Thursday, June 23, 2011

Al Fatihah

Assalamualaikum, salam Khamis..
Ini entri yang panjang, aku tak tahu nak pendekkan...Panjang sebab aku nak luahkan segala yang terbuku dihati..Kepada kawan kawan yang sudi baca sehingga habis, jutaan terima kasih di ucapkan..

Rasa macam lama tak menulis..last entri aku hari Isnin lepas, dan hari tu blog aku ni kena malware..
Terima kasih kepada rakan bloggers yang prihatin beritahu, dan cadangkan jalan penyelesaiannya..
Harap blog aku ni dapat di akses macam biasa, kalau ada masalah, tolong beritahu ya..

Sebenarnya, dua hari aku tak up date blog sebab aku busy, dan tiada mood.
Tiada mood dan busy kerana kematian pakcik kepada isteri aku, mommyZZ.
Arwah pakcik mommyZZ, Ismail bin Dahlan, telah meninggal dunia pada hari Isnin lepas, 20 Jun, lebih kurang jam 4.30pm. Arwah telah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan kematian beliau dan seorang pegawai JPJ. Berita ini turut disiarkan di ruangan berita di NTV7. Berikut ialah beberapa keratan akhbar online yang dapat aku titipkan di entri ni, bagi yang ingin membacanya:

1. Berita akhbar Kosmo
2. Berita Harian
3. Cerita dari blog
4. Link video di Facebook

Apa yang terjadi kepada arwah?
Pertama tamanya, ingin aku tegaskan di sini bahawa, entri aku ini bukanlah untuk menuding jari ke mana mana pihak, sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati kami, ahli keluarga Ismail Dahlan.Dan juga sebagai medium untuk kami luahkan apa yang terjadi, menerusi cerita sebelah pihak kami..Ini kerana laporan akhbar sehari selepas kemalangan hanya menyatakan berita dari sudut pandang sebelah pihak, dan banyak laporannya yang tidak benar. Itu yang kami kesalkan, bukannya kami tidak redha dengan ujian Allah(kematian ini). Ahli keluarga Ismail Dahlan langsung tidak ditemuramah oleh wartawan, jadi faham faham sahajalah berita yang di tulis bagaimana.

Ini ialah fakta kes (menerusi saksi yang melihat kejadian), seperti yang diceritakan sendiri oleh mereka kepada ahli keluarga kami. Saksi saksi ini terdiri dari orang ramai yang melalui jalan tersebut pada hari itu, dan juga budak kedai car wash (yang kedainya betul2 di hadapan tempat kemalangan, dan budak ini lah yang sempat memangku arwah Ismail Dahlan sejurus selepas kemalangan). Aku bagi gambarajah untuk memudahkan penceritaan.


-arwah keluar rumah ~ jam 11pagi, menuju ke bandar Nilai.(kereta Ismail (1) )

-setibanya di selekoh (double line), saksi mengatakankan bahawa kereta arwah jenis Ford Laser(warna hijau) hilang kawalan selepas cuba mengelak 4wd Hilux yang tiba tiba memasuki jalanraya.(kereta Ismail (2) )

-Siapa dan mengapa Hilux itu berada di belakang lori yang dikatakan"rosak" itu? Kalau ikut laporan akhbar, kononnya dikatakan bahawa Hilux itu ialah kenderaan penyelia lori..hmmm..Hilux itu sebenarnya ialah kenderaan Tonto. Siapa Tonto? Apa fungsi Tonto? Aku malas nak hurai di sini..
Baca ini kalau ingin tahu apa itu TONTO.

-Kerana kawasan jalan itu sempit dan di selekoh, kereta arwah tidak dapat mengelak dari melanggar Hilux yang tiba tiba keluar itu.Akibatnya, kereta Ford arwah berlanggar dengan Hilux tersebut, dan akibat dari perlanggaran itu, kereta arwah terus hilang kawalan dan berpusing pusing melanggar lori yang berada di hadapan dan terus menghentam kenderaan 4wd JPJ, Toyota Fortuner tersebut. Arwah pegawai JPJ tersebut(rujuk gambar beliau, nama arwah ialah Wardi Ahmad) yang ketika itu berada di belakang Toyota Fortuner tersebut, telah terkena hentaman tersebut, dan dikatakan telah terperosok di bawah Toyota Fortuner itu.

