Tuesday, November 8, 2011

Makan Lagi (macam biasa, orang Malaysia kannnn)

Jumaat  -  Isnin (semalam) aku beraya haji di JB. Setiap kali balik JB, petang petang mesti nak layan benda ni.

goreng pisang + kuah kicap manis, cekodok + kuah sos sedap + nescefe..burrppppp   :)

Di sebelah Klang, Shah Alam..mahupun Seremban, aku tak jumpa lagi goreng pisang JB style nih..manis, kecik kecik..ada habuk kecik kecik tu (lebihan tepung goreng)...dan yang pasti kat JB aja yang makan goreng pisang cecah sambal kicap manis..best wooo

Kedai yang jual goreng pisang ni aku perhatikan semalam, memang buat duit betul lah. Beratur panjang org nak beli goreng pisang. Aku ingat lepas bersara nanti aku nak jual goreng pisang lah..hahaha


Itu lah perangai aku..suka nak cari makanan specialty sesuatu tempat tu, di kawasan aku tinggal (Seremban/Shah Alam). So far aku dah try banyak goreng pisang, ada lah yang sedap kat seksyen 17 Shah Alam, tapi takde kuah kicap. Char Koey Tiau pulak, byk yang claim konon kononnya tu CKT Penang mai..tapi tak sama dengan yang aku makan kat Penang...nasik kandar pun macam tu..yang betul betul kow punya ialah kat Penang..nasi beriani gam, adalah satu kedai kat Andalas Klang tu(aku jumpa Bujal kat situ), boleh lah tahan, almost sama dgn yang kat Batu Pahat punya.

So, boleh tolong list kan tak kat mana (di sekitar Seremban/Shah Alam/KL/Klang) yang ada makanan makanan berikut, yang taste nya hampir hampir 100% menyerupai tempat asal mereka:

- goreng pisang kuah kicap
-char koey tiau
-mee rebus johor
-nasi beriani gam
-nasi kandar
-laksa penang
-kacang pool ( so far aku tak pernah jumpa lagi kedai jual benda ni di luar JB)
-laksa johor
-asam pedas melaka.

~ macam mana lah aku nak diet...hahaha~

42 comments:

  1. char koey teow kawan aku buat sedap.tapi dia da tak niaga~haih~

    kacang pool kat harbour place ada jual~geylang kopitiam~tapi rasanya aku tak dapat nak compare~sebab jb punya aku tak pernah makan~

    ReplyDelete
  2. tertinggal satu menu kat atas tu tempe goreng...rasa2nya kat johor je boleh dapat goreng pisang and tempe goreng...best in Johor

    kat Sawah Ring sini lagilah goreng pisang RM 1 dpt 10 youuu...sambal kicap tu org johor je kot makan...

    ReplyDelete
  3. assalam doc..acik makan goreng pisang pun ada kuah kicap..tapi kuah kicapnya anak sedara yang dijohor buatkan..pisang goreng sendiri.

    ReplyDelete
  4. Salam doc
    terliur tgk makanan ni..tap tap air liur kena keyboard ni :P
    eh doc, nak request 1. tlg bg komen pasal ubat Duromine. tq in advance

    ReplyDelete
  5. ko nak char koey tiau kerang yang sedap???
    oder ngan kaklong jek...
    tapi dah jadi char koey tiau kajang la...
    kehkehkeh!!

    ReplyDelete
  6. huih,kakngah..!promote kkalong...!
    jgn pecaya doc..dia suka jual minyak dhab tu...heheh!

    ReplyDelete
  7. jawarangers...mungkn perkmpungn dorng ni akan ada menu yg disebut tu...especially kt banting nih...pcl bru nak ssuai dgn tempe goreng cicah kicap pedas manis...wallawey!

    ReplyDelete
  8. SALAM,
    NAK, NAK RASA SEMUA WALAUPUN ADA PANTANG (PANTANG JUMPA)

    ReplyDelete
  9. Kat Lumut ni pun ada pisang goreng yg sedappp!!

    ReplyDelete
  10. kat kl festival city ada restorang penang station ke ape entah namanya, ada laksa rasanya, tapi tak tau le sedap ke tak. nnt dah try kat situ ai kasi tahu yeh

    ReplyDelete
  11. mmg susah nak dapat makanan2 tu dengan taste yg sebenar kat luar tempatnya.. akak pun selalu tercari2 juga menu dgn rasa yg sama.. tp mmg tak jumpa.. kat bangi ada juga jual pisang goreng dgn sambal kicap.. tp rasanya tak sama mcm yg akak selalu makan kat batu pahat masa kecil2 dulu..

