Thursday, March 31, 2011

Novel Terbaru

Sekarang ini aku tengah baca novel terbaru.
Tiap tiap hari aku baca novel ni.
Baru beli Jumaat lepas.

Asalnya novel ni datang dari Jepun.

Novel ni laris macam goreng pisang panas.
Dah diterjemah ke beberapa bahasa.

Sekarang, bila dah ada novel ni, kena lah baca kan..
Baca sampai faham, dan praktis.
Itulah uniknya novel ni.

Ada yang beli novel ni, tapi tak baca langsung!
Ada yang baca, tapi tak khatam.
Rugilah kan...dah invest duit banyak banyak...tapi buat alat kadar.

Setakat ni, aku dah habis baca hampir separuh novel ni.
Kena habiskan, fahamkan..dan cari pula adik beradik novel ni kat Kinokuniya..
Sebabnya, kalau setakat baca novel ni, rasa tak puas..kesinambungan ceritanya, ada dalam novel lain yang lebih terperinci...kalau takde kat Kinokuniya, jawabnya kena beli kat amazon atau e-bay lah jawabnya..

-
-
-
-
-
-
-
-
'novel' Manual 60D
gambar ehsan google, sebab laptop tua aku tak boleh baca SDHC card(not SDHC compliant), hanya boleh baca old format SD card aje..huhuhu..pagi ni aku tak bawak pulak interface cable, tertinggal dalam kotak...kalau tak bleh transfer gambar direct...

So,untuk muat turun gambar lepas ni, aku kena pilih samada;
-try guna free firmware update microsoft yg kononnya bleh upgrade internal sd card reader ni to be sdhc compliant (aku dah try so far, failed!)
-guna interface usb cable
-kena beli separate new sdhc compliant card reader
-beli macbook baru!!!  yehaaaaaa! ....baru plan nak beli iPad hujung minggu ni..~huhuhu..

Wednesday, March 30, 2011

A J A I B

A J A I B

-bayar beribu untuk mengerjakan umrah boleh....
 tapi nak suntik vaksin meningitis pun merengek nak suruh cover dalam medical bill
dah sah sah tak cover, nak ajak aku bersubahat sama menipu claim supaya boleh include kos vaksin.
Ajaib kan, untuk beribadat ke tanah suci pun dah didahului dengan benda haram.

-bayar $10 -$15 sehari untuk hisap racun boleh...
 tapi nak bayar $2 sehari untuk ubat yang boleh elakkan stroke atau kematian mengejut, tak boleh.
 Ajaib kan kuasa racun narkotik itu.

-keluar duit beratus beribu jelajah satu malaysia cari penawar resdung boleh...
tepek lipas kat hidung...sedut asap kotor...bekam kat pipi kat dahi sampai benjol, boleh..
Ajaib nya, ubat nasal spray $40 pun berkira nak beli...

-'saya nak ubat yang paling power ye doc..'
Ajaibnya, bila nak bayar bil perubatan, terperanjat pulak bila dikenakan kos yang power...ekekeke

-'demam anak saya tak kebah kebah lah doc..dah masuk 2 hari ni'
Ajaibnya, bila urusan memberi ubat demam diserah bulat bulat ke bibik, dan last dose ialah 28jam yang lalu!

-selsema demam baru sehari..baby aktif bermain dan menyusu, ceria.
Ajaibnya itu pun dikerahnya referral ke specialist. Cuba try test bayar sendiri (tanpa medical card) :P

-perut kembung dan sakit, berulang berbulan bulan. Ubat singseh, ubat bomoh, semua dah merasa.
Ajaibnya tak mahu di scope, sebab katanya tak ada apa apa, angin sahaje.

-badan letih, dehydrated, kurang susu badan dan tak bermaya selepas seminggu bersalin.
Ajaibnya, lepas dinasihati, berkeras tak mau minum air  lebih 5 gelas sehari sebab takut bentan katanya. Lantak lahhh.. :)


~siri keajaiban ini ada sambungan nya, insya allah~

Tuesday, March 29, 2011

Zizie Ezette Driving Macam Mana?

Aku memang hairan dengan politik malaysia.
Tak cukup dengan macam-macam kisah yang memalukan dan memualkan, perangai mereka dalam parlimen pun aku pelik, cukup pelik.Ada lah beberapa muka yang aku rasa, aku lagi layak duduk dalam parlimen..hahaha..
Antaranya, orang tua yg bernafsu artis nih.

Tapi kali ni, aku bersetuju dengan pendapat dia.
Bukan semua wanita macam tu, tapi ramai.