-Akibat impak besar perlanggaran itu, kereta arwah (kereta Ismail (3) ) telah berpusing 360 darjah, menghadap ke arah bertentangan. Kuatnya perlanggaran itu sehinggakan tayar belakang lori yang dihentam itu pecah. Selepas perlanggaran itu, kenderaan Tonto?/Hilux itu terus hilang(melarikan diri). Arwah Ismail telah menunggu lama hampir dua jam, sebelum ketibaan ambulan.Manakala arwah Wardi telah dibawa awal lagi menaiki ambulan yang lain. Selama menunggu hampir 2 jam inilah arwah Ismail dipangku oleh budak kedai carwash bernama Akhbar, yang mana aku sendiri kenal beliau, sebab aku pernah menghantar kereta aku untuk dibasuh disitu.

-Arwah Wadi dikhabarkan sebenarnya meninggal dunia semasa di dalam ambulan lagi(menuju ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban), bukan di HTJ seperti laporan akhbar.Manakala arwah Ismail dihantar ke hospital KPJ Seremban, bukan ke HTJ seperti laporan akhbar. Aku sendiri sampai ke hospital KPJ Seremban ~ jam 2pm, dan ketika itu arwah Ismail masih hidup, tetapi cedera parah. Beliau mengalami perdarahan otak yang teruk, namun tiada kecederaan luaran yang jelas, kecuali kesan lebam tali pinggang melintang di dada beliau. (Ini bertentangan dengan 3. Cerita dari blog yang mana wartawan memetik kata kata pegawai JPJ yang berspekulasi arwah Ismail tergamam nampak JPJ dan cuba memakai seat belt). Arwah pakcik mommyZZ memang memakai seat belt!! Even laporan post mortem sendiri mengesahkan kesan lebam melintang di dada beliau ialah kesan seat belt yang telah dipakai lama.

-Pakar bedah otak (neurosurgeon) Dr.Azizi dari HUKM Cheras dipanggil ke KPJ Seremban bagi membuat pembedahan segera membuang darah beku dan menghentikan perdarahan otak. Namun kerana kecederaan otak arwah Ismail terlalu teruk, ditambah pula dengan kecederaan dalaman organ yang lain, beliau akhirnya meninggal dunia setelah selesai pembedahan. Apa apa pun, ucapan terima kasih kepada Dr.Azizi yang kami kenal secara peribadi(beliau ialah pakar yang membuat pembedahan yang sama kepada ayah mommyZZ yang mengalami strok 3 tahun lepas).

-Setelah meninggal di KPJ Seremban, barulah arwah Ismail di pindahkan ke Jabatan Forensik, HTJ untuk proses post mortem. Jenazah arwah dikembumikan malam itu juga di Nilai.


Moral/hikmah ujian Allah ini:


1) Jangan terus percaya bulat bulat laporan akhbar tentang apa jua peristiwa, samada kes kemalangan, berita politik, dan lain lain. Perlu dengar cerita dari kedua dua belah pihak. Aku tak ingin mengatakan bahawa terdapat unsur bias, namun laporan akhbar hanya memetik mangsa kejadian dari JPJ sahaja, seolah olah ahli keluarga mangsa yang satu lagi, iaitu arwah Ismail tidak mempunyai perasaan dan hak untuk bersuara.

2) Kepada anggota JPJ/PDRM dan lain lain anggota penguatkusa, andai kalian terbaca entri aku ini, aku pohon kalian semoga amalkan langkah keselamatan terbaik semasa prosedur menahan kereta/road-block, supaya insiden seperti ini tidak berulang. Ini bukan kes yang pertama. Selama ini dah banyak kali kes kemalangan/kematian melibatkan pegawai mereka. Lokasi kejadian insiden ini ialah di selekoh, yang ada double line..jadi mereka sebagai anggota penguatkuasa undang undang jalanraya, perlu lebih arif tentang undang undang jalanraya, di mana mereka patut berhenti untuk menahan kenderaan/membuat road-block.

3)Laporan akhbar mengatakan kononnya kenderaan JPJ(Toyota Fortuner) itu berhenti untuk melihat lori yang rosak. Soalan aku, betul ke? Dan kenapa wujud kenderaan tonto di situ? Aku malas membuat komen yang lebih lebih, cuma aku harap kita semua sebagai manusia, hamba Allah, ikhlas lah dan jujur dalam menjalankan tugas.

