Monday, May 30, 2011

Pengaruh Media?

Dari Utusan Malaysia, hari ini :


Pelajar maahad tahfiz dakwa diliwat

KUALA KRAI 29 Mei - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah maahad tahfiz berusia 13 tahun, mendakwa diliwat oleh senior dalam satu kejadian di asrama sekolah persendirian itu di sini, baru-baru ini.

Selain menjadi mangsa liwat, pelajar terbabit turut mendakwa dibuli dan diugut dengan senjata tajam oleh beberapa orang seniornya sehingga dia nekad melarikan diri dari asrama sekolah itu.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa pelajar terlibat membuat laporan di Balai Polis Lakloh dekat sini, Selasa lalu.
Ibu pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Yah, 48, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam 10 Mei lalu, ketika anaknya tidur di asrama sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Krai.

Semasa memberitahu pemberita di sini, hari ini, Yah menyatakan, anaknya diliwat ketika tidur meniarap dan tidak dapat bertindak kerana badannya ditindih dari belakang.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

-salah siapa?
-budak tengah belajar menghafaz Al Quran pun boleh buat macam ni?
-pendedahan melampau pasal liwat kat negara ini kah punca nya?
-adakah selama ni ada saja insiden liwat di all boys hostel/school, cuma tak di laporkan..dan liwat mula menjadi isu penting negara..pasca kes tersebut(yang semua orang tau)

~ harap lepas ni tak muncul pulak video seks budak maahad tahfiz..

42 comments:

  1. taktu betul dengan kehidupan sekarang. Kene bayak lebih berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. banyak budak yang sekolah kat tahfiz ni tanpa kerelaan~niat mak bapak nak suruh anak berubah tapi kalau da anak jenis 1 takuk bawah dari setan ,hantar terus la henry gurney~~haih~

    ReplyDelete
  3. salam. moral anak-anak yang merudum banyak berkaitan dengan arus kemodenan tanpa batasan. Pengaruh media yang terlalu mudah di ekses..
    Kadang2 kita merasa rindu untuk hidup dalam keadaan dulu-dulu. Walaupun kurang moden tetapi akhlak dan moral terjaga tidak seperti sekarang..

    ReplyDelete
  4. kadang2 bila tengok tempat getu,kita rasa anak2 lebih selamat dan terjamin..tapi itu lah yg berlaku seblik nya...
    huhuhu...!!

    ReplyDelete
  5. addehhhh....
    jgn terjadi kat students aku dah laaaa....geli nak ngaku pulak....heheheheh

    ReplyDelete
  6. nauzubillah...harap dijauhkan drp family kita...

    ReplyDelete
  7. MACAM-MACAM HAL...kita bila dh serah anak kat tahfiz jgn serah bulat2..kena pantau jugak mereka ni..kesian yg jadi mangsa tu...salah siapa yer bila jd begini?

    ReplyDelete
  8. 1. Nafsu ni tak kira siapa, sebab tu kita dengar ada juga orang yang sepatutnya membimbing berbuat demikian, sesetengahnya got-thru sbb victim tak berani report mungkin. (ustaz, bapa, abang, cikgu, paderi, menteri, bos...to name a few guys as this involve sodomy)

    2. arus moden juga antara sebab.....ada yg ambik pengaruh positive, ada yg terhasut kearah -ve.

    3. wallahualam, mintak dijauhkan......

    ReplyDelete
  9. sebenarnya isu ni dah lama dah DD..cuma skang je di war2..dlu mana tenet bagai ni, stakat cakap2 kedai kopi je..mana yg kurang iman akan mudah terpesong..

    ReplyDelete
  10. erm..kalau dah iman x kuat tu...

    ReplyDelete
  11. emmm..dari dulu lah ada kes mcm ni..MCKK pun kan sekolah semua lelaki (anwar ibrahim dari sana kan?)..my brother in law penah lari dari sekolah ni sbb spt di atas..

    ReplyDelete
  12. tatau la nak cakap salah siapa...
    ntah la..
    tapi org selalu cakap, pelajaran awal kanak2 adalah dari rumah.. jadi, adakah mak ayah dia bersalah?

    ReplyDelete
  13. entah lah doc... pendedahan banyak sangat dan terbuka luas, semangat untuk mencuba pulak meluap2

    minta dijauhkan dari berlaku dalam keluarga kita

    ReplyDelete
  14. Semakin meluat kakak dgn kerenah yg disiarkan saban hari. Menganggap rakyat sentiasa bodoh inilah jadinya. Sedih....

