Friday, May 27, 2011

Set Berpantang, Rasa Terpinggir & Post Date (SyidaGorjes)

Alhamdullilah...
Zayyan dah pandai dan rajin breastfeed...so malam tadi aku boleh tidur lena..langsung tak dengar Zayyan menangis..sebab mommy cakap, dia start nangis aja, terus bagi susu, senyap :P
zayyan semalam, 4th day of life

Zayyan dah mula ada sedikit kuning (mild jaundice). Ini biasa, dipanggil physiological jaundice. Perlu lebih kerap breastfeeding, feed on demand, dan Insya Allah will clear off within 7-10 days of life.
zayyan pagi ini, sedikit jaundice

Selain bisnes ubat kuat lelaki, bisnes barang barang lepas bersalin pun aku rasa boleh buat duit yang banyak..
Mommy akan start consume segala macam pil tu lepas seminggu atau dua minggu ni, sebab nak elakkan risiko Zayyan jaundice.
set post partum mommy ziyyad & zayyan (MZ)

Jadi buat bakal bakal ibu, ingat ya, kalau anda nak ambil jamu sekalipun, cubalah elakkan pengambilannya seawal seminggu dua baby lepas lahir..sebab dikhuatiri sistem hati baby tak dapat menerima jamu yang terlepas melalui susu ibu itu, dan menyebabkan jaundice (bukan physiological jaundice). Dah banyak kes yang aku jumpa macam ni masa di hospital dulu, dan juga di klinik.

Aku dan mommy perasan ziyyad macam rasa a lil bit 'membawa diri'...walaupun aku peluk cium dia lebih dari biasa..sebab nak elakkan dia rasa 'terpinggir'...Bila ditanya dia sayang tak adik, dia geleng geleng kepala..nak suruh dia cium zayyan pun susah..Harapnya ziyyad akan menerima perubahan ini (dah jadi abang) secepat mungkin..mommy nya memang tak boleh nak dukung dia lagi (ziyyad minta di dukung) sebab baru aja lepas caesar kan..

Untuk menjawab soalan SyidaGorjes , EDD (expected delivery date) yang diberi oleh doktor tu ialah 40 minggu mengandung. By 37 weeks, baby dah matang dah, means that kalau lahir time tu, baby dah boleh survive, paru paru dah kuat. Aku rasa SyidaGorjes dah almost 39 weeks 3 days kan....so selagi takde contraction, tunggu aja..

Kalau dah lepasi tempoh 40 minggu tu, maka ada satu local study yang dibuat oleh bekas professor di Universiti Malaya ( Professor Raman,kini bertugas di Fetal Medicine & Gynaecological Centre) yang diterima pakai di Malaysia ni, mengatakan bahawa bagi baby keturunan Melayu dan Cina, boleh tunggu sehingga 7 hari past due date. Kalau dah EDD + 7 days masih tidak in labour, maka induction of labour akan dibuat (paksa bersalin). Secara umum, ada dua cara induction, yakni masuk ubat melalui vagina, ataupun melalui suntikan menerusi salur darah. Namun lain doktor, lain caranya..kajian prof itu hanya sebagai panduan..ada doktor yang hanya tunggu hingga hari ke 5 past due date.

51 comments:

  1. Alahai Ziyyad actually sayang tapi mujur cuma macam tu. Ada yg mahu apa saja yg adik dia ada. Ok tu... bila adik dia dah boleh senyum kakak sure dia akan gembira dan sayang melebihi org lain. Masa itu lagi nak kena hati-hati sebab dia boleh losyenkan adik dia kalau kita cuai...

    ReplyDelete
  2. doc..

    info yg sgt berguna tuk saya:)
    really appreciate it:)

    cgg da 31 weeks..

    nervous nie

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..sihat hendak nya zayyyan.
    kaklong lepas habis pantang baru makan ubat@jamu..
    sbb BF,tak berani nak makan...takut bby tak serasi dengan jamu2 tu...

    ReplyDelete
  4. Alahaii cian Ziyyad..iye.. dah ada adik rasa laa diri..tuh terpinggir..normal laa tuh lama2 dia okey..cuma kena bagi perhatian jugak laa..kan.. :)

    ReplyDelete
  5. doc... pinjam baby seminggu bulih...


    huhu.



    .

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah... nampak besar dah dalam gambar ni..

    ReplyDelete
  7. sian pulak tengok abang ziyyad tu..
    ziyyad..belum tau nak sayang zyyan..nanti bila dah lama sikit..mau tak berenggang tu..