Pada aku, mereka mengundang bahaya apabila:
-driving terlalu slow. Dengan gaya posture badan yang menakutkan! Muka rapat ke depan( penuh tekun!)
Bila muka dah rapat ke depan, memang mata tak akan melirik tengok cermin pandang belakang..tu pasal bila kita laju di belakang, mereka tak ke tepi(ini selalu terjadi di highway). Bila dah jenuh orang high-beam(sebab bawak 90km/h lane kanan), pun kadang kadang tak perasan!
slow macam nenek ..ekekeke
- driving terlalu laju, menonong..suka brek mengejut, rapat dengan vontot kereta depan! Ada basic rules kan tentang jarak selamat bila memandu. Kalau dah 100km/h tu, at least kena ada space at least for 2 cars in between.

-jenis yang multitasking. Seriously, aku seriauuuu..
serius, aku pernah jumpa pompuan yang tenyeh lipstik, tapi masa kat traffic light ler..:P

Secara peribadi, aku pernah eksiden dengan satu ah soo ni dulu. Masa tu kat traffic light. Dah lama pun lampu merah. So, aku berhenti(sebab kereta depan aku berhenti). Lebih kurang seminit lepas tu dari cermin pandang belakang aku nampak sebijik perdana tengah laju. Aku dah terdetik dalam hati 'tak akan sempat break dan memang kena sondol aku ni'. Sah..kena sondol! Lepas tu sedap mulut aja ah soo tu cakap cina dengan aku! Dekat seminit dia membebel aku beritahu dia aku melayu lah! Dia bagi macam2 helah lah, tapi aku tau ikut law, memang dia yang salah. So jom ke balai. Dan aku claim insurance dia.

Monday, March 28, 2011

Hebahan Umum

Semalam baca laporan kat Mingguan MStar tentang 'kehilangan wang di dalam akaun simpanan bank'
Selalu dengar dan baca tentang ini, dan semalam mereka buat laporan eksklusif tentang ini.
Seram baca..seram sebab risau takut terkena benda ni.
So, aku rasa elok aku uar uar kan dalam blog ni, untuk panduan kawan kawan semua, yang mana maybe tak baca laporan tu semalam.

Fakta ringkas tentang isu ini:

- Ketua Biro Aduan Khidmat Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book pun terkena, hilang RM50,000 menerusi transaksi ATM. Kes masih pending setelah buat report polis dan Bank Negara Malaysia(BNM). Pihak bank kata bukan salah mereka. Datuk ni kata maybe nak saman kalau keputusan kes masih samar. Senanglah cerita, sebab dia lawyer, dan dia ada pangkat. Kalau kita kena? Rakyat marhein kena?

-laporan akhbar semalam memetik dari 5-6 orang mangsa yang terkena, memang bank nak tak nak layan aja kes mereka(walaupun dah buat laporan polis dan BNM). Dan jangan harap bank bayar balik wang yang lesap tu. Bukan kesalahan mereka katanya.

-Ikut laporan Jabatan Siasatan Jenayah Siber & Multimedia PDRM, modus operandi sindiket ini ialah:
 a) tepuk bahu
   suspek datang dari belakang, tepuk bahu masa kita di ATM. Dia kata duit kita jatuh. Kita tunduk, mereka tukar kad kita dgn kad mereka. Kita tak sedar lepas tu kita bawak balik kad lain.
 b) Phising
  ini menggunakan internet banking.Mereka akan hantar sms/email palsu, yang mendorong kita masuk ke website palsu(yg sebijik mcm yg asli, cuma URL lain)

-Ikut statistik polis juga, kes kes yang melibatkan pecah amanah dari staf bank itu sendiri(yang ubah akaun kita utk masuk ke akaun mereka/3rd party) adalah rendah. Kononnya kerana sistem bank sistematik dan ketat. Tapi duit kita hilang jugak kannnnnnn...

-Statistik jenayah siber ni makin membimbangkan, walaupun banyak hebahan dibuat oleh pihak bank dan polis. Kes-kes phising makin meningkat dengan ketara:
  2008  - 32 kes dilaporkan
  2009  -  75 kes dilaporkan
  2010  -  353 kes!!  (jumlah kerugian almost 1.2 juta)
kalau ada makcik/akak macam ni menunggu di belakang, aku rasa secure sikit. Melampau lah kalau makcik tu 'tepuk bahu'!
contoh phising website. Jangan respond apa apa email/sms at all!

-Kalau kita terkena, kat mana kita nak mengadu?
 a) polis
 b) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
 c) BNM 
    call BNM telelink: 1 300 88 5456
    fax BNM            : 03- 21741515
    email BNM         : bnmtelelink@bnm.gov.my

- aku memang jarang simpan cash banyak dalam saving account. Aku simpan dalam ASB & Tabung Haji.
Nak letak banyak banyak duit dalam akaun debit card pun kadangkala aku risau. Tapi ikut statistik, kes mostly involved ATM, rather than credit/debit card.
-sentiasa pantau akaun kita. Bagi saving account/debit card account, aku monitor almost every 2-3 days thru internet. Dan aku elakkan masuk internet banking di public pc/laptop pinjam.
-dan mungkin juga lepas ni kena simpan wang dalam bentuk emas dinar. Ia pun investment. ~emas dinar~

So, sama sama kita berdoa supaya kita terhindar dari musibah ini.

