Monday, February 28, 2011

Uniform

' u nak pakai baju apa?'

soalan standard mommy ziyyad every morning, dikala mata aku terpisat pisat..dalam keadaan mamai nak fikir, 'baju apa aku nak pakai ke tempat kerja hari ni'

dan selalunya, mommy ziyyad akan marah marah sayang kat aku sebab samada aku bedebumm tido balik, atau aku bagi jawapan yang bukan bukan.Aku suruh dia iron kan baju yang dah duduk dalam laundry bag, atau aku suruh dia gosok baju yang aku tak pernah ada!


dulu ada simpan iron antik ni, ntah mana pergi ntah. kalau tiap2 hari gosok pakai iron ni, memang takyah pegi gym dah keluar biceps

pernah juga sebelum ni mommy ziyyad gosok sekali banyak baju aku. Dalam 4-5 helai gitu. Cukuplah stok untuk 5 hari kerja. Tapi ntah kenapa dia tak buat begitu lagi...aku rasa sebab dia busy menjaga ziyyad dan sekarang, dia pun makin tak larat 26 minggu pregnant.

teringat dulu zaman jadi houseman, senang aja.
baju crumple tahap gaban pun takpe, sebab aku pakai labcoat. ~haha


penyelesaiannya:

-aku & mommy ziyyad ada bincang untuk aku buat uniform. Ya, uniform.
-yang jenis macam baju korporat tu lah. Aku pilih tema dan design nya, dan tempah kat kedai.
-so kalau aku buat 7 set, dah boleh rotate pakai untuk kerja 5 hari punya.
-senang, tak payah pening-pening nak fikir nak pakai baju apa.



kontradiksi:

-korang rasa poyo tak kalau korang jumpa doktor kat klinik, dia pakai uniform..hahaha..
-tak bleh la aku nak bergaya dengan pelbagai kemeja
-rasa macam kerja kilang/pemuda umno lak kalau aku pakai baju korporat tu hari-hari :P

Sebab majoriti korang kat sini ialah kaum hawa, so aku tau, korang tak suka uniform.
Korang mesti nak bergaya dengan baju kurung/kebarung/kebaya yang vogue itu kannn...


ps:

-nak pilih makan kat mana, nak pakai baju apa....pun susah. Bukan suruh pergi perang pun :P

Friday, February 25, 2011

Rendang Kangaroo

2005.
Tahun yang hampir - hampir merubah hidup aku.
Aku hampir -hampir berhijrah ke Australia. Migrate kata orang Kampung Pisang.
Tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya aku mengalah.
Aku memilih untuk duduk di bumi Malaysia ni aja.

2011.
Seminggu dua ni mood aku utk migrate datang kembali.

Aku bosan.

-bosan dengan suasana politik malaysia yang tak habis habis...kerja takdak, cakap aja lebih. And it applies to both the govt & opposition. Aku tak nampak bagaimana nasib anak-anak aku dalam 10-15 tahun akan datang.

-bosan dengan sikap malaysian. Digambarkan sebagai peramah, baik, sopan santun, tapi ramai yang keji.
Ya, keji.
Makan rasuah, waima anda menanggung tanggungjawab menjaga dana orang nak tunaikan rukun Islam.
Syiling berterabur dikaut tanpa segan silu, beras berterabur dan driver lori dah nazak, sibuk pungut beras haram.
Aku tak ingat kat mana aku baca/dengar "anda boleh lihat praktikal Islam itu sendiri di bumi kafir, and vice versa"
Aku pernah duduk di Sydney, so aku akui kata kata tersebut.

-bosan  dengan infrastruktur untuk rakyat yang amat menyedihkan. Sedih sebab aku letak harapan malaysia menuju negara maju.
Kalau nak dibanggakan infrastuktur yang ada dengan negara macam Indon, Vietnam, Bangladesh, baik tak payah.
Dari aku kecik, bawak lah dah tua bangka ni, macam tu lah sistem public transport.
Jalan pecah sana sini. Sebab rasuah. Sebab kontraktor tak ikhlas buat kerja.
Nak berurusan di pejabat gomen, lebih banyak pengalaman yang buruk dari yang baik.

-bosan dengan hidup di sini yang betul-betul Rat Race.
Semua orang sibuk dengan kerja. Carik duit. Pagi-pagi buta jem sana sini. Petang pun sama. Dan salahnya, tertuding jugak ke masalah public transport.
Kehidupan petang yang santai, berehat, bersenam yang aku lalui di Sydney..tiada di sini.
Majoritinya hidup ala Rat Race.


Kalau aku nak senaraikan segala benda yang aku tak puas hati..bunyinya macam tak bersyukur.
Tapi aku percaya bumi Allah ni luas.
Allah suruh kita menjadi khalifah dan amalkan suruhanNya bukan hanya tertakluk di Malaysia.
Apa guna duduk di negara yang gah dikatakan negara Islam contoh, tapi rasuah di dalamnya bagai kanser stage 3?