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum doc..

    sape pernah duk hostel tahu la pasal mende nie kot huhuhuhuhuhh

    ReplyDelete
  16. Ini kisah pelajar tahfiz yg terlampau huhuhu

    ReplyDelete
  17. Dah lewat malam pun masih nak meliwat? ngeeee

    ReplyDelete
  18. salam


    apasal susah benar nak tinggalkan komen nie ???


    *pB*

    ReplyDelete
  19. jahat betul budak tu.nmpk sgt dia bkn nak belajar kat sana.msk sekolah tahfiz ingat jd baik..liwat kwn sendiri la pulak?huhu...moga diambil tindakan segera kes ini.

    ReplyDelete
  20. hehe...

    sudah terang lagi bersuluh


    ^____________~

    ReplyDelete
  21. mcm2 skrg ni.. budak2 pun dah berani..semuanya mmg pengaruh media rasanya...

    ReplyDelete
  22. assalam doc..burok dan baik perlu difikirkan sebelum disiarkan dimediakan.
    kalau dah satu hari tah berapa kali keluar tv..itulah jadinya..

    ReplyDelete
  23. err

    terpengaruh dengan media massa la ni. haks.

    ReplyDelete
  24. waduh waduh.

    nie pengaruh video sex nie..

    ReplyDelete
  25. Astaghfirullahalazim..
    macam-macam dunia ni kan..

    apa la puncanya..^_^
    sedih betol.... tak patut..tak patut..

    ReplyDelete
  26. emm sony dslr je,dolu2 pakai button auto je...la ni baru nk menelaah sikit benda alah ni..huhu,jadilah kan tk mampu nk beli ikut yg the latest bak kata photog yg lain yg pnting skill bukan brand..ayat sedapkan hati :P

    ReplyDelete
  27. emmm..tak tau la nak cakap apa budak2 kat sekolah asrama ni...peranan mak bapak kene pantau anak dari semasa ke semasa mmg wajib..walaupun berjauhan..kene ambik tahu perkembangan setiap hari...tak boleh harap guru je

    ReplyDelete
  28. yang lagi dekat dengan Allah tu lagi kuat godaan setannya. yep, media mmg makin mengarut sekarang - semua nak kejar rating aka rm. setan gak tu. setan kecik.

    ReplyDelete
  29. sebenarnya kes2 begini lagi dahulu sudah ada cumanya mereka takut untuk buat aduan...kononnya buat cerita....kita kena pandang benda dari segi positif jgn campur adukkan dgn kes politik ...amat berbeza sekali....tiada yg mustahil dan aneh ketika ini ...ingat kejadian datuk 89 tahun cabul cucu...

    ReplyDelete
  30. simple. saya salahkan media. media sape pegang?

    sekian.

    ReplyDelete
  31. terlalu banyak exposure & terlalu rendah iman....itulah hasilnya.

    btw...tahniah atas kelahiran zayyan yg gebu bambam tu...

    ReplyDelete
  32. bila nafsu menguasai akal....
    itulah terjadi, rasanya dah lama pekara ini berlaku, mangsa mesti mukanya jambu...

    minta dijauhkanlah... astafirullah

    ReplyDelete
  33. media suka memaparkan cite-cite yang tak mendatang kan feadah. Betullah hari tu suami makcik dengar dalam tv pakar motivasi tu kata dia tak nak baca surat khabar .

    ReplyDelete
  34. atau dia tersalah erti maksud liwat?

    ReplyDelete
  35. Inilah penangan inception tu doc. Penanaman idea.

    ReplyDelete
  36. Terdedah ngan media yg selalu mempromosi perkataan2 yang tak sepatutnya bebudak tahu (LIWAT) jd diorg nak tahu dan try apekejadahnye perilaku LIWAT tu

    ReplyDelete
  37. Nafsu tak mengenal siapa...hatta malaikat sekalipun kalau diberi nafsu,tak kuat iman pasti hanyut, sebab itu malaikat tidak dikurniakan Alah dengan nafsu..

    Lama akak tak on9, tak tau pun dah ada baby kecil.comel dan tembam, muka mcm doc...tahniah....

    ReplyDelete
  38. sbnrnya dah banyak cuma skolah2 taknak hebahkan kepada umum..bukan saja kes liwat..macam2 kes lagi masa sy dok hostel dulu doc..yang lesbian pun ade..yang belainan jenis pun slalu gak dgr..tp didiamkan sbb nak jaga reputasi skolah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...