Friday, March 25, 2011

Beli Senapang

Maaf ya kawan kawan..
Sehari dua ni bakal busy..dan tak sempat nak BW ke rumah anda semua macam selalu..

Selain busy dengan urusan di klinik....busy juga buat final review di internet & magazine tentang sebijik senapang ni..
Maka petang ini , saya akan ke kedai senapang.

Membeli senapang yang telah lama di idam.
Duit dalam tabung ayam pun alhamdullilah dah cukup disimpan..
So, kena pecahkan lah tabung ayam tu..bagi kat apek kat kedai tu..

Yang mana sempat saya BW, saya BW ya..yang mana saya selalunya masuk pagi-tengahari, maybe akan masuk lewat malam...~huhu


~boleh lah saya menembak selepas ini~  :P

Thursday, March 24, 2011

Apa Ada Pada Nama

Kampung Penajis?
Eh..takde nama lain ke nak bagi?

Pedas?
Saya selalu buat lawak kononnya lidah terasa pedas bila lalu di sini.

Tanjung Kling?
Kenapa mereka tak bising2 marahkan nama tempat ini? Tapi novel Interlok itu mereka marah?

Jalan Dato' Siamang Gagap?
Glamer sungguh gelaran datuk ni kan...tapi saya tak pernah dengar(masa di zoo) suara siamang yang gagap!

Bongek?
Wakakaka...all timer punya kegemaran. Setiap kali pulang ke kampung dan lalu sini, memang kami akan tergelak.

Batang Berjuntai?
Khabarnya dah ditukar nama kan?

Kampung Batang Bergedik?
Ya Allah...malunya kalau ni kampung aku...wakakaka

Menggatal?
Tak pernah sampai ke sini. Rasanya kena standby piriton. ekekeke

Ayer Leleh?
Ingatkan hingus aje meleleh..:P

Melekek?

~patutkah nama nama tempat/kampung/jalan yang memalukan/lucah/tak senonoh, ditukar?

~kenapa orang dulu 'sangat kreatif' bila bagi nama tempat/jalan/kampung?

Wednesday, March 23, 2011

Hantu Kak Limah Jangan Makan Jariku

Dalam entri Cik Ina yang ini,   Hantu Kak Limah punya komen;
Hantu Kak Limah said...
hahaha...jari daddy ziyad mmg gebu cam apom...kak..prtanyaan dorang tu kengkadang buat gelak terbahak2...haahaha...cepat betul dorng fokus..
Dan dalam entri aku yang ini  pun, Hantu Kak Limah komen;
Hantu Kak Limah said...
ala..mesti yang comey2..gebu2..jari mcm apom tu dr kan...hahhahha... teringat memori ambik result SPM...(saje gedik nangis ramai2.....)antare lulus atau gagal....saje kasi bunyi.......hahhahhahaha....
 Moga moga Hantu Kak Limah lebih berselera nak makan lobster tu..ekeke
Tengok tu Hantu Kak Limah..aku posingkan jari aku..mana ada gebu...~miahaha

Tuesday, March 22, 2011

SPM

Esok result SPM keluar.
Setiap kali result SPM keluar, mesti memori zaman sekolah menengah dulu menerjah kembali.

Banyak suka duka kat sekolah menengah.
Aku ada 2 sekolah untuk sekolah menengah.
Form 1 - Form 3, aku sekolah agama.
Form 4 - Form 5 aku sekolah barat..ekekeke.

Peralihan dari sekolah agama ke sekolah barat itu, telah mengubah destinasi hidup aku.
Kalau tak dulu, target nak gi mesir tu..
Buat course syariah ke, usulludin ke..

Ingat lagi aku, lepas PMR, gurubesar dan cikgu2 sekolah agama aku dulu beria ia tahan kami yang nak hijrah.
Ye lah, lepas satu, satu student keluar dari sekolah tu.
Penyudahnya, siapa yang nak duduk kelas sains tingkatan 4 kat situ?

Bila masuk sekolah barat tu, aku ada sedikit cultural shock.
Bukan cultural shock apa pun..
Cultural shock dengan pergaulan dengan kawan kawan perempuan yang agak longgar.
Al maklumlah..dulu sekolah agama ...segala benda berasing lelaki perempuan.
Kelas lelaki, kelas perempuan. Hari sukan lelaki, hari sukan perempuan.
Hari library lelaki. Hari library perempuan.

Banyak banyak memori kat sekolah barat yang aku masuk dari form 4 hingga form 5 ni, memori dengan kawan kawan team rugby ialah memori terindah..
Memori belajar aku so so aja. Aku bukan budak pandai.

cuba teka, mana aku? ekekeke

selamat ambil keputusan spm ye adik adik..
ingat, spm tu bukan end of the world.
jalan penuh ranjau berduri masih jauh perlu ditempuhi.

