Wednesday, September 21, 2011

Tentatif Gathering: 15 Oktober atau 16 Oktober 2011 (UPDATE--TUNDA KE 22 ATAU 23 OKT)

Sila rujuk entri saya semalam, Tentang Plan Gathering Bloggers

Buat masa ini, kakcik telah bermurah hati untuk menjadi hos kepada plan ini, yakni pertemuan boleh dibuat di rumah beliau, di KL. Di mana rumah kakcik di KL, saya tidaklah pasti. Akan di confirm kan dengan tuan empunya badan.

Konsep: Pot luck.
-saya rasa konsep ini lebih mesra alam,dan tidak membebankan semua pihak. Lagipun, bukan lah kita nak mentekerdarah macam sebulan tak makan kan...yang penting makan-makan sikit dan beramas mesra dengan blogger-blogger dan keluarga masing masing. So, Insya Allah dapat pahala eratkan silaturrahim dan pahala memberi orang makan :)

Bila waktunya ?
- saya rasa yang paling afdhal ialah pada hujung minggu, dimana majoriti manusia bercuti. Samada hari Sabtu, atau Ahad. Minggu yang mana? Kalau hujung minggu ni, mungkin terlalu cepat(untuk kalian susun jadual). Saya sarankan kita buat pada minggu ke tiga October, iaitu samada pada hari Sabtu 15 Oktober, atau hari Ahad, 16 Oktober 2011. Jadi kita ada masa lebih kurang 2 minggu ++ untuk susun jadual masing masing, fikir nak masak dan bawa apa...ekekekekek

Berapa ramai?
-ramai ramai pun bagus. Semua blogger yang ada membaca dijemput hadir. Tiada istilah tak kenal lama/baru kenal/malu. Datang aja. Kalau tak jumpa, sampai kiamat pun tak akan kenal..ekekekeke...Kalau ramai sangat, kakcik telah mengusulkan untuk membuka khemah di depan rumah beliau. Ohh..sungguh baik hati kakcik. Ucapkan terima kasih kepada beliau ya.


Jadinya, saya harap rakan rakan blogger yang mana ada kelapangan dan boleh hadir ke KL, dijemput hadir lah ya. Yang mana rasa boleh hadir, sila umumkan di kotak komen entri ini. Yang mana rasa nak beri cadangan, pun dipersilakan. Saya nak buat tinjaun rasmi, berapa ramai yang rasa rasa boleh join gathering ni pada tarikh berkenaan.

Gathering ini masih diperingkat planning. Belum muktamad. Dan ia bukan lah semata mata perjumpaan raya. Kita jumpa pun(Insya Allah) nanti, dah habis bulan Syawal  :)





UP DATE: MEMANDANGKAN HOS YAKNI KAKCIK TIADA DI RUMAH(BERKURSUS) PADA TARIKH 14-16 OKTOBER, MAKA SAYA CADANGKAN (DAN RAKAN RAKAN SEPERTI GADISBUNGA DAN WAHIDA) KITA BUAT PADA MINGGU BERIKUTNYA, IAITU SAMADA PADA SABTU 22 ATAU AHAD 23 OKTOBER 2011.

50 comments:

  1. saya cakap awal2~~saya insyaallah masak spagetti~so orang lain jangan sibuk nak bawak spagetti~~keh keh~~

    ReplyDelete
  2. Bujal - Wokey!!! hahahahah...pakcik nak spagetti berkuah daging rusa kamu tahu! haha

    ReplyDelete
  3. Tarikh 14 - 16/10, Kakcik tiada di rumah sebab kena menghadiri kursus di Gopeng, Perak. (Tak patut betul kursus dibuat pada hari cuti, kan?)

    Minggu berikutnya, boleh tak?

    ReplyDelete
  4. saya setuju minggu berikutnya sebab minggu tu saya terbang ke KK. ;D

    *alaaa....bujal dah chop spegeti....

    kalau cemtu saya bawak mende lain lah. scones. kategori dessert lah tapi. mahu? :D

    ReplyDelete
  5. ada tarikh tutup pengesahan kehadiran tak?
    sebab nak kene tunggu schedule standby abem bulan depan keluar dulu.. nak tau tarikh berkenaan dia on duty atau tidak..

