Thursday, October 20, 2011

Beza Travel Sebagai Couple & Sebagai Parents!

Percutian ke Western Australia baru baru ini, selain bercuti dan sebagai tempat aku melepaskan hobi mengambil gambar, telah mengajar/membuka mata aku dalam banyak benda/aspek yang aku tak pernah terfikir. Tahun lepas aku bawa Ziyyad  ke Bali (dia umur 2 tahun masa tu, Zayyan belum wujud lagi), he was fine, tak banyak problem. So I was expecting this trip will be the same. How wrong am I !! haha

Aku create plan berbulan bulan lamanya (rancang itinerary) sepanjang 8 hari disana, menjelajah hampir 1800km jauhnya..namun ada yang tak tercapai..dua hari terakhir di sana, patutnya aku travel ke north of Perth (ke Lancelin & Nambung National Park), tapi aku cancel kan, sebab nak kasi anak anak rehat dan tak sanggup melayan mereka melalak/cranky..ekekekek....Kalau tak, jejak jugak 2000+ km kami travel by car!  Percutian tempoh hari tak mencapai objektif 100% bagai di plan, antara sebabnya:

a) Kekangan masa. Masa planning, bajet masanya cukup, bila kat sana, baru sedar tak cukup masa.
b) Karenah anak -anak kecil. Ini yang penting, dan ini topik utama entri aku hari ini :P

at our accomodation house in Augusta, 310km from Perth
 -wife aku kata, aku tak ambil kira karenah anak anak masa aku buat itinerary. Aku akui. Aku bajet mereka(ziyyad & zayyan) boleh follow ke mana saja plan yang aku rancang. Aku silap. Di Australia lah Ziyyad buat hal, meragam, menangis...padahal selama ni dia cukup well behave. Di Australia lah Zayyan melalak lalak nangis, sejuk pun iya, mengada ngada pun ia..ekekekeke..padahal selama 4 bulan dia hidup di Malaysia, dia baby yang susah nak nangis.

Di Hamelin Bay,  16km dari Augusta. Ziyyad mula mula takde mood nak bergambar
Di The Gap(Torndirrup National Park), 431km from Perth. Both Ziyyad & Zayyan takde mood, cranky.
Still at The Gap & Natural Bridge. Mereka kurang cranky sikit bila mommy pujuk! haha

-Kerana karenah anak anak, aku akui, ada masanya sepanjang percutian kami di sana, kami bertengkar kecil....dah rasa macam masuk rancangan Amazing Race pulak! hahaha...bukan pasal apa, pasal aku kadangkala terlalu marahkan Ziyyad yang meragam, dan wife aku marah aku balik, sebab aku garang sangat! ekekeke...Dan kadangkala wife aku sendiri hilang sabar marah kat Ziyyad...Dalam pada Ziyyad meragam, time itulah Zayyan pulak melalak! Aku letakkan expectation terlalu tinggi kepada Ziyyad untuk well behave (sebagaimana dia di Malaysia)...itu silap aku.

Our picnic lunch at The Kings Park, Perth. Ziyyad had a very good mood, lari sana sini, of course kat taman kan..Zayyan meragam pulak, nasib baik kejap.

-Bukanlah sepanjang masa di sana mereka meragam, ada lah diselang selikan dengan mood yang baik..tapi tempoh good mood nya pendek!

Of course good mood di sini! Ziyyad rambang mata tengok coklat di The Margaret River Chocolate Factory at Margaret River, 270km from Perth.
Well behave, good mood, sebab boleh lari lari atas suspension bridge 40m up in the air, at the Tree Top Walk, Walpole..420km from Perth.
Zayyan pun good mood, in fact tido dalam carrier dia! Sambil isap jari mommy. Yup, dia tak hisap puting.Haha


