Thursday, November 10, 2011

Benarkah Haiwan Mempunyai "The Sixth Sense" ?

Orang kata, tak sah kalau ke Australia, tak bergambar dengan haiwan maskot negara tu, kangaroo. Dan dalam komen komen korang sebelum aku ke sana bulan lepas pun, ramai yang nak tengok gambar Ziyyad dengan kangaroo. Makanya, aku pun pergi lah ke Taman Hidupan Liar Caversham, ataupun dalam bahasa kampungnya, Caversham Wildlife Park, lebih kurang 21 km dari pekan Perth  :)

 apalah erti jumpa kangaroo, kalau tak beri ia makan di tangan.  Mommy ZZ berjaya beri makan.

hampeh! puas aku sua kan makanan, sikit heran pun tidak. Samada kangaroo ni dah kenyang (sebab ramai yang dah beri makan sebelum tu), atau aku memang tak ngam dengan kangaroo! hahaha

Maaf ya. Memang tiada pose istimewa Ziyyad dengan kangaroo. Ziyyad memang amat amat takut dengan kangaroo. Sebelum ke sini, dia beria ia cakap nak beri kangaroo makanlah, nak duduk atas kangaroo lah. Bila mata bertemu mata (mata Ziyyad vs mata kangaroo), ternyata Ziyyad tewas. Hatta berdukung pun takut!

Bila dah takut, mood pun hilang. Maka Ziyyad lah yang duduk atas stroller Zayyan. Dan betul kot kata pujangga, haiwan ni boleh ada sixth sense/kesan kalau kita takut kat dia. Kangaroo jinak ni dalam misi mengacau Ziyyad yang dah super ketakutan.

Kemuncak kepada ketakutan itu, Ziyyad diterkam kangaroo ! Soheh lah Ziyyad fobia dengan kangaroo lepas ni..hahaha...Aku yang dok sibuk ambik gambar pun apa lagi,  kelam kabut pergi tinju kangaroo tu, kalau tak teruk Ziyyad kena cakar. Okeh, bukan tinju, cuma halau aja..~wakakakaka..


Bukan setakat kangaroo, dengan koala pun Ziyyad takut. Aku tak tahu lah takut, atau dah hilang mood. Puas disuruh posing ngadap koala, langsung tak mau pandang. Dan sikit punya pasif si koala ni, kuat tidur (tidur 20jam sehari), hari tu si koala boleh turun dari pokok, dan berlari lari kejarkan Ziyyad!  Barangsiapa yang pernah bertemu koala, pasti tahu bahawa koala ni sikit punya pemalas, nak bergayut sahaja di batang pokok eucalyptus.

"Sungguh aneh perbuatan koala ini...mungkin ini petanda beliau sudah buang tebiat", kata si penjaga taman ini kepada hadirin yang menontonnya. Kita saksikan video di bawah (ziyyad dalam stroller)





Namun, nasib baik, akhirnya ada juga binatang yang Ziyyad tak takut dan boleh belai ekornya. Aku lupa apa nama binatang oren ni, macam kucing + rakun gayanya. Itupun lepas jenuh MommyZZ pujuk dia pegang! hahah..

Berbeza dengan adiknya, Zayyan, wombat yang gebu ini pun diterkamnya! Sampai menjeritlah minah saleh tukang ambik gambar ni terperanjat bila Zayyan terkam wombat. Mungkin wombat ni pun haiwan yang sensitif macam koala, tak boleh di picit picit, dikhuatiri akan meninggal dunia kot.

Last but not least, a very classical, cliche punya gambar yang mesti ada bila berkunjung ke sini. (Ni pose kali ke -3, dan Zayyan masih tidak mahu memandang ke kamera, dek kerana kekaguman nya terhadap wombat! hahaha)


Bagus bawa anak anak ke sini. Boleh tengok haiwan haiwan yang native kepada bumi Australia, boleh tengok farm show nya (tengok cara ketam bulu biri biri, boleh picit susu lembu). Haiwan haiwan seperti koala & kangaroo yang susah nak dipegang kalau kita ke zoo (contohnya masa aku ke Zoo Sydney, dah lah masuk kena bayar, nak pegang koala pun kena bayar lagik!) , boleh dipegang & dibelai sepuasnya di sini..hahaha...Kos nya hanya AUD22 sahaja seorang.


ps: Insya Allah kalau ada rejki umur & uang, daddy akan bawa Ziyyad lagi ke sini, supaya Ziyyad boleh berposing dengan kangaroo. Dan diharap, masa tu, Ziyyad dah tak fobia lagi!  :P

40 comments:

  1. tapi kelakar tengok ziyyad mase kangaroo tu peluk dia..hahahah


    zayyan memang cooooool habes..heheh

    ReplyDelete
  2. alahhhhhhhhhhhhh..
    siannya ziyyad... agak2 dia takut kangroo terkam dia..

    dan.. rupanya betul.. siannya...