    *** cop! bawak sumi berpeket2. mak buyung tak larat nak masak. aci tak?? hahahaha!!!

    ** wa akan paksa rela kaklong hadir sekali hoccay!!~

    ReplyDelete
  6. yang penting makan2 dan "beramas" mesra...adakah typo ayat di atas..hihi..semoga semua bergembira disana

    ReplyDelete
  7. maaf doc...saya mungkin tak hadir atas faktor kejauhan huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  8. good luck bros and sistas... tak dapek join. Jauh.

    ReplyDelete
  9. Ini no hp kakcik : kosongsatuduadualapantigakosonglimaenamsembilan. :)

    (0122830569)

    ReplyDelete
  10. awal2 lagi CA surrender ... jauh . Dah tentu tak dapat pergi. good luck pada kawan2. Kami yang jauh .... tumpang gembira dan harap2 daat baca entry kalian sepanjang majlis tersebut...

    ReplyDelete
  11. amboi bujal, awal2 dah booking menu...

    wah, best ni... menarik2.. mmg teringin nak jumpa kakcik, kamu, bujal dan blogger lain

    sekali kakcik kursus da...

    so ape cer? tunda lagi le nmpknyeee

    ReplyDelete
  12. Amaboi teman kita di KL dah nak gather-gather. amacam yg di JB tak nak buat ke? Jeles gitu:)

    ReplyDelete
  13. KL? jauh tapi dekat....selamat bergathering la ya!

    ReplyDelete
  14. aku setuju kalau dibuat minggu berikutnya...sbb masa tu aku gi Bali la nok...

    ReplyDelete
  15. semoga niat dan tujuan yang baik itu di permudahkan dan beroleh kejayaan seperti yang diinginkan.

    ReplyDelete
  16. mesti meriah kalau bloggers berkumpul macam ni.

    ReplyDelete
  17. menarik...tp nak masak apa ye..hurmmm

    ReplyDelete
  18. kita setuju tarikh berikutnya..insyaallah..

    kalau jadi hadir..kita bawa suku-sakat-species dessert ye..

    ReplyDelete
  19. OKEY, MEMANDANGKAN HOS(KAKCIK) PUN BERKURSUS PADA TARIKH AWAL YG DI CADANGKAN, MAKA KITA TUNDA KE MINGGU BERIKUTNYA. RAMAI YANG SETUJU UNTUK TARIKH BERIKUTNYA (SAMADA 22 ATAU 23 OKTOBER).

    HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  20. oh bes nye.

    saya boleh join kot insyalah.

    tp saya tak ramai kenal la blogger lain.

    saya pegi berkenalan kejap. hehe

    ReplyDelete
  21. Tak dapek laa eden menjoinkan diri..jauh...smoga bjalan lncar laa ye... ^^

    ReplyDelete
  22. kalau ada kesempatan insyaALLAH, mmg nak sgt join.. idea potluck tu mmg best.. dlm kepala terfikir nak masak macaroni goreng..

    ReplyDelete
  23. SALAM SYAWAL,
    INSYAALLAH DATANG BERSAMA ISTERI KALAU TAK ADA APA2 HALANGAN.

    ReplyDelete
  24. Nak sangat join berkumpul jumpa bloggers yg selalu dilawati tulisannya...ohhhh..bestnya...
    InshaAllah..akak nak join, berkemungkinan besar bawa sambal daging dan nasi impit/nasi lemak..hehehe

    ReplyDelete
  25. jeles la... sy ni dok kat utara ... huhu .. nanti2 harap2 ada la gathering yg boleh sy join ...

    ReplyDelete
  26. bestnya buat gathering ramai2...

    selamat bermesra korang..

    jauh sgt nak join...

    ReplyDelete
  27. menarik..tp nak tau dulu umah kakchik kat mana..nti update ye..almaklumlah sy ni naik public transport je..hehehe..

    ReplyDelete
  28. kalau jadi hadir..dee cop nak bwk cheese tart..hahaha..