===============================================================

Kali terakhir aku melihat dan bercakap dengan arwah Pak Mail/apak (panggilan keluarga buat arwah Ismail) ialah lebih kurang 2 bulan yang lalu. Aku ke sana, melihat kolam ikan beliau, mengambil gambar..dan aku ada membuat entri tentang itu, Di sini.

Arwah Ismail bin Dahlan/Pak Mail/Apak

Entri ini juga aku tujukan khas buat Makcu (mak saudara mommyZZ)..dan anak anak beliau..
Pak Mail ada 3 orang anak, berumur antara 22 dan 15 tahun.
Buat anak bongsu Pak Mail, Wani, abang Faiz tahu Wani baca blog abang Faiz...harap Wani sekeluarga sabar menghadapi ujian Allah ini. 

Al Fatihah buat Ismail bin Dahlan....dan juga buat Wardi Ahmad.
Moga roh mereka di tempatkan dikalangan roh hamba hambaNya yang beriman. Amin.

62 comments:

  1. Al Fatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan roh orang2 yang soleh.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah dan Salam Takziah buat keluarga Ismail.. Moga rohnyaa ditempatkan bersama² orang² yang beriman.

    ReplyDelete
  3. DZ..takziah buat keluarga arwah kaseh ucapkan...haritu kaseh cuti tapi ada dgr citer pasal eksiden nih.. alfatihah buat arwah..

    -kaseh-

    ReplyDelete
  4. Saya tumpang bersedih.
    Al Fatihah.

    ReplyDelete
  5. alfatihah... mmg sangat sedih bila ada yg buat cerita bukan2. teringat rakan kak liza dulu... mcm2 andaian mereka buat. byk2 sabar ye. kak liza pun turut sedih bila rakan2 sedih mcm ni. mmg terasa sgt kehilangan. moga Allah tempatkannya dlm golongan mereka yg soleh.

    ReplyDelete
  6. AL-FATIHAH utk arwah...

    akhbar skang mmg susah nk dipercayai...

    ReplyDelete
  7. innalillah..
    al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

    sejak kebelakangan ni byk laporan kepalsuan melebihi kebenaran kononnya bersaing dgn yg lain tanpa menghiraukan perasaan org lain..haihhh..

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah....
    makcik ade bace berita tu...bile tengok name tempat batang benar..mmng teringat ,mommy z punya family dok sane...tapi kalau ikut laporan...mereka hanya cerita psl arwah wadi,pegawai JPJ tu jer...

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah
    Laporan kat berita or akhbar skang ni mmg susah nak di sahkan ketulenannya..

    ReplyDelete
  10. Takziah doc dan family ....

    itulah antara fitnah2 di akhir zaman ....
    cerita yang belum tentu kesahihan... tapi dah digembar gemburkan....

    AlFatiihah buat mangsa .... setiap kejadian ada hikmat buat kita semua..

    ALFATIHAH

    ReplyDelete
  11. al-fatihah buat arwah

    seperti luka lama berulang
    kembali

    sama sahaja dengan kejadian
    yg menimpa arwah FIL kita awal
    tahun ini
    yg mana pihak akhbar tanpa rasa
    bersalah menyalahkan arwah FIL

    rasa mcm nk saman saje

    ReplyDelete
  12. biasa la,untuk mennegak kan benang yg basah,menyalahkan org lain begitu mudah....
    luah kan saja doc,agar merek2 tu semua faham!




    al-fatihah...
    semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  13. media memang 5% je leh percaya..diorang (wartawan) tu bukan telus sangat..asalkan boleh update paling cepat, hantar je walaupun berita yang ditulis tak betul..

    kita nak saman pun, orang atas diorang tu boleh jentik je kepala kita balik..

    apa pun bersabar dan redho je la..kat dunia ni mungkin diorang leh buat cerita..kat 'sana' nanti terima je la..

