Monday, January 31, 2011

Iktibar Dari Raya Cina

3 hari lagi ialah Hari Raya Cina.
Dah ada kedai -kedai Cina yang tutup, dah ada kilang kilang yang majoriti admin nya Cina, dah tutup.
Tutup seminggu, beraya sakan.
Bila raya Cina, kita yang parah.
Parah kalau kereta rosak, parah kalau nak repair enjin, parah bila tayar pancit.
Kedai kedai elektrik pun banyak yang tutup.

Sebenarnya banyak iktibar, banyak tauladan yang boleh kita ambil dari mereka.
Mereka kerja sungguh sungguh, gigih. Betul, bagi mereka, semuanya wang, nak mati pun, wang!
Bila kerja, mereka kerja bagai nak rak. Bila cuti, mereka tutup seminggu.
Kita kononnya bagi alasan 'wang bukan segalanya'.
Tapi sebenarnya kita malas. Sebenarnya kita nak laba lebih, usaha sikit.
Secara peribadi, amat sukar saya nak keluarkan sijil sakit kepada pesakit berbangsa Cina.
Mereka lebih gemar bekerja, remains productive. Kalau MC pun, hanya ambil 1/2 hari, setelah selesaikan urusan di pejabat, baru mereka balik.

Berbeza dengan kita, dengan bangsa saya.
Selsema pun mahu MC. Balik kampung dah 3 hari, kembali semula ke bandar pun mahu MC, alasan penat.
Orang lain yang raya Cina, kita yang beria ia cuti. Time orang tu beria ia kerja, tak pulak kita contohi mereka.

Kalau kita tetap dengan kemalasan kita...
Kalau kita tetap dengan perasaan rasa selesa duduk di zon comfort...
Maka selagi itulah kita ketinggalan..
Jangan mimpi kita nak kuasai Bukit Bintang, Mont Kiara, Mutiara Damansara, Bangsar dan Sri Hartamas.
Dan mengharaplah nak kaya mudah dengan main MLM, sebab anda malas berusaha.

Itu baru bercerita tentang sikap malas yang menjahanamkan bangsa saya.
Belum lagi perpecahan akibat politik. Saya malas nak bicara tentang politik, sebab blog saya bukan blog politik.
Dan belum lagi saya sentuh tentang perangai turun temurun..perangai hasad dengki.

Pelik bukan?
Kita mengaku kita Islam, kita beriman.
Tapi kita penuh dengan kemalasan, penuh dengan hasad dengki, penuh dengan penipuan (menipu MC itu menjurus kepada rezeki yang tidak berkah, kamu tahu?)

Penutup bicara, selamat menjalankan tugas dan memikul amanah Yang Berhormat baru di Tenang.

Friday, January 28, 2011

Kecewa Kah Aku?

Up date sikit pasal mommyZiyyad.
Dia baru lepas jumpa Obs nya, Dr.Siti. Aku malas nak scan sendiri,  tengok jantina, nak surprise.


Mommy Ziyyad SMS -  sori if u kecewa. baby boy la.

-aku tak kecewa.
-aku bersyukur Allah anugerahkan kami zuriat kedua, harapnya sihat dan selamat semuanya.
-aku dah bajet nama anak, kalau gegerl.
-so, kena carik nama anak lelaki lah lepas ni.

Nama Ziyyad : Muhammad Fiedyan Ziyyad.
Kalau ada sajesyen, sila silalah berkongsi.

ps: mommy, akan datang kena usaha lagi lah nampaknya kita...:P

Malaysia Airlines

Aku pergi ke KLIA malam tadi.
Ada lah buat sesi menembak dengan pistol cap ayam aku.
Bila aku belek-belek gambar yang aku tembak, aku terasa ada ironi nya dengan entri  Cik Ina Minat Do Do Cheng ini.

Kita gah berbicara tentang sikap rakyat Malaysia yang kononnya peramah dengan pelancong, mudah membantu, suka menderma.
Tapi realitinya? Kalau dengan jiran sekeliling pun kita bermasalah? Kalau hal hal kecil pun kita sentiasa nak bertelagah? Hospitality apa nya tu? Hospital sakit jiwa kah? Aku ingat lagi kes 2 orang ustazah terkenal, yan duduk berjiran, ada konflik, sampai mahu saman menyaman. Apa ini? Kenapa hanya dengan pelancong luar kita boleh berbuat baik, tetapi dengan sesama jiran, rakyat Malaysia, kita berubah? Hipokrit kah kita?

Lebih sedih bila jiran itu ialah saudara seagama, sebangsa dengan kita. Aku faham luahan makcik Ina tu. 
Sedangkan Rasul SAW sendiri pernah bersabda;

“Jibril masih berpesan kepadaku tentang jiran hingga aku menyangka mereka akan mewarisinya”.

Begitu pentingnya kita menjaga hati jiran, menolong jiran.
Kita mengaku kita beriman, tapi apa bukti iman itu? Ialah dengan amalan. Dan antara amalan nya, selaian patuh dengan suruhan tuhan, ialah menjunjung sunnah nabi.


Layanlah tetamu, layanlah jiran...
Di alam maya ini, aku harap, kawan kawan yang bertandang, akan pulang sebagai tetamu khas.

~Selamat Hari Jumaat, Penghulu Segala Hari. Kawan kawan yang lelaki, cepat cepat kita ke masjid. Yang perempuan, jangan leka sangat bershopping(kalau ada), sampai melewat lewatkan Zohor ~

Thursday, January 27, 2011

Pabila Otak Di Kepala Lutut - Part 2

Hari ni, wa rasa wa dah macam Datuk Micheal Chong, yang jaga MCA Public Services & Complaints Department.

