Wednesday, July 20, 2011

Chemistry





Semalam di Facebook, bekas kawan sekolah aku buka topik " What is Happiness Means To You".

Rata rata yang menjawab, family, keluarga.

Aku setuju. Keberadaan kita disamping family tersayang ialah kebahagiaan, kegembiraan.

Untuk spesis yang tak ramai kawan macam aku ni, family does matters. Reallly. Aku dulu zaman bujang bukanlah jenis yang hu ha sana sini, gi disko, gi clubbing. Tak. Paling kuat pun aku lepak dengan kawan-kawan rapat aku kat mamak. Bila kawan kawan aku kawin, aku rasa lonely. Nasib baik masa tu ada awek tempat aku nak curahat. MommyZZ lah awek aku. Alhamdullilah, beliau terus menjadi teman terbaik aku. Memang Allah itu Maha Agung. Bila aku kawin dgn MommyZZ, ia macam complement each other. Aku rasa setiap pasangan pun macam tu. Ada benda yang aku takut/tak suka/malas buat, mommy boleh buatkan, and vice versa. MommyZZ dah faham sangat apa yang aku nak/taknak/suka/tak suka selama hampir 6 tahun kawin ni. Selalu terjadi, aku baru nak bukak mulut, mommy dah guess dengan tepat apa yang aku nak! Aku rasa inilah yang digembar gemburkan orang sebagai 'chemistry'.  Aku berdoa semoga jodoh kami kekal hingga ke dalam syurga.

Duit, harta itu penting, tak dinafikan. Tapi sampai bila kita boleh bahagia dan gembira bila dapat kereta baru, rumah baru, kamera baru( ekekeke). Ada masanya, kita boring. Tapi bukan keluarga. Tak tahulah aku kalau ada orang yang dah boring dengan keluarga atau perkahwinannya. :)

Apa erti kebahagiaan pada anda?

38 comments:

  1. a`ah
    terasa lonely bila kawan2 rapat kawin sorang demi sorang kan

    ReplyDelete
  2. Pelengkap kebahagiaan pasti keluarga. Betul doc. keluargalah yg sering ada di sisi kita tika susah/senang/gembira/dsb.

    Bukan saja chemistry tapi kadang seolah-olah dah ada sick-sense kehendak pasangan masing-masing itu yg buat kita bahagia...

    ReplyDelete
  3. bahagia = dapat berhadas besar tanpa sebarang masalah~

    ReplyDelete
  4. bila family beada disisi,ketika susah dan senang!

    ReplyDelete
  5. Harta juga tidak menjamin bahagia. :)

    ReplyDelete
  6. dulu saya pun mcm DDYZZ jugak.. sebab tak ramai kawan.

    keluarga adalah harta yang paling berharga.

    ReplyDelete
  7. Setuju sgt² dengan statement doc tuh.. Keluarga adalah segala²nya.. Iye laa kalau kaya dengan harta tapi sunyi jek wat apa kan..

    ReplyDelete
  8. teringat sorang kawan nak sebut chemistry tersebut cemetery !


    haha...

    ReplyDelete
  9. "ia macam complement each other"


    saya jugak.

    ReplyDelete
  10. Bahagia.. ertinya.. apa je kita buat.. ada orang amik tahu dan membuatkan kita senang hati je

    ReplyDelete
  11. kita selesa bersama dengan pasangan kita...beza sangat dengan kekawan lagi rasa tertekan adalah...duk masing2 citer kehebatan masing2 je...boring dgr huhuhuhhh

    ReplyDelete
  12. kebahagian pada cik ina bila dikelilingi family dan dapat membahagiakan family.

    ReplyDelete
  13. No tak dapat nak komen sebab semuanya dah DD jawab..semalam ada No jumpa kata2 ni..

    My Husband ............ has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me safe. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever .. *Copy and paste this if you have a great husband like I do ... ;

    so sweet kan..spesel tuk suami mithali hehe..

    No doakan semoga kita semua akn sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH taala..semoga kita sentiasa mendapat berkat ALLAH swt, idup aman bahagia hg akhir hayat...amin

    ReplyDelete
  14. anak2 pula adalah amanah ALLAH swt..jd kita kena jaga sebaiknya..kita kena redha bila ALLAH mengambilnya kembali..jadi lakukan yang terbaik untuk keluarga kita..insyALLAH dengan izin ALLAH, bahagia la kita...amiiiiiin

    ReplyDelete
  15. Semoga berkekalan hingga ke syurga..
    Bukan senang nak dpt pasangan yg ada chemistry..

    ReplyDelete
  16. bagi ayu.
    seperti doktor juga.....
    family segalanya


    PS: semoga panjang dan berkekalan jodoh doktor sekeluarga amin..
    dan.. semoga panjang usia persahabatan kita

    ReplyDelete
  17. saya dapat apa yang saya mahu. itu kebahagian saya.

