Tuesday, June 7, 2011

Tali Pusat/Umbilical Cord

Macam biasa, blog aku ialah kelas biologi / medic percuma...
So, hari ini, mari kita belajar tentang tali pusat (umbilical cord)

Fakta tentang tali pusat:

- tali pusat mula menghubungkan janin dengan si ibu(menerusi uri, placenta) sejak usia kandungan 6 minggu.
-tali pusat membekalkan oksigen & nutrien kepada baby, dan bahan kumuh baby dibuang pun menerusi tali pusat.
-sejurus selepas kelahiran, tali pusat akan di kepit (clamp). Kerana di tali pusat tiada saraf, maka prosedur ini tak menyakitkan baby.
-sejurus selepas di kepit, tali pusat pada awalnya berwarna kuning kehijauan, selepas itu ia akan mengering dan bertukar ke warna hitam.
-sekarang, bahagian tali pusat yang melekat di pusat baby dipanggil umbilical stump. Orang melayu tetap panggil tali pusat.
-24jam selepas kelahiran, clamp yang mengepit tali pusat baby itu, boleh lah ditanggalkan. Kalau dibiarkan terlekat, dikhuatiri ianya akan tersangkut semasa menukar lampin, jadi boleh mencederakan pusat baby.
-umbilical stump ini boleh di dressing setiap hari dengan larutan alkohol, dan ada juga kajian yang menunjukkan, boleh dibiarkan sahaja begitu tanpa di cuci dengan alkohol( dan lebih cepat sembuh/tertanggal). Jadi, terpulang kepada individu.
-umbilical stump ini perlu dipastikan sentiasa kering, dan pastikan diapers yang basah segera ditukar. Kelembapan meninggikan risiko jangkitan kuman menerusi stump ini.Adalah menjadi amalan yang baik dengan 'melondehkan' pampers bayi dan seluarnya, di bawah level stump ini, supaya air circulationnya lebih baik.
-Selagi umbilical stump ini melekat kepada pusat baby, jangan mandikan baby dengan cara merendam ke dalam baby tub, dikhuatiri akan membasahkan stump itu.Mandikan baby semasa tempoh ini dengan cara 'sponge bath' sahaja.
-Dalam tempoh dua minggu selepas kelahiran, stump ini akan gugur dengan sendirinya. Jangan sekali kali mencabut/menarik ia, walaupun kelihatan ianya tergantung-gantung dah nak tercabut! Tunggu.
-Selepas stump ini gugur, memang biasa di kawasan pusat akan kelihatan sedikit darah beku/keruping. Jangan risau.

Komplikasi berkaitan tali pusat.

a) Omphalitis
- Ini ialah janngkitan sekitar umbilical stump, yang secara teori nya merbahaya kepada baby baru lahir. Tanda tanda omphalitis ialah demam, kulit sekitar pusat bertukar menjadi merah, panas, membengkak, dan adanya cairan(discharge) bewarna kekuning kuningan( boleh berbau).Sila bawa baby ke doctor ASAP.

b) Umbilical granuloma
-Ini ialah pembentukan tissue lembut yang bewarna pink kemerahan di dasar pusat. Tanda tanda nya ialah adanya rembesan cecair kekuning kuningan /hijau yang berterusan dari pusat, tanpa demam, tanpa tanda tanda jangkitan(kulit merah/panas/bengkak).Tissue membengkak yang dipanggil granuloma ini boleh dirawat dengan aplikasi larutan silver nitrate, yang mana ianya akan mematikan salur darah di granuloma tersebut.


tali pusat Zayyan sudah tertanggal pada usianya 8 hari

47 comments:

  1. apa kata daddy double z pasal pusat yang terkeluar n termasuk dalam??? sebab apa??? hehehehe..

    ader ke patut ader org cakap pusat terkeluar mesti kawin orang jauh..cetttt..takda kena mengena kan...ehheheh

    ReplyDelete
  2. saya suka kelas biologi free di sini...org dolu2 kaitkan kalau awal2 tanggal tali puasat..budaknya nakal...wallahualam...yg diorang simpan tu apa pulak yerk..yg boleh rawat penyakit..ada satu lagi org dolu2 pesan simpan sama2 tali pusat adik beradik..biar kasih sayang erat n bersatu hati :)

    ReplyDelete
  3. Kalau dah tanggal pusat pasti tidurnya lebih lena dan lebih selesa nak mandikan atau tukar lampin.

