Tuesday, June 28, 2011

Ayam

Semalam, 2 orang lelaki Mynmar masuk ke bilik konsultansi. Aku namakan lelaki A dan B. (tiada lelaki Y ya di sini)
"dia punya batang ada problem" , pembuka bicara si lelaki A.
Umpama ayam bercakap dengan itik, aku cuba mengambil history pesakit. (tensen!)

" itu dia ada main rumah ayam", kata lelaki A lagi, sambil diperhatikan oleh lelaki B yang tersengih macam kerang busuk, sepatah haram pun tak tau cakap melayu atau inggeris.

Sebab minda aku dah kepenatan semalam, plus kekenyangan makan nasik arab, maka yang otak aku boleh register ialah ' mamat ni kena patuk dengan ayam ke kat anu dia? ' Apa punya penaakulan mantik daaaa....ekekeke...
ayam Nasi Arab Damsyik ini sangat lembut dan sedap ..cubalah!


" dia pirigi rumah ayam" , tegas lelaki A lagi.

Oohhh...
Aku tersedar dari lamunan ntah apa apa..

Setelah memberi injection dan bebelan tahap mak nenek, aku bangga sebab peribahasa ibu ayam, benar benar digunakan oleh bangsa asing yang hanya tahu sekelumit bahasa melayu - dalam konteks rumah ayam !

49 comments:

  1. fuhh, sepantas kilat saya berjaya berlari² ke mari, hahaha (terbangga 5 secs)

    ReplyDelete
  2. hehehehe...
    ayam bermacam ayam

    kata jalil hamid.

    ReplyDelete
  3. tu la penangan 'ayam'...heheheh!!!

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum..

    tak jemu2 makan ayam..hehe

    dh lama follow..bru bkesempatan nk komen
    salam kenal ye..

    ReplyDelete
  5. ni nasik arab damsyik kat Senawang tu ke? aku dah lama nak terjah sana, tapi tak terpegi2 lagi...bila dah ko kata sedap, aku rasa tercabar nak pergi...hehehe....

    ReplyDelete
  6. Hahaha...

    Ate kurang suka makan ayam.(ayat penyata Ate ini no double or triple meaning ek)

    ReplyDelete
  7. dia paham ke apa yang ekau bebelkan..??

    ReplyDelete
  8. memang ayam damsyik sangat lembut dan sedap .. anak saya suka kulitnya.

    ReplyDelete
  9. Tahun 1993 masa cik ina keja di united plantation, jaga berpuluh orang bangsa asing cam tu keadahnya, setiap hari gaji dorang akan cuti ke pekan teluk intan cari ayam.Bini dorang kat Bangladesh.

    ReplyDelete
  10. Adoiyai..tak faham wat2 faham aje laa doc.. hehehe kasi inject aaa.. adesss..

    ReplyDelete
  11. soalan:
    1) adakah bebelan mak nenek DZZ berjaya difahami oleh pelanggan2 ayam ittew?

    2) di manakah kedai nasi arab berkenaan?

    statement:
    - rumah sy pun ada rumah ayam dua tingkat yg dihuni satu mak ayam, satu bapak ayam, dua ekor ayam remaja dan beberapa telur ayam yg sedang dieram oleh mak ayam ;D

    ReplyDelete
  12. saya pulak suka makan hempedal ayam goreng..

    p/s- "die perigi rumah ayam??" lain macam je bunyiknya tu... hehehehehe

    ReplyDelete
  13. rumah ayam bukan reban, ke...?

    ReplyDelete
  14. dr

    teringat masa zaman mengaji di UM..masa cuti semester akan bekerja di guardian farmasi..cari duit poket..
    ada 1 mat saleh dtg cari pharmacist..katanya dia melanggan "ayam" dn sakit di "anu"nya..siap nak tayang pd pharmacist tuh..mengamuk pharmacist tuh...halau dia paksa pg klinik...hehehe

    ReplyDelete
  15. kenapa ayam ? kenapa bukan itik ? ayam tak pernah bersekongkol pun dengan spesis lain..