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum tersebut tidak mengubah nasibnya sendiri.
Ini yang aku pegang.

Buat masa sekarang, halangan terbesar untuk aku migrate ialah:
1) keluarga -mak ayah.
2) makanan. Ya, nampak remeh, tapi bila duduk di negara orang, tak boleh tipu selera ini. Tapi aku rasa dulu di sana aku sebagai orang bujang yang tak memasak. MommyZiyyad sendiri kata aku akan experience the difference...sebab kalau aku berpindah, aku berpindah sebagai orang yang dah kawin. Ada tukang masaknya.
Jadi, aku mungkin tak akan miss sangat makanan malaysia yang pelbagai, yang boleh dibuat blog penceritaan tentangnya..ekekeke..

Aku sayangkan Malaysia.
Cuma aku tak tahan dengan unsur-unsur yang menyebabkan Malaysia bukan tempat yang best dimata aku, dan tidak baik untuk perkembangan anak anak aku nanti.

Tak tahu lah berapa lama aku boleh bertahan.
Doakan aku.

Thursday, February 24, 2011

Bahagia


Bahagianya hidup kalau bil TNB aku macam tu..
Lagi bahagia kalau bil petrol aku pun macam tu..
Teramat bahagia kalau hutang loan rumah aku macam tu.


Aku ingatlah, kalau ada masa aku nak terjah opis Bujal.
Selalu bayar secara maya..tapi since Bujal ada kat situ, aku nak buat edisi siasat.
Bagaimana dia melayan pelanggan..
Aku nak menyamar..
Miahahahaha.....

Wednesday, February 23, 2011

Gua Hira'

Acap kali saya didatangi parents yang risau bila anak mereka demam.
nak nak jenis yang pernah mengalami sawan demam.

beberapa petua yang saya dapat semasa bertapa di Gua Hira' :


-beri ubat demam ikut jam, jangan culas. Jgn menaruh 100% kepercayaan kepada bibik, sebab yang sakit anak anda, bukan anak bibik. Amat -amat banyak sekali parents saya ketemu, bila di tanya bila demam/berapa kali cirit/bila last beri ubat, masing-masing tak tahu..semua diserahkan bulat-bulat kepada bibik/taska/nursery.

-kalau ada anak kecil/baby, luangkan sedikit wang yang selalu anda laburkan ke rokok/majalah CLEO untuk membeli termometer digital yang berkualiti. Tangan anda bukan tepat. Anda sangka demam, padahal baby sihat walafiat, dan begitulah sebaliknya. Tinggi rendahnya bacaan suhu ni memainkan peranan kekerapan anda nak beri ubat demam, dan bila perlu sumbat ubat demam menerusi vontot. Pastikan ada spare ubat vontot ni di rumah anda. Amat berguna di saat memerlukannya.
Jangan risau..ia bukan liwat


-hydration! hydration! hydration! Ingat ini. Baby yang demam, mudah hilang air dalam badan. Bagi yang breast feeding, feed on demand. Masih banyak kes yang saya dapat, baby nya dehydrated. Selain demam, cirit birit juga penyebab biasa baby dehydrated. Anda banyak cara nak kenal pasti tanda kekurangan air dalam baby.
a) perubahan tekstur kulit
b)cengkung bawah mata
c) bibir kering, lidah kering keputihan
d) pampers kering, yakni baby tak kencing
e) baby lembik, tak bermaya, tak aktif.
f) kurang berat badan mendadak.
Jadikan amalan selalu menimbang berat baby, especially umur 0 - setahun. Tahu baseline berat badan nya, so anda tahu bilamana berat badannya jatuh akibat dehydration.


-sila tuam baby anda. Orang kampung saya panggil tepid sponging. MommyZiyyad lagi advance, terus dibalutnya Ziyyad dengan towel basah macam kuih ketayap! Okeh...saya yang arahkan mommy buat begitu..Ehh..jangan gelak, ia effektif, amat effektif. Kajian dah terbukti, kajian saintifik, bukan kajian bawah pokok ceri.  BACA LAH
pandangan sisi. Abaikan Ziyyad yang maintain berposing waima demam




Ketika ini Ziyyad genap setahun.
-kalau baby mengalami sawan, jangan kalut. Cukuplah baby yang sawan, tidak perlu ditambah sawan oleh si ibu. Nanti naik sawan pula si bapa. Sawan demam(febrile fit) selalunya kejap sahaja. Pastikan tiada apa dalam mulut baby(eg puting), kekalkan airway, dan balut segera tubuh badannya dengan tuala basah. Dan anda seharusnya pergi jumpa doctor, kalau anda belum ada pengalaman apa perlu dibuat selepas itu.


Sekian sessi menurunkan ilmu untuk kali ini.
Dilain masa, saya perturunkan ilmu lain yang saya dapat di Gua Hira' itu.
Pengerasnya, macaroon se-tupperware (eh..saya urban ok, tak main ayam golek)..:P

If I Could Turn Back Time





Hati ni syahdu bila baca kisah kecewa kuasa 6 kawan blog saya, Bujal  DI SINI

Saya tak bisa gostan the time..