Pagi tadi wa tolong itu akak Kakcik, kasi ajar sama dia punya jiran yang suka parking haphazardly !
Lepas tu, kawan maya wa, Ati Masrif minta tolong jugak :


Ati Masrif said...
bagus lah idea tok dukun ni.. psstt...boleh tolong kita lak.. jiran sebelah asyik biarkan anjing dia berak kat laman rumput je!! nota apa nak bagi...??muahaha...^_~

Pabila Otak Di Kepala Lutut

Aku kesian baca rintihan kakcik ni   :RINTIHAN KAKCIK

Dan aku memang mudah tersirap darah kalau berhadapan dengan situasi manusia pentingkan diri sendiri/menyusahkan orang ramai.(tiada kena mengena dengan sirap limau)

Maka, aku teringin membantu Kakcik itu...aku dah lontarkan idea dalam kotak komen beliau.
Ini contoh nya Kakcik:





Andai Kakcik sedaring aku, maka letaklah nama kakcik kat bawah tu, macam saya buat :)

Kalau Kakcik mahu remain anonymous, letak aje  ~ Bujal Yang Garang~



ps: Bujal, jangan tembak pakcik..huhu

Wednesday, January 26, 2011

Entri Riak

Sebagaimana tajuk, begitulah cerita entri ni.
Nak riak kat Cik Pah...Dia dapat sekotak aje : Cik Pah Sudah Dapat

Aku dah dapat, DUA kotak...Miahahahhaa....





Dan limau limau ini manis....sumpahhhhhh pakcik tak tipu, tau Bujal!!


Riak dengan Bujal....tengok tu, tak cukup tangan nak pegang...

Aku buat promosi, lepas check blood pressure, dapat free limau 3 bijik.

Okeh...aku tipu :)
Kalau aku kasik sorang sebijik pun, tak sampai sehari habis dua kotak tu..

Moral of the story:

-jangan riak, berdosa..pakcik gurau aje..
-Bujal, sila berharap esok anda dapat 3 kotak pula, boleh riak kat aku pulak..wakakaka..

Kegigihan - Belum Ada Rezeki

Korang tengok borang peraduan dari sebuah stesen minyak ni...







Gigih tau aku isi minyak kat stesen ni.....
Kadang kala aku isi jugak kat stesen ni, sebab dia pun ada buat peraduan sekarang..

Dalam seminggu, at least 2 kali aku tuang minyak mereka ni dalam tangki aku..
Walaupun aku tau minyak Petronas ni kotor, dan consumption minyak Shell memang kuat, tapi demi peraduan, aku pakai jugak..wakakaka....personally, aku setia pada Esso/Mobil aje.

Aku memang suka join peraduan..


Berkaitan company minyak ni, aku pernah menang dulu peraduan yang dianjurkan oleh Caltex.
Hadiahnya tak lah besar sangat, voucher minyak RM250 aje..

Aku selalu berangan-angan aku menang kereta(contest Petronas dulu2 tuh)..hahah..

Lain-lain contest yang aku pernah menang:
-contest Court Mammoth
-contest World Cup Coca Cola
-contest kecik2 pasaraya ...hahaha

Selaian contest minyak ni, aku dok harap harap lah jugak ternaik nama utk hadiah bonanza Sijil Simpanan Premium...dapat keta mecidis tu cukup lah..:)

Tuesday, January 25, 2011

Kreatif, Saja Buat Lawak, atau Naif ?

Kamu lihat botol spesimen air kencing ini:





Dan kamu lihat pula botol spesimen darah ini :


Berbeda...
Sangat berbeda bukan saiz nya.

Maka dipetang ini, saya amat kehairanan, bagaimana ada manusia yang boleh terfikir mahu menggunakan bekas spesimen darah itu, sebagai bekas air kencing nya.

Itulah asam garam bila saya membuat pemeriksaan FOMEMA.
Selain dari kesakitan saraf hidung menahan bau, saya juga acapkali dipersembahkan dengan lawak lawak spontan mereka.

Dan setakat ini, ini lawak spontan yang paling mencuit hati saya, selama saya menjadi doktor yang memeriksa pekerja asing.



ps: Nasib baik tidak perlu ambil sampel najis. Saya terkedu membayangkan sampel najis dimasukkan ke dalam botol spesimen darah.

KLCC dan Cita-Cita

Loceng KLCC ini sebagai alat komunikasi antara aku & staff

Menara Berkembar Petronas pernah menyandang jolokan bangunan tertinggi di dunia.
Setinggi bangunan itu, aku pasti tinggi lagi cita cita kita dalam hidup ini...

Ada cita cita kita yang kesampaian..
Ada yang tak sesampaian..

Bagi yang kesampaian, ia umpama nikmat dapat sampai ke level tertentu di bangunan 88 tingkat ini.
Bagi yang takde rezeki, ia umpama duduk di bawah taman KLCC, dan pandangan mata hanya sayup melihat, mendongak ke atas puncak bangunan ini, sambil berkata "bilalah aku boleh sampai ke atas ni, masuk dalam office Tun Mahathir".
Nun sayup ke atas




Aku pernah bercita cita nak sampai ke puncak tingkat 88...nak jadik cardiologist.
Aku pernah bercita cita nak jadi professor perubutan, masuk line academic.
Tapi rasanya, aku lebih selesa duduk di taman KLCC aja sekarang ni, dan kemalasan mengusai diri, malas nak naik ke tingkat 88 tu.

Bagaimana dengan anda?
Anda dah capai tingkat 88 tu?
Atau anda sekapal dengan saya, selesa dah lepak lepak di taman KLCC sahaja, sekali sekala terpaksa melayan karenah kebanjiran PATI,yang mana anda tak akan hadapi kalau dipuncak tingkat 88.