    PS; bila layan pic nie, rasa mommy zz dan zayyan tak penakut, tapi dok dan ziyyad jer yang penakut.. kan................

    ReplyDelete
  3. Comelnya anak-anak itu dan juga haiwan yang pandai menyakat. :)

    MommyZZ sebenarnya nampak sedikit berisi dalam gambar tapi hakikatnya sangat comel di luar (ikhlas ni tau). :)

    ReplyDelete
  4. bahya tau tendengan kangaroo,org ckp blh bwk maut,alahaiii sian nya ziyad...kaklong takut,dia demam jer lepas tu...sebaik dia ok kan?

    ReplyDelete
  5. OK. Nama tmpt ni nk hapal bebetul sbb nk bawak anak pegi (ntah bila kui kui kui)

    Kesiannya ziyyad takut menatang..menatang tu pon satu kan..nk je nyakat org yg takut..confirmlah ziyyad akan trauma dgn kanggaroo pasni

    ReplyDelete
  6. masa saya gi tahun lepas takde pon mamat tue (yg pegang wombatt..) ;(

    heheehee

    ReplyDelete
  7. wombat itu sungguh cuddly smpi Zayyan x lepas2 pandang.

    p/s: menjwb persoalan doc d n3 sy itu, mmg kalo tgk pd kmnyer, tak bpe nak jauh. 22km sehala. kt skola tuh kitorg berempat ajer dok jauh. lg 3 org dok subang jaya n klang n sejauh Puchong pon ado. org lain semer dekat2 termasuk Pengetua pon. kiter neh kalo dok dekat bole jimat mcm2 n perasaan pon x laaa lagha sgt. br nk kje bersemangat kan? yg sy tau, yg dpt tukar neh ader yg baru ngaja ajer. setahun. yg lom confirm.

    ReplyDelete
  8. Sgt comel melihat gambar ketakutan ziyyad.hehehe

    ReplyDelete
  9. kanggaroo tu takut nak makan, takut kena sembelih ngan dr...dia tau dr nak jadikan dia rendang! :p

    ReplyDelete
  10. hehe bila tak takut... baru lah gambar tu comel jek tak gegar yerk ~

    ReplyDelete
  11. comel aje zayyan!

    tak pe... may be masa DZ punya next visit
    ziyyad dah ok - tak takut lagi ngan koala and kangaroo..

    ReplyDelete
  12. Ini mesti kanggaro jenis jahat. Nasib baik tak kena muka Ziyyad. Kalau tak siapa yg menyesal tak sudah. Nampak dia memang takut sungguh. Budak bandar tak sama budak kg doc... kesiannya dia. Tapi adik nampak cool je.. belum ada rasa lagi:)

    ReplyDelete
  13. wah... bestnya...geram pula tgk wombat tu gebu sgt

    ReplyDelete
  14. hehehe...sy tersenyum tgk keletah anak2 DZ...sumenya kelakar dan tak sangka si kecik berani cubit wombat yg lebih besar dari dia..mgkin dia kagum tgk wombat tu sbb gaya duduk pun lebih kurang. sy penah ke sini jgk thn lepas...pun sama, kagum & excited mengalahkan budak kecik. yg paling manis bila bagi makan kat kangaroo...dorg kerumun sy dan letak kaki depan kat peha sy sbb masa tu sy mencangkung...mcm ala2 budak kecik yg letak tangan atas paha mintak disua makanan...mmg mesra kangaroo2 tu...

    sy rasa kangaroo & koala tu saja2 nk menyakat...hehehe...tp apapun mmg kelakar :D

    ReplyDelete
  15. alah siannya tgk ziyyad takut tu...

    but binatang yg zayyan pegang kaler kuning tu.. comel le..bulunya soft betul yek?

    cam nak pergi sana le...tapi bila tahun ntah.. hehehw

    ReplyDelete
  16. keh keh keh... ni yang dinamakan kisah lawak antarabangsa, koala tidur pun boleh cergas!