Saya harap pemandangan lori milo ni dapat mengubati kekecewaan & remuk redam hati beliyau.


Nota kaki:
-saya sendiri kuciwa tak dapat minum milo itu. Ramai sangat orang yang macam tak pernah minum milo semasa upacara pelepasan anak penyu terbesar tu.(CERITANYA DI SINI)
Makanya, saya minum milo ais kow di Kuala Terengganu aja lepas tu.





ps: Bujal, saya belanja kamu milo beng kow, mahu?

Tuesday, February 22, 2011

Maaf Zahir Batin


Sempat lagi aku nak try kedai ni..dapatlah diskaun 10%.
Tapi...

Aku nak mintak ampun kat siapa?

Tukang masak?

Waiter?



ps: kudukut betul...kasik lah 20 parsen ka..25parsen ka...:P

Serba Boleh

Anda percaya pada bakat/talent/skill yang ada sejak azali?
Bakat sebegini, hanya perlu di asah sikit, maka menyinarlah ia bak pinggan berkilat selepas disental Axion.

Tapi ada juga yang dipanggil acquired skill, yakni kebolehan/kemahiran yang dilatih.
Anda tidak dilahirkan ada bakat tersebut, tapi dek kerana anda belajar & praktis, anda mahir.
Contoh:
-Saya tidak dilahirkan pandai menjahit orang.
-Berkat kesabaran belajar, akhirnya saya boleh menjahit kepala orang.
-Namun, kerana saya malas belajar menjahit baju, maka saya tak boleh menjahit baju melayu, maka saya perlu juga hantar ke tailor.
Saya tiada bakat menggunting rambut

Saya percaya, acquired skill ini kalau tidak di asah/dipraktikkan, maka ia akan tumpul.
Berkarat..dan mungkin terus hilang dari diri. Alangkah ruginya, bukan?
Contoh:
-Saya belajar di sekolah agama dari Form 1 - Form 3.
-Saya boleh bercakap bahasa Arab, dan boleh memahami sedikit sebanyak maksud ayat Al-Quran.
-Namun selepas PMR, saya dah tak praktikkan bahasa itu.
-Hasilnya? Sekarang hanya simple vocab arab yang saya faham/ingat seperti bahagian tubuh badan, kaifa ha luka dan syukran jazilan...teruknyaa..haisshhhhh

Usia ini pendek.
Jadi kita mesti optimumkan diri dengan pelbagai kemahiran yang baru.
Maknanya, tambah acquired skill kita.
Rasanya agak hambar hidup ini kalau kita tak cabar diri kita dengan sesuatu yang baru.
Asyik dengan putaran rutin kehidupan , tahu tahu dah masuk kubur.

Saya mahu belajar banyak kemahiran selepas ini.
Ya, itu benar.

-saya mahu belajar hingga mampu mengambil fotografi bertahap dewa.
-saya mahu belajar memancing, supaya saya boleh ke laut lepas, memancing pari dan mengambil gambar2 cantik di sana, dengan skill fotografi tahap dewa saya.
-saya mahu mula belajar memasak, supaya di atas bot nanti, saya boleh memasak ikan pari bakar, kalau tak lagi baik, at least on par dengan pari bakar Bagan Lalang tu.

Saya ingin ke sini lagi dan mengambil foto bertahap dewa


Tapi....

-macam mana mau dapat skill fotografi tahap dewa, kalau saya masih tak beli lagi dslr saya..
-macam mana nak hebat memancing di laut lepas, kalau memancing di kolam memancing pakcik wife saya tu pun saya tak mahu..padahal boleh saja saya memancing sepuasnya di sana secara percuma.
-macam mana saya nak jadi sehebat Jamie Oliver, kalau daun sup & daun ketumbar pun saya masih confuse?

Maka..
Saya perlu bertindak.
Tak boleh bertangguh lagi.
Hidup ini bukan hanya untuk menghadap orang sakit dan menyain surat MC.

Nantikan kemunculan saya!!






ps: ~ abaikan entry poyo saya ini.  kui kui kui

Monday, February 21, 2011

Cabaran Unchan & Nanchan

Antara benda alah yang memberi cabaran buat aku, dan masih tak boleh diatasi:

Muka budak pompuan cashier mesti sengih2 macam kerang busuk bila aku hulur kotex ni kalau nak bayar..
Tapi ramai yang professional, muka serius aja bila scan barang..
Dulu aku pernah aje mintak tolong staff aku yang pompuan belikan kat mini market sebelah klinik aku..kui kui kui

Memang masalah betul bila wife aku suruh beli daun sup..selalu aku confuse dengan daun ketumbar..
Tu pasal aku suka shopping kat Tesco/Jusco..ada label!
Ikan-ikan yang pelik pun, aku susah nak cam.

