Tuesday, December 6, 2011

Sekinchan Ikan Bakar: Sorry, 2/10.

Semalam aku makan kat sini, setelah banyak membaca dan mendengar orang berkata tentang restoren ni. Aku pergi ke cawangannya di Seksyen 7, Shah Alam. Nak buat ala ala food review gitu..hahaha..ambek kau sekali terkena!
mutu gambar yang hampeh dari henfon cap ayam

Komen ikhlas aku (dan semoga kalau ada orang kedai ni baca, sila tambah baik, jangan nak sentap okey..:P) :

- ikannya tak berapa masak. Kalau makan ikan masak stim pun, lagi masak rasanya dari ikan bawal & ikan pari yang kami makan semalam.

-ikan bawal dibelah dua, jadi dua dua permukaan badan ikan(yg ada kulit) mengadap kami bila dihidangkan. Kulit ikannya masih serupa dgn rupanya sebelum bakar! Bayangkan. Wife aku kata, as if ikan tu di grill aja, dan kemudian dilapik atas daun pisang, lepas tu tabur kuah sambal yg dah ready made.

-Harganya: RM21.70 utk seekor ikan bawal saiz biasa, di bakar. Dan RM11.80 utk sekeping ikan pari. Aku tak kisah bayar mahal kalau sedap. Tapi...serius, aku menyesal pun ada, dengan RM 21.70 + RM11.80 tu, boleh makan benda lain yang lebihhhhhhhhhh sedap.

Tak tahulah taste aku atau wife yang terlampau tinggi, so dont take our taste as a guide. Aku cuma beri komen, based on tekak kami, yang selalu makan ikan bakar. Memanglah tak boleh nak celen dgn ikan bakar kat Bagan Lalang yang bagi aku terbaik (kalau bagi skala, Bagan Lalang 9/10, Sekinchan ni aku bagi 2/10 aja), tapi at least biarlah ikan tu masak..ni ikan bakar yg kita beli kat bazar ramadan tu pun aku rasa berkali ganda lebih sedap dari ikan bakar Sekinchan ni..

Yang pasti, inilah kali pertama, dan terakhir aku makan kat sini.

54 comments:

  1. rsnya mmg mustahil lah sy nk gi makan kt sana hehe..

    ReplyDelete
  2. mmg selama ni pun, saya cuma dgr review yg buruk2 je pasal SIB ni. mmg tak teringin la nak mencuba langsung walau se grand mana pun kedai dia. huhuhu~

    baik kite gi bagan lalang je kan kan kan? ehem!!!! ehem!!!!! ehem! :p

    ReplyDelete
  3. memang boleh sentap owner restoran tu klau baca ni, 2/10 je ?

    ReplyDelete
  4. ramai yg kata x best... mahal lak tul

    ReplyDelete
  5. dah lama banned sekinchan...tak sedap pon

    ReplyDelete
  6. SIB ni ada satu tempat je yg sedap kat jalan pahang tp kedai dia buruk je actually besar sikit pada gerai. SIB kat tempat lainsemua x sedap. lagipundia kan francais..kualiti dah x terjaga.

    ReplyDelete
  7. Dah banyak kakcik baca tentang Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini yang hampir sependapat bahawa ianya mahal dan tidak sedap!

    ReplyDelete
  8. dah byk aku dgr review buruk pasal kedai ni bro..
    sama gak kat bukit tinggi,klang ni..

    ramai yg cakap kedai ni sedap kat tempat asal die je, cawangan semua hancurrr~

    ReplyDelete
  9. Sebagai org yg pernah makan di Restoran Sekinchan di Setiawangsa, saya setuju dgn komen doc tu.

    Bukan taste doc dan mummy Ziyyan yg tinggi tapi kualiti di situ tak seperti yg diwar2kan.

    Bosnya kenalah perhatikan perkara ni.

    ReplyDelete
  10. nampaknya ia seakan-akan menuju kearah kehancuran hasil drpd francais yang tidak terkawal.....

    ReplyDelete
  11. aku da lama tau tempat tu tak best~keh keh~~

    tokey dia pakai lamboghini tau!

    ReplyDelete
  12. dulu aku pernah berhajat nak mkn kat sini, tapi bila aku tgk ramai bloggers duk review kata tak sedap, tak kuasa aku nak try makan...mahal lak tu dorang cakap...

    ReplyDelete
  13. Ishh..kompom kedai ni takde dlm list..huhuhuh

    ReplyDelete
  14. Doc,
    Bukan doc aje yg bising kate tak sedap. Ramai! Selain harganya yang mhl! Tak berbaloi. malah, sy berani kata ikan bakar kmpg baru tu berkali-kali ganda lebih sedap dari Sekinchan tu.

    ReplyDelete
  15. nasib baik belum cuba lagi. sebelum ni terasa jugak nak cuba makan kat situ. now CANCEL..

    ReplyDelete
  16. SIB nie ada cawangan kat Balakong.. Teringin gak nak cuba.. tapi.. riso plak kalau jadi gini bayar mahal tapi rasa hampeh..

    ReplyDelete
  17. dorang punya quality memang makin lama makin out! agaknya owner lebih pentingkan kuantiti branch dari kualiti hidangan setiap branch.

    dahla mahal gilos!

    ReplyDelete
  18. mm..never been thr..tak tahu kenapa.. hehee

    so ddy ziyad ada rasa penyesalan ke..hek heks

    ReplyDelete
  19. Betul!Pernah gi sekali kat batu caves punya branch, ikan cukup masak tapi rasa kureng la...kat umbai lagi sedap!