    ReplyDelete
  12. first time makan pisang goreng cicah kicap pun masa pegi umah member kat kluang....sedap rupanya

    ReplyDelete
  13. Tak payah berdiet selagi tak datang penyakit. Boleh macam tu? (kata kat diri sendiri ni..hehehe) :)

    ReplyDelete
  14. saya nak gi JB semata2 sebab nak rasa kacang pool. boleh?

    pisang goreng saya rajin cicah dgn sos kepok lekor. ikut stail kuantan kot. syedappppp~

    ReplyDelete
  15. goreng pisang kuah kicap - dulu ado kt pdg jawa tp now brader tuh dh biz kat ss15 subang jaya tp tatau ader sambal kicap ker x.
    -char koey tiau - bole try kat kuetiow lenggong d seksyen 19 n 20 shah alam.
    -mee rebus johor - lom jmpa yg sodap.
    -nasi beriani gam - lom try yg JB punyos.hanya masih suka yg india mari d restoran darul ehsan seksyen 17.
    -nasi kandar - lom rasa yg ori Penang punyos.
    -laksa penang - just jmpa yg sedap masa open hse.
    -kacang pool - Haji Kacang Pool d area kota damansara kots. penah kuar JJCM tp sy lom try.
    -laksa johor - cer try kat food court Carrefour Seksyen 23 Shah Alam. tekak sy kata sedap.
    -asam pedas melaka - lom mkn yg ori melaka punyos..

    p/s: sedap itu subjektif so if x sedap Doc jgn mai claim insurans ngan sy yea? hehehheheeh...

    ReplyDelete
  16. br teringat. ader ternampak 1 restoran char kuey teow hala nk g port klang. belah kanan ader signbod dier besauuu punyosss kaler ijau. itu pon sy lom try...huhuuhuh

    ReplyDelete
  17. char kuey tiow leh cuba mali's corner..sedap..
    kacang pool dulu ada kat damansara perdana tp dgr cerita kedai tu dh tutup..
    asam pedas melaka kat kg pandan..lagi sedap dari yg dee makan di melaka..huhu..

    ReplyDelete
  18. goreng pisang dgn kuah kicap tu mmg boleh jumpa kat johor je.. merata cari kat kl ni tapi tak jumpa..

    ReplyDelete
  19. sy x sangka lak goreng pisang style gitu cuma ada kt jb jer..


    asam pedas mak sy lagi sedap dr melaka punya (yg sy pernah mkn kt melakalah..mungkin sbb kedai tu mmg x sedap)

    ReplyDelete
  20. Suka jugak layan goreng pisah cicah ngan sambal kicap.. :).. tapi tak ingat kat mana.. beli..

    ReplyDelete
  21. Doc,

    Hati2 mkn makanan bergoreng kat luar. High cholesterol tu! Hahahahah! (Gurau je)

    Selera sy tentang makanan agak cerewet. Klu laksa Penang, susah nak jumpa yg menepati selera. Nasi dagang pun mcm tu. Char koay tiau apatah lagi (sy suka versi Penang yg kering).

    Haishhh...mcm ne nie?

    ReplyDelete
  22. entry yang buat saya lapar :-))

    teringat makan pisang goreng + sambal kicap di Bangi..sgt heaven!!

    ReplyDelete
  23. tetiba terliur char koay tiau sg 2..

    ReplyDelete
  24. Kakak tak tahu kalau tempat lain makan pisang goreng tak dengan sambal kicap. Kalau diJB makan sukun goreng/pisang goreng mesti dgn sambal kicap

    ReplyDelete
  25. tak penah lagi makan goreng pisang
    cicah ngan kuah kicap manis...
    tak leh nak imajin rasa kat tekak camne....

    ReplyDelete
  26. oh, nak laksa penang yg sedap kat seremban ada kat umah mak mentua aku...mak mertua aku masak laksa penang sedap wooo....

    jemput la dtg...hehe...

    ReplyDelete
  27. MMG BEST MAKAN GORENG PISANG CICAH SAMBAL KICAP KALAU CICAH DGN TEMPE GORENG PUN SODAP

    ReplyDelete
  28. ya benar..di jb sj org mkn goreng pisang cicah kicap...wa memula dl xpndai mkn..tp bl dah bermastautin 6 thn kat jb...tekak dah mesra plak...

