Friday, April 29, 2011

JJ (Jumaat Jiwang)




Salam Jumaat, salam penuh jiwang....ekekeke..
Sempena majlis akad nikah kawan baik aku, si William pagi ni dengan tunang dia, Kate,
aku teringat nostalgia lagu lagu zaman cinta..

Lagu kat atas tu ialah lagu utama dalam klip video majlis perkahwinan kami..
So, setiap kali lagu ni berkumandang kat radio, kami akan tersenyum, dan terasa jiwang karat..ekekeke..

Ada lagi beberapa lagu..tapi lagu Faradhiya, Bertakhta Di Hati ni, cukup bermakna buat kami..


Apa lagu jiwang anda? :P


ps: buat rakan yang tak boleh bukak Youtube macam Bujal tu, aku tepek lagu Faradhiya ya...hehehe...kesian youtube kena block, takpa lah, korang boleh layan youtube sampai lebam kat rumah.

Thursday, April 28, 2011

Geng Gomen Putrajaya Kaki FB ?


20 juta hits di Facebook pada waktu kerja, untuk bulan lepas, bagi penjawat awam di Putrajaya

~haha

Itu yang guna komputer opis.
Yang guna telefon pintar?
Yang guna iPad / Galaxy Tab?

Aku pun ber FB masa keja..kih kih kih..
Sebab aku bosan, takda patient mai..Bila patient berderet, dah tak leh nak blog/FB bagai..
Semalam petang aku ber -FB panjang woooo...
Mereka-mereka itu tahu lah, sebab mereka itu pun geng blogger jugak!  :P

Bagi aku lah, tak ada salahnya penjawat awam nak FB.
Asal kan jangan mengabaikan tugas dan tanggungjawab.
Jangan bila orang datang nak berurusan, mata dok meliar tengok status FB.

Harapnya ada status penjawat awam yang ber blog pula dikeluarkan selepas ni..:P

Wednesday, April 27, 2011

Kau dan Aku.

Salam pagi Rabu..
Pagi yang ceria, sebab mengyu menang 2-0 awal pagi tadi..hip hip horayyy!!  :)


Pagi ni takde gambar..
Just cerita..

Kisahnya..

Aku terdengar staff aku berbual kat henfon..dia berbual dgn suami dia. Nama staff aku tu Zeta Jones..


Zeta Jones:  " bang, kau jangan lupa ambik ok..aku dah siapkan tadi...nanti kalau kau..bla bla bla....aku pulak..bla bla bla..."

Gulp!

Benarlah bagai dikata oleh staff aku yang lain..
Bahawa Zeta Jones ni bila bercakap dgn laki dia, main kau aku aja...dan memang kasar bunyinya..
Dan sebab tu dia pernah makan penampar jepun laki dia..gulp!

Aku dan mommyZiyyad most of the time ber- I You aja..
Tiba mood romantik, aku ber-ayang dgn mommy...:P

Korang ber- apa dgn pasangan korang..??

Aku tahu, ada pesen org2 dulu guna bahasa 'aku' aja bila bercakap dgn bini..

Tapi ni si bini pulak cakap 'kau aku' dgn laki..

Dan dia tak tua pun lagi..baru 25 tahun..anak 2.

Tuesday, April 26, 2011

Konon kononnya urban lah tu

Sambungan kisah semalam..kisah pergi shopping..

Aku ingat kat tempat urban macam The Curve ni, perangai orang pun urban..
Ye lah..masing masing tak mau kalah..
Minum kopi 12 hengget..makan mee itali 25 hengget..
Rupa rupanya lepas membuang, nak pam pun tak geti! ~haha
Apa beza urban dengan orang asli?
At least orang asli buang kat sungai, air nya mengalir jugak.
I am wondering ada ke malaun yang keringkan rambut ke, spender ke kat sini???

~ semua gambar dengan kamera henfon cokia aku aja.~

Monday, April 25, 2011

Ziyyad Got A New Gadget

Aktiviti semalam, menabur duit di The Curve & Ikano.  :P

Sebenarnya agak malas nak shopping on weekends, sebab umat manusia ramai sangat.
Tapi sebab Zayyan bakal melihat dunia 23 Mei ni, so kena habiskan shopping apa yang patut.