Tapi aku pasti, dan anda juga pasti, tak mahu memandang ke bawah begini,bila melihat cita cita...

Monday, January 24, 2011

Berapa Anak Anda ?

Hari Sabtu yang lepas, ketika keluar, saya mendapat SMS ini, dari mommy Ziyyad, yang kini sudah 20 minggu mengandung.

(For the record, Ziyyad lah anak sulung kami, kini berusia 2 tahun 3 bulan, dilahirkan menerusi emergency LSCS kerana bukaan cervix mommy hanya 3-4 cm, walhal sudah in labour ~ 14 jam! Alhamdullilah, tiada langsung fetal distress ketika itu, tetapi kasihankan keadaan mommy, saya & obstetrician nya bersetuju untuk LSCS. Ketika mengandung, mommy Ziyyad memang sihat,boleh melancong-lancong lagi.. tiada komplikasi. Even langsung tiada mabuk mengandung)

mommy : Mabuk i truk btl ari ni, dgn muntah, pening, perut x selesa.huhuhu..rs serik nak pregnant pasni.if pempuan kali ni, i nak ttp kilang la.

Saya membalas balik SMS itu.

daddy : Jgn la tutup kilang.kesian pekerja2 kena berhenti.

Selang 10 minit barangkali, ini balasan mommy Ziyyad.

mommy : Kilang tutup xpe. makmal buka.boleh wat xperiment hr2. xperlu pakai safety officer. xde a tkt tbabas ke apa ke.
Duggar family- 19 Kids and Counting




Saya tidak membalas SMS itu. Senyum, dan terus pulang ke rumah.

Saya tertanya tanya, dan kagum (dan pasti tidak akan dapat mencontohi keluarga Duggar itu) :

-bagaimana mereka yang beranak sorang satu, anak berderet sampai 10.
-bagaimana mereka yang take home income less 5000/month, duduk di bandar besar, dengan anak 5-6 orang, boleh survive ?
-saya kagum dan berterima kasih dengan isteri saya, yang perlu melalui all the ordeals, demi kelangsungan zuriat kami.

Bagaimana dengan anda?
Sudah cukuplah keluarga anda? Mahu tambah lagi?
Sebarang nasihat, cadangan, saya amat amat hargai, wahai kawan kawan alam maya ku....:)

Friday, January 21, 2011

Tag Dagu Togel itewww

Aku kotakan janji, dengan togel kan dagu aku ni...walaupun tak semua 19 orang jawab  TAG KACANG iteww

Dan juga sebab DrSinga cepat gile jawab tag tu (berkurun tunggu dia nak jawab tag 20 random things tu dulu..wakakaka)

Untuk itu, aku siarkan wajah kacak bergaya aku ni, pre- togel..hahahhaa
Sila jangan terpikat, mommy Ziyyad tak mau payung emas katanya ..ngeeeeeeeeeeeeeeeee...

Dari pandangan sisi...eksklusif gitewww sebab masa nih, aku bela jambang...ni pesyen raya tahun 2010 aku..pesyen bela jambang...hahahaha






Itu lah wajah eksklusif pre togel..

Bila dah togel, jadi macam nih...


                                                                        -
                                                                        -
                                                                        -
                                                                        -
                                                                        -
                                                                        -
                                                                        -
                                                                        -
                                                                        -

             Tadaaaaaaaaaaaaaaa......terus muda gitewwww...licin bersih wajah ku....


Jangan risau..
Aku tepek nanti gambar aku togel kan dagu tu....
Sebab sekarang kan komputer aku kaput...
Aku kasik gambar fresh dari ladang, bila aku dah shave nanti next week....:)

Thursday, January 20, 2011

Surat Mintak Tolong

 Kehadapan kawan -kawan blogger;


Tu la..dah tau buta IT, memandai nak buat benda-benda complicated  :)
Blog ni pun baru nak masuk 3 bulan..so banyak benda aku tak tahu lagi.

Sebab kebosanan dengan template blog sedia ada, so nak cuba try test lah template2 yang menarik, yang bukan standard template yang disediakan oleh blogspot.Kekonon teruja tengok blog kawan kawan, blog orang lain yang lebih gorjes, lebih kewl gitu... maka aku pun download lah satu template nih. Dan ikut nasihat, dengan save kan template asal.

Bila nak apply, tak jadik. Puas alter sana sini, baca sana sini(from Google lah kan), sampai naik juling mata, still tak berjaya. So, redho ajo lah dgn template standard blogspot nih. Recycle ajalah koleksi2 standard template yang blogspot sediakan. Hahaha..Kalau korang bosan tengok gaya persembahan blog ni, tak dapek lah den nak nolong...:)

Sekali bila aku belek belek, senarai blog kawan-kawan telah hilang, kesemuanya!!
Aku try guna template asal yang dah di save tu, dan apply balik, pun tak menjadik.Huhu..

Penyudahnya, aku kenalah kutip one by one alamat rumah kawan kawan yang biasa aku jenguk hari hari..
Rasanya almost complete lah..
Cuma pasti ada few yang tercicir..

So, kepada kawan kawan yang mana aku selalu masuk blog korang tu, dan terbaca entri ni, minta tolong check nama blog korang di senarai Rumah Kawan Kawan kat side bar blog aku ni yer..

Kalau nama korang tercicir, please inform..
Aku akan update.
Kalau tak tempanglah aku nanti, takleh nak blogwalking ke rumah korang..huhu..

Thanks :P


Yang benar,
~daddyZiyyad~

Pembunuh Upahan datang klinik aku!