Aku tak suka nak pilih udang..busuk bau tangan..tu pasal kalau shopping bahan basah, aku suruh mommy Ziyyad yang pilih :P   aku rela lagi angkat beras 10kg..angkat susu, milo tu semua...dan memang aku tak suka masuk pasar basah, sebab bagi aku ianya kotor, berair.Tapi mommyZiyyad suka, sebab dia kata boleh dapat banyak barang yang fresh. Memang betul kata dia..hahaha..tapi aku suka pi Tesco..wangi & sejuk!

-aku tak pandai pilih durian(walaupun aku amat suka spesis kucing tido.ekeke)
-aku fail kopek durian..mommyZiyyad lagi expert dari aku. So, samada mommyZiyyad yang kopek, atau mak mertua/abang ipar aku yang kopek, Ya, keluarga mertua aku ada ladang durian yang hebat.
-walaupun aku suka durian, aku amat anti bila kereta aku bau durian. Nak muntah! MommyZiyyad selalu angin aje dgn aku bilamana aku tak bagi dia bawak balik durian dari rumah dia, ke rumah kami..aku cakap "makan aje lah puas2 kat rumah mak you tu"..hihi

Menjadi satu cabaran betul kalau paip rumah aku rosak/tersumbat..atau pintu rosak..
Sebab aku bukan handyman, walaupun aku berusaha nak jadik handyman, dengan membeli kelengkapan seperti set driller dan ada tool box sendiri. Darah handyman ayah aku, tak mengalir ke dalam diri aku.
Aku lebih suka panggil tukang paip/tukang pintu kalau paip rosak/bocor/sumbat. Namanya aku nak buat, silap haribulan macam tikus baiki labu. Family aku, dan wife aku faham sangat aku bila bab2 macam ni.
Aku pegang kata-kata mak aku "buat apa susah2 kan..kita ada duit, bayar aja yang pakar"
Ayah aku pulak lain, dia kalau boleh segala benda dia nak buat sendiri..tu pasal aku suka bila ayah mak aku datang rumah, mana-mana barang aku rosak, ayah aku mesti betulkan! Thanks ayah..~he he




ps: aku harap Ziyyad dapat bakat kreativiti macam mommy dia. :P

Polis kata "Jangan !"

Bila baca KISAH POLIS ni, teringat kisah aku & polis..he he he
Ni semua kisah benar, tak guna stuntman..


Kisah 1
-lepas beraya di rumah gf, aku balik. Biasalah, raya ke 4 kalau tak silap aku. Jalan area tu pun lengang.
-sebijik kereta dengan terkedek kedeknya jalan depan aku. Darah muda, aku tak sabar.
-aku potong kereta tu di jalan double line.Sekali 3 kereta aku potong.
-selesai aje memotong, tau tau ada sorang pakcik polis melompat keluar dari bus stand di tepi jalan, tahan aku.
- "ambo-amboi, dongan 3 biji kereta ekau sapu yo kek dabal line", kata pakcik polis org nogori tu.
- "saya nak cepat cik, mintak maaf. Ada panggilan emergency dari dewan bedah", kata aku mengatur temberang sambil menunjukkan kad kerja aku.
- " kalau doktor laju macam ni, doktor eksiden, nanti siapa nak ganti doktor? lain kali jangan laju-laju yo", nasihat pakcik polis tu termakan temberang aku( ataupun dia tau aku temberang, saja nak kasik lepas!)

Aku lepas !!

Kisah 2
- masa tu memang aku on the way nak ke spital. Aku bercakap kat telefon dgn ayah aku.
-entah dari mana polis ni skodeng ntah, tau2 aku kena tahan.
-"maaf cik, saya kena jawab panggilan dari hospital", sambil akun tunjukkan telefon aku dengan konpiden.

Aku lepas!!

Kisah 3
-aku bercakap kat henfon jugak, tanya kawan aku port makan best kat Penang (masa ni dah nak masuk jambatan Penang from Juru)
-tup tup kena tahan dengan polis. Aiyooo! Apa mau kelentong ni? nak pi makan angin, kena saman plak..
-"saya baru ditugaskan ke hospital Penang cik..tak tahu jalan..saya nak survey hospital tu", aku bercakap dgn penuh konfiden sambil bini aku tambah lauk jugak..hehe..
-polis tengok plet nombor kereta aku...nasib baik plet Johor!
-Siap dapat ucapan selamat datang bertugas lagi kat negeri Penang!

Aku lepas!!

Kisah 4
-lagi kisah cakap kat henfon. Kat federal highway menuju Klang. Aku ingat lagi lokasinya, dengan dgn roundabout Berkeley tu.
-tengah syok2 bercakap, sebijik kereta polis nyala lampu pintas kereta aku, suruh aku berhenti.
-modus operandi biasa " maaf cik, saya nak ke hospital Klang. Ada emergency, kena jawab panggilan ni"
-polis ni macam endah tak endah alasan aku..alamak! dia mintak juga lesen.
-"nasib baik ko satu kampung dgn aku..dah cepat gi hospital tu", kata polis tu.
-ada juga pekdahnya jadik orang Johor ni!