Shopping barang keperluan baby memang banyak gunakan duit.
Aura keinginan ber shopping, especially yang bakal menyambut baby pertama, memang jelas kelihatan.
Harga tolak ke tepi. Asalkan anak dapat yang terbaik.
Sebab tu aku berangan angan nak ada sebijik kedai jual barangan baby...:P
Angan angan aje.....

anak yang baik, menyuapkan mommy nya air selepas penat shopping  :P
Kagum tengok kesungguhan mommyZiyyad yang gigihkan diri berjalan sana sini.
Kalau perut aku dah besar macam ni, rasanya aku nak duduk rumah aja, main playstation, layan HBO, tido..
Tu pasal tuhan lahirkan aku sebagai lelaki..ekekeke..

Hasil rampasan perang..
Tapi tak sebanyak masa kami nak sambut kelahiran Ziyyad dulu..sebab dah pandai bajet, apa yang penting.
Lagipun barang barang macam sterelizer tu semua, Ziyyad punya ada lagi..

Tema newborn rompers kali ini ialah " rumah atuk dan nenek"  ekekeke...

Ziyyad dah berpisah dengan Britax First Class dia ni...bakal diperturunkan kepada Zayyan lah lepas ni..

Tadaaaa..ini lah gadget terbaru Ziyyad. High back booster car seat, Halford . Sesuai dari 9kg hingga 36kg.
Okey aja Ziyyad test duduk for the first time semalam, lena aja tertido..hehehe

Gambar penutup..
Ziyyad yang keletihan bershopping seharian...terus tertidur dari dalam kereta..angkat ke cot pun, still tak sedar..

~almost done shopping for the newborn...cuma tinggal his baby cot aja yang belum beli lagi~

Friday, April 22, 2011

Kalau Anda Sudah Memiliki Ferrari

Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Macam biasa, slot Jumaat ni daddy yang bukan lulusan Al Azhar ingin bertazkirah ringkas..moga jadi panduan kita semua.
Usai balik dari solat subuh, daddy macam biasa ambil peluang dengar slot kegemaran 6.30am di IKIM, iaitu tafsir Al Quran. Secara ringkasnya point utama dalam siri tafsir pagi ni ialah tentang ciri ciri orang munafik, iaitu tidak tahu bersyukur, manakala orang yang beriman harus redha dan bersyukur dengan ketentuanNya.

Redha, mudah dikata dari dibuat.
Buktinya?
Berapa ramai antara kita yang redha dengan kereta atau rumah yang kita sedia ada sekarang ni?
Keinginan untuk menukar model tu sentiasa ada..dari 3 series, nak ke 5 series..dah 5 series, nak pulak X6 !
Dari rumah semi-D, nak pula ke banglo, dari banglo, nak pula ke super banglo.
Tak salah upgrade andai mampu, cuma jangan kerana tidak redha, kita terlalu mengutamakan dunia semata mata nak kejayaan dunia yang tak kekal ini.


daddy berkata ' ahh, kalau aku pakai jentera ni, nescaya aku puas hati dan tak akan upgrade lagi'..

Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Sekiranya anak cucu Adam memiliki dua lembah emas nescaya dia tetap masih menginginkan lembah emas yang ketiga, dan sekali-kali tidak akan penuh mulut anak cucu Adam kecuali tanah,dan Allah menerima taubat bagi orang yang bertaubat”.                                                                             
(Hadis Riwayat: .Bukhari-Muslim)
 

Ironinya, kita 'redha' pulak dengan tahap simpanan kekal kita di akhirat.
Tak berusaha nak upgrade to the max. Mendatar aja simpanan kita.
Dah lah mendatar, selalu pulak buat withdrawal..
Mata meliar tengok awek dah consider as withdrawal..
Duduk buat ketupat pun dah dikira withdrawal..

