Monday, August 22, 2011

Kedekut Tak Bertempat

Semalam aku bagi vaksinasi untuk umur 3 bulan buat Zayyan.
Sebagai ibu bapa, itu tanggungjawab kita untuk berikan yang terbaik buat anak anak, anugerah dan amanah tuhan, ini termasuklah khidmat kesihatan.


Banyak ibu bapa yang aku dah jumpa, boleh lupa appointment untuk vaksinasi anak!
Macam lah busy nya mengalahkan Rosmah Mansor  :P
Anak dah masuk 3 tahun pun ada yang baru datang nak bagi vaksin yang patut di cucuk ketika usia 6 bulan! Adoiiii la..

Ada juga yang ambil keputusan tak mahu beri vaksinasi. Fine. Itu hak anda.
Tapi kalau anda buat sesuatu keputusan, biarlah ia dibuat atas dasar ilmu, selepas mengkaji dan belajar tentang sesuatu. Kalau ambil keputusan atas sebab "kawan saya kata tak payah" atau " tak elok kan bagi macam macam ubat", maka nya keputusan yang diambil itu ialah keputusan yang dangkal, maaf cakap.

Dan buat ibu bapa, selain daripada vaksin wajib yang perlu di ikuti (menerusi sistem vaksinasi Kementerian Kesihatan Malaysia), ada beberapa vaksin yang amat digalakkan di ambil, yang sunat mua'akad bagi aku :)

  1. Vaksin Rotavirus
  2. Vaksin Pneumococcal
  3. Vaksin Chicken Pox
Vaksin Rotavirus ini amat penting, kerana perlu di ambil ketika usia baby 1- 6 bulan. Ramai yang miss ambil vaksin ini, sebab usia anak masing masing dah >6 bulan. Samada memang tak tahu (sebab tak membaca), atau buat buat busy. Jangan harap doktor nak beritahu semua. Tak semua doktor tu rajin. Serious. Ni aku cakap sebagai seorang doktor. Anda perlu proaktif, baca di internet, jangan hanya FB atau tengok Youtube aja 24jam. Kalau dah baca, tak faham, tanya doktor. Kalau doktor A jawaban nya hampas, tanya doktor B.

Dan tolong jangan berkira lah. Kedekut tak bertempat.
Sebab majoriti big panel memang cover vaksin yang wajib tu, vaksin yang sunat ni kena bayar.
Perangai orang Melayu Islam Malaysia ni, maaf cakap, memang BERKIRA bila tiba bab kesihatan. 
Betul, penyediaan khidmat kesihatan itu tanggugjawab Kerajaan/majikan, tapi jangan harap semua benda, everything under the sun akan di cover. So itu lah kes nya bila aku sarankan pemberian vaksin tambahan/sunat mua'akad ini. Membebel sebab kena bayar. Hellooooo? Yang lain lain vaksin wajib yang dicover tu, apa kes? Bersyukur lah, sebab vaksin wajib company kau cover. Suruh berkorban sikit untuk vaksin sunat pun berkira. Hari hari hisap racun sekotak tak berkira. Sebulan sekali beli tudung/beli kasut tak berkira. Ini lah dia orang kita tua tuan dan puan puan...:)

Aku kalau menulis pasal kesihatan, mula lah nak membebel. So, baik aku stop kat sini..Ekekekeke..

6.1 kg. Peha drumstik, sedap di geget. Hahaha

55 comments:

  1. mak aih...besh tu peha besi cam gitu....
    betul..janganlah kedekut tak bertempat ye..
    selamat berpuasa =)

    ReplyDelete
  2. untung zayyan~injection free~~

    meh bagi alamt klinik.saya kedekut.nak injection free untuk ainul 1 tahun setengah nanti~keh keh~~

    kat klang satu dos rm30~standard kah?

    ReplyDelete
  3. Kalo Ate jumpa Zayyan confirm kena geget peha tu.

    ReplyDelete
  4. mak ai peha..... geraammmmm!!!

    ReplyDelete
  5. Sungguh montok Zayyan itu. :)

    ReplyDelete
  6. kedekut biar betempat... sayang anak, ape salahnye keluar duit skit kan..

    montel... hehee..