Aku lepas!!

Kisah 5
-ni kisah masa H1N1 tengah hot. Aku nak balik KL dari JB..bawak adik aku sekali.
-aku bawak 140 aje pun masa tu..he he..
-kena tahan, dalam operasi bersepadu speedtrap kat highway PLUS, area 90km/h (Ayer Keroh stretch).
-dalam hati, memang tak akan lepas ni, pasal penuh polis trafik.
-polis sampai kat kereta, tengok adik aku(duduk kat sebelah aku) pakai mask.
-adik aku masa tu aku diagnosed ILI (influenza like  illness), so aku suruh dia pakai aja mask.
-"maaf cik, saya nak cepat ke Hospital Melaka..nak screen adik saya kot kot dia H1N1..", aku cakap sambil menuding jari kat adik aku.

Aku lepas!! (this time aku tak guna alasan as a doktor tauuu)

Kisah 6
-kat traffic light pintu belakang UiTM Shah Alam, menuju ke federal highway.
-aku langgar traffic light.
-masa tu Ziyyad baru dilahirkan ~ sejam. Aku balik ke rumah kejap lepas azankan dia(sebab letih duduk KPJ Shah Alam dari malam sebelumnya), aku rest, mandi.
-adrenalin tengah tinggi, baru bergelar daddy lah katakan. Tak sabar nak tengok newborn yang baru ditinggalkan tadi, nak lihat keadaan mommyZiyyad yang baru lepas emergency caesar.Tu pasal aku langgar traffic light merah.
-polis tahan, aku cakap " maaf cik, isteri saya sedang bersiap sedia nak operate..utk lahirkan baby, saya kena cepat nak temankan dia" (padahal masa tu mommyziyyad dah terlena tido kepenatan dgn Ziyyad di sisi, di hospital.
-aku tunjukkan keretan parking KPJ Shah Alam yang aku bayar tadi. Nasib baik aku simpan kertas parking tu.

Aku lepas!!

Kisah 7
-yang ni aku kena tahan dekat simpang UTM Skudai. Aku bercakap kat henfon jugak.
-"maaf cik, ada kecemasan, atuk saya sakit tenat" (padahal atuk aku dah lama meninggal!
-polis tu tengok2 dalam kereta aku. MommyZiyyad tengah breastfeedingkan Ziyyad, yang masa tu kalau tak silap aku 7-8 bulan usianya. (tu pasal aku tak boleh guna alasan nak gi hospital, sebab aku bawak famili! ha ha ha)
-mungkin polis tu simpati.

Aku lepas !!





-- ada lagi beberapa insiden aku kena tahan sebab speeding, tapi lepas.
--dan sebenarnya dulu aku selalu jugak kena saman sebab speeding.

Moral of the story:
- aku dah insaf, selagi boleh tak mau bawak keta laju2, tak mau potong double line..ingatlah org yang tersayang. Rasanya dah dua tahun lebih aku tak kena saman.
- aku takmau tipu polis lagi :P
- kalau kena tahan, minta maaf, dan admit kesalahan kita. Jangan ego, sebab polis memang meluat dgn orang spesis ni. Dah la salah, berlagak pulak. Ni polis sendiri yang bagitau aku.
-jangan rasuah. Kalau lepas di dunia pun, kat akhirat tak lepas, itu pasti.

Friday, February 18, 2011

Surah Ibrahim, Ayat Ke-7

Tadi on the way nak ke masjid semayang Jemaat, haku nampak segerombolan mamat Bangla ni berjalan tengah terik panas..nak haku tumpangkan, di sebelah jalan yang bertentangan lah pulak.
Haku terfikir, banyaknya nikmat yang haku perolehi..naik kereta sejuk ber-ekon gi masjid.Tu pun selalu culas, kufur nikmatNya. Amalan masih compang camping. Kematian makin hampir setiap detik.Malunya haku!Takutnya aku!

Cuba lah haku kena jalan kaki macam mat Bangla nih, konfom haku purak2 buat darurat tak leh solat Jemaat menjejeh peluh haku.
 Dan minda haku pun melayang, menerobos teringat balik kisah-kisah kehidupan yang haku baca di blog korang 




-serius, terkedu haku baca cerita ni. Haku even zaman belajar pun dah pakai keta..tapi bagi wanita kental ni, pregnant 6 bulan pun boleh naik beskal lagi. Dan haku komplen kereta haku tak cukup besar(kekonon haku bakal dapat anak kedua), hakak yang ini relax aje naik moto..aku assume zaman awal-awal perkahwinan beliau, hanya guna motor aja, walaupun anak masih kecil.

-haku pakai motor Modenas Kriss sebelum pakai keta masa belajar dulu. Tapi sepanjang haku guna motor, tak pernah Allah uji haku dengan motor haku tetiba mati & rosak tengah jalan. Motor pancit pun tak pernah! Dan haku komplen lagi, kereta haku dah tak se pick up dulu(ye lah, keta dah bertahun pakai, dah habis bayar pun). Padahal haku alpa dengan nikmat yang selama ni aku perolehi!