So, mari kita belajar untuk redha dengan ketentuanNya, selepas kita berusaha bersungguh sungguh, tanpa mengabaikan perkara pokok, iaitu tugas kita sebagai hamba.


ps: kepada yang belum mendengar, daddy ziyyad ingin menyarankan dengarlah slot tafsir Al Quran ini, sangat sangat informatif, disampaikan oleh Ustaz Dr Zahazan (boleh add FB beliau). 6.30 pagi on weekdays, ulangan 8.00malam. Kalau nak dengar rakaman pun, boleh ke sini

Thursday, April 21, 2011

Bila Terlalu Banyak , Aku Mual.

Ni petikan dari The Star online 19 April:
Aku dah baca respons dari kawan kawan FB aku..nak tengok respons kawan kawan blog aku pulak...

Published: Tuesday April 19, 2011 MYT 2:25:00 PM
Updated: Tuesday April 19, 2011 MYT 9:46:37 PM

Official email account for each Malaysian adult

Initiative is to allow direct and secure communication between the public and the Government
PUTRAJAYA: All Malaysians who are 18 years old and above will be assigned an email account each in order to receive statements, bills and notices from the Government.

The initiative would allow direct and secure communication between the public and the Government, said Tricubes Bhd chief executive officer Khairun Zainal Mokhtar.

Tricubes Bhd is the company developing the 1Malaysia Email project in collaboration with Microsoft.
Khairun said Tricubes Bhd would also spearhead the development of a web portal which would include social networking services, online bill checking and payments.

"Currently, the company is still running stress test for the portal.
"Hopefully, we can get it ready by July this year," he told a press conference at the fifth progress update of the Economic Transformation Programme in here, Tuesday.

Meanwhile, the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu), responding to queries on the project, said the 1Malaysia Email address would not be made compulsory.
"1Msia Email is a private sector-led initiative by Tricubes, with investment from the company and not the Government," a Pemandu source tweeted.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Secara ringkas:
-setiap warganegara 18tahun ke atas akan diberi satu email utk tujuan menghantar kenyataan & notis Kerajaan, termasuk bil.
-Penglibatan syarikat swasta dalam projek yang dipanggil 1MalaysiaEmail.



Pendapat 20 sen aku:
- what the fish!
- adakah akan menggunakan sumber Kerajaan (baca: duit rakyat) untuk projek ini?
- adakah bodoh sangat rakyat Malaysia tak tahu nak create email?
- kalau tak tahu create email, secara logiknya, pandaikah buka email?
- siapa yang nak bayar bil guna email? apa guna M2U aku?
- akhbar perdana pun aku tak baca (baca: gua dah mabuk baca cerita politik), so expect aku nak baca email?
- saja buat bahan supaya pembangkang boleh kata ini medan nak sebar propaganda.Tak fikir kaa??
- alang alang, lepas ni buatkan sekali rakyat 1MalaysiaBlog....boleh blogwalking secara berjemaah.

u follow me, i follow u...:P



~ makin hari aku makin menyampah duduk malaysia, seriously~

Wednesday, April 20, 2011

Peminat Ziyyad

Adeh...susah juga jadi orang glamour nih..
Sentiasa menjadi pojaan hati..ekekeke..
Menjadi permintaan oleh mereka ini dalam entri pagi tadi





Jadinya, bagi tidak menghampakan permintaan peminat Ziyyad ni ( Zie, hakak miloais & cikgu ibuintan), maka disertakan disini gambar Ziyyad masa outing ke Putrajaya kelmarin..
~ mommy & daddy tetap sibuk nak menempel ~   :P

Ziyyad with mommy & future brother, Ziyyan.

Ziyyad with daddy.

By the way, bagi bakal bakal ibu/bapa atau yang bakal menambah askar dalam masa terdekat ni, sila sila ke jualan murah ini. Insya Allah, kami akan ke sana untuk mencari barang barang buat Ziyyad dan Ziyyan nanti...

Kaifa Haluka??

