Thursday, June 2, 2011

Give And Take

Selamat pagi kawan kawan.
Semalam aku ada buat pop kuiz, meneka dessert yang aku makan masa lunch, kat sini.
Macam macam jawapan ada..ekekeke
Ada yang kata jus epal kedondong lah, ada yang kata agar agar 3 rasa..ada yang kata puding kiwi...yang kata cendol..yang kata jamu mak dara pun ada! miahaha..ada juga yang menjawab tepat...
Jawapannya: Lompat tikam.

Aku pun pelik, apasal pelik sangat nama dessert ni kan...adakah asal usul nya sebab si pembuat dessert ni dulu masa tengah buat dessert ni, kena tikam dek penjahat, lalu terlompat? Wallahualam...  :)

===============================================================
Hari ni tiada tempelan gambar, cuma nak berkongsi ilmu yang aku dapat malam tadi di kelas tafsir..
Surah Al Mujadalah, ayat 11 :

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.


Pengajaran yang boleh di ambil dari sepotong ayat ni, sangat banyak..

- Maksud memberi lapang dari tempat duduk tu ialah merujuk keadaan di zaman Nabi dahulu, di mana para sahabat berebut rebut nak duduk dekat depan Nabi di dalam majlis ilmu, kerana mahukan keberkatan.(ustaz tu cakap, bandingkan dengan zaman sekarang, jangankan majlis ilmu, solat berjemaah pun takdak..kosong aja masjid). Jadi Allah menurunkan ayat ini untuk memberitahu tentang keutamaan memberi sesama saudara Islam, yakni memberi ruang duduk, supaya semua dapat yang terbaik, dapat mendengar dekat jelas pesan Rasulullah.(zaman tu takde mikrofon, so kena duduk dekat dekat). Kerana balasan Allah kepada hambaNya yang memberi kelapangan tempat duduk itu, ialah Allah memberikan keluasan seluas luasnya dalam pelbagai benda, termasuk rezeki, kesihatan dan lain lain.

~ aku tertarik dengan analogi yang ustaz tu cerita tentang konsep memberi ini. Manusia zaman sekarang ni, nak menerima saja, memberinya tidak. Contohnya pasangan suami isteri yang bekerja..suami balik kerja, penat. Isteri balik kerja, penat. Si suami nak menerima sahaja pelawaan si isteri supaya dibuatkan air kopi kepadanya. Menunggu,menanti...Si isteri pulak sebab dah penat, nak menerima sahaja pelawaan si suami untuk makan malam di luar. Masing masing menunggu, menanti untuk menerima, tiada seorang pun yang mahu memberi. Alangkah indahnya kalau masing masing mula memberi, bila bertemu dirumah lepas balik kerja:

Suami: " Assalamualaikum ayang...camane kerja....mesti penat kan...jom kita makan kat mekdi malam ni nak?"

Isteri : " Wa alaikum salam abe...kerja di opis biasalah...hmmm..best jugak makan mekdi...hmmmm..abe nak minum kopi? saya buat kan..."

See.....

Tu pasal ustaz tu cakap, kena mula memberi, dan hasilnya , kita dapat semuanya..dapat minum kopi bagi si suami..dan si isteri dapat makan luar(tak payah masak malam).
Begitulah aplikasi nya dalam kehidupan kita sehari..Kita kena memberi....Insya Allah...ada lah balasan Allah tu..jangan hanya tahu nak menerima aja...Orang kampung aku kata, jangan expect tak take aje..kena give dulu..:P


- Hidup kita ini hendaklah memberi. Itu erti hidup, memberi kepada manusia, berbakti. Kerana kita harapkan balasan Allah. Buat amal baik, beri kelapangan kepada manusia lain, terutamanya saudara seagama kita, nescaya Allah memberi kelapangan kepada kita. Niat kena betul, kita menolong manusia kerana Allah. Jangan harap terima kasih manusia(kerana banyak manusia yang tak tahu nak berterima kasih kepada tuhannya pun!..apatah lagi sesama manusia).Hanya Allah yang akan membalasnya.

-Ayat ini juga menerangkan tentang pentingnya menuntut ilmu..pentingnya menjadi orang Islam yang berilmu, hinggakan Allah meningkatkan darjat kita. Kata ustaz tu lagi malam tadi, ada ahli tafsir yang memberi kiasan perbezaan darjat antara orang beriman yang berilmu (Alim) dengan orang beriman yang kurang ilmu, hanya beribadat sahaja( Abid), ialah bagaikan bulan purnama yang terang di malam hari...Alim = bulan purnama, manakala Abid = cahaya-cahaya kecil bintang sekeliling bulan purnama itu sahaja.
-Jadi tuntutlah ilmu, kerana untuk beramal, kita perlukan ilmu juga..kerana ilmu, darjat kita ditinggikan beberapa darjat, ini janji Allah. Yang paling best sekali, kalau kita seorang Alim yang Abid...Insya Allah..

33 comments:

  1. tangan yg memberi lebih baik dari tgn yg menerima..

    ReplyDelete
  2. tul tu..kepentingan toleransi sesama makhluk kena diutamakan jugak..

    bab ilmu tu, memang kita dituntut sepanjang hayat untuk menimba segala ilmu mampu..tapi yang penting ada ilmu mesti diamalkan..

    ReplyDelete
  3. good share! betul2, kena amal konsep 'offer to get offered'. sebenarnya konsep ni terkenal dikalangan orang jepun. kami yang dok jepun dulu memang terkesan ngan konsep camni. tapi beerapa tahun dok malaysia balik daaah lupe, dan back to 'aku nak..' hihi.

    ReplyDelete
  4. menerima dengan memberi harus seimbang~~

    *sedapkah lompat tikam?