Gagal dalam spm bukan gagal dalam hidup.
Dan berjaya cemerlang dalam spm bukan tiket untuk terus berjaya dalam hidup.

Monday, March 21, 2011

Terima Kasih Kawan-Kawan

Thanks kawan kawan yang bagi solution untuk masalah aku ni.
Sekarang dalam proses re-size segala macam gambar yang pernah di upload dalam blog ni..jenuh la juga..ekeke

Tapikan, ada sedikit kehairanan lah, sebabnya, korang perhatikan contoh salah satu gambar yg aku resize ni:

Original saiz --3455 KB  (hahaha..ambek ko..padanlah penuh aku punya storage, selama ni langsung tak resize)

Gambar itu masih dalam PC (microsoft office picture), aku edit ke saiz 450 X 338 pixels menghasilkan gambar akhir yang bersaiz 170KB. Ok lah kan dari 3 ribu lebih KB tadi..

Tapi bila aku edit guna picasa web album ke saiz 450 X 599 pixels, gambar akhirnya hanya bersaiz 66KB !

Banyak beza tu, 170KB dengan 66KB, padahal pixels nya lebih kurang aja..entahla..aku buta IT...apa yang penting, aku dah boleh upload gambar..ekekekekeke

Sebagai menyambut kegembiraan boleh upload gambar,(dan laju upload into blog, sebab selama ni aku tak resize dulu!), aku tepek gambar-gambar Bali ni...khusus buat wahida yang nak sana bulan 10 ni, dan buat Dr.Hani yang masih berkira kira nak ikut atau tidak husband nya ke Bali....kalau boring, sila skip saja...memang aku rakus menepek petang ni...sebab aku gumbira...ekekeke...
Benda pertama yang korang nampak, airport Ngurah Rai. ~ pria punya selera~ ekekeke
Sila bawa wang US Dollar. Dah dua kali ke sini, memang kalau tukar USD ke rupiah di Bali, lebih menguntungkan. Tapi jangan tukar RM ke rupiah di sini. Memang rugi.
Bersantai di pantai Nusa Dua. Ni depan hotel yang aku duduk tu. Nusa Dua Beach & Spa Resort.
Welcome drink masa sampai ke hotel. Masa ni inai masih ada di jari. Muda ~ 5 tahun masa ni dari sekarang..ekeke
Destinasi wajib pergi di Bali. Bedugul. Temple yang cantik dalam air. Kat sini sejuk, sebab kena naik bukit.
Orang Bali yang penuh seni. Ni motor harley davidson diperbuat dari kristal. Banyak lagi ukiran kristal di sini.
Seni melukis. Kat sini boleh beli painting yang berkualiti dan much cheaper, kalau nak compare di Malaysia. Tapi awas, jangan terbeli yang palsu. Mereka suka lukis gambar pompuan tak ber coli..ekekeke..
Seni kraftangan kayu. Ni chess set yang diukir dari kayu. Memang telitilah hasil tangan mereka.  Aku suggest korang ke pusat perukiran kayu Dewa Malen ni...bos dia pun peramah.
MommyZiyyad posing dgn bos Dewa Malen.
Seni batik. Nak belajar mencanting batik pun boleh.
Seni ukiran batu. Ni kat depan Hard Rock Cafe Kuta, Bali.
Betapa rajin nya orang Bali. Ni mini sawah padi kat belakang rumah. Kalau kita, belakang rumah penuh semak samun aja.
Orang Bali memang kuat sembahyang. Hari-hari ada upacara agama. Bak kata mommyziyyad, kalau mereka ni Islam, Insya Allah mudah masuk syurga...:P
Tanah Lot. Memang best layan sunset kat sini. Duduk kat sini 2 jam memang tak terasa. Tanah Lot ni di isytihar sebagai antara destinasi terbaik di dunia(pemandangan/surfing) kalau ikut bancian kat Discovery Channel tu



Okeh...aku nak balik...dan nak teruskan kerja kerja resizing gambar gambar dalam blog ni....babai..

Minta Tolong...

Pagi ni aku try nak upload gambar dalam blog.

Macam biasa aku klik 'upload'
Tunggu punya tunggu, tak boleh upload daa..
Katanya :

Whoops! You're out of space. You are using 100% of your 1 GB quota for photos. Purchase more storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between Gmail, Picasa Web Albums, and Google Docs, and is in addition to your free quota.

Bila aku buka akaun Picasa Web Album tu, ternyata dah abis limit FREE storage nya.(1024MB)..huhu
Kena bayar lah kalau nak expand size akaun ni.

So, aku nak tanya ni, adakah sebab terlampau banyak gambar aku tepek dalam blog sampai abis limit FREE storage tu, atau ada teknik lain(tak payah bayar)?
Kalau aku delete gambar-gambar yang dah upload , makanya gambar-gambar tersebut ( dalam blog) pun akan terpadam.