    ReplyDelete
  14. Petama sekali .. kita sedekahkan alfatihah.

    keduanya.. mmg cik pah dah baca banyak kat blog blog lain..yg komplen pasal ketidaksamaan fakta dan juga berita yg akhbar akhbar siarkan..

    mereka mungkin tidak menemuramah family mangsa kerana family mangsa sendiri tidak mahu ditemuramah.. lantas mereka yg mengejar berita sensasi lagi terkini terus saja mempublish berita kejadian..

    itu pendapat saya

    ReplyDelete
  15. Alfatihah kepada arwah pakcik Ismail Dahlan.

    menyebarkan sesuatu yang tidak benar membawa kepada unsur tidak benar dan juga fitnah..that is why, zie memang prefer org bertanya direct pd si empunya badan,like i said before.

    ni wartawan ni makan gaji buta ke ape? asal masuk cerita je ke? ini kes kluarga doc sendiri,kes org lain entah2 banyak juga jd mcm ni kan..

    ReplyDelete
  16. al fatihah .

    smg roh arwah di tempatkan bersama org2 yg beriman

    kdg2 membaca cerita di akhbar umpama melepaskan batuk di tangga..banyak tokok-tambah dr isu sebenarnya...

    ReplyDelete
  17. alfatihah!

    org selalunya suka buat spekulasi dari mengambil tahu cerita dari sumber yg sah

    ReplyDelete
  18. Al-Fatihah...

    memang lah... berita dalam newspaper ni... tak bleh nak percaya 100%....
    banyak gak yg terpesong dari cerita asal...
    semua nak melakukan paper - dan kadangkala nak menjaga periuk-nasi mereka dan jugak nak menjaga pihak yg lain...

    ReplyDelete
  19. Innalillahi wainna hi rojiun.. Al Fatihah untuk kedua2 Arwah..
    Biasa la.. Reporter ni dia dengar citer yang boleh up kan rating story diorg.. fakta makta tak kira.. janji artikel kuar on time

    ReplyDelete
  20. Al-Fatihah buat kedua-dua arwah..kita ni umpama semut kecil..sapalah nak dengar dan pandang..moga keluarga kedua-duanya tabah menghadapi kehilangan yg sgt tragis ini..

    ReplyDelete
  21. al fatihah....

    dah malas nk baca paper malaysia skrg ni.mengarut2 dah penulisannya.. :(

    ReplyDelete
  22. Alfatihah buat allahyarham

    moga beliau tenang disana diiringi doa kita semua disini.

    ReplyDelete
  23. sedih pulak bila saya baca. ada saya baca di paper pasal hal ni. saya pon rse cam pelik dorg boleh suka suka buat andaian pemandu tu nak tarik seat belt boleh sampai terbabas.

    pastu rse cam sedih pulak bila cakap ambulan ambil pegawai jpj tu dulu. ye la mungkin dia parah. tp mmg 1 ambulan utk 1 pesakit ye. sedih bila pk die kene tunggu 2 jam dalam kesakitan.

    takziah ye.

    ReplyDelete
  24. Al-Fatihah buat arwah..

    tu psl jarang nak baca atau tengok berita tv nasional :( banyak auta dari fakta. wallahualam

    ReplyDelete
  25. al-fatihah dan takziah dari putu..

    semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..

    *tu yg kengkadang malas je nak baca paper ni..

    ReplyDelete
  26. Alfatihah atas arwah ismail b dahlan, (pak saudara mama ziyyad..)

    pada ayu, banyak kali fenomana ini terjadi..
    dan selalu antara pihak akhbar dan pihak ke 3, akan berselisih faham..

    semoga dijalan kebenaran..

    dan semoga ahli keluarga arwah Ismail tabah.. salam takziah dari family ayu sklrg..

    PS: terima kasih atas penerangan doktor di blog ayu, skurangnya ianya melegakan...

    ReplyDelete
  27. takziah daddy double ZZ n mommy...

    betolll..tak semua berita yanga ader kat paper / tabloid tu betollll 100%....jangan percaya bulat2..

    harap family bersabar atas dugaan..Al FAtihah n semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  28. Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat arwah ismail b dahlan tewww

    ReplyDelete
  29. dah lama tak percaya 100% berita yang disampaikan....

    takziah...

    ReplyDelete
  30. penipuan sungguh la reporter ni! :(
    penipuan a.k.a malas cari sumber. ee...
    takziah buat keluarga arwah...
    al-fatihah..

    ReplyDelete
  31. Takziah pada pakcik mommy ziyyad.harap mommy tabah ye. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. lantak pilah ngan dorang, cik ina tak percaya ngan suratkhabar ni.

    yang jelas polis, kastam, JPJ sorrylah cik ina tak kuasa nak layan.kalau nampak je jpj yang kena bam tu, lagi cik ina tak baca. sandiwara, maaflah kalau ada pengomen yang ada kena mengena ngan jawatan kat atas paham-pahan sudah.

