Tuesday, October 18, 2011

Busselton Jetty

Entri semalam aku cerita pasal lawatan ke Busselton Jetty, jeti terpanjang di hemisfera selatan, 2 km.
By the way, aku lawat jeti ni pada hari ke 4 aku di Western Australia, so cerita -cerita pasal jalan jalan ke sana aku tak ikut kronologi  :P

Jeti ni dah lama wujud, sejak 1851. Betapa mereka hargai benda bersejarah kan, tak macam kita, Pudu Jail tu pun habis kena roboh. Jeti ni terletak di bandar Busselton, lebih kurang 222km dari Perth.

Di permulaan jeti ni ada Interpretive Centre. Masuk free. Kat dalam tu ada mini muzium menceritakan tentang sejarah pembinaan jeti ni, cerita pasal jeti ni pernah terbakar tahun 1999, dan juga jual souvenir. So boleh lah collect gold coin Busselton Jetty atau beli fridge magnet kat sini..hehe..

Jeti ni memang panjang gila. Semalam DrSinga tanya,"jalan tak sampai hujung jeti?". Kalau ikutkan hati, memang nak jalan. Ramai mat saleh tua pun jalan 2km tu. Syiok. Tapi sebab bawak baby dan orang tua (atuk wife aku), maka option terbaik ialah naik Jetty Train tu. Total cost, AUD11 per person. Kalau nak jalan saja atas jeti ni kena AUD2.50. Keretapi mini tu akan bawak korang sampai ke hujung jeti tu.

Naik train ni lebih nak menggembirakan hati Ziyyad. Zayyan terlalu kecik utk faham, dia pun lalok aja naik train ni, tertidur sebab syiok kena hembusan angin laut! haha

Semalam uncle Al-Lavendari tanya " ada orang mancing tak?". Of course ada. Ramai! In fact aku perasan, kat Ostrolia nih, asal ada jeti aja, ada orang mai mancing. Ada budak kecik umur 4 tahun pancing ketam kat sini, dapat 4 ekor, siap bangga tunjuk kat aku..ekekeke...Ikan ikan kat sini besar2 dan sihat sihat belaka, tak macam ikan kalau kau mancing kat PD tahu! Haha..

Tak cukup pancing dari atas jeti, boleh saja pancing dari bot kecik. Bot ni aku kira kira berada ~ 1.5km dari pantai. Kalau aku confirm cuak..haha..

Budak budak sekolah Ostrolia yang daring akan buat terjun tiruk dari jeti ni. Tak jauh beza dgn perangai budak kampung kat Malaysia yang terjun tiruk dalam sungai.

Apa ada kat hujung jeti tu? Ada Underwater Observatory. Reef buatan manusia yg boleh di lihat melalui cermin bawah laut. Aku tak masuk pun UWO ni, sebab mahal, dan dah tengok kat Youtube,biasa biasa aja...baik layan Sydney Aquarium lagi best.

Ni dalam perjalanan balik semula ke pantai selepas sampai ke hujung jeti. Kalau banyak masa, memang aku nak balik jalan kaki aja, menapak 2km. Tapi sebab aku pi Western Australia nih 8 hari aje, so kena pandai pandai bajet masa. Tunggulah tahun depan, aku ingat nak cuti sebulan jelajah New Zealand! Hahaha..berangan..

Pakcik drebar train ni memang glamer seh. Aku rasa dah beribu orang bergambar dengan dia, termasuklah wife aku..ekekekeke..Nampak dia happy aja dgn kerja dia. Majoriti orang kat sini memang look happy with their job, berkhidmat orang dengan ceria, gelak, tak macam perangai orang Malaysia yang muka masam mencuka bila berurusan..hahaha..kutuk Malaysia lagi..:P

Jeti ni pun satu port yang best buat kaki tembak macam aku. Ambik sunset/sunrise dari sini. Aku tak sempat nak ambik sunrise sebab pagi pagi pukul 5.15am aku dah drive sorang-sorang gi Dunsborough (24km from Busselton) untuk tembak gambar sunrise kat Sugarloaf Rock. So hanya ambik gambar sunset aje yang sempat kat jeti ni.


Kesimpulannnya:
-kat Ostrolia ni memang banyak jeti, sebab coastline mereka panjang.
-banyakkan senyuman semasa bertugas, tugas itu ibadah.
-uncle Gedek tanya 'panas ke sini ?'. Yup, aku pi masa spring, terik time tengahari, tapi angin dia sejuk..tu pasal Ziyyad kata kat sini 'ada ekon kat luar' Haha..
-aku akan datang lagi ke sini, Insya Allah.
-kepada yang nak lawat jeti ni, boleh baca ni : http://www.busseltonjetty.com.au/



43 comments:

  1. ikan kat pantai PD mati..keracunan sbb air kencing manusia yg kencing mase tengah mandi laut..

    ReplyDelete
  2. alangkah bahagia kalau kita punyai pekerjaan yang kita suka ........

    ReplyDelete
  3. ada ekon kat luar? hahaha


    terbaek lah!

    ReplyDelete
  4. emm terasa la aura Busselton Jetty kat sini..

    airnya biru,hijau jauh beza dgn pntai kita

    melancong sebulan? wahh best tu,

    gmbar ade frame cantik kecik tapi, nk tgok yg besar punya ada kat blog 1 lagi ke?

