Friday, December 2, 2011

Malaysia Turun Salji

Bulan Disember datang lagi.
Dulu masa dekat dekat nak kahwin, syiok bulan Disember ni sebab kalau beli perfume utk hantaran, banyak sales. 

Sekarang ni, mungkin pasal dah makin tua, hahahaha, ( oh ya, besday aku 27 Disember ni, kalau siapa siapa nak kasik hadiah..ekekekeke), aku jadi makin sensitif pulak kalau masuk shopping complex di bulan Disember.

Ngalahkan masuk shopping complex kat USA, kat Australia, mahupun UK. Aku pun pelik, lagu jingle bell pun dah keluar, pokok krismas pun dah terpacak, santa claus melayu lagi ramai muncul (malas nak cerita pasal hukum jadi santa claus ni, berbeza ulama, lain pendapat). Tu tak campur lagi santa claus mata sepet. Hahaha!  Bukan tak boleh raikan, tapi yang aku heran, krismas lagi meriah dari Aidilfitri, lagi meriah dari Raya Cina, dan of coz lagi meriah dari Deepavali. Salah satu bentuk penjajahan minda?

Nak tanya lah, mungkin aku tak sedar, Malaysia ni majoritinya beragama Kristian ke?

jangan lupa bergambar dengan santa claus, dengan pokok krismas, dengan rusa terbang ya.

37 comments:

  1. Besday hujong tahon ni lambat tua...!

    Ho-ho-ho...

    ReplyDelete
  2. Besdei Dr sama tarikhnya dengan enibeseri kakcik. :)

    Jom kita sambut di bawah luruhan salji. ;-)

    ReplyDelete
  3. whoa!
    awalnya annouce ur birthday?

    ReplyDelete
  4. setuju dgn decoration dan sambutan Krismas yg over!!

    ReplyDelete
  5. harijadi yg ke 32 eh? entahlah ya..tp kristian mmg menjajah minda dlm diam..tanpa kita sedar..

    ReplyDelete
  6. Besday yg ke berapa tak nak announce pulak ke? hihih

    ReplyDelete
  7. Hahahahahahahaha! Dah lama terpk akan hal nie. Klu bab Xmas, kemain deco mall2 kat Msia nie. Siap sale sane sale sini. Siapa yg tak sakit hati?

    Nsb bek Msia tak kena tempias Hanukkah gak kan? Klu tak?

    ReplyDelete
  8. majoriti saya rasa masih islam di kad pengenalan tapi akidahnya wallahuallam..

    eh, birthday kamu sama dngan birthday kawan baik saya zaman sekolah dulu;)

    ReplyDelete
  9. even the kids --(anak2) suka krismas..mmg bangsa yahudi ni buat macam2 utk attract minat kanak2 sejak kecik lagik..

    wallahuallam!!

    ReplyDelete
  10. jom pi main salji kat pavillion
    ekekekeke

    ekceli issue pasal 'early preparation' of christmas ni dah penah keluar dalam paper - few years ago..
    masa tu - ada clash dengan hari raya haji kalo tak silap...
    seolah2 agama rasmi kat malaysia ni dah bertukar dari islam ke christian...

    ReplyDelete
  11. emm kat shopping complex siap deco pentas lagi bergantung pd perayaan apa...

    emm birthday kamu sama dgn BFF saya,pompuan..

    emm ada juga bergambar kat pentas2 shopping complex yg di deco sebegitu rupa...apa hukumnya yerk? kasi jelas sikit... anak2 pun tertarik dgn deco2 macam tu...

    ReplyDelete
  12. wah........

    mmg kan, saya pun perhatikan.. bab krismas nie, mmg lagi cepat depa update..
    menyampah iiii..

    PS: nak hadiah apa doktor??

    ReplyDelete
  13. DZ, di mana tu yer?? husband saya cakap xmass decorations kat midvalley sangat meriah.. die keje kat gardens, tiap2 hari tgk.. saya blom tengok lagi..

    ReplyDelete
  14. nape santaclous janggut putih???heheheh

    ReplyDelete
  15. agak agak kalau pergi Genting , camnerlah deco nyer

    ReplyDelete
  16. a`ah..
    sale krismas lagi meriah
    hiasan dia, pehhhhh lagi meriah

    ReplyDelete
  17. tiap thn akan ada xmas party kat opis...skali ngan new year

    ReplyDelete
  18. sallam,

    apa istimewanya santaclous?
    saya tak tau menau langsung.

    ReplyDelete
  19. kat malaysia kan memang mcmtu..kadang2 rasa mc dok kat obersea pulak terober2 sgt..

    apa taknya dan empunya shopin2 compleks tu kebanyakkan@semua agama tu..

    ReplyDelete
  20. entah le.. kak liza ni mmg le sempoi tapi agak sensitif & tak suka nak bergambor dgn pokok krismas atau santa ni. apa2lah yg berkaitan agama... mcm tak sesuai je..

    ReplyDelete
  21. jangan akidah terpesong sudahlah kan..tu je..

    ReplyDelete
  22. ho ho ho ... kristian mmg sdng menjajah minda dgn cara yg paling halus ...

    ReplyDelete
  23. berlebih-lebihan kan kaedahnya.. hmmmmm...

    ReplyDelete
  24. sy nk try eksersais minda... 'pemimpin d masia ramai yg kristian?'

    ReplyDelete
  25. Maklumla, mesia kan x da salji..excited lebih sket la...penjajahan minda..~


    sape aweks 3 orang tu?? ekeke...

    ReplyDelete
  26. mmg meriah klu pergi shopping compleks masa krismas....tapi tak tergerak lah hati nak bergambar dgn santa claus ... takut adalah

    ReplyDelete
  27. Nak bergambar tak salah kot..jgn di puja sudah..

    ReplyDelete
  28. Suka jgak leh tumpang shopping sama..hehe

    ReplyDelete
  29. Kak Azie pun dok cuak gak nih. Ofis selalunya akan selebrate besar besaran punya. Staf macam terpaksa raikan juga....

    ReplyDelete
  30. biasa la krismas je sponsor lebih..
    say happy besday in advance, semoga panjang umur dan happy selalu..:)

    ReplyDelete
  31. biasalah .. kita heran bila tengok salji dan pokok krismas. dia orang pulak heran bila tengok pokok getah dan kelapa sawit.

    ReplyDelete
  32. i think because of...hujung tahun.. musim cuti.. ramai pelancong luar.. yg celebrate krismas..

    org kita pun suke jer tgk salji n santa..

    ReplyDelete
  33. salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

    ReplyDelete
  34. Hmm...ntah laa DZ..kat trg takde sume tu...sale kat trg pun tak semeriah itu kot...jd,tak tau nk kate ape...huhuhu

    ReplyDelete
  35. Salam alwaqiah.

    Mungkin banyak sponser terutama sykt2 luar utk deco dan memeriahkan sambutan krismas ni di Malaysia.

    pst : sya ada menjawab pertanyaan anda di blog sya. TQ

    ReplyDelete
  36. kat mid valley giler meriah.dengar je lagu christmes tak henti2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...