Kelmarin, ana layan sunset kejap kat Putrajaya...sebab malamnya teringin nak jadi orang Arab lah..
Orang lain sudah berkurun makan itu Saba punya nasi, ana baru terhegeh hegeh mau makan! ~haha

Ana pusing punya pusing, ana berhenti dekat sini lah..
Masya Allah....ramai sungguh umat manusia lah dekat sini..

ada rainbow lah..ente perasan tak?
Selain ana, ramai lagi manusia yang bawak kamera..
Ana tak bawak tripod ana lah..masya allah..sudah tahu mahu ambil gambar sunset & malam, lagi mau tinggal itu tripod..so ana kena gagah kan tangan ana lah supaya tak goyang ~haha
Sedang syiok syiok ana ambil gambar, tok bilal sudah testing suara pulak...:P
Ana buat calculation.
Mau solat sini kah, atau mau solat di Cyberjaya..
Ana tak mau lah leka ambil gambar, last last nanti ana masuk neraka lah(sebab lewatkan solat)...:P
Masya Allah...manyak cantik lah ini masjid kan...
Tapi ana sedih lah...
Saf dalam itu masjid tidak cantik lah...
Lagi ramai tiang dari jemaah  :P
Ana terpandang ini bangunan..
Sebab masing masing mau duduk ini bangunan, macam macam cerita keluar lah..
Yang tak logik pun, boleh logik.
Jalan tanah merah 30 tahun pun tiba tiba boleh jadi jalan tar tauu..semata mata mau duduk ini bangunan..keh keh keh..
Ya, ana tau gambar ana buruk..
Sebab ana tangkap gambar handheld saja..bajet tangan ana gagah..padahal sudah shaking kelaparan :P
Last last ana solat maghrib dekat ini masjid lah..
Masya Allah..mau tercabut lah lutut ana berjalan mau cari dewan solat masjid ini..kikiki...
Anak ana pun sudah bising nangis nangis mau makan..
Ana lagi sibuk mau berhenti ambil gambar :P
Bini ana sudah sound lah..okey..ana cari lah itu restoren Arab...
Ana bantai nasi arab + barbican + manggo jus lah..
Kenyang perut, suka hati...ana sudah ngantuk lepas makan, ana terus balik tido  :P

Tuesday, April 19, 2011

No Magic Formula

Budak-budak sekolah gumuks..
Semua panik..
Menteri pun tekan panic button..

Maka keluarlah macam macam sajesyen..
Haramkan jajan..
Tak bley jual nasik lemak hari hari..
Rekodkan BMI lah..

Orang Kedah zaman dulu kuat makan nasik,sebelum turun bendang....kurus aja kan..
Orang dulu sarap nasi, kurus aja kan..
Cuba gi Indon, lagi kuat depa makan nasik..pun slim me lim aja kan..

Takde magic.
Simple formula aja : Input VS Output
Masuk 100, keluar 40 = gumuks
Masuk 40, keluar 100 = cekedings

Budak zaman sekarang, makin lama makin malas.
Main bola dalam rumah.
Main skatebod dalam rumah.
Main golf yang santai tu pun, dalam rumah.
dari kecik sampai besar, rajin main bola, hari hari!

Pegi sekolah berhantar berjemput sampai depan gate.
Kalau boleh, mak dia nak parking keta betul betul depan kelas.
Eh..mak dia pun sama malas, sanggup block jalan semata-mata nak parking depan pintu masuk Tesco!
Berapa ramai budak naik basikal? kejar bas?

Makan mekdi dua minggu sekali..sounds OK kan..
Tapi in between disulam dengan kepsi dan pizza..
Tak kira mamak lagi tu..alahai....
terbayang kebanjiran lemak setiap kali makan roti canai banjir
Gomen wajibkan kira BMI hari hari pun.
Haramkan terus nasik lemak kat kantin pun..
Tapi kalau kat rumah makan macam macam..
Takdak physical aktiviti..
Nan hado jo hasilnya...

Jangan salahkan budak- budak ni gumuks
Bila mak bapak nya sumbat macam macam makanan tak sihat..
Jangan salahkan budak budak ni gumuks malas bersenam.
Bila mak bapaknya punya senaman ialah window shopping setiap weekend..

Maka betullah kata kata pendeta ni...
'Orang Malaysia mati sebab terlebih makan'

Monday, April 18, 2011

Terjemahan Gedek! -ish

 - maaf andai entri saya INI sukar difahami oleh Cik Ina, oleh Sahromnasrudin, dan sesiapa sahaja yang lebih mudah membacanya di dalam versi Bahasa Melayu. Saya terjemahkan entri saya itu, demi kalian.-

Saya teruja untuk menulis entri ini, kerana saya kagum dengan tahap istiqomah dan komitmen rakan blogger ini, yang saya panggil Bro Gedek!

