Monday, December 5, 2011

Tomyam

aku bosan!
tak tau kenapa hari ni rasa bosan, meluat, menyampah sangat mengadap muka muka penipu.
hari isnin ialah hari sakit sedunia. betul betul tuhan kasik kau sakit, baru padan dengan muka.

selalunya aku malas nak ambil port. lantak kau lah, kau yang makan gaji haram kalau menipu nak ponteng kerja. tapi entah kenapa pagi ni membuak buak rasa menyampah tengok lakonan tahap Gombakwood.

cukup sejuta dalam akaun memang aku resign tengok org sakit lepas ni..hahahaha..baik kerja bela lembu kambing, mereka tak pandai menipu.tak pun jual tomyam. takde orang yg menipu mereka lapar. hahaha..

lewat sikit guys aku blogwalking ke rumah korang hari ni, busy & takde mood! Nak buat entri bergambar pun takde mood. Need to take a break this weekend. Rasanya dah lama tak bercuti (wakakaka, padahal bulan 10 hari tu baru gi tgk kangaroo)

29 comments:

  1. keh keh ni kes org mintak mc la ye ni doc..maklumlah bulan 12 doc..bnyk aktiviti..nk melancong..nek kenduri kendara..kenalah mc hehe..


    p/s: harini sy pon wat entri utk org sengal haha

    ReplyDelete
  2. Bila bukak kedai tomyam nanti, jangan lupa beritahu kawan2 ya? :)

    kakcik

    ReplyDelete
  3. sepanjang hampir nak masuk 4 tahun keje..baru 2 hari cheqna mc..tu pun sebab sangat tidak larat..demam..untuk saje2 cheqna mintak mc memang tak akan r...

    ReplyDelete
  4. sama!!!! baru je balik kk tapi dah rasa cam nak bercuti lagi. no wonder ada traveler boleh give up keje rutin dan focus on traveling je kan? addictive!

    ReplyDelete
  5. orang kerajaan jarang tipu tipu mc ni sebab dia orang cuti tahunan banyak...

    yang selalu tipu mc ni , pekerja swasta yang mana cuti tahunan ciput jerrrr

    14 hari setahun , cukup ker ??

    ReplyDelete
  6. Sb itu saya memilih jd doc haiwan..hahaha..eh tp dgn haiwan pon Ada stressnya, maklumlah nak tanya history,dia tak leh cakap..hahaha..jus kidding,doc! Cheers!

    ReplyDelete
  7. Ohhh memang gitu ya, isnin je ramai yg minta Mc, jumaat tak de pulak ke spesis ni yg dtg cari MC, susah jgk jd doctor ni ya, cam bersubahat pun ada jugak :(

    ReplyDelete
  8. dapat makan tomyam time sejuk2 ni memang syahdu kan...

    ReplyDelete
  9. jujurnya saya tak penah mintak mc ari senin.

    ReplyDelete
  10. ...oh, menipu nak mc eh? Sy kira, annual leave die dah kehabisan. Nak mtk unpaid, gaji tak mencukupi. MC ditanggung sykt. Plg tidak, boleh claim.

    ReplyDelete
  11. Assalam doc..macam2 ragam kan.
    hari isnin patutya tak sabo nak pi keje..dah 2 hri tinggalkan meja..

    ReplyDelete
  12. doc... yu kasi basuh la sikit penipu2 tu..

    :)



    .

    ReplyDelete
  13. nok, jom cuti gi lake town bukit merah sabtu ni...

    ReplyDelete
  14. Nak wat cam naa sabar je laa Doc.. kena laa hadapi perangai2 manusia gini.. :)

    ReplyDelete
  15. monday blues kekdahnya
    ekekekeke

    iols kemeyongan tahap gaban nih
    tapi tetap gigih datang keja
    dah masuk hujung tahun - keja makin banyak plak

    ReplyDelete
  16. betul la Dr.DZ,
    mood saya dah larik ke mana pun tak tau..
    hanya mampu BW jer..itupun hanya blog2 terpilih..
    help..help..help..

    ReplyDelete
  17. Tensen,
    nak pekena tomyam ka?


    Kami kadang malady nak percaya. tgk patient buat-buat jalan cengkot Sebab jatuh,nak mc. Lepas dia keluar bilik, kami usha ramai2.........pergh,elok jalannya,laju pulak tu.

    ReplyDelete
  18. suka komen bujal.



    tomyam mende ni sebenarnya?

    ReplyDelete
  19. agreed with bujal n BdC..
    err..tomyam?

    ReplyDelete
  20. kalau nk jd saudagar lembu,unta,rusa jgn lupa bg tahu ye...senang nk cari supplier

    saya dtg mlm kamu tahu?

    ReplyDelete
  21. Ohhhh isnin yg kelabu....nak buat camna dah depa nak "jatuh"sakit hari senin.
    Satu hari doc mau kata..."u mau tiap tiap isnin ka? Saya tulis mc siap siap.."

    ReplyDelete
  22. jom bercuti kasi release tension...:)

    ReplyDelete
  23. cik ina dah insap dari ambik MC semenjak ada rakan blogger dr faiz sorang tu. ciankan dia : )

    ReplyDelete
  24. rela amik cuti tahunan dari nak mengahadap doktor semata2 nak amik mc...
    pernah satu ketika... mmg sakit kepala sangat2..dari alor star ke perlis. Tetiba sakit kepala sgt2, gi klinik kat perlis ingat nak mintak mc je... mata nak buka pun tak larat. Tp kena perli plak ngn doktor.. dia ckp ISNIN mmg org suka MC. Hampeh!!!! klu nak mc baik aku gi klinik kat alor star je...huhuhuhu
    ~www.cdabaim.blogspot.com~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...