-haku selalu jumpa foreign workers kat klinik. Begitu juga dgn bro Zul ni.  Kadangkala haku stress sebab haku rasa kerja haku tak mendatangkan pendapatan lumayan macam Mark Zuckerberg. Haku nak kaya, dan kaya, dan kaya lagi...nak bawak harta masuk kubur gamaknya..Dan haku komplen lagi tentang ekonomi..padahal haku tak diuji dengan musibah/penyakit yang teruk. Bayangkan kalau haku seorang buruh, kerja di negara orang, kena situasi macam patient Dr Zul ini. Apa perasaan anak bini haku di Malaysia?

Rumah Jiran Dr Singa Terbakar
-haku nak rumah besar..nak ada private pool with jacuzzi..nak siapkan laman ala Bali..kalau boleh nak pasang helipad sekali kat atas bumbung, biar helikopter aku boleh landing..hahaha...Tapi..kalau masuk kubur, lebar atau sempitnya ikut amalan kita...tinggallah rumah yang tersergam indah tu. Haku komplen, tak puas lagi dengan rumah yang ada sekarang..nak luxury lagi...padahal Allah tak uji pun rumah aku dengan kebarakan...or dimasuki pencuri....rumah yang dah dibeli ni dipandang enteng sahaja...seolah olah tak mensyukuri nikmatNya..tak perlu menyewa sekian bagai..



ps: Haku lemah...terlalu banyak nikmatNya yang haku tak hargai...dan banyak lagi amalan yang perlu dipertingkatkan....Kesyukuran itu tidak cukup sekadar di bibir. Amalan itulah penentu segalanya. Moga-moga entri ini membawa manfaat untuk rakan rakan semua...~ selamat berhari minggu ~

Judo.....eh Judu..

Semalam, aku makan lauk ni :
kobis masak lemak
udang sambal
telur dadar
Aku perasan lah kan, kalau pemilihan lauk, mesti nak ada yang 'matching' gitewwww..
Ayah mertua aku cakap "judu"...lauk kena judu...ni maybe bahasa nogori kot..:P
Dulu zaman bujang, aku tak kisah sangat...tapi bila dah kahwin ni, makin mengada ngada pulak sistem gastrousus aku ni ..

Macam lauk semalam, kalau ada sambal udang, atau ikan tenggiri sambal, lawannya mesti lauk kobis masak lemak tu...with or without telur dadar. Kalau rasa nak tambah kolesterol, kami tambah la telur dadar tu.
Bila masak sendiri, mestilah ada judu nya...kalau makan kat luar tu, tengok yang mana menarik, dah tak kisah dah konsep judu nih. Nak matching kan lauk ni aku perhatikan ada dalam keluarga aku, keluarga isteri aku, dan keluarga makcik aku.

Antara lauk lauk lain yang selalunya kami nak matching kan ialah;

-sup daging + sayur kacang buncis goreng ( ni set matching adik aku)
-ikan asam pedas + sawi goreng, atau timun potong(kalau dah ada bendi dalam asam pedas)
-ayam goreng + sayur kobis goreng + kuah campur ya mamak! (hahaha..ni kalau kami ke restoren mamak, especially Hakim seksyen 7)


Macam mana dengan anda, keluarga anda?
Ada tak konsep macam ni, atau main tibai aja makan...he he he..

Thursday, February 17, 2011

KOG Celup

Orang lain pagi-pagi lagi dah pergi berarak...pergi dengar ceramah ..
Haku membuta..lepas tu jalan jalan cari makan on the 15th of Feb lepas...ahahahaaa..

Toksah la nak banding presentation pasal makanan kat sini, dgn yang otai kat sini  Blog KOG
Macam langit dengan bumi lah kannnnnnnn :P
cinnamon roll perisa epal di Saint Cinnamon, Mid Valley
perasa cokelat.

Habis citarasa mat saleh, kami beralih ke citarasa seafood..

Port biasa haku..
Hari itu, 15 Feb, perut masih kenyang lagi...before the cinnamon roll, we had a nice nasik mamak at Hakim's Restaurant Seksyen 7 (no picture..terlupa snap)..

So, we had a moderate seafood meals...sekadar makan...alang alang dah tiba sini kan..

Pari bakar cecah air asam kicap
Sotong goreng tepung feveret mommyZiyyad

Kailan ikan masin secukup rasa


ps: teringin nak terbitkan rancangan ala ala JJCM...sambil jalan2, sambil makan free...:P

Lion

Tadaaaaa!!!
Ini gajet terbaru saya. Saya panggil ia Lion.
Saya suka pakai Lion...sebab saya nampak cool memakainya...

Even semasa menikmati hidangan, saya enggan membuka nya. Awek-awek menjeling ke arah saya tau!