    ReplyDelete
  5. bagus perkongsian ni doc...kdg2 hidup ni kena diisi dgn makanan rohani...thanks kerana "memberi info"

    ReplyDelete
  6. ooooooo...
    camtu rupenye..tips ni..
    thanks doc..bagus n3 ni..

    ReplyDelete
  7. mmmmm...
    kl la suami sy yg cakap gitu....hehehehe...baru je semalam dia ajak mkn luar sbb ptg semalam sy buat bubur candil...busy lee doc...tp nak jugak dtg sini...eskerim eskerim eskerim...sape nak beli....hehehehhe

    ReplyDelete
  8. simple je contoh, tapi berkesan!

    *lompat tikam? ok, tgh fikir2 ni penah rasa ke tak penah.

    ReplyDelete
  9. Cantik N3 ini. Kakak suka. Perumpamaan banyak dan amat ketara dlm dunia serba rigid sekarang. Jangan kata suami-isteri, pekerja dan boss pun sama juga. Asyik pekerja kena memberi tapi boss pejam mata tak nampak. Pak imam je memberi, makmum semakin hari semakin juah lari. Bukan saja ruang diberi malah kosong....sedih kan

    ReplyDelete
  10. give and take
    saling bantu membantu
    amat perlu dalam hidup berumahtangga

    ehhh... dalam hidup tak berumahtangga juga...

    [pedahhhh! ayat cam hapa!]
    hak hak hak

    iols suker makan lompat tikam itew!
    iols tak reti buat - tapi kakak iols selalu buatkan!
    hik hik hik

    ReplyDelete
  11. dapat ilmu utk memperbaiki diri di sini.. thanks yer..

    ReplyDelete
  12. trime kasih doc atas kuliah ini..sebagai halwa rohani saya di tengahari ini..

    trime kasih sekali lg ya...

    ReplyDelete
  13. BAGUS JUGA MENAMBAH ILMU PAGI INI.... ORANG KALAU MEMBERI SEMESTINYA KITA NAK BALAS BALIK....

    BETUL TEKAAN MUNNA ..LOMPAT TIKAM...DESSERT YG MUNNA SUKA

    ReplyDelete
  14. gud share..
    lagi-lagi dalam hidup berumahtangga..jangan asyik suami tunggu nak menerima je kan..contoh la keje umah segala..jangan tahu arah itu ini je kan..kalo sama-sama memberi kan ke isteri lebih sayang..hehe

    tak gitu doktor????..muahaha

    ReplyDelete
  15. bagus camtu...
    kalau badang bagi duit kat makcik..makcik amik jer...hehehehhehhehhehhehehehheehhehe...

    out of topic :doc,ape masalah penyakit hepatitis..
    hepatitis A,B,C......adekah itu bahaya....
    dan ape punca2 yg menyebabkan keadaan itu.....

    ReplyDelete
  16. memberi akan menyiram rahmat buat rezeki dalam kehidupan kita. . .

    ReplyDelete
  17. thanks doc for the reminder..betul tu, ramai yang asyik mahu diberi,tapi memberi kurang..lepas memberi pertolongan,di hari lain mengungkit pulak tu..

    ReplyDelete
  18. suke dengan n3 kali ni... memberi kesedaran kepada yang terleka.. lebih2 lagi diriku.. huhuhu.. tq..

    ReplyDelete
  19. lompat tikam tu kat selangor panggil kuih som som.betul tu doc kena give and take. ada orang jenis tak reti basa.Bila tak reti basa, yang buat kita fed up. banyak orang tak paham dia ingat kita nak jasa kita dibalas, tu yang malas nak explain tu.suami isteri kena give and take, lagi kalau dapat isteri yang malas kemas cam cik ina.

    ReplyDelete
  20. hek elehhhhh lompat tikam ke.. sedap tuuu

    ReplyDelete
  21. harap2 cik abg sy ajak makan nasik ayam, sy pun penat bekerja.. hehehe

    ReplyDelete
  22. saye fail nama kuih kecuali karipap. sekian.

    ReplyDelete
  23. pernah makan lompat tikam ni...
    yg kelako nya,anak kaklong siap ckp...nak makan,,kena lompat dulu ker...pas tu tikam...heheheheh!!

    ReplyDelete
  24. penah mkn lompat tikam di restoran belanga..sedap..

    memberi mcm amalan syed mokhtar al-bukhari..sbb tu dia kaya..dia memberi..balasannya...rezeki yg melimpah ruah..dan dia tidak pernah berhenti memberi..

    ReplyDelete
  25. Perkongsian yang sangat bagus..sesekali jiwa harus dicuci dan disaji dengan benda-benda sebegini..tapi kan dos..orang selalunya bila sekali kita memberi..dia asyik menunggu jek..tak reti -reti la nak membalas balik, macam yg diberitau ustaz tu..

    nak tolong jawab pertanyaan liza@adzriel AB tu boleh?
    * baby doktor dah pandai minta adik* muaha ha...jangan marah haaa...

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah...sama2 kita manfaatkan..No pernah dengar sekiranya orang pertama datang meminta sedekah dengan kita jangan kita kedekut dengan apa yg kita ada...berkongsilah rezeki ALLAH dengan mereka..

    ReplyDelete
  27. Tak rugi baca ni pagi pagi gini....tq.

    ReplyDelete
  28. semalam laki aku belanja mkn kat luar, kiteorg mkn bihun tomyam, aku tak ajak pun, laki aku yg pelawa...hehehe..

    ada kena mengena tak? hahaha!!

    ReplyDelete
  29. org bbudi kita bbahasa..org mberi kita merasa...

    ReplyDelete
  30. Terima kasih ostad......idup ni kenala give n take kalu tak, hmmmm give up le saja

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...