- Aku belajar banyak benda dari insiden anak kecil meragam ketika melancong ini...Aku terfikir:

a) Kalau nak travel jauh2 oversea, maybe kena tunggu mereka besar sikit..so tahun depan takleh ke overseas (walaupun aku & wife dah gatal nak ke New Zealand, or Turkey..ekekeke)

b) Best jugak kalau honeymoon berdua tahun depan. Tapi mommyZZ(wife aku) for sure tak mau berenggang dgn anak anak. Aku pun sebenarnya tak sampai hati nak tinggalkan mereka di kala kami melancong. Aku ada terbaca di internet bagaimana ada satu couple ni dah gi Bali, tak sampai dua hari kat sana, balik semula ke Malaysia sebab rindukan anak yang ditinggalkan dengan atuk nenek mereka! Haha..

c)  Aku kena tambah tempoh percutian, minimum 2 minggu. So boleh explore tempat2 secara slow, dan anak anak tak meragam nak ikut parents nya yang ala ala nomad setiap hari bertukar hotel/accomodation! Haha..

Yang pasti, untuk tempoh 2 bulan berbaki 2011 ni, dah tak boleh nak ke overseas. Melancong dalam negara ajalah, ke Penang or Kundansang maybe..dan rasa rasanya sebab jarak perjalan dalam Malaysia ni tak lah jauh gila, maybe anak anak aku well behave, harapnya! Amin....:)

Apa cerita korang pulak? Pasti ada pengalaman tersendiri dengan karenah anak anak kecil semasa melancong kan..kita share bersama di sini..:P

59 comments:

  1. Auntie nak pergi solat terus berhenti kejap sebab nak tengok gambar Ziyyad & Zayyan tau. Suka betul . Mummy pun comel jugalah macam ZZ.

    Kalau nak tinggal pergi masa bercuti tinggalkan pada kakak doc. FOC aje...

    ReplyDelete
  2. haha..tergelak akak nora bab dah macam Amazing Race tu..

    baru2 ni first time akak nora gi trip family ..first time juga ke langkawi..dgn baby 9 bulan dan abgnya 3 tahun..huhuuuu...nasib baik makcik nya berdua ikut..ikut abahnya..bukan sikit..byk tengkaran kecik dia..yelah jalan2 di langkawi tu jauh2 kan..mesti lah menduga sikit..

    kalu ikut akak nora nak tinggalkan sekejap kat umah mak..tapi, hubby plak tak sanggup..nak merasa jalan ngan anak-anak..Alhamdulillah..dapat juga pergi mana tempat yang rasa nak pergi..kecuali kabel car sebab cuaca tak elok..

    dalam haru biru dengan anak2 kat sana..tak sedar..dalam perut ada dah 2 bulan..hik..

    ReplyDelete
  3. memang banyak ragamnya bial bawa anak2 kecil berjalan@melancong....
    perubahan angin atau cuaca menjadi faktor utama gak...
    biasalah tu bila naka2 meragam,mak bapak pulah bertengkar kecil...
    tu kadang2 mood nak makan angin hilang...

    ReplyDelete
  4. mmg karenah anak buat kita bertengkar kecil sikit.... biasalah tu....

    ReplyDelete
  5. walaupun bergambar masa takde mood both of them still cute! hihi

    saya pulak klau g mana2 lebih 2 hari mula teringat kat kucing kat rumah.. sounds funny rite?!

    ReplyDelete
  6. Smua gamba kt atas cantik..

    Dulu pernah travel ke guang zhou, shen zhen china. Bwk ank yg sulung masa tu 2 years + n 2nd 1 year plus plus..tak byk sgt ragam dorang. Cuma sy kesian tgk dorang ni sbb time tu musim sejuk dan hampir ke winter season. Hbs kulit dorang kering dan merekah wlpn dh pakai baju tebal. Cuma mslhnya time dorang buang air besar ssh nk basuh sbb toilet awam kt sana xpakai air. Just guna tisu aje. Kemana sy jalan, sy mmg akan pastikan ada 2 botol air mineral kt dlm beg galas sy..memudahkan sy sekiranya ank nk terkucil ke apa...