Saya tak lah buas berlari ke hulu ke hilir..paling jauh pun selepas 10 meter ke depan, saya akan kembali semula ke arah mommy & daddy.
Tapi bila saya bermain di balik baju & seluar sebegini, yang menimbulkan rasa cuak mereka..kot kot saya lesap terus dibalik kain!





Mommy sedang pregnant 25 minggu. Jadi amat sesuai mommy menjaga saya begini ketika bershopping.
Nak dukung, mommy dah tak larat. Saya pun tak suka di dukung.
Kalau keluar shopping dengan mommy & daddy, memang selalunya daddy akan jaga saya.
Tapi heyyyy!..mommy saya suka shopping tau...even semasa daddy bekerja. Maka Lion saya itu amat amat berguna! ~haha
Saya tak kisah apa orang sekeliling nak kata..Ada yang memandang-mandang sambil berkata "so cute".
Ada yang tanya "kat mana beli?"..mereka nak beli jugak.
Dan ada juga yang spesis mulut joyah..
Mulut orang Malaysia memang jahat! Mulut penuh hasad dengki..
Kalau saya hilang, yang susahnya mommy & daddy saya, bukan mereka itu!
Saya tak mau dengar kata kata mereka itu..

saya tak mahu mendengar kata-kata joyah


ps: Lion ini akan diperturunkan kepada adik saya nanti, sebagaimana saya perturunkan segala macam gajet saya yang lain itu :P

Wednesday, February 16, 2011

Bengkak Pink





Tergelak besar saya & mommyZiyyad masa membaca info ni di Zoo Negara tempoh hari.

Agak -agaknya pada 14 Februari lepas, kalaulah perubahan fisiologi chimpanzee ini ada pada gadis-gadis yang gedik, pasti tersenyum lebar wajah boyfriend2 mereka yang gatal!

ps: Manusia dikurniakan akal. Itu bezanya manusia dan haiwan. Andai tidak menggunakan akal, maka manusia itu macam beruk! ~aha

Rindu Mak Uda

Aku yang hensem kancing button penuh di leher !




Tu rasanya gambar 28 tahun dulu..
Masa tu aku dijaga oleh kakak mak aku, aku panggil Mak Uda.
Bukan jaga biasa-biasa macam nursery tu..
Tapi dah macam mak angkat aku..
Sebab 28 tahun dulu, mak aku bergelut dengan penyakit dipanggil Hodgkin Lymphoma.
Jadinya, mak aku selalu dapat rawatan di Hospital Universiti, PJ (sekarang PPUM).

Mak Uda menjaga aku penuh dengan kasih sayang.
Sebab dia memang tiada anak. Brother yang tinggi besar sebelah aku tu(dalam gambar), aku panggil Abg Zali.
Abd Zali ialah anak angkat Mak Uda. Dan kini, dia masih menjaga Mak Uda.


Sebagaimana Mak Uda pernah menatang aku dengan penuh kasih sayang, begitulah dia mendukung anak aku sendiri, Ziyyad dengan penuh kasih sayang.
Dalam gambar tu, Ziyyad umur setahun. Ya, dia amat montel ketika umur 6 bulan - setahun. Sangat sedap dipeluk.

Aku rindu pulak kat Mak Uda aku pagi ni..
Moga Allah murahkan rezeki aku..
Aku nak bawa Mak Uda buat umrah..sekurang kurangnya.
Aku tak pernah cakap dengan dia "saya sayang Mak Uda"...tak pernah..kerana itu bukan stail aku...amat payah aku nak luahkan..even dengan parents aku sendiri..Tapi aku sayang mereka semua..

Moga Allah beri kesihatan dan kekuatan kepada Mak Uda.

Monday, February 14, 2011

Kita Minummmmm Dulu !

Ambil mood dulu sebelum ke Setabak..WITH THIS VOUCHER



                                                                            +



                                                                          =

Terima Kasih ya Kaseh..


Terima kasih, K A S E H

:) 

Cakar Beruang

Selamat Hari Valentine..
Boleh ka?
Boleh ka diucap ucapan ini?
Bagaimana pula Salam 1Malaysia? Boleh ka?
Oppss..ini bukan blog politik!  :P

Memang takde dalam agama, takda dalam budaya/ajaran Islam pun sambutan Hari Valentine ni.
In fact,,sambutan hari jadi pun, sebenarnya tiada dalam ajaran Islam.

Tapi janganlah kalut sangat..
Penuhkan ilmu di dada, baru bercakap pasal benda yang anda tahu..
Ini tidak..
Sampai terkeluar ceramah pasal Valentine yang mengguris sensitiviti agama lain..
Kalau tak tahu, diam...kan agama pun suruh macam tu...awak tu ustazah, tak kan tahu!

Sejak aku kenal mommyziyyad ~ 10 tahun nan lampau, kami tak pernah umur sambut hari Valentine ni.
Bila dah kawin pun, tak pernah sambut.
Kerana, bagi aku, berkasih sayang itu ialah setiap hari, tak perlu ada hari khusus untuk kita tunjukkan appreciation kita.
Begitu lah yang aku amalkan bila tiba Hari Ibu, Hari Bapa...memang aku tak sambut.
Sebab hari-hari aku kasih dan cuba berberbakti kepada mereka.Hari hari kita panjatkan doa kita untuk mereka sekurang kurangnya 5 kali dalam 24jam lepas solat.