Apa solution nya ya kawan kawan?

Friday, March 18, 2011

Bebaskan Diri Anda Dari Penipuan - siri Mythbuster

Dua hari lepas heboh diperkatakan tentang dakwaan Presiden CAP, kononnya lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar, berisiko kerosakan sperma dan mati pucuk!


Maka surat khabar-surat khabar tabloid pun publish lah isu ini. Macam biasa , demi mengejar rating. Betul atau tidak, tolak ke tepi. For the record, aku memang anti lagi meluat dengan akhbar tabloid kat malaysia ni..korang pun tahu kan akhbar mana...Anti nya aku sebab akhbar ni sibuk sangat dengan cerita seks kat muka depan..cerita orang mati kat muka depan..lepas tu penuh iklan mesin electromagnetik...dan kini, kosmo pun dah jadi macam akhbar tu lah jugak(yang aku gelar harian metrosex..ahahaha)
Jadi, aku memang tak beli akhbar..sebab akhbar macam ni penuh berita sampah/sex, akhbar yang satu lagi penuh berita politik/tikam orang. Kalau nak beli pun, aku beli The Star, yang pada aku lebih berbaloi.

Sorry, melalut pulak. Back to the topic, masa keluar aja so called 'laporan CAP' ni..masing masing kalut. Hatta sebuah stesen radio pun siap adakan satu ruangan khas di pagi hari berbicara tentang ini. Pagi tu masa aku BW, pun banyak blog yang cerita pasal ni.

Aku senyum aja. Sambil rasa sedih.
Senyum sebab aku memang awal awal lagi 200% tak percaya dakwaan si presiden CAP ni. 
Siapa dia? Apa background dia?  Bukan niat aku untuk merendah rendahkan orang, tapi aku rasa aku berhak pertikaikan dakwaan sebegini yang memberi impak besar kepada masyarakat. Kajian yang dia dakwa CAP buat tu, ikut standard protocol punya kajian ke? Berapa sample yang dia ambil? Ada ke kajian dia tu di publish dalam mana mana journal perubatan?
Tu sebab aku percaya, dia ni bercakap tanpa fakta. Kajian macam main pondok pondok, kajian pokok ceri aku panggil. Ni bukan pertama kali CAP(melalui presiden nya) buat dakwaan yang lawak. Sebelum-sebelum ni pun ada dakwaan yang pada aku, sangat kartun. 

Yang aku sedih, sebab paper malaysia ni tahap sampah. Ketua editor pun sampah agaknya. Tak kaji sumber berita tu. Main publish aja. Kalau tak, takde lah jadi macam ni. Dan takdelah jadi macam kes si kartunis Zoy (yang dah tua bangka tau) buat lawak tsunami. Bukannya susah sangat nak tahu betul ke tidak dakwaan CAP ni. Google aja. Dan search la keyword kajian berkenaan. Paling busuk pun, telefon saja mana -mana pakar perubatan, dengar penjelasan mereka. Bila benda2 macam ni publish dalam paper, maka rakyat malaysia percaya. Rakyat malaysia yang tiada basic ilmu sains hidup hidup kena kencing, maaf cakap. Tu pasal aku sedih. Aku kaji komen komen bloggers dalam blog2 yang paparkan dakwaan presiden CAP ni, memang ramai yang percaya bulat-bulat! Dalam blog2 tersebut, aku dah bagi komen aku, bahawa CAP buat dakwaan tanpa asas.  

Anda nak tahu betapa meticulous dan rumitnya nak buat kajian? Pertama, yang paling penting 'number of sample'. Yakni bilangan responden kena besar. Bukan puluh-puluh..Bukan seratus dua. Kedua cara kajian dijalanakan. Double blind ke? Ketiga, random kah kajian itu? Ni baru mukaddimah. Kalau anda rajin nak membaca(dan supaya tidak mudah ditipu dengan dakwaan kononnya kajian telah dibuat..bla bla bla...) sila sila lah Google perkataan ini : randomized control trial, double blind study, prospective study, retrospective studies, meta -analysis.

Dan semalam, di ruangan Dalam Negeri , Utusan Malaysia, terpampang lah berita ini.

Aku senyum lagi..
Aku harap, andai CAP dan presiden nya ada integriti, sila jawab komen Datuk Dr.Prashant itu, tak payah jawab komen aku ini.

Aku memang suka jalankan misi percuma ini.
Misi membongkar perkara mistik/tahyul/mitos berkaitan dunia perubatan yang membelenggu bangsa aku.
Kalau banyak duit, mahu aja aku terbitkan satu rancangan ala ala Mythbuster tu, versi malaysia.
Biar rakyat malaysia, bangsa Melayu khususnya kembali ke ajaran Islam yang sebenar, dan tidak terus tertipu dan terjajah dengan mitos.