    ReplyDelete
  7. Berkebetulan, hari ni phone saya remind Dalia kena cucuk vaksin 24/8...ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  8. seperti mummy dan daddy nya..montok...heheheh!

    ReplyDelete
  9. memang yummy peha Zayyan !



    *nak tanyalah doc, buku imunisasi ada remark vaksin untuk 6 tahun. Tak ingat untuk apa tapi compulsory ke ? risau pulak.

    ReplyDelete
  10. sedapnya kalau dapat geget peha zayyan ni... pinjam seminggu boleh?

    ReplyDelete
  11. chomeyynyerrr.. like father like son tewww

    ReplyDelete
  12. mak wa panggil tu cucuk 3 serangkai..demam pun berangkai-rangkao jugak

    ReplyDelete
  13. memang sejibik mcm doc la..tembam mcm doc gak :-)

    ReplyDelete
  14. pernah jumpa parent yg ada 4 anak, semua anaknya tak amik vaksinasi...
    .
    .
    katanya ada kandungan ba-alip-ba-ya.


    ~ jenuh bagi nasihat, ikut dia je betul ;)

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..saya dan suami sgt menitik beratkan vaksin utk anak2 saya..saya pergi klinik swasta..doc bagitau vaksin2 ini option..tp saya tanya suami..suami suruh amik..tya doc berapa kos? doc ckp 90-100++..suami ckp bulan dpn saya amik vaksin ni doctor..sy akan bagi budgetnya..janji anak saya sihat..

    saya tak kisah berhabis utk kesihatan..tp beli kasut RM10 je doc..hahaha..

    ReplyDelete
  16. baik doktor..!
    sambil angguk2 kepala...

    anak2 saya mmg ambik vaksin yg disuruh oleh kerajaan tu..cuma cepat ngan lambat jek..
    pasal ada masa depa demam ke batuk ke..so, takleh ambik injection time tu..

    ish..ish..!
    comelnya zayyannnnn..6.1 kg dah? mmg tembam gitu. sedap kalau digomol-gomol

    ReplyDelete
  17. ok noted. akan diconsider apabila dah ade baby comel mcm zayyan nanti.

    i suke entry ini. itula, org kite..untuk enjet anak demi kesihatan ramai yg berkira. tp i tau, bukan semua org kite macam itu. cuma segelintir yg agak banyak shj. bole?

    ;)

    ReplyDelete
  18. Kalau bersalin swasta dah ada buku senarai injection yg perlu. Ikut je sebab record book ini berguna bila anak ke sekolah untuk tindakan susulan.

    Peha Zayyan lebih besar dari tangan daddy dia. Huh... geramnya kakak...:)

    ReplyDelete
  19. emm..peha tu mmg menggiurkan..

    sy kalau bab vaksin just ikut apa yg tercatat kat atas kad kesihatan tu..dia suruh dtg sekian haribulan sy gi je..

    ReplyDelete
  20. No memang rajin p cucuk anak hehe..

    ReplyDelete
  21. Betul, ada yg pandang sebelah mata je bab2 vaksinasi ni,

    mmg tembam la zayyan, kalah Ainul yg halus je nie

    ReplyDelete
  22. say lak terlebih prihatin samapi kena sound dgn nurse sbb awal sgt datang....hehehe

    ReplyDelete
  23. keluarga sekarang sibuk sangat sampai lupa hal anak aisshhh

    ReplyDelete
  24. tiap kali mengandung saya dah siap kira awal2 berapa RM akan kena simpan utk imunisasi lain selain wajib itu..

    mmg berhabis demi ank..

    ReplyDelete
  25. vaksin chicken pox tu mcm mana plak dok... sampai umur berapa bleh ambik ? kalau dah ambik vaksin ni.. takkan kena chicken pox kaaaa ..... tolong jawab dr.. CA nak tau ni ...

    ReplyDelete
  26. Anak aku semua.....dah settle...betul memang org kita berkira pasal kesihatan...macam aku dulu gak, tapi bila dah dipikir2 balik baru ambik insuran....macam cina mesti ada PA

    ReplyDelete
  27. Adoi..comeynyaa zayyan.. meh sini nak peluk2 dan ciom2..bleh :)

    ReplyDelete
  28. mencegah lebih baik kan... tak rugi papepon kalau amik... ~

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah.. saya selalu ikut temujanji yg diberi.. vaksin sunat tu pun mmg dah setel utk anak2 saya waktu depa kecil.. saya n suami sangat2 ambik berat pasal kesihatan anak.. bukan apa.. takut depa sakit @ jadi apa2.. sapa yg susah.. kalau bukan kita...