    ReplyDelete
  29. tak tau nak suggest kan sbb MDT tengah diet eh!

    ReplyDelete
  30. Org Johor mmg suka pisang goreng dan tempe goreng cicah kicap. Kita semlm balik dari Segamat tak sempat nak carik sbb ada kenduri.

    ReplyDelete
  31. dulu, masa saya tgh gile laksa johor,ye la, masa tu dok KL, rindu beno dgn jb, saya carik laksa johor sedap. saya jumpa. dkt laksa shack. tapi dgr kata laksa shack branch banyak dah tutup eh?

    ReplyDelete
  32. doktor..
    fuh!!
    kalau orang johor mmg tak boleh tinggal pisang goreng berserta sambal kicap kan??

    eh.. daddy tak suka makan tempe ker?? xsyer pun...

    kat kedai ayu ada sambal goreng yang potongan tempe dan kentang dipotong besar2...

    PS; tak dapat nak tolong doktor coz.. ayu nie anak jati jb.. kawin pun dgn orang jb..
    so tak kemana2... kasihan kan??

    ReplyDelete
  33. mm..asam pedas melaka tuh x try yg linda onn punya? hehee kat tesco ampang tuh..
    saya tak taulah sedap ke tidak..tapi tau la dia ada menu tu.. hehee

    daddyziyad tulis satu-satu menu..dah mcm mengidam ni.. ;)

    agak sukar nak bg cdgn dlm kawasan yg disebut tuh.. kalo kat kuantan ada satu.. mm char kuey teau, sgt sedap.. dkt teluk chempedak.. ;) x masuk lam kwsn liputan kan?..hehee

    ReplyDelete
  34. - goreng pisang kuah kicap: Tempat terbaik buat sendiri kat umah.
    -char koey tiau : Buatan sendiri di rumah juga.
    -mee rebus johor: Beli yang frozen segera pas tu ubah suai sikit.
    -nasi beriani gam: Tempah kawan Ate dari Batu Pahat yg tinggal di Lembah Pantai. Dia ada jual di Masjid Negara pada setiap hari Jumaat.
    -nasi kandar: Tak tahu macam mana rasa asli yang sedap.
    -laksa penang: Buatan rumah paling sedap.
    -kacang pool ( so far aku tak pernah jumpa lagi kedai jual benda ni di luar JB): Tak pernah makan.
    -laksa johor: Homemade terbaek guna resepi arwah mak (Lamanya Ate tak buat).
    -asam pedas melaka: Lebih suka asam pedas Johor. Terbaik mak long dan mak ngah Ate masak.

    Hehehe...tak membantu langsung ya doc. DZ tanya kedai mana terbaik, Ate tak pernah rasa list di atas ada kedai terbaik yang dapat menghidangnya macam yang asli kecuali di rumah sendiri. Paling2 kalau rindu sgt nak makan tapi malas nak masak pergi lah Restoren Mak Tim masakan asli Johor di Keramat. Tapi still tak kena dg tekak Ate.

    ReplyDelete
  35. pisang goreng tu cbe carik kat s19 shah alam area komuter tu..
    ramai beratur situ..

    ReplyDelete
  36. tgk gambor2 pisang goreng tu sedap
    tgk list2 yg doc. tulis tu pun sodap..

    semuanya sedaplah!

    ReplyDelete
  37. cik ina makan goreng pisang ngan sambal belacan.first time dengar pisang cicah kuah kicap. sedapnya makanan tu semua.

    ReplyDelete
  38. Kak Azie dah kerja di KL beberapa tahun baru tahu orang Johor makan goreng pisang cicah sambal kicap. so, I tried, memang sedap bangat....!

    ReplyDelete
  39. Sya pun suka jalan2 cari makan ni. semua tempat2 makan menarik sya kumpulkan di blog makan2 sya di juadahmalaysia.com. Tapi sya xsempat review area Shah alam/klang/seremban lagi. Tunggu bila ada ke sana nnti.

    ReplyDelete
  40. saya ada menjual sambal kicap serbaguna..bukan sahaja sedap dicecah goring pisang..tp boleh dimakan dengan pelbagai makanan..contohnya mee soto (popular di Johor),mee sup, ikan bakar , ikan goring dan macam-macam lagi lah..pendek kata sesuai untuk pelbagai makanan dan dijadikan bahan penambah rasa..maklumat lanjut boleh Wassap ke 0173864959 dan kunjungi instagram budinsfood..selamat menjamu selera... :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...