Moral of the story nya:

1- Banyakkan membaca, dan bertanya kepada yang pakar. Cari ilmu diluar bidang kita. Contohnya aku doktor, aku tak tahu sangat tentang ilmu andaman. Aku baca sini sana, dan tanya ramai orang, baru pilih tukang andam untuk mommyZiyyad masa kami nak kahwin dulu.

2- Sadly, akhbar di malaysia dah tahap sampah. Lebih mengejar rating, tanpa peduli tanggungjawab sosial mendidik masyarakat. Dan sangat sedih, kebanyakkan akhabr ini ialah akhbar berbahasa melayu. Maaf andai akhbar Tamil/Cina pun begini, aku tak boleh komen, sebab aku hanya baca akhbar melayu & inggeris sahaja.

3- Islam pun dah ajar. Beramal tanpa ilmu itu, sia sia. Boleh menjurus kepada kesesatan. Ingat ini.

4- Aku bukan anti adat. Adat itu penting sebagai jatidiri kita. Tapi mana mana adat yang langgar hukum syarak/syirik, dan adat yang menyusahkan/tidak terbukti secara saintifik, memang aku tolak.
5- Ada blogger yang tanya tentang hantu. Aku tak percaya hantu/langsuir/hantu kak limah tu semua. Aku percaya kepada syaitan/iblis dan jin yang mengganggu manusia.

6- Orang malaysia ni lawak, especially orang lelaki yang menjadi perokok tegar. Mereka ini kalut kononnya takut sperma tak sihat/mati pucuk kalau letak henfon dalam poket. Mereka percaya! Padahal kajian saintifik dah berpuluh tahun jelaskan merokok pun boleh merosakkan sperma dan mati pucuk, tapi ada ke mereka nak percaya? Lawak kan..



Selamat Hari Penghulu Segala Hari.



Thursday, March 17, 2011

Buka Cawangan(sambil meracun)

 AMARAN: Entri ni panjang..Entri ni mungkin boleh buat anda muntah hijau...So, sila skip kalau dah loya

~ aku tujukan khas entri ni buat isteri tersayang, mommyZiyyad..
~aku tahu, setiap malam mommyZiyyad baca blog aku..


Jiwa wanita itu kompleks kan..
Perubahan fisiologi mereka setiap bulan, bisa menambah ke kompleksan itu..
Tapi perubahan bulanan yang orang kampung panggil PMS tu, luckily takde dalam diri mommyZiyyad..:P

Selain perubahan fisiologi bulanan, ada lagi perubahan fisiologi yang maha hebat berlaku dalam tubuh wanita..
Betapa agungnya tuhan kan..Allahuakbar!
Dan betapa kaum lelaki patut bersyukur tak perlu lalui perubahan fisiologi ini..:)
Perubahan fisiologi ini boleh berlaku setiap tahun, bagi yang aktif.
Bagi mommyZiyyad, ini perubahan fisiologi maha hebat beliau yang ke dua..

Banyak dugaan yang beliau hadapi semasa perubahan fisiologi kedua ini..
Aku kagum dengan daya tahannya..Terima kasih ayang...Itu aja ucapan yang mampu ku luahkan..nak ku minta bebanan sakit itu pindah ke badan ku, tak logik pulak. Kalau logik pun, takut takut aku lagi melepek!!
Sakit pinggang nya...penatnya...suspected PPROM nya. (alhamdullilah, ianya bukan)
Dan beliau lebih berjiwa penyayang, aku perasan lah..

Yang tak sedapnya, bila mommyZiyyad risau akan aku menambah cawangan..
Jangan risau ayang...abang tak akan tambah cawangan..
Abang tak mahu ayang risau..abang mahu ayang tenang sahaja...
I understand ayang, sebahagian kerisauan ini berpunca dari kesan perubahan fisiologi itu..
Sepanjang tempoh dah almost 29 minggu mengalami perubahan fisiologi ini, mommyZiyyad  begitu risau kalau kalau aku membuka cawangan...dahulu semasa tidak mengandung, beliau taklah serisau ini (bukan tak risau langsung tauuu..ekekeke).

Aku katakan...aku tiada dua pakej ini..
I am not handsome...I am not rich..
Dua benda yang perempuan awek gediks selalu cari..tiada pada ku..
So tak perlulah mommyZiyyad risau..OK..
Dan mommyZiyyad pun tahu, aku tak pernah curang sepanjang kita kenal, hingga kini.
*
*
*
*
*
*
*


Tapi sms balas mommy ni buat aku terfikir...

" Hehe...kelakar bila u wonder i risau poligami. Ada ms x perlu hensem @ kaya. Ckp sekadar syarat lelaki n nafsu je."