Musim 'klinik bau bawang' dah tiba lagi..
Yehaaaaa!!

Dalam seminggu ni dah ramai mamat Pakistan dan Nepal yang buat Fomema..
Tunggulah lepas ni kedatangan mamat mamat Bangla pulak..
Confirm aku kena pakai mask...hahaha
Macam tahun lepas, kena serbu dek 28 orang Bangla...habis aku spray consultation room dengan ambi pur pun, still melekat bau busyukkkkk wooooo....

Semalam pembunuh upahan datang buat Fomema kat klinik aku siot....
Ngeri sehhhh...

Wednesday, January 19, 2011

Test Power

Ini entri test power aja.
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Saya sedar tentang pilihan mengepos entri ini pun dari Bujal. (Bujal lagik...heheh)
Harapnya entri ini menjadi, yakni diterbitkan tepat pada waktunya :)

Kutip Lah Rezeki Ni

Entri ini ialah rentetan entri pagi tadi : Sungguh Hina

Agak agaknya, mahukah mereka yang hina itu mengutip 'rezeki terpijak' ini? Or, should I say.....'rezeki tergolek..oink..oink  '  :)



ps:
Bujal, saya cabar kamu. Kamu gelarkan diri kamu Bujal The 1st.
Setiap kali saya buat entri petang hari, pada waktu begini, memang Bujal tak pernah gagal menjadi yang Pertama.
 ~heheh~

Sungguh Hina !

Bagi saya lah,mereka ini HINA.
Kenapa saya kata HINA, kerana mereka mengambil kesempatan di atas kesusahan/kemalangan orang lain.
Kehinaan, kedayusan, dan pelbagai lagi konotasi buruk, ingin saya lemparkan kepada mereka ini.
Menambah kehinaan ini, mereka berdegil tidak mahu memulangkan duit tersebut walaupun di rayu oleh tuan punya duit ! (baca yang di bold di bawah)

Bagi yang bukan Islam tu, saya tiada komen. Tapi bagi yang Islam tu, ingat ingatlah sumber 'rezeki terpijak' yang anda kaut itu. Berbaloi kah masuk api neraka untuk keuntungan sementara ini?

Ini bukan insiden yang pertama, dan saya pasti juga bukan yang terakhir.
Dulu ada kes lori bawak telur, lori ayam, lori roti terbalik, dan muka muka Islam inilah yang pulun mengutip benda benda ini, dan paling sadis, disuapkan ke mulut anak bini. "Rezeki terpijak" ini HARAM lah woiii..Tak perlu tunggu fatwa kebangsaan pun, dah boleh fikir.
Tapi kalau mereka ini JAHIL sangat, maka saya rasa, ulama di Malaysia perlu keluarkan fatwa ini, dan uar uarkan.

Jom baca, kredit to The Star hari ini:

Motorists risk lives to collect coins strewn on highway

By SARBAN SINGH

REMBAU: An accident that resulted in about RM75,000 worth of coins being strewn on a highway saw motorists risking their lives as they scrambled to get the money.
They parked their vehicles haphazardly along KM234 of the North-South Expressway and scooped the coins into helmets, pockets, plastic bags and whatever else that they could find until they were stopped by the police.

Some were seen squatting on the highway to collect the 10 sen, 20 sen and 50 sen coins and refused to budge despite pleas from the owners, who were on their way to distribute the coins to stores in Malacca.
Loose change: PLUS personnel clearing the coins from the highway yesterday
 
Others ran to the middle and fast lanes to collect them with no regard for their safety.
The accident occurred at 4pm yesterday when a BMW, which was travelling south from Kuala Lumpur, crashed into the rear of a Toyota Hilux, causing its driver to lose control of his vehicle and crash into the embankment.

The impact caused a steel box in which the coins were kept at the rear section of the Hilux to be flung out.
State traffic chief Asst Supt Abdul Halil Hamzah said his men, who witnessed the frenzy, had to stop motorists from taking the coins and endangering their lives.
The driver of the Hilux, Zairul Hisham Mansor, 28, said he was travelling with a friend from Shah Alam to Malacca to distribute the coins.

Motorists rushing to pick up coins strewn all over the road on the North- South Expressway near Seremban. Others, oblivious to danger, even ran to the middle and fast lanes to collect the coins.

Tuesday, January 18, 2011

Maaf Kawan Kawan ..

Maaf kawan kawan, sebab tak menjengah ke rumah kalian macam biasa di awal pagi.
Busy, dan masih tak settle masalah komputer. Perlu cari masa untuk perbetulkan laptop yang dah veteran itu, dan mencari penggantimya. Harapnya cepatlah saya dapat laksanakan misi mencari pengganti ni.

Bila dah ada penggantinya, saya pasti Insya Allah, at anytime saya akan up load gambar dagu pre-togel itu..kih kih kih..

Gambar dagu togel licin pula, akan menyusul selepas itu, walaupun saya pasti bahawa tak kesemua 19 orang yang di tag itu, menjawab tag tersebut :)

.

Monday, January 17, 2011

Obses ke?

Aku gigih ber blog hari ni, walaupun aku tau staff aku mencebik muka sebab tak dpt layan FB dia...
Hahahah...

Jangan cebik muka, kang aku cabut komputer kat depan ni kang, bacalah Mingguan Wanita tuh aje...:)

Mark Zuckerberg kononnya dilaporkan nak tutup FB by 15 March 2011.
Hoax?
Saja nak kasik populariti up?
Aku lebih percaya kepada hoax news.

Tapi ramai yang kaget mendengar berita ni, termasuklah staf2 aku(yang tak ikuti perkembangan semasa).
Bila aku sampaikan berita ni, masing2 punya ekspressi:

"haaaa???"
"takkan lahhh"

"tak best lah macam ni...."