    Lapan hari pun dah mula nampak beza ye doc. Kakak tengok kulit dia dah licin...

    ReplyDelete
  4. makcik nye anak 2 minggu baru tercabut sendiri..org tue2 kate jgn bagi tercabut dlm air..nti bile besor,kalau jatuh laut cepat lemas...ye ke???bese le orang tue cakap kan...huhuhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  5. saya masih simpan lima-lima tali pusat anak-anak-anak-anak-anak saya...

    ReplyDelete
  6. doktor..macam tu jugak yang akak dengar..cepat tanggal..kononnya degil..tak tau pulak betul ke tidak..
    terima kasih doktor..banyak bagi info..boleh kongsi dengan budak2 mudak kat opis ni..

    ReplyDelete
  7. zayyan ke tu... la sojuk dia doc

    akak pun masih simpan talipusat anak2 yg tiga orang tu, simpan dalam satu bekas... bukan tali pusat pun.. klipnya saja sebenarnya yg masih nampak

    ReplyDelete
  8. Dulu-dulu, masa kakcik kekecik - kakcik ingat lagi, mak simpan tali pusat dalam bungkusan kain berisi biji-biji (apa ek? - beras goreng tanpa minyak kot), kemudian punjutan kain itu dilayur atas api pelita minyak tanah untuk dibuat tuam atas perut bayi.

    ReplyDelete
  9. pengasuh anak2 aku suh simpan tali pusat yg tanggal tu dalam bunjut kecik sama2 dengan jintan hitam. lepas tu, bunjut tu digunakan untuk tuam perut baby... bila ada tambah anak.. add jek tali pusat baby baru kt dalam bunjut yg sama. macam yg komen maya mayana. biar adik beradik bersatu hati. sayangnya.. cuma ada 2 tali pusat je. tali pusat anak yg sulung tinggal kt rmh nenek sebab masa tu pantang kat rmh nenek... ontua tu pun dah tak ingt lagi tali pusat cicit dia .. hihihi!!!

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas info ni DD..errr ni No nk tny lari tajuk sket ni..alang2 kita bermaya kan hehe..sepatutnya kena injek perancang 11mei tp entah macam macam boleh terlupa nak seting dlm tepon..semalam br igt..sekiranya benih TERLEKAT ada tak kesan sampingan kat janin nnt?..1thn mkn pil dan 3thn injek..biasa la kan..mcm2 versi ada klo dengar buah mulut org..klo ada rezeki alhamdulillah klo takde leh sambung injek lagi hehe..skang tgu 1st peod je nk kompem pastu nk wat urine test la..

    ReplyDelete
  11. Thanks for the info..

    Org tua2 cakap kalau adik beradik asik gaduh je, rebuskan talipusat diarang kasi minum..hee ok tak?

    ReplyDelete
  12. Daddy Double Z. best je nick skrg. :)

    both Fara n zara tanggal pusat selepas 7 hari :)

    ReplyDelete
  13. org tua kata kalau tali pusat tanggal lebih dari seminggu..anak tuh pasti degil..tapi cik meen tali pusatnya tanggal pada hari kedua .. ya rabbi ..degil yg amat.. camne tuh ?

    lagi satu .. kedua dua tali pusat anak cik pah simpan dlm satu bekas.. org tua tua kata supaya akan datang mereka nih aman damai ..tidak bergaduh

    ReplyDelete
  14. saya simpan talipusat ainul buat kenangan~haha~

    ReplyDelete
  15. thanks utk kelas percuma ni.. nak tanya sikit, klu pusat jenis ke luar atau ke dalam tu sebab penjagaan atau semulajadi gitu yer doc?

    ReplyDelete
  16. tenkiu doc..info berguna utk masa akan datang..ehehehe

    ReplyDelete
  17. ehh...jap je dah seminggu. mommy dah boleh jalan ke. kalau dekat teringin nk menjengah

    ReplyDelete
  18. org tua2 kata kalo lambat tanggal degil..tak taulah kan kebenarannya..tp anak2 dee dlm 7 hari je dah tanggal..syukur..mudah je tanggalnya tu..

    ReplyDelete
  19. Ayuraza - pusat terkeluar termasuk dalam tu ialah umbilical hernia..nanti kalau ada masa, saya buat entri pasal tu

    ReplyDelete
  20. Maya Mayana - pernah dengar petua tu..ekekeke..utk eratkan hubungan adik beradik katanya kan..