Betul ke kawan kawan?
As usual,kawan kawan aku kat luar kan ramai wanita...:)
So, sudi sudilah beri pendapat...

di Monumen Perjuangan Rakyat Bali. Kepada wahida, cepat2 lah ko ke sini, aku meracun ni
~ mommy ziyyad usah risau ya..tak mampunya daddy nak buka branch...ekekeke

Meh Aku Tolong

Kecak Dance di Uluwatu, Bali.
Make sure masukkan tarian tradisional ini dalam itinerary , ok  w a h i d a

Aku pernah ke Bali dalam dua version.
Satu version mewah, maklumlah...version honeymoon. Habis aja majlis resepsi aku kat JB, esok nya kami dah ke Bali.So, aku cerita version mewah lah ya. Gambar-gambar honeymoon aku tu, aku rasa tak sesuai aku tepek kat sini..ekekeke..Version kurang mewah aku pergi bulan Jun 2010. Aku rasa hujung tahun ni nak pergi lagi, nak betul betul khatamkan pulau tu.

Aku tinggal di sini Nusa Dua Beach Hotel & Spa
Majoriti penginapnya ialah mat saleh yang veteran..age ~ 50 ke atas. So sangat mendamaikan duduk di sini..tempatnya pun eksklusif, di kawasan Nusa Dua..sesuai untuk honeymoon..
Kalau kau nak havoc, boleh duduk di kawasan city center, ie Kuta. Kat situ melambak mat saleh muda muda, backpackers tu semua. Nightlife macam disko, pub, karaoke semua kat situ. Kunjugan aku ke Bali second time tahun lepas tu, kami try tinggal di Kuta ni lah. Cumanya satu aja yang tak best : risiko nak kena bom tinggi lah..ekekeke...so kena pandai pilih port.

Kau layan spa dia kat sini, memang terbaik.
Breakfast kat cafe dia ni, memang boleh kenyang sampai tengahari. Ambience sangat menarik di sini
Petang-petang kau layan sunset kat sini memang best. Before that layan reading novel ke, baca magazine ke, or just pop your ipod, and simply listen to the music, sambil menikmati such a breathtaking view of Nusa Dua secluded beach.

Romantic honeymoon dinner di sini.
Jimbaran seafood. Kat sini kalau nak makan lobster, a bit cheaper dari di Malaysia. Sangat best, sangat romantic, especially bila sunset, di iringi musician..cheewahhhh...
Air dalam botol yang tipikal di Indon. Kau patut cuba teh botol. Aku rasa kat tempat lain di Indon selain Bali pun ada teh botol ni kan..Candle light dinner kat Jimbaran ni feeling dia lain..aku pernah bawak mommyZiyyad dulu candle light dinner kat Langkawi, tapi kat Bali is the best!

Saja aku tepek kisah kisah romantic tu, biar ko experience honeymoon kat Bali ni dengan husband ko..ekekeke...Berbaloi baloi..serius...kalau tak takde lah mat saleh pun nak honeymoon kat sini, selain dari Bora Bora Island tuh..idamannnn..idaman.....

Di Bali, so much things to explore..seriously.
Dah dua kali aku ke sana, hujung pulau (dolphin watching sambil tengok sunrise) aku tak sempat buat lagi.
Kau plan itinerary baik baik. Aku dulu 3 bulan planning. Senang, kau rujuk map pulau Bali ni.

Kau sasarkan tempat apa yang kau nak pergi. Dan di mana nak menginap.Walaupun jarak perjalanan nya dekat..let say 35km, tapi don't expect kau boleh sampai dalam masa setengah jam. Jalan kat sini kecik-kecik, especially masuk kawasan kampung dan naik kawasan pergunungan.

Masa buat itinerary tu, kau kena set dalam mind, apa priority kau ke sini, lebih nak shopping?(sukawati market/joger, etc)  nak rasai adventure? (scuba diving/parasailing/jungle trekking/white water rafting/bungee jumping)..atau nak rasai cultural mereka?(kecak dance/barongan dance/tengok segala macam hasil perak, emas, painting, batik)..atau nak lihat breathtaking view mereka( rice terrace/stunning beaches/volcano) or simply ko nak rehat rehat badan, layan spa tu semua..and many many more. Tak larat aku nak tulis wehhhh...:P
Ko google aja.

Cuma aku nak advise, supaya tak terperanjat beruk..ekekeke..
Kat sini, 90% penganut Hindu. Jadi, jangan percaya muka. Muka nampak tipikal Indon, tapi makan babi guling..yeehaaaaa! :)  Babi guling memang femes kat sana...
Babi guling Ibu Oka ni memang femes bangat sehhh..ekekeke

Komuniti Islam yang ada di sana ialah majoriti dari Pulau Jawa.
Jadi, contrary to popular belief kononnya payah nak cari halal food..sebenarnya tidak.
Kena pandai cari, jadi di situ lah pentingnya kau gunakan khidmat supir Muslim.