    ReplyDelete
  8. mikail dulu prolonged jaundice. macam-macam buat tak surut2. dok wad 5 hari je pastu paed suh breastfeed je bebyk. it was controlled and becos mikail was a preemie so it was expected. tensen gak tengok anak org len elok je kalernye, anak kite kuning cair gitu. tapi sekarang putih melepak ntah ikut sapelah, mama papa bese2 je kulit melayu hehe.

    ReplyDelete
  9. dr

    mmg jaundice kena kerap menyusu...i/allah akan ok..kesian ziyyad yek...will take time jugak mcm anak sulung saya..tantrum betul masa mula2 dpt adik tuh

    ReplyDelete
  10. sian ziyyad!

    meh bg ziyyad kat saya!

    ahahahaha!!!

    ReplyDelete
  11. alolo..kesian ziyyad ya..meh syg ckit meh..

    ReplyDelete
  12. info yang bagus, doc..trime kasih banyak2...

    ReplyDelete
  13. Bahaya cemburu ziyyad tu. Ziyyad jgn risau.. abah ekau ni still guno namo daddyziyyad laie.

    ReplyDelete
  14. chubby betul baby awak.. ala sedihnya tgk abg dia.. kejap nnt okey baliklah tu.. baru2 ni dia terasa lagi..

    ReplyDelete
  15. ziyyad...meh kat auntie GB meh...

    ReplyDelete
  16. ziyyad jeles lah tu..

    mummy pun ada tak borak2 dan peluk2
    ziyyad...sian dia tu rasa lain kan

    ReplyDelete
  17. keh2, cemburu main-main ler tuh .. haha

    ReplyDelete
  18. sihat betul zayyan yer.. pipi montel.. geram je tengok... DZ, ziyyad sedang mengalami sindrom ade baby baru.. maybe die terasa sume orang beri perhatian lebih pada baby zayyan.. tu yang die meminggirkan diri.. nanti lama2 ok la tu..

    ReplyDelete
  19. cakap lagi ni..
    geram nya tengok Zayyan.



    Ziyyad perlukan lebih attention rasanya tu doc. Along & Angah pun cenggitu jugak dulu.

    ReplyDelete
  20. dia tak biasa lagi
    nnti lama2 berkawan baik
    yeh~

    ReplyDelete
  21. alah comelnya zayyan..bulat..

    sian ziyyad.. masih tak biasa lagik beradik ni.. takpe..take your time darling ziyyad..

    lama2 nanti dia start le sayang adik tu..

    ReplyDelete
  22. congratulation daddy ziyyad! :) double is "ong"... :)

    ReplyDelete
  23. samalah macam adeeb dulu..siap merajuk tak mau tido satu bilik ngan adik dia.tapi cik pah paksa dia jugak..last last .boleh accept..

    ReplyDelete
  24. samalah dgn anak sy yg sulung tu..memula dia yg siap berdoa nk adik..dah ada dia buli lak adik dia..adik dah besar sket baru dia hepi sbb boleh main sama dah (gaduh jugak..saling membuli)..

    ReplyDelete
  25. tq doc, info yg berguna..

    walaupun belum berkahwin :p

    moga kak syidagorjes baik2 saja..

    ReplyDelete
  26. nak komen ni pun i rasa blushing giler.sbb ada nama i.thanks for your info, so now i just have to wait dengan penuh kesabaran.......

    salmia,tq.

    ReplyDelete
  27. rasa mcm nak ada baby lagi laa... bestt ...

    Ziyyad .... itu biasalah...sementara saja tu ... Ariff dulu pun macam tu ... masa kelahiran ashraff

    ReplyDelete
  28. waa sudah ada orang baru la...!congrat bro(harap tak terlewat lagi)...biasalah si abg tu...sok2 dia mulala jeles pulak tu...hu hu

    ReplyDelete
  29. Sallam Doc,

    Comelnya Zayyan, pipi tembam, geramnyaaa...

    Baby nangis malam kadang kembung perut. Tu yang tak nak menyusu.Biasa saya dakapkan atas bahu.

    Kanak2 yang baru dapat adik memang cemburu,
    maklumlah dulu manja, sekarang dah ada orang ketiga..hehe..Lama2 nanti mesti dia sayang adik dia.

    ReplyDelete
  30. Alahhhhh.. akak terlepas N3 ke.. Bila bersalinnya.

    so cute.. bila tgk rasa macam nak anak lagi...

    ReplyDelete
  31. Lama saya tak kesini sampai tak sempat nak ucapankan tahniah di atas kelahiran Zayyan. Tahniah Daddy dan Mommy Zayyan oopps Daddy dan Mommy Ziyyad juga.