    ReplyDelete
  16. Seorang mamat Nepal datang klinik saya,

    " Doc, my egg got problem. One big one small. "

    Saya gelak guling2 Sebab testis disamakan dengan egg.

    Saya jarang beri khutbah kat mamat2 pergi rumah ayam ni. Cuma saya cakap,

    " Kau pergi cucuk orang, ini giliran aku cucuk kau. " Satu jarum paling besar aku beri kat dia.
    Semoga mereka serik...

    ReplyDelete
  17. ayam lagi sedap dari itik....huhuhuhu....
    tp,bangse sendiri lg byk makan ayam...hahahahaha

    ReplyDelete
  18. macam2 cerita ye doc..
    baik pi makan nasi arab damsyik..tapi di seremban ni hari selasa tutup la pulak..

    ReplyDelete
  19. tak pasal2 ayam jadi mangsa.....lunch ni nak makan ayam kepsi....

    ReplyDelete
  20. harap lepas ni pihak berwajib kasik tukar itu perumpamaan ayam ke nama binatang eksotik lain..

    thehehe

    ReplyDelete
  21. lain kali kasik cepuk jek kat diorang tu doc..haha

    tak silap hari tu sahrom ada buat n3 pasal restoran nasi arab nih..tak leh jadi nih..semua ckp sedap..kena trylah jawabnya..:)

    ReplyDelete
  22. rumah ayam mana la dia pi ni, doc huhuhuhhh

    ReplyDelete
  23. ayam ayam,

    kesian ko..

    doc, doc kasi nasihatt dia paham ka..mesti susah kan ;)

    ReplyDelete
  24. yg sebenornya apa masalah depa tu uncle?

    blur...heheheh~

    ReplyDelete
  25. ooo...ayam tu ka???? %$#%^ betul!

    hahahaha!!!!

    (dah mula bayangkan ada virus selesema burung spesis ayam pulak masa blur tahap gaban tadi)

    ReplyDelete
  26. rumah ayam~
    haiyaa
    kasi pegi reban ayam la bagus.. bole tangkap ayam. sembileh. bakaR~

    ReplyDelete
  27. bangsa asing mmg sebelum dorang masuk negara kita nih ayat mula2 dorang nak belajar adalah yg berkaitan ayam...

    ReplyDelete
  28. Sallam,

    Nasib baik dia tak kata reban ayam,
    lagi kompius dr. hehehe..

    ReplyDelete
  29. Ya Robbi!!! ayam yang ganas... kih kih kih

    sori, tergelak dibuatnya.

    ReplyDelete
  30. moral of the story : bukan semua ayam sedap boleh dimakan.. he..he..

    ReplyDelete
  31. ntah kenapa bila baca tajuk jer, teringat lagu 'ayam bermacam ayam' jalil hamid... ehheheheheheh

    ReplyDelete
  32. Dah makan ayam banyak pun masih tak puas-puas pergi rumah ayam lagi. Padan muka dia. Cucuk je dgn jarum besar-besar doc macam yg zoul dahan buat.

    ReplyDelete
  33. Aisshh!! Bila AYAM ada dua tiga makna... camana nak cakap betul2 nye nak main ngan anak ayam (khas untuk anak nih!!!)

    ReplyDelete
  34. nasik dgn ayam tu mcm sedap..tp baca citer myanmar mcm hilang selera..err memula sy ingat dia buat onar dgn gelfren dlm reban ayam <--apala punya penaakulan matik..

    ReplyDelete
  35. err
    rumah ayam ye?

    tp kan. masa sy baca awal2 tu rumah ayam sy da pikap da. HAHA.

    ReplyDelete
  36. buat jahat kan da kena..
    err sedap plak tgk briyani damsyik tu..
    beli kat mana ek..

    ReplyDelete
  37. apa masalah sebenarnya??kurang faham..huhuhu

    ReplyDelete
  38. mujur pelanggan bangla di kedai ayu tau beza ayam makanan atau ayam yang doktor tak faham tu..
    hehehehhe..
    ~Pergi sambil tersimpul malu..~

    ReplyDelete
  39. doc inject kat tang mana.. uhuhu

    ReplyDelete
  40. nasi damsyik tu mana nk dpt tu? sedapnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...