    Suami sy pun sama cam wife daddy..kalau jalan mana2 xsuka tinggal ank dgn org lain. Dia ckp wlau kemana pun kita pergi...biar sentiasa bersama...1 family. Cuma skrg duk pening kepala duk mikir cmner nk wat umrah kalau bwk ank2 kecik ni..boleh ke? Haishhh~

    ReplyDelete
  7. Usah kata over the sea, dalam mesian ni pon sy teragak2 nak bawak anak2 jalan jauh

    haritu dah hampir nk booking tiket ke sabah

    tp bila fikir yg anak-anak kecik lg, so cancel.

    ReplyDelete
  8. nak jawab soalan - period akak nora teratur..cuma masa bulan puasa tak datang2..buat test sendiri..lastly negatif..tu yg last2 kena scan sebab tak ambil tau last period sebab merancang kan..adik kecik lagi belum setahun..
    tapi dah nak lekat..umur adik setahun..dah ada 3 bulan..

    ReplyDelete
  9. Kundasang tempat yang sejuk dan nyaman. :)

    ReplyDelete
  10. Semestinya kalau bawa bby jgn harap dpt mkan angin seenaknya.
    Pengalaman lalu, bby menangis 30 minit slps flight terbang dari Jakarta sampai KL. Nasib baik jarak x jauh. Kalu KL -London ke tak tahulah mak..

    ReplyDelete
  11. cabarannya ada di mana2 kan.. alhamdulillah, Allah izinkan kami spend masa berdua dulu..mungkin itu hikmahnya...tp syabas lah daddy, berjaya juga ke sana dengan anak2..jadi iktibar utk saya one day nnti..hehehhe

    ReplyDelete
  12. wa blum ada anak sendiri tp ramai anak buah..if jln2 g kl pun bl time dorang bl perangai mak abah dorang leh bertuka hijau melayan kerenah memasing..hahahaha

    ReplyDelete
  13. tak da anak2 lagi...tp experience ngan ank2 buah lebih kurang camtu la...bila dah besar sket ok la tu...


    sangat geram dengan zayyan yg chumill..ziyyad pon hensem..;)

    ReplyDelete
  14. Biasa la budak2 ada masa moody mungkin letih travel jauh2, mungkin kalau bawak kat tempat yg menarik tuk budak2 cam disney land ke, tempat yg ada binatang ke maybe lain sikit kot mood diaorang :)

    ReplyDelete
  15. uncle dapat bercuti kat klang pon kira bernasib baik....

    :(

    ReplyDelete
  16. akak pula masa anak kecik2 mmg selalu berjalan berdua.. tp mmg tak best langsung sbb asyik fikir nak balik sebab mak ayahnya demam rindu kat anak2.. bila dah besar sikit nak layan mood dia orang yang lagi suka stay kat rumah.. sedangkan kita bawak dia org jalan2 nak bagi tgk tempat org.. he..he.. untuk akak, bawak ke tak bawak ke anak2 ni tetap ada kelebihan dan kekurangannya.. masa kecik ke masa besar, tetap ada masalahnya.. tp yg pastinya bila bawak anak2 keseronokannya terasa lebih lagi..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum

    bagi kita lah kan, budak2 suka bila dapat pergi tempat yang untuk berlari ke sana ke sini aje... macam taman ke zoo ke, akuarium besar ke...

    tapi sebaiknya tunggu dorang besar dululah... baru lah best nak melancong kan :)

    ReplyDelete
  18. teringat masa pergi pangkor ikut rombongan naik bas.
    akim masa tu setahun lebih kot..dari awal pagi naik bas dah melalak2..dekat sana pun melalak2..balik pun sama..siksa betul rasanya...tp skrg anak2 dah besar..seronok jer berjalan..rasa taknak balik rumah pun ada..haha

    ReplyDelete
  19. emm tk pernah la tinggal kan anak2 kat org,susah2 pun sendiri jaga...semalam tido spital bersalinkan anak yg no. 2, anak yg sulung main gunting2 rmbut dgn sepupu dia..rmbut tokek sana sini...nasib baik tkde benda yg merbahaya...tk nak susahkan org kita happy2 pula berdua

    pergi Cameron pun yg kecik meragam,melalak...tk cukup tidur dan rehat pun satu hal...agak2nya nk travel jauh2 bila masing2 dh sekolah rendah dan menengah dan tkde yg nyusu botol lagi la :P

    ReplyDelete
  20. jarang tinggal anak kalo nk gi melancong. melencong penah. seb baik sorang lagi, senang nak handle. cuma kalo nak kemana2 tu bagi dia puas tido dan menyusu :p br tak crancky!