    ReplyDelete
  30. Betul tu doc...tq for ingatkan... ^^

    ReplyDelete
  31. doc. memang sengal kak ros tu bukan bukan mak yang kedekut nak enjit anak tu. cik ina complete, biarpun miskin.yang dulu patut didulukan. kalau tak mampu pegi je klinik gomen free.

    ReplyDelete
  32. thanks utk ingatan jugak hehehe walaupun macam suam-suam kuku telinga baca pesanan macam ni.. after raya nak amik vaksin coccal tu untuk Iman. Nak sebut pun tak reti

    ReplyDelete
  33. Baju Doc tu....

    ada xtra...? (in black)

    ReplyDelete
  34. dah ada ilmu perubatan, kalau tak membebel mcm tak ikhlas belajar pulakkan. tak suka betul kak liza bila ada kata catu "kawan kata tak payah". betul tu, tanpa sumber ilmu yg betul & jelas tak elok ikut meluru je. samalah kes bila tak nak makan vitamin sebab takut baby dlm perut besar. ramai lagi yg fikir begitu tentang obiin, asid folik dsb.. nanti daddy ziyyad wat entry sikit boleh? he/..he..

    ReplyDelete
  35. Adam dah berusia 7 bulan.
    berat baru 6.5kg ...

    ReplyDelete
  36. betul, vaksin yg sunat muakad tu company tak cover.. tp dulu2 sbb sygkan anak lebih dari duit, apa yg doktor suggest baik dan perlu di ambil mmg kami ambil.. sbb bak kata mak akak duit boleh di cari.. kesihatan tak terbeli..

    ReplyDelete
  37. anak kak ati semua dah selesai sudah

    warna sama..
    sehati sejiwa gitu :)

    ReplyDelete
  38. Sallam Dr.

    Berisinya Zayyan, baru 3 bulan dah 6 kg,
    minum susu apa tu Doc?

    Sentuh pasal orang kita yang tak perihatin tentang kesihatan ni, saya pun ada kawan, ajak pegi buat mammogram ta nak, takut tahu ada penyakit katanya, nanti tak lena tido plak.

    ReplyDelete
  39. whoahhh
    sudah nampak kurus sket la yg baju hijau pakai stet tuh!!!


    hehehehe

    ReplyDelete
  40. sabaq doc sabaq......tak pa i suggest, kalau mak bapak bawak anak utk injection yg dah teroverdue.....cucuk depa sekali!

    ReplyDelete
  41. mujur ayu berikan y terbaik utk umai..
    selalu ingat tarikh temujanji di klinik kesihatan..

    PS; mmg tembam nya anak doktor..
    eh!! doktor mmg semakin kurus. kiranya impian ramadhan bakal terlaksana..
    tahniah

    ReplyDelete
  42. bebelan is good for health ke doc?

    ReplyDelete
  43. fuh. saya tak penah kene bebel dengan dokter. (sebab jarang jumpa). heheh.

    bukan sebab kedekut...tapi sebab takut....hahaha!

    ReplyDelete
  44. Alhamdilullah ikut tarikh yang diberikan kecuali kalau anak tak sihat..

    ReplyDelete
  45. kenapa 3 vaksin tu tidak diwajipakn oleh KKM?

    ReplyDelete
  46. babs vaksinasi neh mmg kita sbgai ibu bapa x patut berkompromi. ikut ajerlaa kan? tp, mmg org kiter neh berkira babs pendidikan n kesihatan. yg laju kuor duit utk hiburan n kehendak ajer. Baby Iffah neh pon ada potensi nk ada drumstik tuh. baru sebulan berat dh 4.9kg...

    ReplyDelete
  47. saya ni tengah tercari2 jawapan. virus rotavirus tu, apakah status halal nye? memang nak ambik, tapi ada plak yg cakap tak halal. itu drpd research 2 tahun lepas. so, sekarang nak tahu dah ada yagn halal ke?