    ReplyDelete
  32. Salam

    pB pun dah lama macam gedek.
    Dah lama tak percaya 100% berita yang ditulis.


    salam takziah.
    semoga keluarga yang terlibat tabah dan redha dengan pemergian nya .

    ReplyDelete
  33. sebenarnya benda ni selalu terjadi..hanya kedengan 1pihak saja..pe2 pun salam takziah dari No sekeluarga..semoga roh arwah dicucuri rahmat..alfatihah...amiiiin..

    ReplyDelete
  34. Tumpang sedih dgn berita ini.. Takziah yer.. semoga arwah di tempatkan bersama org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  35. Al-Fatihah buat arwah ...

    ada baca dlm paper...klu doc tak explain mmg munna rasa yg dlm akhbar tu lah yg sebenarnya...

    ReplyDelete
  36. Takziah kepada Arwah..

    saya memang tak penah percaya dengan fakta dalam berita. Serious, tak pernah fakta keseluruhannya TEPAT.

    ReplyDelete
  37. mmg sakit hati baca semua suratkhabar...buang duit je beli...xleh ke pk perasaan keluarga mangsa kalo terbaca statement yg berat sblh mcm tu...oh,lupe plak suratkhabar ni xleh nk hentam2 badan2 mcm tu..diorg takut kene saman agaknye...come on la..dh la xtemuramah ahli keluarga apak...ai,dh kene warning dgn busu duan n pak itam still nk keluarkan kenyataan mcm tu...
    mmg la keluarga redha dgn apa yg berlaku..tapi bila newspaper buat mcm ni kami jd sakit hati la..ape perasaan makcu,atul,kakak n wani baca statement mcm tu? rsnye lps ni sape2 belajar psl kewartawanan ni msukkan skali subjek yg ade belajar tntg memahami perasaan org lain..kalau jd kat fmly sendiri mcm mane???
    aish..berapi aku!

    sgt berharap makcu sekeluarga tabah dgn ujian ALLAH...rsnye berita ni sampai ke pengetahuan keluarga dgn mengejut..mmg xsangka...apak seorang yg baik,simple dan manis...
    betullah,org yg baik cepat ALLAH amek..
    semoga roh apak tenang disana...

    ReplyDelete
  38. Entah mengapa tetiba airmata kakak gugur. Terkenangkan wani dan keluarganya. Inilah hakikat hidup di M'sia yg susah nak diintepretasikan doc. Bukan saksi itu saja tahu tapi percayalah Allah melihat dan kemampuan kita sekadar berdoa.

    Alfatihah buat arwah....

    ReplyDelete
  39. Salam takziah.


    Sebab tu saya selalu persoalkan, kenapa nak buat road block. Mesti ada cara lain nak pantau kan? Road block ni bahaya lah.

    ReplyDelete
  40. patutlah lama x update..sy kira dr bz..

    sy tumpang bersedih..harap dr sekeluarga tabah hadapi ujian yg sgt berat ini..setiap yg hidup pasti kembali kpd PenciptaNya ~alfatihah

    berita akhbar mmg x ptt kita percaya 100%

    ReplyDelete
  41. al fatihah & takziah drp saya buat keluarga arwah.
    ttg berita akhbar ni mmg tak leh nak terima bulat2 apa yg ditulis tu..
    my husband pun pernah kena...temuramah beria...tapi bila baca balik dalam paper yg ditulis tu mmg totally salah.

    ReplyDelete
  42. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un. Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah dan diterima Nya segala amal kebaikan. Mg keluarga yg di tinggalkan di kurniakan ketabahan dan kesabaran.

    Ternyata mangsa di sini adalah dua org tetapi berita yg di siarkan di media jelas berat sebelah dan boleh menimbulkan fitnah kepada keluarga arwah Ismail...ramai org yang terpedaya dan percaya tanpa usul periksa then membuat andaian serta tuduhan begitu begini.