    ReplyDelete
  21. kebiasaannya bila anak dah berusia 3thn ke atas baru seronok sikit pergi berjalan. lagi seronok kalau dah free diaper.. hihihi!!

    ReplyDelete
  22. dr

    mmg mencabar bawak budak2 kecik berjalan lebih2 lagi kalo menganggu waktu tido mereka..

    apapun still a good experienced utk kita mak -bapak ni kan..

    ReplyDelete
  23. ehhe , dah mcm amazing race ye? eheheh.

    mood kanak2 mmg tak boleh nk jangka kan! mmg sgt2 mencabar klu bawak budak2 kecik ni berjalan jauh. hee.

    ReplyDelete
  24. bestnya.....
    ok...sy kan, kl g jauh2 mmg tak bawak anak..kijam kan???g bali tak bawak, g sabah tak bawak..singapore je bawak...heheheh...sbb dekat...masa muiz nih, kesian dia...cameron pun lom sampai lagikkk...nak kumpul duit g umah kakcik nih...hehehehhe....alah doc, kl setakat marah anak2 tu, rasanya mcm satu felda tempat sy duduk tu boleh dengar sy marah...kl sunyi je umah sy tu, mesti ade yg tak betul...hahahhaha....(psstt:hubby sy selalu bebel2 kat sy sbb jerit2 marahkan anak2...boring laaa)

    ReplyDelete
  25. biasalah tu doc..nak2 jarak jauh, perbezaan masa, cuaca, semua tu buat budak2 penat..bila penat crankylah kan..at least u pegi husband n wife..dee dulu gi KK..heret anak berdua ngan kwn dee je..bergambar pun anak tgh tidur kt bahu..husband dee tak ikut..samalah gi kuching..tp masa kuching dorang dh besar sket..dah enjoy..so, nak gi jauh2 tu tunggu dorang besar dululah ye..hehehe..xpun..cuti lama sket..xlah penat sgt..

    ReplyDelete
  26. i put 2 entries about my vacay at A'Famosa.. Memang betul rasanya anak ni crancky sebab maybe derang penat. That's why kami paling jauh pun ke Semporna. Itu pun doa taktahu berapa banyak moga anak tak meragam. Hahahaha.. Better luck next time..

    ReplyDelete
  27. nak betul2 relax masa melancong, memang kena tunggu anak2 dah school age. so that diorg boleh appreciate tempat yg kita pegi tu. masa aku gi vietnam hari tu, our 5 n 4 y.o kids still lagi meragam. takmo jalan, letih, nak dokong.. huhu~

    eh, sebbaik kapel yg ko citer tu bukan aku! aku berhati waja tinggalkan anak2 semata2 nak gi bali/bkk. haha

    ReplyDelete
  28. beshnya jenjalan..kalau anak2 tak meragam lagi besh jalan.tu biasalah risiko ngan anak=)geramm tgk si adekkk.puteh melepak n cumilll.

    ReplyDelete
  29. saya jalan-jalan dan tinggalkan semua anak2 di rumah. eh? hahaha!!!!

    *gi kundasang laaa! tapi tak jamin la baby2 tu takkan cranky sebab kawasan tu berbukit dan sejuk bila malam dan pagi. :D

    ReplyDelete
  30. perghhh..!! challenging betullah! hahaha

    jalan ngan budak comel berdua tu..

    bawak ayah sekali ke?

    but anyway, gaduh suami-isteri pasal ni biasalah..ekekekke
    budak kecik ni..mood2 depa tak boleh diramal..