"huwaaaaa"

Seolah olah terlalu obses dgn FB. Dah tak boleh nak berjumpa dgn kawan2 secara real time, duduk2, ngeteh...

Akhbar The STAR pun paparkan isu yang lebih kurang sama di muka depan hari ni...tentang tahap obses masyarakat malaysia.

Aku tak kisah FB nak tutup ke hape..
Bukak pun sekali sekala.


Soalan aku:

Anda semua OBSES ke dgn BLOG? Ber blogging??

Wallet Ku Rabak Lagi

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin...

Cuma mahu buat pengumuman, bahawa komputer peribadi saya di dalam bilik kerja saya telah mengalami kecederaan serius, coma tak boleh bangun bangun..entah apa sakitnya..H1N1 kah? Padahal antivirus semua saya dah berikan.Mungkin sudah tua..

Makanya, saya perlu menolak ke tepi staff saya, dan menggunakan komputer mereka di luar ini.
Tapi saya tak boleh sentiasa di depan, sebab saya perlu duduk di dalam jumpa pelanggan, dan saya pun tak mahu menggangu staff saya berFarmville dan berYM :)

Jadi, aktiviti membuat entri baru dan blogwalking ke rumah anda semua, mungkin agak terbantut, tak tahu hingga bila. Sebab seminggu dua ini, saya bakal busy dengan pelbagai aktiviti kerja dan ko kurikulum yang lain.

Harap maklum.
Mungkin saya akan gigihkan diri ke cyber cafe bagai yang pernah dilakukan oleh DrSinga semasa komputer beliau caput!
Saya harap komputer saya cepat sedar, atau pun mungkin wallet saya rabak lagi lepas ni di Low Yatt. Huhuhu

Sunday, January 16, 2011

Malaysia Berperang

Hari ni hari Ahad, hari bermalas malasan.
Pagi tadi lepas Subuh, tido balik. Ya, aku tau, itu tabiat buruk. :)

Mimpi lepas Subuh tadi, memang ngeri, memang so real rasanya.
Bukan mimpi jumpa Lisa Surihani lah...:)

Aku mimpi Malaysia berperang.
Kalau tak silap aku, dalam mimpi tu, Malaysia tag team dengan Indon.
Yang serang kita Jerman & Amrika. Jahat betolll!!!
Sah sah la kita kalah kannnn, sebab tag team dgn Indon. Hahaha

Bagi menambah saspens, dalam mimpi tu, anak aku si Ziyyad terlepas, hilang masa askar musuh ambush kem berlindung.
Hati aku amat sedih (dalam mimpi tu). memang sedih gila...terpisah dengan anak time perang.
Sekarang, at least aku dah boleh rasa sikit2, sengsaranya derita parents yang hilang anak masa perang.
So real dia punya sedih, sampaikan bila aku terbangun, macam ada air mata kat mata aku. Aku confirmed itu bukan tahi mata tauuu...

Moral of the story:
-hargailah keamanan negara.
-hargailah orang yang kita sayang
-jangan tido lepas Subuh

Saturday, January 15, 2011

Letih, Tapi Best.

Letih.

Hari ni ngantok aje.

On off bw ke rumah kawan kawan semua hari ni.

Semalam cuti, sambut besday mommy Ziyyad.

Letih berjalan, tapi best. Anyway, thanks ya kawan kawan yang bagi macam2 sajesyen kelmarin.

Semalam pagi pergi kedai Das Auto tu, belikan mommy Ziyyad besday present.
Kesian, sebab dah hampir 6 tahun mommy Ziyyad pakai kancil itu sahaja.

Petang sikit, mommy nak bawa Ziyyad ke Zoo Negara.
Maka ke Zoo lah kami.
Tu yang penat tu, berjalan (plus mendukung Ziyyad bila dia malas guna kaki)

Petang ke malam, kami di Alamanda.
Acara makan makan besday.
Jalan jalan lagi dalam Alamanda.

Kalau dikumpulkan total perjalanan dengan kaki, agaknya mau jejak 5km.  rasanya lah..

Gambar2, nanti lah letak ya.
Tak haplod lagik.

Hepi weekend!

Thursday, January 13, 2011

Aku Gelisah

aku gelisah lah hari ni.

esok 14 Jan.

esok birthday mommy Ziyyad.

apa aku nak bagi ya...apa nak buat surprise ya.

aku fail lah bab2 nak buat surprise nih.

2 kali berturut-turut birthday beliyau, aku bagi present yang lambat, sebab tiket kapalterbang nya bukan 14 Jan.

So, kali ni kalau nak bagi lagi tiket kapalterbang, jawabnya lambat lagi lah hadiah beliyau, walaupun beliyau tak kisah. Malahan beliyau ada hati lagi nak merempit ikut aku & atuk jalan-jalan bulan 3 ni, walaupun ketika itu beliau sudah masuk 26 minggu mengandungkan adik si Ziyyad.Aku kesiankan dia aja nak berjalan membawa perut.

Nak bagi aifon, beliyau tak mau, sebab beliyau lebih suka pakai henfon nokia cokia yang ada nih, senang. Ziyyad hempas, Ziyyad pijak, aku himpit, takde problem.

Nak bagi kereta baru, kereta aku sendiri dah buruk. Baik aku belikan diri aku kereta baru.Miahahaha

Maybe, maybe nak bawak dia fine dining kot..hmmmm..ada idea tak kawan2 kat mana?
Atau ada idea lain yang bernas..

Didahului dengan ucapan terima kaseyyyyyyy.