    ReplyDelete
  48. jgn kedekut utk kesihatan anak..jgn pula memberi anak2 bnd dr sumber yg halal...vaksin rotavirua difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan... wallahualam

    KEPERLUAN VAKSIN ROTAVIRUS 

    Apakah vaksin ini selamat?

    Terdapat dua vaksin rotavirus yang ada di pasaran, iaitu vaksin Rotarix, (keluaran GlaxoSmithKline), dan vaksin Rotateq (keluaran Merck & Co). 

    Vaksin Rotateq telah dibenarkan berada di pasaran pada tahun 2006. Sementara Rotarix mendapat pelepasan FDA pada 2010.

    Sebelum ini terdapat banyak laporan yang meragui samada pemberian vaksin ini selamat untuk bayi. Pada 16 may 2010 FDA US telah memberikan jaminan keselamatan bagi penggunaan vaksin ini.

    Dalam kenyataan yang bertajuk “Rotarix Vaccine: Update to Clinicians and Public Health Professionals”, FDA memberitahu dalam ujian klinikal yang melibatkan puluh ribuan kanak-kanak dan berjuta-juta pengalaman yang dicatatkan sebagai clinical experience, kedua-dua jenis vaksin Rotarix dan RotaTeq adalah selamat digunakan.

    Kenyataan ini boleh dirujukkan dihttp://www.fda.gov/Safety/MedWatch/SafetyInformation/SafetyAlertsforHumanMedicalProducts/ucm205640.htm


    FDA mendapati bahawa dua jenis rotavirus yang digunakan iaitu porcine circovirus (PCV1 or PCV2) tidak memberikan apa-apa kesan negative kepada manusia.

    Dos yang dicadangkan

    Vaksin ini diberikan kepada bayi yang belum mencapai umur 8 bulan. Ia tidak diberikan pada bayi bermur 8 bulan ke atas kerana banyak kajian mendapati ia tidak berapa berkesan dan lebih mudah mendapat demam. Vaksin ini diberikan secara titisan ke mulut, bukan suntikan.

    Vaksin Rotarix diberikan kepada bayi berumur 2 dan 4 bulan sementara vaksin Totateq diberikan kepada bayi berumur 2, 4 dan 6 bulan. Vaksin ini boleh bertahan selama 3 tahun.
    Fatwa mengenai vaksin rotavirus

    Sayangnya kedua-dua vaksin ini menggunakan dua jenis rotavirus, porcine circovirus (PCV1 or PCV2) yang berasal dari haiwan babi.
    Maka satu fatwa mengenainya telah diwartakan dan boleh dibaca di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-rotateq


    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya.

    Dalam hal ini secara amnya kedua-dua Rotarix dan Rotateq adalah haram kerana mengandungi unsur haiwan babi.

    Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin Rotateq adalah tidak dibenarkan kerana pada ketika itu ia dianggap tidak dharurat dan tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.

    Kebanyakan ulama fiqh dari Mazhab Syafie berpendapat berubat dengan suatu yang najis adalah haram dan tidak harus.

    Islam hanya mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,
    Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)

    Oleh itu fatwa itu memberikan kelonggaran jika negara benar-benar memerlukan vaksin ini akibat wabak cirit birit yang teruk melanda di kalangan kanak-kanak, dan jika tiada alternatif lain.

    ReplyDelete
  49. wahai tuan punya bloq. sebagai seorang doktor islam boleh tk tuan check dulu senarai vaksin2 yg tuan cadangkan. apakah status halalnya? kan ke besar pahalanya tu? kedua2 jenis vaksin for rotavirus tu kan haram???? tuan lebih tahu sebab tuan seorang doktor. professional muslim. yg itu dunia islam amat dahagakan. tk lah kita terima bulat2 ilmu tnpa kita seoidik dari segi hukumnya. terima kasih......

    ReplyDelete
  50. Errr..yang duk kunun2 cakap org lain tak vaksin anak sebab kedekut, malas, tak membaca tu semua saya rasa patah balik kat dorang sendiri. Cuba buat research dengan lebih lagi ye pasal keburukan vaksin. jangan main sedap mulut je menuduh orang lain tak concern dgn health anak. awak2 tu concern ke bab halal haram? ish ish

    ReplyDelete
  51. kt mne yer klnik yg sediakn cucuk vaksin 5 bln?jenuh da mncri sume cakap xd stok

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...