    ReplyDelete
  31. sangat memahami ;D

    Kami pun sama, nak berjalan kesana kemari, tapi tak boleh tinggal anak. bila anak meragam, terus hilang mood.


    kalo gi konferens mana-mana pon dok angkut anak sekali..
    baru masuk talk 2-3 jam, anak dah meragam kat bilik hotel...
    emaknya selalu kena cabut awal, ekeke...

    ReplyDelete
  32. sebab utamanya mereka meragam ialah mereka keletihan


    selepas umur 6 tahun biasanya baru best gi holiday dengan anak2, mereka dah tak meragam lagi sebaliknya mereka enjoy sama2

    ReplyDelete
  33. wo wo...aku suka n3 ni...

    meh aku share pengalaman aku..cewah!!

    trip to Sarawak:
    si abang masa tu baru setahun dua bulan, punya meragam dlm flight, menangis sepanjang penerbangan...dia nangis tu bukan nangis biasa ok, dia menjerit sekuat hati dlm kapal tu, puas pujuk, tetap tak nak diam..huhu..bg susu pun tak nak..sampai ada passenger bengang tau..ek leh, kerek la org tu...aku harap kalau dia ada anak kecik, anak dia pun akan meragam mcm tu..eh, tetiba melalut sampai situ..

    tapi nasib baik abang ok sepanjang berada kat Sarawak, cuma dlm flight je la buat hal..

    trip to Bandung:
    susah kami nak shopping sbb anak2 sibuk berlari sana sini..huhu...mangsanya hubby aku la, kena tgk budak2 tu...aku rasa bandung sgt tak sesuai bawak anak2..ater, nak shopping kan...

    trip to langkawi:
    alhamdulillah, dorang sgt ok sbb masing2 dah besar kot...

    trip to Sabah n Bali:
    kami travel tanpa anak2...

    ReplyDelete
  34. mmg byk sgt bezanya. kerenah anak2lah yg buat kak liza tak ke mana sangat. sabar kena kuat.
    TQ ..insyallah anything kak liza refer daddy ziyyad pasal abg sudin tu.

    ReplyDelete
  35. Doc nak cover 1800km. Itu dah mcm Explore Race aje. Kalau bawa anak2 mmg tak boleh terlampau ambitious. Lainlah kalau kita bujang atau dgn isteri aje. Bila anak2 tu semakin besar takde jaminan mereka tak meragam. Mungkin kurang melalak tapi meragam dari segi lain pulak. Mereka mungkin tak seteruja kita utk melihat sebanyak2 tempat yg boleh dlm masa yg singkat.

    Well. End of the day, yg penting kita sekeluarga happy dan dapat merapatkan lagi hubungan antara ibubapa dan anak.

    Oh ya. Lagi dua tahun munkin Zayyan pulak dah ada adik hehehe

    ReplyDelete
  36. Salam Bro...wah dah balik dah.....
    Betul kate ko tu kalau pi melancong, anak2 akan buat kerenah yg tak pernah diorg buat kalau kat rumah....aku dah ada 3 anak dan ketiga2nya akan buat kerenah yg berbeza...so, sama la, bila dah besar sikit, dah faham baru leh jalan jauh2...hehehe

    ReplyDelete
  37. Dalam satu penerbangan jauh .... CA lihat seorg ibu yang sangat2 tak keruan apabila anaknya .. asyik menangis dan melalak. Sedangkan destinasi masih jauh ....lebih kurang 5 jam lagi. Ke hulu ke hilir ... akhirnya duduk di kabin steward ... menenangkan anaknya.
    Si ibu tentu merasa agak gelabah ... tambahan lagi ... raungan anaknya tu menganggu org lain. Dan ada mata2 yang tak memahami ... memandang tajam ke arahnya. Kasihan betul CA pada ketika tu ..... sampaikan ..CA offerkan minyak angin ... kot kot anaknya kembung. Alhamdulillah .... selepas di sapu minyak diurut ...anaknya diam dan tidur... Tarik nafas lega ibu tu.

