus yg menyolinap kat keadaan no.2 tu ha, terbolit! Gilo sakit. Ini emergency. Usus yang tak dapek darah, boleh mati. Silap hari bulan, dongan ekau ekau sekali boleh mati...

Jadi nyo, eden menyoru lah kek Hantu Kak Limah, ekau bawak lah anak ekau tu poie operate..
Toksah la di urut urut.
Takdo mano nyo operate hernia ni buek anak ekau tu mati pucuk ko, lomah syahwat ko, mandul ko, bilo dia dah bosa nanti. Tu semuo bedaah lobih! Orang Melayu ni memang suko bedaah, suruh poie mengaji maleh..lopeh tu poie sebarkan kepercayaam bedaah dio..adoiiii haiiii....

Ok..jumpo laie yo di lain episode..eden nak pekono gulai kawah kak Yam ni hah...:P

Thursday, May 5, 2011

Print Screen & 3 Cabaran.

Salam pagi khamis kawan kawan..

Komen seorang rakan blogger ni, expert dalam bidang tumbuh tumbuhan dan serangga..Puan Azian..

Aku akui, sejak hampir seminggu ni aku tak reply pun komen.
Tapi aku baca kesemuanya, dan hargai komen komen anda.
Selalunya aku balas satu per satu..cuma dalam seminggu ni, aku punya busy mengalahkan Big Momma punya busy..~haha..
Nak gi menembak pun aku takde masa..kesian kamera gabak aku tu, dah dekat 5 hari tak digunakan.
So, aku BW & buat entry aja..petang sikit aku baca all the comments. Nak menjawab tak sempat lagi.

Cabaran pertama: Kembali menjawab komen satu per satu macam biasa aku buat sebelum ni, secepat mungkin.


Entry pakcik Gedek semalam...
Aku tak jeles...hahaha..aku balas :
Pakcik Gedek balas :

Haha..
Pakcik kejam!...
Cabaran kedua: Mencari superhero yang lagi best dari Batman tu..ekekeke

Cikgu Nurin ni pula tanya aku...
Lain doktor, lain ragamnya cikgu...:P
Bagi aku, aku lebih suka patient yang berterus terang..
Setelah hampir 9 tahun dalam jadi doktor, pelbagai ragam dan karenah aku jumpa.

Macam macam jenis aku jumpa..jenis putar alam, cakap diarrhoea 15 kali..atau muntah 10 kali..tapi muka segar bugar saja..
Dan ingin di ingatkan, alasan senggugut itu sangat klise OK..
Kawan aku adalah kejam sikit, meminta melihat pad si minah kilang kaki MC yang mendakwa dia senggugut...So, kantoi di situ minah kaki MC ini, sebab dia tak berpad! (sila baca: tak period pun). iPad2 lagi lah dia takda...ahahah

So, cabaran ketiga: Meningkatkan skill menangkap si penipu.


~ sebab aku tak menembak, so takde gambar baru. Jadi aku print screen aja hari ni, voleyy? :P ~

Wednesday, May 4, 2011

Jangan Sentap

Ini kejadian minggu lepas.
Boring tak tau nak lunch apa, aku makan benda ni + nescefe.

Terpedaya dengan kegebuan beliau, aku pun beli lah..sekali aku ngappp....

Nasib baik aku ambik gambar ni pakai henfon cokia aku aja.
Kalau aku pakai kamera gabak aku, nescaya hasil gambarnya lebih jelas, boleh aku jadikan bukti untuk mintak gantirugi..nak heret si pembuat pau ni ke Tribunal Pengguna...wakakaka..poyo!

~sebenarnya aku pasrah aja lah...
Nak mengubat kekecewaan tak dapat ngap inti kacang merah yang banyak, kulit pau yg gebu tu aku celup lah dalam air nescefe aku. Ya, aku suka celupkan pelbagai makanan dalam air..haha

Malas aku nak bising bising...level toleransi aku boleh bertahan lagi..

Sejauh mana level toleransi anda?

Dalam keadaan apa anda boleh menjadi begitu sentap? :P

Contoh..semalam aku punya level toleransi dah sampai level sentap lah..sebab menipu aku dengan pelbagai sakit...macam tak cukup cukup lagi cuti 3 hari straight! Sekali tuhan bagi kau betul2 sakit, padan muka...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...