Wednesday, January 12, 2011

Family Tree

Tadi lepas solat kat surau mini dalam klinik, saya amati betul-betul poster ni..


Terus fikiran saya melayang, berfikir:

- sampai generasi ke berapa kita tahu nama nenek moyang kita?
Macam saya, saya cuma tahu hingga nama moyang saya sebelah ayah. Sebelah mak pun sama.

-dimana kah kubur atuk kepada atuk kita?
Kubur atuk saya, saya tau. Kubur moyang saya, saya tau. kubur bapa moyang saya? Tak tahu.

-gambar moyang moyang kita?
Saya cuma ada koleksi gambar atuk & nenek sahaja. Wife saya ada simpan gambar moyang dia, dalam bentuk lukisan orang dulu dulu. Bagus kan kalau kita ada simpan koleksi gambar moyang moyang kita, ala ala macam koleksi gambar ancestor sultan2.

- barangan klasik peninggalan/turun temurun nenek moyang kita ?
Bagi saya, ada few barangan arwah atuk & nenek. Kan bagus kalau saya boleh simpan kasut atuk kepada moyang saya..hehehe..ataupun kan best kalau ayah moyang saya ada tulis surat, hanya untuk dibuka oleh saya(wah wah wah...perasan penting gitewww)

Bagaimana pula kawan kawan sekalian???

Kerajaan Malaysia Takut Hantu Ke ?

Kira kira 8 hari nan lalu, saya ada menulis tentang hantu,  baca ni.
Nampaknya situasi masih sama, in fact rasanya, makin buruk.

Sahabat blogger saya, En. YB pun terkena penangan hantu, cerita hantu YB hari ini.
Hari Ahad lepas saya ke Tesco lagi untuk kesekian kalinya, mencari minyak, rak kosong.
Dan semalam petang, saya meredah ke mini-mini market yang ada, dan hasilnya, semua takde minyak.

Kerana nak diet, saya tak kisah takde minyak ni.
Olive oil melambak lagi di rumah. Ini option terakhir yang boleh diguna untuk menumis/menggoreng (pernah dicuba).
Tapi sebab mommy Ziyyad nak makan nasik, so saya gagahkan juga carik minyak sawit.
Hasilnya :


Pertama kali dalam hidup beli minyak peket macam tu. Tu aje yang tinggal kat kedai India tuh. Tu pun boleh ambik se peket saja. RM2.60.

Lepas tu try redah sebijik lagi mini market yang agak besar, as expected, rak kosong, dan surprisingly, ada 4 botol minyak masak 2kg, tapi jenama cap ayam lah.

Kalau kacang Ngan Yin cap tangan tu, pernah la dengar. Ni minyak Cap Tangan.
Beli aje lah.Minyak kat rumah pun dah licin.


Saya merayu kepada Kerajaan Malaysia, kalau tidak mampu menguatkuasakan undang-undang membendung kejahatan hantu hantu ni,dan saya dah muak jelik perkara sama berulang tiap kali tiba musim perayaan & bila harga petrol naik, maka ini cadangan saya:


-bina satu gudang besar, dan di dalamnya di simpan stok berjuta juta bahan keperluan asas seperti minyak, gula, tepung dan sebagainya.


-bila mana timbul isu hantu sorokkan barang, maka Rakyat boleh pergi beli barang2 ini di gudang milik Kerajaan. 


-saya pasti, kalau gudang raksaksa ini wujud, maka hantu hantu celaka ini pasti tidak akan menyorokkan lagi barangan keperluan harian Rakyat.


* cuma saya harap, tiadalah pula hantu di dalam gudang raksaksa itu.Alahai...

Tuesday, January 11, 2011

Jangan Jadi Macam Model Michelin

A long journey  begins with a single step.
So mulai hari ni, aku start menatih balik.
Tak mau jadik model Michelin. Tak perlu sebarang spare tyre.
Azam 2011.

Mampukah aku meneruskan dengan istiqomah makan secara sihat ni ? (yang pernah aku lakukan dulu)

Tiada lagi bekalan makanan:  macam ni

For lunch today;

Tuna sandwich -30% fat with wholemeal bread
For dinner tonight, mommy Ziyyad akan prepare tomyam.

Actually, agak sukar untuk control portion of fat, carbo tu semua kalau based on Malaysian foods.
A few lah yang OK macam capati with dal tu. With tandoori chicken.

But since mommy Ziyyad sedang preggy, dan selera beliau pun selera nasik, so aku kena mengalah.
Kena improvise menu2 masakan Melayu.
Majoriti sup sup/tomyam is fine.

Kalau tak dulu, kami memang most of the time guna pasta/salads/olive oils/salmon/turkey/chicken/grilled tenderloin.
Memang sihat.
Memang very low dalam segala macam fat.
Dan kitchen kami pun, bersih aja, berkilau2.  Hehehe..sebab tak byk guna minyak, takde menumis menggoreng.

ps: tengah fikir esok nak lunch apa..hmmm. Kena bukak kitab resepi.

Menjawab Tag Puan Ati Masrif :)

Saya telah di tag oleh Ati Masrif di sini.

Makanya, di pagi yang dingin ini, saya jawablah tag tersebut, patient pun tarak lagi,pelik betul.

1. Apakah hobi anda?

-Hobi saya ialah melancong.
-Bakal hobi saya ialah fotografi, iaitu mengambil gambar. Ngeeeeee...

2. Senaraikan tempat yang anda ingin pergi ?

-Banyak betul tempat yang saya ingin pergi di dalam dunia ini. Tapi top priority saya ialah Mekah, Madinah, Maldives dan Belanda.