Beliau berusaha setiap hari mengambil gambar dirinya sendiri, berlatar belakangkan pelbagai subjek, yang mana ini beliau gelar sebagai 'Self-Portraits'

Dan..Oh!!  Beliau juga memiliki suara yang keanak anakkan..Dengarlah sendiri di sini kawan kawan!  : P
mengambil foto sendiri dengan mengusung kamera dslr yang gabak, sangat meletihkan !
Saya bergambar dengan bapa mertua kesayangan yang saya amat hormati, Haji Zahari.
Beliau terbaring di atas ripple mattress selama hampir 2.5 tahun.
Beliau mengalami perdarahan stroke semasa usia Ziyyad baru menjangkau sebulan.
Pembedahan membuang darah beku dipanggil 'decompressive craniectomy' telah dijalankan, dan kini beliau dalam keadaan terlantar tidak boleh bercakap, dipanggil sebagai 'persistent vegetative state'

Beliau banyak mengajar saya tentang erti rendah diri, menjadi insan yang zuhud.
Walaupun berjawatan tinggi (memegang pangkat pengarah di salah sebuah agensi Kerajaan)semasa beliau sihat dulu,beliau lebih gemar bergaul dengan pekerja bawahan. Sikap beliau yang ramah dan tidak berprotokol meyebabkan pekerja bawahan senang dan suka akan beliau.
Beliau amat benci korupsi, menolak pelbagai tawaran rasuah, dan menolak dengan baik 2 kali tawaran gelaran Datuk.
Beliau menunjukkan contoh terbaik dan mengajar saya tentang pentingnya sebagai lelaki untuk solat berjemaah di masjid.

Saya amat amat berharap semoga suatu hari nanti beliau boleh sedar..Sekurang kurangnya dapatlah beliau bermain main dengan Ziyyad..sebagaimana beliau pernah lakukan 2.5 tahun yang lepas (semasa Ziyyad baru berusia sebulan). Amin, Ya Rabbal Alaminn..

Gedek! -ish

I decided to make this entry, as I admire the sheer determination shown by this fellow blogger, who I called 'Bro Gedek'

He makes an effort to capture daily image of his face, with various backgrounds, which he fondly called 'Self-Portraits'

And gosh, he does has a sweet, young voice too ! Check this out guys!!   : P
capturing self image with a bulky dslr is really an affair ! I set the focus point towards Hj.Zahari, not me.

Me, posing with my beloved, respected father in law, Haji Zahari.
He is confined to the ripple mattress for almost 2.5 years.
He succumbed to a haemorrhagic stroke, when Ziyyad was just a one month old baby.
Decompressive craniectomy and removal of clot was done, and he is now in a persistent vegetative state

He taught me the real meaning of being zuhud, being down to earth.
Despite of his high flying career prior to the illness ( he was a state director of a government agency), he preferred to mix around with the lower rankings staff, and those staff loved him so much.
He hate corruption, he refused bribery, he rejected twice the Datukship awards.
He taught me the importance of performing solat in jamaah, at the mosque.

I am really hoping he will regains his consciousness, so at least he can play around with Ziyyad, just as what he did 2.5 years ago. Amen..

Saturday, April 16, 2011

Contest Masukkan Dialog Lucu.

Sebagai menyahut cabaran uncle Pak Ngah...
Tadaaaa...........

Jom sertai contest ni Klik Sini




PakNgah: " Tolong ambilkan saya air segelas..dah tersandar kekenyangan ni, malas nak ke dapur. Nak panggil awak pun saya telefon ni tau"

Makngah: "bawak bawaklah berjalan pak ngahnya..perut tu mesti dikecikkan cepat..al maklumlah lagi 2-3 bulan kita nak buat majlis kahwin..barulah awak segak menerima tetamu nanti"

Friday, April 15, 2011

Tazkirah Jemaat

Salam Jumaat, penghulu segala hari..