    Kecil hati kalau Ziyyad tahu ni ngeeee

    ReplyDelete
  32. Biasalah anak yg lebih tua bawa diri bila baru dapat adik. Dia akan merasa kasih sayang terhadapnya sudah terbahagi dua.

    ReplyDelete
  33. Daddy Ziyyad tak nak berniaga barang2 lepas beranak ni ke?

    Saya berniaga ranjang. Beli sekali tahan bertahun2. Lambatlah nak kaya kalau mcm tu huhuhu

    ReplyDelete
  34. alhamdulillah, sihat sungguh baby itu...!

    ReplyDelete
  35. comeynyer zayyan....gebu jer kulit tu.....
    doc,nk tye ,klinik doc ade buat ultrasound utk kes cam badang tu tak...huhuhuhu....
    klau ade maklumat lanjut leh email kt siti_fad@yahoo.com

    hantu kak limah... akaun ade mslah...

    ReplyDelete
  36. Zayyan dah semakin tembam. set tu mahalkan doc, tapi elok kot. Cik ina suka nona roguy. boleh beli online. Kalau jamu baik beli serbuk, kalau kapsul kandungan sikit. Cik ina dulu pernah beli jamu buatan makcik kawan, lepas tu buh dalam kapsul jual. Sekarang makcik tu dah meninggal, susah tak de orang nak pegi hutan lagi. Jamu kat luar ni tak pedas sangat.

    ReplyDelete
  37. comelnyer.....tak sabar nak melahirkan.peringatan buat saya juga.tak perlu ambil jamu mgu2 awal baby.tp baby saya dulu jaundis sbb dia pre-mature..2 bln lak tu..huhu

    ReplyDelete
  38. bila rasa ada yg lebih diberi perhatian ziyyad akan ras terpinggir..akan ambil masa sikit utk dia fahami.. lebih kerap manja2kan dia dgn adiknya insyallah dia pasti dapat terima dgn baik..

    ReplyDelete
  39. kesian daddy tengah 'puasa'

    lalala

    ReplyDelete
  40. hahaha... gelakkan komen gedek

    biasalah tu doc.. tak lama tu ziyyad rasa terpinggir, cemburu pun ada juga tu kasih dah berbahagi dengan adiknya

    memang montel si baby tu.... baru 4 hari

    ReplyDelete
  41. baru lagi tu DZ..ziyyad akan ambil masa utk sesuaikan diri dia..nti kalo tya sayang adik mesti dia jawab tak..tp kalo ugut nak ambil adiknya..mesti tak bagi..sayanglah tu..tp denial..hehehe...

    ReplyDelete
  42. kann ziyyad dah majuk.. ehehe

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum doc...

    apa khabar ?? datang menziarah doc di pagi isnin ini...doc sibuk ke???

    ReplyDelete
  44. alahai kesiannya ziyyad...takpe, sabo ye nnt mummy & daddy le bw jln2 lepas mummy sihat hehe..

    No pun guna produk yg sama hehe..

    pengalaman No over due..10hari p serah diri hr jumaat..sabtu ahad rehat kat wad..jam8 pagi isnin sebelum doc nak masukkan ubat tu alhamdulillah jalan dh terbuka 1cm..jam 11.40pagi lahir lah Fadhlan..

    ReplyDelete
  45. emm nanti adik dh besor seronok la ziyyad ajak main...anak yana pulak masa pregnant selalu bual2 dgn adik dlm perut..seronok tgok perut maknya goyang2..org tanya nak adik laki ke pompuan dia jawab lelaki..adiknya keluar je...pntang org pegang sikit menangis..takut org ambik...tp tulah masa kecik ni...besor nanti tk tahu pulak..harap2 sampai ke besor kasih syg mrk tu :)

    ReplyDelete
  46. anak munna yg sulung pun mcm perangai ziyyad masa mula2 dpt adik hari tu...

    ReplyDelete
  47. alahai comelnya baby tido tu...:) yer betul tu doc mkn jamu bagi ibu yg bf boleh naikkan jaundice juga....pengalaman masa saya keja di klinik ibu & anak byk dah saya jumpa kes mcm tu...satu lagi kalau minum air halia dgn byk pun sama juga..biasanya org cina la yg suka minum air halia ni.

    ReplyDelete
  48. wow 4days and already so chubby! congrats. big bro will soon love and protective of lil bro

    ReplyDelete
  49. sian ziyyad..same la macam anak sdara sy if dapat adik xnak..lepas dah besar sikit baru dia bleh terima..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...