3. Sikap positif yang anda miliki ?

-Banyakkkkkk(hehehhee). Entah la. Tak tahu pula, nanti dikata jump into basket, then you lift it yourself pulak. Saya rasa mungkin saya suka ambil tahu dan concern hal kebajikan orang lain, sampaikan hal dalam kain patient saya pun kadangkala saya korek. Mungkin sikap positif saya ini perlu saya salurkan dengan menjadi seorang ahli politik, atau pun bekerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. :)

4. Sikap negatif anda ?

-Wauuuuuu..Ini soalan membunuh, soalan menyuruh membuka pekung di dada..Miahahaha..
Walaubagaimanapun, saya akan jawab juga.

Saya ada tabiat buruk semasa memandu, iaitu mudah marah, mudah melanggar had laju, dan cukup anti dengan orang yang highlight saya dari belakang(walaupun ketika itu saya sedang memotong dengan kelajuan 120km/j).Penyudahnya, saya akan ikut kembali kereta itu dan cucuk dia sampai dia sedar akan kemampuan sebenar jentera dia.Hahaha...jangan ikut sikap negatif saya ini, jangan!


Senarai tag saya pula, ialah manusia manusia berikut, jika anda sudi, sila jawab:

1. Bujal X (wehhhh..kat mana ko tag aku hah? bagi link, meh aku jawab)
2. GadisBunga (GB)
3. kucingorengemok (KOG)
4. myaby
5. Hani si duta SlimWorld.....phewwwittttt
6. DrSinga  (rasanya tak akan jawab :) )
7. DrZulDahan
8. makdaraTERdiva
9.Cikgu Zie
10. Wahida
11. En Yunus Badawi (YB)
12. cikceriacorner
13. en_me
14. Cik Boneka dalam Chermin
15. sahromnasrudin
16. alien
17. gismo82
18.mekchu
19. makcik Cik Ina suka Do Do Cheng (panjang giler lah nama macit.)

panjang gila kan senarai...kalau semua 19 orang ni jawab, aku shave janggut aku...ngeeeeeeeee

Monday, January 10, 2011

Fasha Sanda, Bali & World Cup

Tadi baca cerita Fasha Sanda pakai bikini di pantai Tanjung Benoa, Bali di blog bro Mazidul

Aku tak mau komen lah pasal bikini tu.
Hak masing masing.
Nak bogel ke, sexy ke, dugong ke, dah tua bangka masing-masing.
Tahu halal haram, tahu syurga neraka.

Cuma bila baca aje bab pantai di Bali tu, mesti teringat nak pi Bali.
Padahal baru 6 bulan lepas pegi.
Betullah kata orang, Bali ni berhantu..hihihi..Memang byk hantu pun sebab byk pura..:)
Bagi akulah, memang nak lagi ke sana.
Ada orang yang tak suka sebab penuh dengan pura kat pulau nih..hehehe


pesisir Pantai Kuta

Kunjungan aku ke Bali bulan 6 tuhari istimewa daripada kunjungan sebelum2 ini, sebab masa tu demam world cup Afrika.

So boleh tengok gaya orang Bali nak sambut World Cup...di perkampungan bola namanya, kata supir aku tu..


Setiap rumah di kampung ni akan pacak bendera negara yang mereka sokong, di hadapan rumah mereka.
Meriah suasana di kampung ni.



Bila terkenang kembali final Piala Suzuki AFF tu, aku terfikir, kalaulah Malaysia main kat World Cup, adakah bendera Malaysia akan terpacak kat perkampungan ni??

Nilai Budaya Yang Semakin Pupus


Semalam masa kat rumah in law, saya terperasan menu lama ini, yang ditampal di dinding kitchen.
Menu makanan semasa majlis akad nikah saya, kira kira 4.5 tahun yang lepas.
Tak ditanggalkan lagi menu ini, walaupun dah jelas ada banyak tompokan air atasnya :)
Menu masa majlis bersanding saya tak jumpa pulak...:)


Suatu yang menarik di kampung in law saya ialah semangat gotong royong/rewang nya masih kuat.
Sedangkan di kawasan parents saya di JB, amat amat susah nak lihat masyarakat setempat merewang, majoritinya semua dah ber-katering.
Majlis saya di JB dulu pun, di buat di hotel sahaja.


Segala adik beradik dan ipar duai in law saya, semuanya amat ringan tulang membantu, siap pakai uniform khas lagi sebagai tanda kesepakatan. Thumbs up, terima kasih semua.

In return, saya akan pastikan tulang saya betul betul ringan apabila adik ipar saya berkahwin nanti, unless dia nak buat di dewan/hotel, makanya kami lenggang kangkung lah semasa majlis itu..Hehehe..

Saturday, January 8, 2011

Hargailah Isteri Kita

Bagi menyahut seruan Kerajaan, dan sempena harga petrol RON 97 dah naik lagi seposen, maka saya bawa bekal ke tempat kerja.

Ya, bekal. Bagai budak sekolah...
Sebab saya bukan jutawan.
Kalau jutawan, hari hari duduk di kedai kopi Setabak pun takda hal.

Walaupun saya sedar, bekal saya tidak sihat dari segi kuantiti kalori dan lemak, namun sebab masih belum sempat membeli stok bekalan makanan sihat, maka saya layankan juga lah bekal ini.

Nyum..nyumm...terima kasih mommy Ziyyad.

Friday, January 7, 2011

Kaki Ayam

Dugaan....memang dugaan..ujian.
Slipar cikai pun boleh hilang. Nak kata tak jaga, aku letak kat atas rak.
Nak kata serupa slipar wakaf masjid, lain bebeno rupanya.
Nak kata orang lain tersalah sarung, pun macam tak logik, sebab aku letak atas rak yang tinggi.

