Monday, December 26, 2011

Nukleus VS Kembangan

Aku ada 3 orang adik beradik.  Aku anak sulung. Dua orang adik aku adalah perempuan. Jarak antara aku dengan adik kedua ialah 6 tahun. Sekarang ini, umur aku bakal 33 tahun esok(27 Disember), Insya Allah..adik kedua aku 27 dan adik ketiga aku 24 tahun. Kami memang rapat adik beradik, even dengan mak ayah pun kami rapat. Konsep keluarga aku ialah keluarga nukleus *, yakni apa apa hal, kami lebih suka buat urusan/berhibur/melancong sesama kami, jarang jarang buat aktiviti dengan keluarga besar(yakni terlibat dengan sepupu sepapat)

Bukan bererti tak campur pakcik makcik, kami baik dgn pakcik makcik, tapi perbezaan keluarga aku(konsep keluarga nukleus) dgn keluarga wife aku adalah amat besar. Tu pasal lepas kahwin, wife aku pelik sikit tgk keluarga aku, dan aku pun pelik juga pada mulanya tengok kemeriahan keluarga wife aku( setiap hari bersantai melepak pakcik makcik sepupu sepapat, selalu melancong ramai ramai buat rombongan cik kiah..hehe). Keluarga wife aku lebih kepada konsep keluarga kembangan. *

Namun setelah hampir 5 tahun setengah berkahwin, kami (aku dan wife) dah dapat memahami dan menerima konsep keluarga mertua masing-masing. Aku dah boleh join acara kekeluargaan yang havoc meriah ramai orang bila bersama keluarga sebelah wife aku (contohnya family day), dan wife aku boleh menerima kalau nak duduk relax relax, santai bila bercuti, maka balik lah ke rumah parents aku..hehehe..

Benarlah Allah ciptakan manusia itu berpasang pasangan, dan saling melengkapi antara satu sama lain..Ada tujuan lain kenapa aku cerita pasal keluarga aku ni...nanti esok Insya Allah aku sambung.




* PS:  teringat zaman belajar subjek Alam Dan Manusia masa sekolah rendah (ADM), ada konsep keluarga nukleus (merujuk kepada keluarga induk yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak.) dan keluarga kembangan ( merujuk kepada keluarga besar yang meliputi nenek, datuk, ipar-duai, pakcik makcik, sepupu)

27 comments:

  1. Wah....terbuai2 rasanya baca entry ni sbb mmg sebijik dengan apa yg kami alami sekarang. Belah CEBEN mmg slow and steady dan selalunya mmg nukleus. Unlike side kin yang mmg akan roger satu kampung utk sesuatu event. Hihi :)

    ReplyDelete
  2. Assalm doc..kalau sebelah acik pun keluarga kembangan..

    ReplyDelete
  3. Cam keluarga saya jenis yang kalau time makan akan makan secara berhidang semua akan makan dalam watu yg sama. tapi sebelah suami pulak jenis ikut perut lapar, mmg susah nak makan sekali

    ReplyDelete
  4. Upload la gambar adik-adik tu.... teringin nak tengok!

    (Jawapan soalan: Doc... saya dulu memang ex-GG, tapi macam 'kuli-kuli @ tukang basoh beros' kartunis je....) hehe

    ReplyDelete
  5. HEPI BESDAY DOC...Nekcik doakan semuga doktor bahagia di dunia dan di akhirat bersama sama insan tersayang..Insyaallah...
    Keluarga Nekcik ni memang kiri kanan keluarga kembangan..makan..berjalan..berkumpul mme acara harian..hari hari raya!!

    ReplyDelete
  6. Tarikh ulangtahun kelahiran Dr dan tarikh perkahwinan kakcik adalah sama. Kakcik menikah dengan Abg Mus sewaktu Dr berusia 8 tahun. :)

    ReplyDelete
  7. happy besday yang ke 33 tahun esok, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. dr.faiz sama ngan cik ina banyak menghabiskan cuti bersama keluarga,mungkin sebab keluarga cik ina kecik tak macam keluarga mommy ziyyad.