    ReplyDelete
  18. kebahagian bagi saya-kalo dpt duduk rmh 24jam menguruskan keperluan suami & anak2 full time..selalu rasa bersalah bila keluar bekerja dan terpaksa meninggalkan anak2 pd pengasuh

    susahnya hidup di zaman kapitalis ini :(

    ReplyDelete
  19. soalan tu too subjective..

    byk perkara yg membahagiakan kita semua dlm erti kata tersendiri..

    satu lagi perkara membahagiakan bagi putu ialah..

    bila anak2 dan suami suka masakan kita tu..
    tersenyum gembira dan kekenyang..

    tak terkata dibuatnya..! seronokkkkkk!!

    * semoga jodoh kalian berdua berpanjangannn.. amin!

    ReplyDelete
  20. anak2 adalah kebahagiaan dan sumber kekuatan saya, merekalah yang buat saya jadi kuat melawan dugaan yg datang dan survive hingga kini.. :)

    ReplyDelete
  21. rezeki jodoh ajal maut memang dah ditentukan.. semua dah tertulis.. Bersyukur semoga kekal berpanjangan..INSYALLAH

    ReplyDelete
  22. rezeki masing2lah kan DZ..tp betul..buruk baik pun pasangan/keluarga..merekalah yg paling membahagiakan kita..

    ReplyDelete
  23. utk akak pun suami dan anak2lah kebahagian akak.. walau tak kaya raya, kasih syang untuk mereka dan dari mereka sudah cukup utk akak..

    sukanya akak dgn family photo doc tu.. so sweet..

    ReplyDelete
  24. family adalah segalanya... ecehhhh.. hubby type chemistry yg sukar nak diluahkan. pemalu orgnya. kak liza je yg riuh.

    ReplyDelete
  25. my family, my friends, my blogger friend - all speaks happiness for me. thank you. :)

    ReplyDelete
  26. kebahagiaan dh tentu bersama keluarga tersayang..duit,rumah,kereta adalah pelengkap kebahagiaan

    ReplyDelete
  27. uncle tak boring .. makin hari makin sayang !

    tapi ada beza sikit dgn awak .. uncle dulu-dulu boleh tahan juga hu ha nya ! hehe

    ReplyDelete
  28. doa iols buat DZ and MZ.. moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat ye...

    ReplyDelete
  29. kelaurga segalanya.
    hilang harta kebendaan boleh diganti.
    hilang keluarga??

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum.
    Bahagia itu abstrak. Tapi kalau nak bagi contoh, saya bahagia dengan kerenah anak-anak. Maksudnya suka, riang tawa, kekadang ada marah, pujuk rayu anak-anak dan mak anak.
    Situasi mungkin berubah kalau anak-anak meningkat dewasa.
    Pendek kata perasaan gembira banyak didorong oleh keluarga.

    TQ

    ReplyDelete
  31. kadang kadang ada

    kadang kadang hilang


    *pB*

    ReplyDelete
  32. bahagia bila dapat bonus.. muehehheh

    ReplyDelete
  33. Bahagia... bila dapat makan sedap. Bahagia... bila dapat tidur lena. Bahagia...bila 'berjaya' setelah diuji. Bahagia... bila dapat sms dari 'anak-anak'... Ate mudah berbahagia...

    ReplyDelete
  34. keluargalah segala2nya... bahagia yg tak dapat dibeli dengan wang ringgit


    moga doc dan family bahagia selamanya

    ReplyDelete
  35. aku sgt suka ngan n3 ko kali ni...sgt2 setuju!!

    aku pun mcm ko, aku jenis tak ramai kawan baik...ada beberepa kerat je yg aku kategorikan sbg kawan baik...bila dorang dah kawen, boring aku nok....
    alhamdulillah, aku ditemukan ngan boyfriend ( suami aku ) yg boleh dgr aku bercerita dan boleh sama2 susah ngan aku...
    dan bila dah kawen hampir 7 tahun ni, kami sama2 nampak chemistry tu bila aku nak citer something, dia bukak dulu citer tu, bila aku baru nak sebut mkn something, dia dah bukak mulut dulu ckp nak mkn benda yg sama...so miracle!!
    aku harap hubungan kami kekal selamanya...amin...aku doakan utk ko jugak...

    eh, tetiba aku rasa nak geget2 laki aku tu....hahaha!!

    ReplyDelete
  36. btuiiiiiiiii.. apalah ertinyer kemewahan tuh sme kalo tak dpt dikongsi kan? by the end, kita akan kembali ke pangkuan keluarga. yer, pangkuan. hal kamera tuh termasuk ker? ehehhehhe

    ReplyDelete
  37. lepas 6 tahun kahwin, pandang muka,
    lirikan mata aje dah faham apa nak dikata...
    hahhahaha kekadang siap kata cam ''ok jangan tiru tau apa tengah fikir ni'',,,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...