Nasib baik park kereta depan masjid tadi.
Kalau jauh, jenuh la nak berkaki ayam, walaupun aku manusia.

Sampai klinik, masuk masuk aje staff aku gelakkan aku.
Nasib baik takde patients.
Kalau tak patient aku mesti fikir awat cikai sangat dia nih kaki ayam aja ..hahaha..

Dan nasib baik tak pakai kasut. Memang selalu aku tukar slipar untuk solat Jumaat.
Walaupun aku sedar kasut aku buruk dah, tapi kalau hilang, still menyusahkan aku.
Hahaha..aku memang liat nak beli kasut. Puas mommy Ziyyad suruh beli.
Nantilah, aku beli kasut kerja, sekali dgn kasut sukan aku yang baru koyak semalam masa kat gym..huhuhu..

Buruk kan kasut aku..hahaha

Dalil Kenapa Saya Anti Drama Melayu

Baca cerita Bujal  ni, menyebabkan saya terpanggil untuk menulis kenapa saya anti dengan drama dan filem Melayu.

1. Iklan kereta
-drama Melayu seolah olah menunjukkan betapa jakun nya masyarakat dengan kereta BMW, Mercedes, Fairlady dan lain lain. Dari saat pintu dibuka, gambar kereta bergerak dijalanraya, sampailah kereta tu berhenti masuk dalam pagar. Baik tunjukkan sekali adegan si pemandu pasal steering lock, at least boleh kasi iktibar.

2. Aksi makan
-Tentang ini, saya rasa semua kawan kawan & ahli keluarga saya bersetuju. Makan di dapur(kalau drama kampung,minum sirap, gaul nasik sampai kembang), atau di hotel/coffe house (kalau drama keparat korporat)

3. Keganasan rumahtangga
-Lelaki Melayu dipotray sebagai binatang buas, yang suka tampar bini, herdik bini. Yang si bini pula di potray bagai seorang isteri yang kayu, bendul, ikut sahaja dan terima tamparan/terajang si suami, tanpa sebarang protes. Yang ada hanyalah tangisan..uhuk uhuk uhuk.(sambil pose peluk anak kecik)

4. Suka mempersenda golongan OKU
-Perasan tak acap kali sangat drama Melayu, pasti ada scene orang yang suaranya sengau, ataupun orang gagap. Dan mereka yang gagap ni menjadi bahan ejeken. Perlu ke babak begini? Menjana mindakah?

5. Kekayaan tak logik/melampaui batas
-Kerja kilang aje, tapi duduk double story semi-D di Bangsar atau TTDI hokkeyyy...tak main lah duduk flat.
Ataupun kerja kilang, tapi pakai kereta yang doktor spital gomen pun tak mampu beli.Tak pulak ditunjuk dalam tu minah kilang ni buat MLM..:)

6. Cerita korporat/datuk/tan sri
-Entah kenapa, saya amat meluat dengan babak babak cerita korporat, yang tiap pagi digambarkan mesti minum fresh oren, anak perempuannya spoil, bapaknya teruk agama, bisnes jota jota...tak boleh ke gambarkan seorang tokoh korporat yang tawaduk? Bukan semua tokoh korporat diluar sana hampeh. Bukan semua anak jutawan spoiled.

Banyak lagi dalil..tapi cukup setakat ini...ada mood, saya tambah lagi..

Kawan kawan pun ada dalil tak?
Kalau kawan kawan suka drama Melayu..hehehe..maafkan saya..ngeeeeeeeeeee..

Thursday, January 6, 2011

Saya Sebuah Jentera



Bulan Feb ni, genap lah usia jentera saya 7 tahun bersama saya.
Susah senang, dikongsi bersama.
Sama sama tidor dengan saya di hospital, sama sama mendaki rumah mayat..setia betul jentera saya.

Sama sama panjat Genting, daki Cameron, meredah jalan berliku di Balik Pulau & Bukit Putus.
Semuanya dia tetap setia.

Andai punya jambatan, pasti dia akan temani saya ke Sabah Sarawak.

Tiada masalah besar sepanjang dia bersama saya.
Rasa sungguh berbaloi memiliki dia.
Sedar tak sedar, sudah lebih 280 ribu km dia berkhidmat untuk saya..
Gila kan saya membawa dia berjalan jalan?
Sebab saya kaki jalan. Isteri saya pun kaki jalan.
Agak agaknya kalau dia boleh terbang, mau bacaan dia jejak 3 juta km. :)

Saya sayang jentera saya.
Saya akan cuba simpan jentera saya selama mana yang mungkin.
Dia pernah merajuk 2 -3 kali bila saya dengan bodohnya bercakap dalam perutnya, bahawa mungkin saya tak perlukannya lagi.

Semua Musuh MU Kalah. Kah Kah Kah (ketawa penjahat)

"adoilahh...dengan wolves pun kalah", kata Abe Drog
Hell Yeahhhh..3rd goal from Benjani.


Tidak syak lagi..

Chelsea 0 - Wolves 1
Arsenal 0 - Man City 0

Walaupun Liverpool memang tidak akan memberi tentangan langsung dalam perebutan takhta liga, tapi aku cukup seronok tengok mereka tergolek dog 3-1 di tangan Blackburn.

Liverpool 1  Blackburn Rovers 3

Spurs pun kalah dengan Everton.

Tidak syak lagi.

Kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2010/2011 semakin pasti ke Old Trafford .
Dengan syarat:

-MU terus konsisten dalam aksi mereka.
-Chelsea, Arsenal & Man City terus konsisten dalam aksi yo yo mereka.


Barclays Premier League Table - 2010-11 English Premier League

  • Season: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...