Tazkirah ringkas Ustaz Daddy pagi ni...bertajuk "Anak Anugerah Allah"

Setiap anak yang lahir, ialah anugerah Allah kepada kita.
Sedar tak sedar, anugerah itu datang sekali dengan pakej tanggungjawab.

Antara tanggungjawab kita, ialah memastikan anak mendapat khasiat makanan dan minuman yang terbaik, dimulakan dengan susu ibunya. Di ikuti pula dengan tidak menyuapkan racun tersembunyi kepada mereka.

Oleh itu...

Bertukarlah segera ke botol BPA-free.
Tiada alasan lagi...mommyZiyyad borong tiga botol di Sogo..menambah koleksi yang sedia ada.
Mahal? Dengan hanya RM11, anda dah boleh dapat sebijik..
Ya, brand seperti Avent tetap poyo dengan harga RM30++.
Kalau sehari boleh beli rokok RM10, amat zalim anda kata botol susu ni mahal..wajar saja anda di soal di Padang Mahsyar..:P

Jangan abaikan tanggungjawab terhadap anak anak..
Nanti mereka akan merenung jauh .....
Merenung jauh nasib mereka...diabaikan..
Mencari cahaya kasih sayang...



~ mesej ini dibawa oleh Kementerian Kesihatan Uganda, dengan kerjasama Jabatan Ugama Uganda~

Thursday, April 14, 2011

DURIAN

Kelakar aku baca jawapan korang  kepada soalan TRIVIA pagi tadi..

Jawapannya ialah bunga durian !!
Tahniah kepada yang menjawab tepat.
Hadiahnya, ialah pakej makan durian free sampai lebam...serious.
Tunggu musim durian nanti, korang datanglah ke rumah mertua aku.

Tujuan aku buat soalan trivia tu ialah nak test try tengok, ada tak orang lain selain aku yang tak kenal bunga durian..ekekeke...rupa rupanya bukan aku sorang aje yang tak tau..haha
Dah 32 tahun 4 bulan hidup, semalam for the first time aku tengok rupa sebenar bunga durian kat rumah mertua.

Kat rumah mertua aku ni, memang ada dusun family. Ada pokok durian, manggis,langsat, rambutan, pulasan..siap dengan anak sungai. Setiap kali musim durian, memang meriah, sampai boleh jual murah kepada kawan kawan. Yang nak makan free, sila datang rumah. Tapi selama aku kawin dengan mommyZiyyad, tak pernah terlintas pulak nak berkenalan dengan bunga durian, until yesterday evening..tengah test shoot gambar pokok..~haha..

Fakta berkenaan durian VS daddyziyyad yang anda perlu tahu (poyo!) :P

- aku suka makan durian, tapi tak suka bau durian. Wife selalu marahkan aku sebab aku tak bagi bawak balik durian dari rumah dia ke rumah kami, sebab aku tak suka kereta aku bau durian!Memang nak muntah wehhh..masuk kereta, nak nak time tengahari panas, bau durian! Selalunya MIL aku dah masak perangai urban aku, so dia siap kopek kan , dan masukkan isi dlm bekas tapauwe besar. Itu pun boleh berbau tau!!

-macam macam teknik aku dah cuba nak elak bau durian bila bawak dlm kereta. Wife aku try balut buah tu dgn roti..hahha...dan try letak arang sekali..letak tapauwe tu dalam bekas politerin, seal dgn selotep..still berbau!

-kalau kereta dah saturated dengan bau durian, sila jangan spray perfume. Ia memabukkan lagi anda. Samada letak arang, atau letak daun pandan aja.It works for me.

-segala benda tentang kepelbagaian durian aku suka. Kuah durian/santan durian, tempoyak, dodol durian, kek durian, eskrem durian..hatta sebab banyak sangat durian kat rumah mertua, kami siap buat cekodok durian! Ye..cekodok durian..haha
ihsan google. Sedap ooo cecah dengan roti bai

-aku tak geti kopek durian. Bukan tak mau belajar, dah belajar, still tak pandai pandai. Bagi mengelakkan tangan aku ni luka( nanti tak boleh rawat patient, kata MIL aku :P ), samada MIL aku yg kopek, atau mommyZiyyad(ya, dia terror kopek), atau ipar2 aku yang kopek kan, ekekeke..kalau balik rumah parents aku, ayah aku lah tukang kopek. 