    ReplyDelete
  21. sokmo lah kan... kalo berpantang kat kampung
    tali pusat tu akan diguna balik... punjut dalam kain - bubuh skit halba - then layur atas api and tuam kat perut baby bila lepas mandi...
    anak2 iols pun guna pakai kaedah tu... sbb berpantang kat kampung...
    kalo ikut iols - iols tuam ngan tuala jer... dan sapu perut ngan minyak bila perlu...
    nak buat gitu - kena marah plak ngan mak...
    haihhhhh!~

    ReplyDelete
  22. tasekM - tak sejuk pun...suhu suam suam kuku aja masa shooting gambar tu..:P

    ReplyDelete
  23. Kakzakie - betul kak..memang nampak bezanya...baby mmg cepat berubah/membesar kan..

    ReplyDelete
  24. HantuKakLimah - dan jangan bagi tali pusat tu terjatuh dalam esbox, nanti dah besar dia duduk kat Alaska ! ekekeke

    ReplyDelete
  25. DrSinga - simpan kelima limanya dalam satu bekas kah? :P

    ReplyDelete
  26. Acik Erna - sama sama acik erna..berkongsi ilmu tu bagus..dapat pahala, Insya Allah

    ReplyDelete
  27. IbuIntan - yup, Zayyan tu kak..

    ReplyDelete
  28. kakcik - hmmm..1st time saya dengar adat tu..

    ReplyDelete
  29. kakngah - nasib baik tak buat sup bunjut....ekekeke

    ReplyDelete
  30. Norhafiza - saya dah jawab kat your blog :P

    ReplyDelete
  31. Sallam Dr.

    Saya pun takut nak mandi bayi kalau masih ada tali pusat dia,siap basuh punggong dia, pakat lap ajalah..

    ReplyDelete
  32. ko nak tau...anak2 aku semuanya tanggal hari ke 14...org ckp degil...tapi harapnya tak la...alhamdulillah, setakat ni abang dgr je ckp kiteorg...huhu....

    ReplyDelete
  33. saya masih terbayang2 lagi rupa tali pusat adik-adik saya sebab nak bayangkan rupa tali pusat sendiri dah tentu tak boleh. huu...

    ReplyDelete
  34. satu info yang menarik... hehee...

    ReplyDelete
  35. pusat nabila terjojol...agaknya masa lahir misi tarik kuat kot..hehehe

    ReplyDelete
  36. gambar zayyan tu mcm gmbr dlm image pakcik google..nice shoot!!!

    ReplyDelete
  37. tali pusat adalah talian hayat semasa dalam perot

    ReplyDelete
  38. cik ina suka je kelas yang ko buat dalam blog ni. kalau kita nak search info pasal ni , mungkin tak de atau memang malaskan. tapi bila doc dah tulis. boleh plak baca. comel zayyan, cepat tangggal tali pusat.

    ReplyDelete
  39. ohhh.. camtu.. betul2 kelas bio nih..

    *good info utk bakal2 ibu mcm GC.. ekekeke

    ReplyDelete
  40. dah tanggal tali pusat.. rasa macam baru lahir je..

    ReplyDelete
  41. terima kasih atas kelas ni ye tuan doktor..

    kita suka

    anak2 kita pulak kan
    anak 1 - tali pusat tanggal 7 hari
    anak 2 - sebab dia lahir 19hb.. tali pusat dia tanggal hari yg ke-19 hari..muahahaha..! ada org kata degil/ketegaq.. tapi arwah tok kita kita.. budaknya bijak...
    anak no. 3 - err.. 7-8 hari gak le.. lupa pulak.. ekekke
    yg no. 4 ni - dlm seminggu gak..

    mmg time nak mandikan depa tu..tali pusat tu terbuai2 nak jatuh..tapi tak jatuh2 gak.. seriau dibuatnya.. tak tarik pun.. pasal takut darah..

    ReplyDelete
  42. salam DZ,

    kalau ikut family doc
    depa buat apa dgn tali pusat tu ?

    ReplyDelete
  43. tingin nak blaja pasal medik niee dah slalu bace kat blog doc nie..hehe

    ReplyDelete
  44. dapat membantu bagi mereka yang kurang faham..

    psstt: saya masih simpan tali pusat anak2 saya.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...