    ReplyDelete
  29. kita ok je..

    tapi kena confirm date tu
    cepat2 sbbnya hubby ai bukan
    bercuti hujung minggu ye...
    kalau dia takde ai pun tak leh
    nak datang ...

    sape nak jaga anak2 berderet ni ...huhu...

    RASA2 NAK BUAT KEK AJE OK TAK...?

    ReplyDelete
  30. Bagusnyaa ada perjumpaan blogger2 nie..Insyallah kalau dpt join nanti akan dimaklumkan yer.. :)

    ReplyDelete
  31. Kakcik rasa, kita set pada 22/10. Dari jam 2.00 hingga 7.00 petang, boleh tak? Nak solat Asar tiada masalah, selain di rumah kakcik, surau pun dekat sangat.

    ReplyDelete
  32. meriahnya..
    selamat bermesra :)

    ReplyDelete
  33. SALAM SYAWAL,
    SINGGAH KALI KE 2. LF DAN ISTERI BERSEDIA MENAWARKAN RUMAH KEDIAMAN KAMI (MUSOLLAH EHSAN, JALAN 3/6F, BBBangi)SEBAGAI TEMPAT JAMUAN ! ANYTIME HUJUNG MINGGU (SABTU AHAD) TIDAK JADI MASALAH KEPADA KAMI.

    ReplyDelete
  34. buat hari Ahad pun ok.. ;) sebab hari Sabtu masih ada yang bekerja.. ai teringin nak join tapi tak tahu lagi keadaan ketika tu macam mana.. takut kalau berjanji nanti tak dapat hadirkan diri pun susah jugak kan..

    ReplyDelete
  35. jauh di mata dekat dihati lah doc... tak pasti lagi

    ReplyDelete
  36. sy kl 15hb tu doc, tak leh laa...kene g melaka...huhuhu...sape org melaka angkat tangannnnn????

    chopppp...bawak kek ye...kek coklat kukus kl rajin bawak muffin....kl rajin lagikkk bawak puding roti...kl rajin lagikkkkk....bawak makaroni bakar...pastu dah tak rajin dahhh....

    ni no tel azian taw doc....

    eh, ade kat blog satu lg...amik kat situ je laaa...

    nnt sy gosok2 hubby sy agar bawak kami ke rumah kakcik....ngeeeeee

    ReplyDelete
  37. insyallah lah nak join.hope tak ada aral melintang.

    ReplyDelete
  38. terasa teringin nak join....tak pernah join gatering dengan blogger ni...hehehe inysallah..

    ReplyDelete
  39. TAK BOLEH!!

    aku tak available 22-23 tuh :(

    ReplyDelete
  40. sehari den x online dh ketinggalan. tup2 masuk sini ader gathering. sy sukaaaaaaa.!!! tulonglah ramai2 undi buat pd hari ahad 23/10 tuh psl ari sabtu hub den koje. menu apa ya? nnti den confirm ngan hub...

    ReplyDelete
  41. akan di cuba
    loh ingatkan 22/9 tadi masa baca di blog kakcik

    ReplyDelete
  42. doakan sy turun kl pd tarikh itu..leh la jmpe.. apapun sy suke ayat ddy ziyad--> Kalau tak jumpa, sampai kiamat pun tak akan kenal..ekekekeke...

    hehehe!

    ReplyDelete
  43. baru saya faham bila singgah blog doktor..
    aduhai,
    bilalah saya nak beli roket..
    hehheheheeh

    gurau..
    moga kawan2 yang ayu kenal semua attend...
    tapi terus terang ayu mmg tak dapat berpeluang bersua.. ruginya..

    ReplyDelete
  44. jangan lupa tepek gambar gathering ye. cik ina harap majlis doc berjaya mengumpul ramai kenalan blogger.

    ReplyDelete
  45. aina akan usahakan kehadiran, buat masa sekarang tarikh tersebuat masih tiada aktiviti lain yg penting. menu akan diusahakan supaya menjadi coz saya memang tak pandai memasak...laksa ke bihun sup utara ke atau sekadar pencuci mulut...ermmmm...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...