Monday, September 12, 2011

Uniknya.

1. Uniknya Melayu...boleh asimilasi pelbagai bahasa.Bercakap dengan Ah Meng " aiyyaa Meng, apsal lu jual manyak mahal"...kalau bercakap dengan Habibur Rahman " Ini ubat kasi makan 3 kali, tada baik, sini datang lagi..haha". Tak pernah aku jumpa mat saleh yang terhegeh hegeh nak cakap Inggeris ber slang Melayu bila bercakap dengan aku..

2. Uniknya Melayu...terlebih ramah! Dah sah sah nampak Cik Kiah sedang menjahit manik, boleh pulak Cik Tom tanya " buat apa tu Kiah oii " . Hahaha.. Sadis kah kalau Cik Kiah jawab " tengah kait buah kelapa ni Tom oii."

3. Uniknya Melayu...hidung penyek, tak cukup tinggi, tapi dalam biodata di akhbar hiburan tetap nak tulis "keturunan: Melayu + Belanda + Nasrani"  Haha..

4. Uniknya Melayu...puasa tak tentu cukup sebulan, tapi bila raya, mesti sebulan. Tutup kedai 2 minggu macam Cina, padahal Cina tu tutup kedai 2 minggu sebab dalam setahun dia betul betul gigih berniaga bukak kedai. Jadi bila tiba Raya Cina, dia raya betul. Awak bukak kedai pun manjang nak off, pukul 9am bukak kedai, tapi pukul 9.30am masih kat rumah! Lepas tu hairan kenapa Cina meniaga kaya, awak meniaga tak kaya.

5. Uniknya Melayu...majlis kahwin meriah 3 hari tiga malam bagai puteri raja. Tak sampai 3 bulan dah cerai.

6. Uniknya Melayu...dengan babi anjing cukup fobia, haram katanya. Nampak anjing sekilometer dah siap dibaling batu, taknak samak katanya! Haha..Tapi makan rasuah macam makan cikidis aja..Menipu dalam timbangan/meniaga macam makan lolipop aja. Haram tak rasa haram. Berkopiah berserban bagai, tapi bawak kereta macam setan, tak bertimbangrasa..ambik hak orang (cutting line).

7. Uniknya Melayu...anak menangis dikatanya hantu merasuk. Sakit badan terus dikata buatan orang. Tok bomoh dan dukun jugak yang kaya lepas tu  :P  Quran kat rumah dibuat tangkal, letak atas palang rumah. Macam mana lah hantu setan tak penuh dalam rumah.

8. Uniknya Melayu....bila mat saleh masuk kedai dilayan bagai raja...melayu yang masuk nak tak nak aja layan...awak tak tahu, mat saleh tu lagi miskin dari awak ! hahaha...dan melayu yang nampak simple tu harta berkoyan koyan, makan dipinggan, minum dicawan. Haha..

9. Uniknya Melayu...yang sunat itu macam wajib, yang wajib itu macam harus. Semayang raya tak boleh miss, tapi semayang 5 waktu berlobang lobang. Tengok wayang hari raya mesti buat, ziarah saudara haram tak mahu! ~haha



Terhibur jugak hati baca kisah unik dalam bahasa Indon! :P

42 comments:

  1. seb baik saya seorang aussie~keh keh~~

    ReplyDelete
  2. oh! tidak!
    raya haritu aku g tgk wayang.
    :P

    ReplyDelete
  3. tu la.. kalau org kaya depa dengki tapi depa tak mau usaha kuat ke arah tu ...yang penting saya tetap melayu ... huhuh .. hidung tak tinggi .. kemek pun tak .. sedang2 ajer .. hehe

    ReplyDelete
  4. uniknya melayu..."apa pun boleh", kehkehkeh!

    ReplyDelete
  5. memang unik...
    mana de bangsa lain yg macam orang melayu...
    hik hik hik

    ReplyDelete
  6. Realiti yg amat jelas di depan mata doc. Kakak setuju walau kehairanan sebenarnya ada... Tambah unik bila ada cuba warung sebelahnya mulalah cari bomoh nak kasi tutp warung sebelah. Kalau cina sebelah kedai baiki kereta, sebelah pun sama. Bila terlebih pelanggan dia boleh hantar pergi jiran sebelah pula kongsi walau bukan rankan kongsi niaga....