Ada juga pelbagai hari lain..
Hari Guru..
Hari Angkatan Tentera..
Sampaikan nurse pun ada Hari Jururawat tauuu...

ps: kesian..takde Hari Doktor...:P




ps lagi : Lusa, ialah sambutan Hari Kelahiran baginda Rasullullah SAW ( ada pelbagai pendapat sebenarnya tentang tarikh kelahiran baginda). Hari inilah yang kita perlu sambut, dan diberi pengisian sepanjang tahun, sepanjang hayat, bukan setahun sekali pi berarak usung banner! Ingat baginda, berselawat ke atas baginda setiap waktu yang termampu, dan ikut sunnah nya.

Friday, February 11, 2011

Semoga Puan Ati Masrif cepat sembuh.

Assalamualaikum kawan -kawan..

Entri ini saya tujukan buat rakan blogger saya, Puan Ati Masrif yang kerisauan 2 -3 hari apabila timbulnya satu bengkak bernanah di breast beliau. Baca cerita lanjut beliau disini.

Dan saya rasa, sebab majoriti rakan rakan blogger saya ialah kaum hawa, maka saya harap sedikit info ini boleh memberi manfaat buat anda semua.

-yang dihidapi oleh Ati ialah acute infection of breast tissue, yakni jangkitan tissue buah dada.
-sebagaimana  mana mana jangkitan tissue, tisu di kawasan breast pun boleh dijangkiti kuman.
-layman term(bahasa biasanya) boleh dipanggil bisul lah.

- simptom awalnya, sama macam mana-mana  infection, ialah bengkak, kulit warna kemerah merahan, sakit bila ditekan, kawasan terlibat panas suhu nya bila dirasa..dan  mungkin adanya nanah.
-juga mungkin menyebabkan demam, rasa sakit berdenyut, bengkak pada kelenjar bawah ketiak
-jangkitan ini selalunya diakibatkan oleh bacteria, paling biasa oleh bacteria bernama Staphylococcus aureus.

-bagaimana bacteria ini boleh masuk? selalunya melalui crack(rekahan) pada kulit....sebab itu selalunya ianya berlaku di kawasan nipple ibu ibu menyusukan baby. Jangkitan ini akan merebak dari nipple, masuk ke milk duct(no.6, rujuk rajah) , dan kadangkala boleh established di tissue lemak dalam breast(fatty tissue).Bila jadi begini, jangkitan ini dipanggil mastitis. Saya tak pasti samada Puan Ati sedang breastfeeding atau tidak.
* ada juga keadaan dimana mastitis bukan akibat jangkitan, tetapi disebabkan oleh saluran susu(milk duct) itu yang tersumbat dengan susu(milk stasis)

-Untuk kes kes bengkak bernanah bagi yang bukan menyusu badan, memang perlu dipastikan ianya bukan breast cancer. Jangkitan yang berlaku bukan kerana breastfeeding dipanggil spontaneous breast infection/inflammation. Ini juga selalunya berlaku dikawasan nipple, melibatkan duct tersebut.

-Ada kes kes yang hanya melibatkan kulit sahaja, tidak melibatkan  duct & tissue lemak. Ini selalu terjadi dikalangan wanita yang mempunyai saiz breast yang besar/berbadan besar. Ini kerana, kulit dikawasan itu akan mudah lembab akibat peluh, dan hasilnya akan ada jangkitan kulit, sebagaimana kita dapat bisul di bahagian lain.


-Untuk kepastian, sample tissue boleh diambil utk kajian di microscopic.
-Rawatannya ialah dengan makan antibiotic.
-Andaikata jangkitan itu tidak surut juga(dgn antibiotic), dan nanah telah banyak berkumpul membentuk pocket(dipanggil breast abscess), ia mungkin memerlukan pembedahan kecil dipanggil incision & drainage , yakni potongan kecil sahaja untuk mengeluarkan nanah. Selepas itu, luka pembedahan kecil itu perlu di cuci setiap hari(dressings) sehingga luka sembuh & kering.


So kawan kawan, saya faham perasaan anda semua kalau ditimpa ujian sebegini.
Don't panic. Don't hide.
It's normal to be a lil bit panic, depressed....but u have to be brave..seek medical advice, bukannya dengar cakap-cakap orang/jumpa bomoh.

Saya harap Puan Ati Masrif akan sembuh..saya doakan speedy recovery buat beliau.
Jangan ponteng makan antibiotic.
Andai dalam tempoh dua minggu ini(sebelum next appoinment nak jumpa doc di hospital) ada sebarang masalah berbangkit, jumpa aja mana mana doc. DrSinga pun boleh, DrHani pun boleh. Saya doc lelaki..maybe malu nanti :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...