    Pada ketika tulah .... CA letakkan diri CA jika CA bawa anak2 kecil .... mungkin yang tidak menentu mereka akan bakal mengganggu org lain.

    Percubaan pertama CA tahun lepas... bawa ke semuanya ke Langkawi.... ahhhhhh ...surrender ... percutiann yang seharusnya seronok ... kadang2 terpaksa diselangi pertengkaran kecil kerana ...menangani anak.

    Jadi keputusan kami sekarang .....tunggu bagi depa semua besar sikit ...dan faham dan dapat menikmati makna pelancongan itu sendiri .. hahahahah

    panjangkan ....komen aku hari ni ...

    ReplyDelete
  38. pernah bawak anak kecik masa umur dia 3 tahun. tpi tiba di sana dia demam.. lagi haru..

    ALHAMDULLILAH diarang ok bila travel. Cuma bila sakit tu yg susah sikit.. Haruuu..

    ReplyDelete
  39. kak ati ni tempat yg paling rindu
    kat tioman island tu pun dok pospon
    sbb fikirkan syahmi...mesti susah

    apa lagi zayyad dan ziyyad yg kecil
    lagi tu..dan yup betui sangat kekadang
    kerenah anak2 boleh buat kita pulak bertekak

    saboo jolah doc...
    tunggu zayyad besar skit okay :)

    ReplyDelete
  40. tengok tu pukul berapa mak
    budak ni dtg komen...hehehe

    semua pasai kes siang ke mlm hujan petir ...huhu

    ReplyDelete
  41. Biasalh budak-budak, berjalan jauh ni sebenarnya memenatkan dorang. lagi pun tempat tu cam baru buat dorang. jadi macam -macam perasaanlah dorang rasa. Harap lepas ni jgn serik plak nak berjalan jauh. May be lepas ni kena tambah cuti lama sikit, senang dorang nak serasi ngan tempat tu.

    ReplyDelete
  42. yerler psl kiter neh dealing ngan 'mender' idup.. kalo mender 'menembak' tuh takperler...tekan sana, picit sini dh x cranky...ehehehe

    ReplyDelete
  43. exactly,
    lagi ramai bwk lagi mcm2 kerenah ada...
    actually bukan budak kecik je , yg besare pun leh buat hal gak...huhuuu

    maybe ur son tak 'kerasan' di Aussie tu, tu jawa ckp maksudnya serasi...hehehehe

    tapi klu leh drive smapi Lancelin tu dgn bwk double D mmg hebat la...
    sbb jauh woooo, sya gi pun sampai kejang kaki lama sgt nak sampai...huhu
    rasanya macam dr JB ke endau je...hehhe

    ReplyDelete
  44. best dapat melancong ni.. dah lama x pegi jalan2... kena tunggu anak besar skit la..

    ReplyDelete
  45. maksimum budak boleh bertahan dlm 3 hari je kalo nak jalan jauh ni.. or else, dia mmg akan meragam coz tak cukup rehat..

    ReplyDelete
  46. Hmm..mmg tak dinafikan kalau bawa anak2 keluar berjalan2 mmg byk masalahnyaa. Iye laa budak2 nie mood dia org akan baik kejap jerk.. yg selebihnyaa good mood itu akan hilang dan iye akan buat kita pun hilang mood jugak..

    Mmg digalakan kalau nak berjalan ke oversea seeloknyaa bila anak2 dah pandai behave themselves.

    ReplyDelete
  47. emm..bercuti atau berjalan dgn ank-ank mmg kita kena fikirkan diaorang dulu..kengkadang benda yg kita blh habiskan dlm 1 jam boleh drag smpi 3-4 jam sbb diaorang..


    sama jugak mcm nk bersiap ke mana-mana..diaorang lah yg ambik masa lama nk siapkan..terberaklah..nk tido dululah..kalau ngntuk kang diaorang meragam..hehe

    ReplyDelete
  48. dugaan tuh, anak-anak meragam mase tgh dlm kondisi bercuti nomad.. hehee...

    mm..tak terfikir juga kenapa mereka begitu ya.. well behave tapi leh cranky masa travel..
    mm..sy x pernah experience lagi mcm tuh, selalu bercuti pun x selama itu..