    ReplyDelete
  7. uniknye melayu, ape2 coti umum sekali pun melayu yang konker..

    hehehe

    ReplyDelete
  8. saya jawa, doc..hehehehe..jawa tue melayu ke?? melayu dalam bahasa jawa ialah berlari hehehhee

    ReplyDelete
  9. betul sgt tu.. sgt unik.. sbb tu ramai yg masih terus mengamalkan "keunikan" itu.. he..he..

    ReplyDelete
  10. mmg unik pon... keunikkan yang xpatut diteruskan.. huhu

    kamu berakhlak ker?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html

    ReplyDelete
  11. baru kejap tadi aku baru pas entertain visitor dari India & Pakistan...cakap berbelit2 sampai aku suh dorang ulang ayat dorang tu...

    eh, ada kena mengena tak ngan n3 ni? kehkeh...

    ReplyDelete
  12. racist racist..saye melayu saye ok..

    ReplyDelete
  13. heheheh.. jangan sampai melayu mudah lupa....

    ReplyDelete
  14. bila baca, terus saya tengok cermin.

    ReplyDelete
  15. setuju sesangat dengan fakta2 di atas.. :)

    ReplyDelete
  16. hidung saya penyek..

    melayu+ jawa+ bugis..

    ReplyDelete
  17. melayu memang unik..dari dulu2 sampai sekarang.. :)

    ReplyDelete
  18. 1. hidung saya tinggi cam komtar - apa campur? (haha)
    2. tengok anjing lari sebatu sbb kena samak, makan rahsuah terus ke perut, no need samak.
    3. ada orang kata: kalau tak tipu, bukan cina, kalau tak mabuk bukan hindu, kalau tak hutang bukan melayu...tapi sekarang semua adaaa, so itulah yg uniknya...

    ReplyDelete
  19. melayu smpi bila2 pun unik..hehehe..

    ReplyDelete
  20. tang nak tunjuk kunun mix blood tu kan..abes bangsa tang nenek or moyang ditulis dlm biodata..bl tok nenek tu jowo xmo plak dia tulis...

    ReplyDelete
  21. doc .. tu la untungnya jadi melayu, banyak keunikannya

    walaupun kekadang ada keunikan itu yang memalukan juga

    ReplyDelete
  22. Sallam,

    Tak syak lagi,
    Melayu memang unik,

    ReplyDelete
  23. Uniknya saya.

    Bukak kedai pukul 9.
    Pukul 9.30 masih kat rumah.
    Tutup kedai pukul 10.
    Pukul 9.30 dah tak tutup kaunter.

    Sebab itu saya tak kaya2.

    ReplyDelete
  24. aduss yg no 4 tu.

    Saya tutup kedai lagi lama dari Cina. Buka kedai ikut suka. Kadang2 pukul 10. Itu tak masuk lagi masa utk berfb. huhuhu

    ReplyDelete
  25. Kalau kita tengok Melayu yg minta rasuah ni kita sendiri pun loya. Takde rasa bersalah langsung.

    ReplyDelete
  26. Peniaga melayu kaya doc, time raya tutup sebulan, waima semua raya dia tutup. malam tadi cik ina gi pasar malam pun peniaga melayu masih beraya.

    ReplyDelete
  27. wayang wayang juga.. tapi ziarah sedare mara tetap x lupa

    aku pun idung penyek.. biografi : melayu + jawa + cina... ngeh3x~ ;p

    ReplyDelete
  28. sy paling setuju tang semayang raya paling beriya tp yg 5 waktu berlubang2! hehe,


    mata sy sepet tp kulit sy hitam


    cindian?


    :D

    ReplyDelete
  29. saya sama keturunan dgn maya karin dan rani mukherjee.

    percaya? :p

    ReplyDelete
  30. mmglah sgt unik sampe boleh buat mcm2 mender 'unik' gaks... 'bangger2'...

    ReplyDelete
  31. hahaa..kalo la boleh like setiap paragraph..besst giler entry..memang ikut reality sungguh..btw..beringat sebelum terlambat..quran jangan buat tangkal..terbaekkkkkkkkkk..hehe

    ReplyDelete
  32. betul betul betul...

    itulah kite...macam2 ada kannnn...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...