    ReplyDelete
  5. bestnyer..:)
    keje laa ape pon..kalau suke mesti kite seronok dgn keje tu kan?:)

    ReplyDelete
  6. aku nak keje jadi drebar train jugak la kat sana..
    mesti happy
    huhu~

    ReplyDelete
  7. namapk kecik pulak mommy ziyyad bila ambik gambo ngn drebar train tu....heheheh!!

    ReplyDelete
  8. kwn sy kat ostrolia..tgh tunggu time nk jumpa mereka ~ berangan haha

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. syoknyeeee

    pd? lamanya tak pegi

    ReplyDelete
  11. Hey hey...!

    "orang Malaysia yang muka masam mencuka"?

    Uncle terasa, tahu!

    ReplyDelete
  12. Seronoknyee...ziyyad pasti hepi naik train tu..kan?

    Kutuk malaysia ye?sy org malaysia tau...hohoho

    ReplyDelete
  13. cuaca kat sana sedap kan, tak berpeluh wlau ada matahari...beli tak gold coin kat sini?

    ReplyDelete
  14. Words Kat Luar ada econ best.. tingat kat arwah atok 'Guna je econ dunia'.. tp econ dunia kat Mesia panas la!!!

    ReplyDelete
  15. bilalah m'sia nak ada ekon kat luar kan.. he..he.. bestnya jetty tu.. bila tgk org buat kerja dengan muka ceria, kita pun rasa lebih ceria..

    ReplyDelete
  16. Scenario org sana bila ada pelancung luar senyum lebih kurang dgn tempat kita juga doc. Dgn org luar senyum dgn sesama citizen mencuka.

    Ala... tak ada pun muka Ziyyad/Zayyan. Nak lihat macam mana happy dia di sana.

    ReplyDelete
  17. thanks for sharing... bila plak kami nak gi eh. warhhh bab nak compare macing kat PD tu yg tak tahan... saya org PD!!!!!! kalau yg dapat ikan kurus tu, pasal tangan pemancing tak power! heheheh

    ReplyDelete
  18. trime kasih doc...doc telah membawa saya berfantasi sebentar ke sana...

    ReplyDelete
  19. bestnya.... terasa mcm di sana pulak...

    ReplyDelete
  20. Cantik gambar matahari tu.

    Doc... nanti kita nak tetapkan warna tema pakaian tak untuk gathering tu? :)

    ReplyDelete
  21. emm bab nk lompat,lari tu tk terror lg le asik la tgkap gmbar tgh menonggeng aje..huh

    tkpelah praktis make perfect...slow2,alon2 org jawa kata

    ReplyDelete
  22. ada sorang kawan bila dia dengar sapa2 komen @ komplen pasal Malaysia..cepat2 dia akan balas balik "Welcome to malaysia"..haha!

    ReplyDelete
  23. Cantik sungguh pemandangan.. kat sana yer.. :)

    ReplyDelete
  24. ooo hoo .. tak baik oo kutuk org Malaysia .. tp memang org malaysia sedikit sombong .. kahkah..

    ReplyDelete
  25. letal le gambar kat wordpress tu!!
    situ gambau boleh besau-besau!!

    ReplyDelete
  26. salam kenal..singgah jalan2 ke sini.
    em..cam menarik..boleh la letak dalam senarai negara yg ingin dilawati :-)

    ReplyDelete
  27. siok pancing ikan pastu trus wat bbq...

    ReplyDelete
  28. seronok No tengok gambar2 ni..xdapat p pon xpe, sekadar mencuci mata pun dh cukup hehe...insyALLAH klo ada rezeki org kata xkemana kan...

    ReplyDelete
  29. tak try terjun tiruk sekali ke ......

    ReplyDelete
  30. wahh terjun jea bebudak tue..idak ke sejuk ayor nye?

    ReplyDelete
  31. seronoknya
    macam terasa pulak hembusan angin
    akon luar tu...

    sebab tu ramai kata australia
    ni bersih dan cantik

    ReplyDelete
  32. kje kt msia macam mencuka psl byk mender serong...

    ReplyDelete
  33. ish..bestnya..
    cantiknya..

    laut dia pun jernih jek..nampak pun bersih jek..
    takde le sampah sarap macam kat sini kan..?

    ReplyDelete
  34. cik ina suka laut, jeti dan yang disekelilingnya. Cantiknya ciptaan Allah SWT. gambar lagi please?

    ReplyDelete
  35. wah.. tak perasan doc dah bersiaran semula


    cantek2nya pic yg doc tembak, tak dapt pergi dapt tengok gamba pun jadilah

    ReplyDelete
  36. uitt...dah bersiaran....hehehhehe...jumpa hr ahad...insya ALLAH...

    ReplyDelete
  37. sana nmpak panas tpi sntiasa berangin kan so tak berpeluh pun!

    anyway doktor, what do u think about my entry today psl fabroid?

    ReplyDelete
  38. byk utang nak kene byr.. terpaksa simpan hajat nak travel.. damm..

    ReplyDelete
  39. jeles dgn tempat mereka.. mereka simpan dan jaga mende2 bersejarah..tetapi kita robohkan.. :( kehilangan identiti kite.. semua nak ubah.. bahasa pun nak ubah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...