    ReplyDelete
  8. Dh lama tak dengar keluarga kembangan..hehehe...lmbat nak tunggu esok...tak sabar nk tau cite ape DZ nak cite ni...hikhikhik ^^

    ReplyDelete
  9. samalah kita ...

    perbezaan itu memberi kelebihan ....

    ReplyDelete
  10. sebab yg penting saling faham memahami. menerima dan memberi pada kamu berdua...jika tidak payah juga nak masuk tu....alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. Kak Azie definitely dari “keluarga kembangan”!

    ReplyDelete
  12. nak ucap awal lah hepi besday doc, esok takut tak sempat plak....hepi famili akan terjadi jika kita saling mahu mengenali antara satu keluarga dgn keluarga pasangan kita. pcl pon nulues gak compare dgn my wife kembangan..cepat sesuaikan diri masing2.

    ReplyDelete
  13. salam,

    selamat menyambut ulangthn kelahiran yg ke-33... mg umur yg tlh lalu sentiasa dlm maghfirah...

    ReplyDelete
  14. okeh, saya menanti-nanti entry seterusnya....

    ReplyDelete
  15. salam doc. maaf lambat blogwalking.. saya belum rasa lgi bro.. sbb blum kahwin.. hehe. tapi famili sy macam famili bro. memamg cuti sendiri2, tak combine kluarga besar. apepun slamat hari jadi yang ke 23 doc. eh, silap 33.. 23 itu saya.. hehe. moga dimurahkan rezeki, inshaallah.

    ReplyDelete
  16. dah 27hb ni.. alang-alang meh la saya nak wish..

    happt 33th birthday to daddyziyad!

    'ALLAH SELAMATKAN KAMU..
    ALLAH SELAMATKAN KAMU...
    ALLAH SELAMATKAN DADDYZIYAD..
    ALLAH SELAMATKAN KAMU..'

    ReplyDelete
  17. Selamat Ulangtahun Kelahiran to Dr FAIZ..! ke 33.

    Moga terus sejahtera, ceria dan bahagia!

    ReplyDelete
  18. oh happy bday dear...salam kenal :)

    ReplyDelete
  19. Kakak datang pada tarikh hari ini 27-12-2011.

    Selamat Ulangtahun kelahiran ke 33 doc. Moga mendapat limpahan rahmat dan kebahgiaan selalu.

    ReplyDelete
  20. selamat tambah umur tuan doktor...

    ReplyDelete
  21. sama dengan kak ati juga doc

    family kak ati mcm fmly doc saje
    dan kami hanya 4 tolak 1 tinggal 3
    kami2 saje..

    tapi bila kahwin dgn hubby yg punya
    7 beradik dan mak, bapa dan sepupu2
    yg sgt besar ...lama2 dh boleh terima
    walau mulanya ...fening kepala..huhu~

    'HAPPY BIRTHDAY DOC' DAH WISH KAT FB :)

    ReplyDelete
  22. bestkan kalau meriah meriah..keluar nuklues kami pun dah cukup meriah..sesekali bila kumpul dengan sepupu sepapat masing2 terjerit2 bila bercakap..hehehe..

    ReplyDelete
  23. eppy belated besday dedi ziyyad..sama besday ngan adik sy..:)

    ReplyDelete
  24. happy besday dr. faiz..!

    semoga panjang umur, diperbykkan rezeki..dan diberi kesihatan yg lebih baik.. aminn!

    ReplyDelete
  25. saya suka subjek ADM tu tp lupa pulak pasal nukleus dan kembangan...mungkin saya tido waktu tu :P,

    encik ayah 13 beradik while saya 3 beradik je...ada sebab la kita dijadikan berpasangan,melengkapi...

    ReplyDelete
  26. sama jugak!
    family saya kecil..belah suami pulak ramai giler..rapat2 pulak tu semuanya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...