So, nantikan musim deroyan yer.
Yang nak datang makan sampai lebam tu, boleh inform aku..aku kasik alamat

Trivia

Salam pagi Khamis..

Jom ber trivia..

Bunga apakah ini ?


ps: GB mesti tahu bunga apa ni kannn?

Wednesday, April 13, 2011

Drypers: Sila Taja Anak Saya (dah buat iklan ni)

Sehari dua ni, hangat perbincangan pasal perbelanjaan barangan rumah/groceries di dalam FB group sekolah aku.
Rata rata kawan ex sekolah aku kerja professional.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, belanja bulanan banyak pergi ke arah:
-pampers
-susu formula
Average belanja bulanan groceries ialah sekitar RM2000 sebulan.

Maka semalam aku godek godek gambar dalam henfon cokia aku, jumpa gambar ni :
Best nya kalau Drypers sudi taja pampers Ziyyad & bakal adik Ziyyad nanti :)
Drypers ialah jenama yang mid level, tak lah cikai sangat, tak lah mahal membunuh macam MommyPoko.
Dan Alhamdullilah, Ziyyad have no issues with it. No rashes.
Selalu kami beli bila Tesco buat jual murah. Harga Drypers ni boleh range from RM36++ ke RM 28 ++.
So, untuk rakyat marhein macam aku ni,kena bijak pilih time beli Drypers.

Lagi gambar lama dari henpon cokia.
Secara peribadi,berbelanja di Tesco lebih murah dan menjimatkan berbanding di Giant.
Barangan dari Tesco UK pun ada, sebab kami suka beli olive oil & cereal from UK.

Gambar terkini, pun dari henfon cokia.
Ziyyad sedang mengira akaun perbelanjaan groceries kami.
2 tahun pertama, kami tiada kos susu formula, sebab Ziyyad 100% breast feeding.
Harapnya adik Ziyyad pun boleh begitu, Insya Allah.


Entri ni aku buat sebagai survey, almaklumlah, lepas ni kami akan ada 2 askar nak suap..ekekeke:

-berapa belanja groceries anda sebulan (barang dapur/sabun/pampers/etc), dan utk berapa org serumah
-any tips utk penjimatan.

Terima kasih daun keladi.



Tuesday, April 12, 2011

What The Fish !!

Dah boring tak tau nak sarapan apa, roti pun takde kat rumah..so aku layan lah benda ni pagi tadi..



Kalau kat mamak, mesti kena charge RM3.50.
Baik makan kat rumah.
Kalau nak sedap, boleh add on ayam ke, fishball ke, crab stick ke..

Tapi sekali sekala makan di luar, mahal sikit pun tak apa...
Yang penting sedap dan memuaskan..

Tapi kalau macam ni What The Fish!!
Bagi aku itu dah super membazir.
Ye lah..aku rakyat marhein...satu meal sampai RM260 tu memang bagi aku amat keterlaluan.
Nak makan buffet Ramadan RM50 sekepala pun aku rasa dah membazir, dan ironi sebab siangnya kita berpuasa, tapi malam jadi membazir.

Ada beberapa isu tentang kes ini:

-peniaga perlu jujur pamerkan tanda harga, so pelanggan sedar apa yang bakal di bayar.
-pelanggan sila ringan mulut tanya sebelum makan, tanya harga.
-kalau peniaga menipu campur patin sungai & patin kolam, dan pelanggan pulak 1st timer kononnya nak rasa patin sungai?

Aku harap KOG boleh buat review pasal kedai makan kat Temerloh ni.  :P



~ aku yang hanya pernah makan sepotong ikan patin berharga RM4 ~

Monday, April 11, 2011

Iklan Tak Berbayar

Aktiviti Sabtu lepas, melawat ke kolam memancing yang dimiliki oleh makcik mommyZiyyad, kami panggil Makcu.