    ReplyDelete
  20. tak pernah try..
    kalau teringin pun akan makan kat tempat biasa makan.. at least kita dah tau rasanya dan selamat sikit duit.. ;)

    ReplyDelete
  21. heheheh...sama mcm bujal..kite tau tmpat tu xbrp sedap..sedap lg mkn ikan bakau kat kg baru kat pintu gerbang,...heheh

    ReplyDelete
  22. mmg x pernah pg sbb tau harganya yg cekik darah..ada 1 di kaw rumah..tp tgk picca dlm blog..x menyelerakan..saya lebih suka ikan bakar yang bakar garing..bukan meleleh2 gitu

    x kena dgn tekak

    ehh boleh kongsi x di bagan lalang tuh sblh mana ?

    dkt dah dr rumah tuh

    tq :-)

    ReplyDelete
  23. Nak ikut pi bagan lalang......

    ReplyDelete
  24. aku ada baca review kat mana ntah.
    biasa2 je katanya.
    tapi.
    harga mahal.

    kat sini pun ada buka cawangan.
    aku tak masuk lagi.



    .

    ReplyDelete
  25. kalau kesana, saya takkan masuk

    thank dok sebab sentiasa peka tang kedai makan, sekuranya pengajaran buat ayu yang berniaga..

    terharu sebenarnya..

    ReplyDelete
  26. banyak tempat yg dah popular lepas tu tak jaga kualiti makanan..macam laksa kuala ketil kat kedah..kuah chayaq..rugi betul..

    ReplyDelete
  27. "this finding cannot be generalized to all conditions. it depends on the context" hahah..ayat research mentang2 gi conference bentang paper..haha..

    bg zie pon, memang terasa nk muntah kalau makan yg x masak mcm tu..euuuwww...x tertelan la zie..

    ReplyDelete
  28. KC dua kali dibelanja di situ. dua kali jugak frust dan upset!!

    ReplyDelete
  29. mungkin dia buat sushi kot !

    nama jerlah gah .. nasib baik dia belum buka kat Seremban. kalau tidak mungkin dah makan.

    ReplyDelete
  30. yuyi pun dah awal-awal cakap ngan cik ina x kan sekinchan tu.he he he sebab dia terkena gak.

    ReplyDelete
  31. i'm so frust too, sekinchan tak best lah.. tapi harganya boleh tahan mahal:((

    ReplyDelete
  32. hmm...tk tahu bila nk smpai sini..tp kalau terpergi tk jejak kot sebab dh baca review kat cni..

    ReplyDelete
  33. Kalau tak masak betul... memanglah tak sedap. Kakak pun tak boleh makan half-cook style

    ReplyDelete
  34. mmg pon, amat mengecewakan... kami penah try yg kat area ampang lepas terpesona ngan riview yg best2, masuk sokabar bagai... tp mmg amat mengecewakan.... :(

    ReplyDelete
  35. dee mmg dah lama tau tentang tak best dan tak sedap dan mahal nya food kat sini..kesian kat doc n wife..

    ReplyDelete
  36. selalu dgr nama ni..

    sib baik sya jauh...hehehe

    ReplyDelete
  37. Mula2 SIB buka kat Setiawangsa (Induk la kiranya).. sedap dan berpatutan.. kali kedua pergi (beberapa bulan selepas tu).. fuh!!!.. tobat x pegi dah!!!..

    ReplyDelete
  38. mmg mahei mknn kt sinik. baik mkn kt bawal power tp kalo x coba tatau kan?

    ReplyDelete
  39. memang tak sedap pun. dah la semua bakar ajer.even sayur pun ko bakar letak kuah yang sama.aduhaii..manusia manusia.me pun sekali ajer jejak situ.mkn prosperity burger lagi best;p

    ReplyDelete
  40. wa dan usben blk siap duk berulang g toilet...

    ReplyDelete
  41. samalah..mahal dan menu x variasi..lagi bagus kalau ada tomyam

    ReplyDelete
  42. tak pernah cuba lagi..
    tapi rata2 org kata mahal..

    ReplyDelete
  43. saya pon ade pengalaman 'ngeri' di cawangan Kota D'sara. tak mungkin nak singgah lagi. (",)

    ReplyDelete
  44. sorry too..Jb branch also sucks...sedap lg masa bazar ramadhan taman suria,jb...dan murah..

    ReplyDelete
  45. memang kuranggggg..aku dah 3 kali pegi,satu kat balakong,2 kali kat ampang,confirm x berbaloi,dahla mahal,aku x berapa kisah pun bab harga kalu sedap dan puas hati..tp kalau ikan macam x bakar,pastu 'persembahan' ikan tu pun macam hampeh,x membangkitkan selera,sotong goreng tepung pun masin,ermmm..aku bukan nak kutuk org kita meniaga,tp kalu macam ni la kualiti dan harganya,lupakan jela..HIGHLY NOT RECOMMENDED..

    ReplyDelete
  46. Sy selalu makan dekat kota damansara..boleh tahan ar..tp xleh lawan ikan bakar dekat pantai kg saya..hehehehe.

    ReplyDelete
  47. memang hancusss... camno laa bisnes Melayu nak kembang, owner asyik lagak dgn keter mewah, tapi quality kedai hancos, Management x pantau langsung keeer? Resepi untuk berjaya senang jee 1) Rasa sedap 2) Harga berpatutan 3) servis memuaskan baru laa orang ulang2 datang dan recommend kat org lain.. chain reaction effek lee

    ReplyDelete
  48. Cawangan dia kat Kota Damansara dah tutup. rasanya dlm 2-3 tahun je operasi kat situ. padahal kawasan kota damansara adalah sgt pesat membangun. org melayu pun ramai situ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...