    ReplyDelete
  49. Majoriti parents yang bercuti bawa anak kecil memang akan mengalami pengalaman perit begini. Jarang dapat selesa sepenuhnya. Itu biasa, kerana nama pun anak kecil. Depa tak reti nak habaq yg depa tak suka cuaca tempat lain... tak nampak rumah sendiri dia rasa takut dan terancam...

    Juga suasana baru sekeliling memberikan rasa keliru. Lagipun bak kata orang tua: “tak reti apa lagi”.

    Betul, elok tunggu besar sedikit. Masa tu depa dah pandai bagitau time nak ke toilet dan pandai hayati percutian.

    ReplyDelete
  50. Sekarang ni musim org makan angin ek? Pas raya ari tu beberapa org kawan pegi Australia, ada yg gi Bandung, ada yg gi Beijing, ada yg pegi UK semua dalam rangka melancong (banyak duit hangpa semua haa...). Yg gi London naik airasia merana penat separuh nyawa.

    Ehh..Sebut pasal London, Meow si kucing oren pun tgh 'balik' London gak.. berdua jer ngan Deris, lama plak tu. Mesti merata dia berjalan, mengimbau nostaljia. Tapi dia tak ada 'banyak hand bag' yg meragam mcm DZ.

    ReplyDelete
  51. biaso la...bertengkar sikit2 tu normal la..tipu la couple tuh kalo ckp langsung x ponah gaduh...itu palsu...

    * tiket all park RM106 utk 2 dewasa after 15% disc guno maybank visa debit card..:)

    ReplyDelete
  52. PR nanti ade family day. Tak tahu la ragam sitwin mcm mane. Harap2 ok aje. Ni 1st time lak tu naik bas.

    ReplyDelete
  53. Stakat ni, tak penah lagi bwk eryna jalan jauh2...takut aihh..byk ragam nnt...huhuh

    ReplyDelete
  54. SALAM,
    NICE MEETING U YESTERDAY. HARAP DAPAT BERTEMU LAGI DALAM MASA TERDEKAT. KALAU KE BBBangi, SINGGAHLAH RUMAH LF.

    ReplyDelete
  55. mencabar betul doc bawak 2 orang comel itu..huhuhu, takpe next time tunggu double Z besar sket ek..:-)

    ReplyDelete
  56. Askm Doc..nice reading your blog...jarang kaum adam ni nak tulis bebnyak pasal anak..Nekcik ni dah umor 52..ada 4 orang anak..mmg dari anak satu nekcik suka jalan..dulu tak mampu obersee..habis habis jauh spore..naik train pulak sbb kami tak mampu bli kereta..anak selang setahun yang pertama..macam kembar..biasalah meragam anak anak..nak makn, nak berak..tapi bila dah biasa bawak travel..lama lama dia faham what should and what should not..and kalau kuat travel jangan ajar anak cerewet..Nekcik kalau travel,flask air panas pun tak pakai..bila anak dah setahun lbih tu..memang minum susu pakai air sejuk aje..makan sardin mentah ngan roti..kalau pagi tu biarkan diorang ni bangun lewat sikit..biar tak meragam bila bjalan..sbb nekcik rasa tak happy kalau jalan anak tak ikut..sediih teringat ingat..depa pun kecik hanya sekali..bila dah besar kita ajak pun depa tak suka sangat..waktu kita bersama mereka itulah akan jadi kenangan untuk mereka..sampai sekarang dah besar besar pun nekcik kalau boleh nak heret jugak..sila tengok blog nekcik..teratak 66..kalau sudi

    ReplyDelete
  57. Salam..srnok bca n dpt ilmu..sy mglami mslah yg sama..msa g hkong bwak anak usia 2 bln..mmg nak berangin sbb mood anak btukar2..so ni plan nak g london bwk 2 anak kcil..ble dh bca ni trus cancel plan 2..btul tfu anak dh beso la..t

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...