Official name: Kolam Pancing Lombong Melintang.
Boleh cari di Facebook. Ada macam macam gambar dan hebahan tentang up coming contest memancing di sana. Boleh add kalau nak.
Ini dia tokey kolam memancing ni, yang sedang bersiap sedia nak pergi menembak anjing liar yang membaham kambing kambing nya. Nama manja beliau, Pak Mail. Makcu ialah wanita berbaju merah itu.
Kolam memancing nya luas. Ada disediakan toilet dan surau. Memancing memancing jugak, jangan lupa solat. Ni masa Sabtu pagi, belum ramai lagi yang sampai. Oh ya..malam malam pun boleh memancing, sebab ada lampu spotlight lagi..
Macam macam spesis ikan ada di sini. Ikan bawal, ikan sardin, ikan yu, ikan tenggiri :P
Eh..kalau minat, check kat facebook dia lah..aku bukan pakar ikan...ekekeke
Kalau datang awal, dapatlah port yang berbumbung macam ni. Kelihatan anak anak bebiri Pak Mail sedang aktif meragut rumput.
Kolam simpanan ikan. Sebelum contest memancing, ikan-ikan baru akan di beli dan di simpan di sini dahulu, dan dilepaskan ke kolam pada hari pertandingan. Pak Mail jujur orangnya, di biarkan ikan ikan ini lapar, jadi mudah makan umpan. Bukan seperti sesetengah pemilik kolam pancing yang menipu dengan menjamu ikan dgn makanan sepuas puasnya. Mana lah ikan nak makan umpan kan...
Seronok tengok brader ni kaut ikan. Dah dekat 5 tahun aku kawin dengan mommyZiyyad, sekalipun aku tak pernah memancing kat sini! Sebab tak minat. Melepak kat sini pun selalu, sebab dekat sangat dgn rumah mertua aku, tak sampai 2km pun..ikut jalan dalam kampung..Tapi ikan ikan kat kolam ni dah banyak yang aku makan walaupun aku tak memancing ! ~haha
Pak Mail dan Makcu ialah pencinta haiwan. Selain ikan, mereka juga membela kucing, banyak kucing. So, aku rasa aku tak perlu bela kucing. Kalau nak kasi Ziyyad main kucing, aku bawa ke sini. Main lah sampai lebam.Rabbit pun ada.
Korang ada bela burung hantu?? Takde kan..Pak Mail ada bela..Paspet nama burung ni..
Dulu ada juga dia bela burung helang. Tapi khabarnya burung helang tu rindu kampung halamannya..terus terbang pergi tak balik balik..
Selain menjalankan bisnes kolam pancing, Pak Mail & Makcu ini juga ialah seorang peladang jaya. Ada beratus ekor kambing boer, kambing biasa, dan biri biri peliharaan mereka. Makcu siap menang Anugerah Peladang Jaya lagi..Kalau anda nak beli kambing yang berkualiti, murah, sila ke sini. Majlis akikah Ziyyad dulu, kambingnya datang dari sini.
Antara biri biri yang dibiar bebas meragut rumput. Dulu akikah Ziyyad guna kambing spesis ini. Maybe untuk adik Ziyyad yang bakal lahir nanti aku ingat nak test pakai kambing boer pulak :)
Antara banglo kambing kambing nya.Kambing kambing di sini ditatang bagai minyak yang penuh, seriously. Even Pak Mail & Makcu selalu menjadi bidan menyambut kelahiran anak anak kambing yang baru. Setiap kambing ni mempunyai nama mereka. Aku pun tak tahu macam mana mereka boleh cam, sebab dimata aku, kambing ni semuanya sama! ~hahaha...
Sesi berkenalan dengan kambing, version 1.
Sesi berkenalan dengan kambing, version 2. Aku tengok kambing ni ada iras iras kambing yang Bujal X pakai dalam entri dia minggu lepas...~hahaha
Sesi melepaskan kambing untuk berjalan jalan mengambil angin..Kambing pun tahu beratur. Dan kambing tak makan duit haram..
Tu dia si penggembala kambing sedang mengira berapa ekor kambing yang dah keluar kandang.. Kira betul betul Ziyyad..
Selesai sudah mengira kambing. Pak Mail (atas motor baju merah) pun dah take over kerja menjaga kambing dari Ziyyad..Sehingga bertemu di lain episode..babai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...