    ReplyDelete
  43. tragis sekali kematiannya terutamanya menunggu hampir dua jam sebelum ambulan tiba. tentu seluruh keluarga apak trauma. bagaimana pun itu semua sudah tersurat. terimalah dengan redha.

    memang laporan akhbar sering tidak tepat. saya sendiri pernah mengalami beberapa kali secara peribadi kerana saya yang menjadi bahan laporan. tentulah saya tahu laporan itu tepat atau tidak.

    semoga roh apak tenang di sana.

    ReplyDelete
  44. salam takziah..

    moga sentiasa tabah

    ReplyDelete
  45. Al fatihah.

    memang selalu ada canggahan laporan sesuatu kejadian samada dari pihak media sendiri, pihak yg terlibat atau cerita mulut ke mulut....

    ReplyDelete
  46. Alfatihah. this post is an eye opener.

    ReplyDelete
  47. innalillahiwainailahirajiun...GB baru dapat baca post ni sebab semalam whole day outstation ke kemaman. takziah kepada semua...

    pasal berita tak betul yg dilaporkan oleh akhbar ni...saya dah masak. sebab tu saya tak pernah percaya apa yg diceritakan dalam paper.

    bias pun mungkin antara punca kenapa laporan akhbar jadi macam tu. seolah2 org jpj tu aje yg penting atau tak bersalah.

    ReplyDelete
  48. Alfatihah buat Pakcik.....Semoga beliau ditempatkan di bersama org2 yg soleh...buat keluarga yang ditinggalkan, banyak2 bersbar...setiap yang terjadi ada hikmahnya...banyakkan berdoa untuk arwah...


    Keluarga aku pun pernah mengalami perkara yg sama ( laporan akhbar yg salah )...kemalangan membabitkan kematian kakak sepupu....di dalam akhbar metro, ada berita kemalangan tersebut tapi butiran peribadi, seperti umur, pekerjaan langsung tak betul, tak tahu diorang dapat berita tu...

    ReplyDelete
  49. Takziah diucapkan kepada kedua2 keluarga arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan semoga ahli keluarga yg terlibat sabar menempuhi dugaan yg berat ini... Alfatihah.

    Hopefully ada pihak yg berkenaan terbaca post ni..
    And i dont get it why it took so long for the ambulance to arrive at the scene.

    ReplyDelete
  50. Al-Fatihah.

    semoga arwah damai disana.. amin

    ReplyDelete
  51. al fatihah utk kedua2 arwah..semoga mereka tenang di sana...

    aku sendiri tak berapa percaya newspaper dan berita kat tv sebenarnya..sbb 5 tahun lepas, opismet aku xcident, dlm news ckp arwah meninggal di tmpt kejadian, padahal, member aku tu masih hidup,( koma) dia meninnggal di hospital setelah 3 hari koma...ko bayangkan family dia dgr kata anak dia dah meninggal, padahal dia koma masa tu..tak sensitif betul...

    tapi Allah lagi sayangkan dia, akhirnya dia dijemput juga oleh Allah...

    ReplyDelete
  52. al fatihah...
    sy baca dgn penuh khuyuk dan tawaduk sbb nak faham betul2...dah lasttttt...berlinang air mata...kl la ketika ini suami sy yg pergi buat selamanya.....adoyaiiiii...sedihnya....dapat duit insurans byk pun takde guna kl laki yg kita cintai tiada di sisi...huhuhu....


    doc...teripunya sy dgn coklat home made ituuuuuuuu....

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum doc..

    kami sangat berempati atas kejadian ini..al fatihah untuk arwah...

    ReplyDelete
  54. alfatihah buat arwah... salam takziah DZ..

    ReplyDelete
  55. Al-Fatihah buat arwah Pak Cik Ismail Dahlan.
    Semoga keluarga arwah tabah.

    ReplyDelete
  56. takziah doc...xsangka perkara sbnr mcm ni...dalam paper xtulis detail n hanya cerita dari sblh pihak je ... semoga arwah ditempatkan di kalangan org beriman dan beramal soleh....

    ReplyDelete
  57. Al-Fatihah. KC hairan, kenapa fakta skrg selalu diputarbelitkan? Apakah motif?

    ReplyDelete
  58. thanks abg faiz cuz update cerite ni .
    thanks banyak-banyak

    ReplyDelete
  59. alfatihah....itulah mesia...semuga Allah berikan ketabahan dan kesabaran kepada ahli keluarga arwah dan semuga rohnya dicucuri rahmat..aamiin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...