    ReplyDelete
  17. apsal tak masukkan zayyan dm poket kanggaroo tu??
    kehkehkeh!!

    eh! atok mana?? atok??

    ReplyDelete
  18. Alalal dok botak zayyan dok ralit tgk wombat tuh yer.. dah tak kisah ngan kamera dah yer.. :)

    ReplyDelete
  19. ziyyad kita geng.. auntie pun takut kangaroo dengan koala.. err.. kucing pun.. he..he..

    suka tgk gambar2 tu..

    ReplyDelete
  20. tengok muka dia nampak sangat takut ngan kanggaroo... adiknya cool je ek ngan wombat tu...hehehe

    ReplyDelete
  21. Anjing boleh tau tau manusia takutkan ia....

    ReplyDelete
  22. kesiannya ziyyad..dia penakut tu..zayyan tu dia tak tau apa2..ular pun dia terkam selamba je kot....contoh mimi..sgt berani memegang haiwan smpi ckp "ma, boleh tak dia nak amik gambar peluk2 ngan harimau?"..hahaha..mamanya yg terkedu.

    doc, dee rasa pantai klebang skrg takleh mandi dah ditambak, tapi ada gak budak kecik mandi aritu masa dee pegi ngan member..lagi satu..aktiviti main layang2 ngan naik kuda still ada..

    ReplyDelete
  23. dtg sekali lg..ziyyad yg terkam kanggaro tu..siap la kau kanggaro...

    ReplyDelete
  24. comel muka ziyyad takut kanggaroo..hehehe..takpe next time ziyyad pulak terkam kanggaroo..

    ReplyDelete
  25. kalau perah susu lembu yang montok² sure siok oooo...hahahahahahahahahaha
    p/s : doc, tlg email kt saya detail psl permanent hair removal treatment..tak moh jadi arumugam pillai lagik hehehe..eszek01@ymail.com

    ReplyDelete
  26. Alahai .. comelnya kangaroo dan org2 disekelilingnya. Hihi.

    ReplyDelete
  27. kesian ziyyad, mesti trauma dengan kangaroo, keh3.


    kelihatan mommyZ sangat gumbira bila ziyyad belai ekor binatang tu ;)

    ReplyDelete
  28. hewan2 tu semua suka kat ziyyad tu
    siyesss

    ReplyDelete
  29. sy rasa ada logiknya
    sbb sy slalu terkena dgn kucing


    haha

    ziyyad menjadi tumpuan!

    .

    ReplyDelete
  30. seronoknya. . kangaroo pandai ambik mkanan dari orang perempuan, terutama nampak muka mommy yg penyayang.haiwan pun cam baby gak dia ada, tak tahu nak cakap cam mana. tengok tu ziyaad suka haiwan comei, mesti dia ingat tedy bear kat umah.budak-budak kebanyakannya cam tu.muka kangaroo cam garang sebab tu ziyaad takut.

    ReplyDelete
  31. hihi..
    comel pulak tengok Ziyyad takut dek kangaroo tu..

    ReplyDelete
  32. saya sama macam ziyyad takut binatang walaupun kucing dan ia akan selalu datang dekat kita yang takut. kesian ziyyad. noti kangaroo dan koala kacau dia dan wombat tu sangat menakutkan.

    ReplyDelete
  33. kangaru yang selalunya takot bila tengok uncle

    ReplyDelete
  34. yang si adek kepala bolat tuh sik pandang jer menatang tuh.mmg btl2 nampak ziyyad takot ek ngan kangaroo=)

    ReplyDelete
  35. pompuankan ada sifat keibuan maka sbb itu kanggaroo tu suka mommy suapkan hihihihi..

    alooo kesian ziyyan kene dera dek kanggaroo...sabo je la..

    hahahaha, part video tu No rasa dia nk usha ziyyan tu hehe...

    anak2 No pun suka kat binatang..dorang dh blajar camne nk tunjuk kasih sayang tu sbb mase farihin dan fahdlan kecik2 umo 3-4thn, dorg xpandai camne nk main ngan kucing..huhuhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...