Ni nombor supir aku, tapi sila booking awal awal. Dia laris gile sehhh..
Nama dia Isme, muslim dari Pulau Jawa. Dah lama tinggal di Bali.Kerjanya, supir.
Servis tip top, memang puas hati. Ramai yang dari malaysia dah guna dia ni. Tak berkira, itu yang penting!
Kau google aja ' isme bali '...dan sila baca review orang orang yang dah guna servis dia.
ISME  +6281338614174
ISME   + 6287861454277

Restaurant yang menjadi target pelancong Islam Malaysia semestinya Wong Solo. Atuk wife aku yang ikut kami ke Bali last year, sampai mengidam lah nak makan..nasib dah bukak branch kat Shah Alam, kat Bangi..ekeke

Ada juga rumah rumah makan (macam mini restaurant) yang menjual hidangan nasi padang.
Dan ingat ni. Segala macam fast food ialah halal. Maksud aku KFC, McDonalds dan Pizza Hut.
Sebab mereka dapat bahan mentah dari Jawa, dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dah sah kan halalan toyyiban. Mesti cuba makan pizza hut kat sini. Sedap bangat seh..dan variety..dan murah.





Wednesday, March 16, 2011

Tutorial Ringkas Tentang Scan Mengandung

Kamera cap ayam aku rosak kan, so menanti dengan sabar, menabung dgn sabar ni untuk beli kamera gabak tu..ekekeke..

Sementara itu, jom layan gambar gambar adik Ziyyad yang kini dah 28 minggu duduk dalam rahim mommyZiyyad. Gambar -gambar ini aku ambil semalam, guna henfon nokia 3310 aja...


Ini dipanggil Biparetal Diameter (BPD). Ukuran saiz kepala baby, nak tengok kepala terlebih besar ke, kecik sangat ke.Kalau besar kepalanya, tak lagi bermakna baby akan berperangai besar kepala apabila dewasa, semuanya bergantung kepada didikan ibu bapa..okey :)
Ini pula namanya Femur Length. Ukur panjang tulang femur, yakni tulang peha. Ukuran ini boleh memberitahu kadar pertumbuhan baby, selaras tak dengan kadar usia kandungan. Kalau terlebih panjang FL ni, maybe bakal ibubapa boleh berharap anak anaknya jadi pemain basketball NBA atau model catwalk..ekekeke..
 
Yang ini pulak, kita tengok tulang rusuk dan diafram nya. Kita tengok kiri dan kanan.

Inilah rupa tapak kaki bakal adik Ziyyad nanti. Nampak besar kan dalam gambar, tapi cinonet aja sebenarnya..ekekeke..

Gambar jantung dengan ke empat -empat kebuk nya (chambers). Akan dinilai juga fungsi injap jantung.  Apa apa abnormality, akan dirujuk kepada pakar jantung paediatrik.
Gambar jantung lagi, cumanya kali ni tukang ambik gambar tambah pewarna biru dan merah. Ia untuk menunjukkan fungsi jantung dalam mengepam darah, in and out of the heart. Perbezaan warna menunjukkan darah yang penuh oxygen(oxygenated blood) dan darah yang takde oksigen(deoxygenated blood). Macam tu lah secara mudahnya aku nak terangkan kat sini ya murid murid..
Ini pula sistem buah pinggang dan bladder. Color- color yang pelbagai itu mewakili fungsi-fungsi yang boleh dilihat, samada normal atau tidak, dalam sistem buah pinggang dan pundi kencing baby. Trivia: Tahukah anda bahawa air ketuban itu ialah air kencing baby? Dan baby akan menelan kembali air kencing(ketuban) ini, dan kemudian kecing balik, dan telan balik..lebih kurang macam tu...ekekeke...ramai patient aku terperanjat beruk you all bila aku bagitau trivia ni...: P
Ni gambar hidung dan bibir. Bukan nya nak tau samada hidung mancung macam hero hindustan, atau bibir mungkal macam Angelina Jolie lah! Ianya penting untuk mengesan kecacatan awal seperti cleft palate, yakni sumbing. Trivia lagi: Bibir sumbing tiada kaitan langsung dengan aktiviti bapa memancing ikan semasa isterinya mengandung. Itu semua dakyah bidan kampung aja..wakakaka..Kalau di kesan awal, boleh diberi kaunseling kepada bakal parents, dan option rawatan nya apabila baby lahir nanti.
Part ini yang selalunya ramai parents sibuk nak tau, kalau jumpa aku untuk scan. Nak tau jantina anak. Dalam kes ini, amat jelas bahawa kelihatan struktur boy ya di situ..di gambar itu dilabel sebagai XY. Kalau XX ianya pompuan. So, aku tak perlulah beli baju color pink, ropol ropol kepala tu semua. Mommy Ziyyad ada dua hero lepas ni..ekekeke..
Last but not least, gambar posing muka. Nak tengok lah ikut muka mak nya ke, ayah nye ke...Dalam gambar ni, rasa rasanya ikut muka aku kot...miahaha

Dan lagi gambar berposing, sambil tido...dulu gambar 3D ziyyad ada dia posing senyum :P

Okey..selesai acara gambar gambar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...