Tuesday, May 3, 2011

Jangan Jadi Lelaki Keji

35 minggu 5 hari....mommy gigih menanda kalendar kuda beliau..count down gitu...

Sakitnya pinggang...

Ngilu nya pelvis joint I...

Penatnya..beralih ke kanan tak selesa..menelentang tak selesa..

Luahan hati mommyZiyyad..yang membuatkan aku sedih..emosi...


Sabar lah ya..itu aja yang mampu aku cakap..

Kalau teruk sangat, kena lah ambil paracetamol for temporary relieve..


Kalau boleh transfer 50% sakit tu, dah lama aku mintak transfer..

Anggaplah ia ujian...untuk menguji hamba Nya...

Menghapus dosa..menaikkan darjat..


20 hari saja lagi ayang..
23 May 2011, Insya Allah segala tanggungan ni akan berakhir.


Moral nya:
- hargailah pengorbanan ibu kita yang bersusah payah mengandung.
-hargailah isteri kita yang bersusah payah mengandung.

Cakap pasal menghargai isteri ketika mengandung, aku menyeru kepada kaum Adam supaya ringan ringankan tulang, bantu apa yang patut masa isteri tengah mengandung. Jangan hanya tahu duduk berlengkar macam ular sawa aja di rumah. Bawak bawak basuh pinggan apa yang patut. Penat tau berdiri sambil bawa beban 5-6 kilo di abdomen (ya, sila campur berat baby + air ketuban + placenta + cecair dan darah yang bertambah).

Dan sila jangan main kayu tiga ketika isteri mengandung.. Sangat keji Ok ! Keji! Aku menulis ni sebab kawan aku(perempuan) pernah alami benda ni, dah la dia yang sponsor laki dia..dia doctor, laki dia kerja kilang bahagian admin saja..gaji kecik..kereta pun bini bayarkan. Tapi ada hati main kayu tiga masa wife tengah sarat. Oh please la..lelaki macam ni memang bikin malu.



40 comments:

  1. semoga semua yang terbaik untuk mommy ziyyad & ziyyan

    ReplyDelete
  2. tu jantan tak sedar diri!!!!

    ReplyDelete
  3. aku dulu masa mamainul pregnant 9 bulan aku basuh baju tahu!

    *dabik dada~

    ReplyDelete
  4. isteri tak mengandung pun suami tak boleh main kayu tiga tau!

    ReplyDelete
  5. Sakit hati kakak dengar certia kawan Doc tu. Tak sedar diri namanya.

    Mommy ziyyad sabarlah. Alhamdulillah daddyziyyad gives his hands. Kakak tahu tidur pun tak lena. Lagi malam lagilah dia bertinju di dalam kan..... Kakak pun tak sabar nak tunggu ziyyan lahir....

    ReplyDelete
  6. doc...
    mmg keji itu lelaki, mujur my hubby baik hati...sgt ok...apa la yg lelaki tu nak lg gaknya...wa sgt gerem nihhh....selamat menyambut org baru ye...

    ReplyDelete
  7. emmm..
    pengalaman yang serupa dgn kawan saya..
    suaminya main kayu tiga..haihhh..
    rasa takut pulak nak kahwin bila tgk keadaan kawan2..:(

    ReplyDelete
  8. cabut semue kayu bercabang 3 dan campak ke laut...biar hilang dari pandangan insan yg bergelar lelaki....kalo jumpe yg bercabang 4..terus bakar hingga jadi abu.....

    ReplyDelete
  9. tahniah in advance .. adakah nama pena daddy ziyyad hendak di tukar selepas ini ?

    beban yang uncle bawa sejak sekian lama rasanya lebih dari 5-6 kilo ... hehe

    ReplyDelete
  10. wahai lelaki semua dengar tu, apa yang doc cakap. Ini tidak layanan tuk wanita pregnant sama je. kasilah bantu sikit, penat tau kalau dah sarat cam tu.thanks doc membela wanita pregnant.

    ReplyDelete
  11. memang lelaki yang macam itu keparat doc. tidak sedar diri lagi diuntung.

    emo saya bila ade kes lelaki sebegitu.

    ReplyDelete
  12. BAGUS DPT LELAKI MACAM DOC NI..SAMA DGN EN ABG MUNNA..DOAKAN YG TERBAIK BUAT MOMMY ZIYYAD DAN BABY

    ReplyDelete
  13. emm bukan masa ngandung aje tau..isteri dlm pantang pun tau...tmbah sikit boleh? hehe...semoga selamat semuanya nanti...

    ReplyDelete
  14. saperlar tak sayang bini doc..

    tapi ader kann.. kannns

    ReplyDelete
  15. betul tu.. setuju dgn ddy ziyad bukan mudah nak bawa berat 5-6 kilo tu.. tak campur lagi kalau malam2 tiba2 kejang kaki.. herm..

    ReplyDelete
  16. huhu.. ayat ayat terakhir sungguh menusuk kalbu, baikla wahai ibu2, bapak2 akan insap skrg. huhu..

    ReplyDelete
  17. gud luck mommyziyyad!!
    epidural beb!! epidural....

    tiada kaitan...
    MU kalah 0-1 malam tu eh Bro !!??
    ( rub it in...rub it in..... kehkehkehhhhh..)

    ReplyDelete
  18. Arwah mak kakcik meninggal tanpa mentapa wajah anak yang dirinduinya (mungkin akan berulang kepada bapam - wallahhuaklam). Mungkin 'anak lelaki mereka' tidak terfikir bagaimana susahnya ibu melahirkan dan bapa membesarkan! :(

    (Menjawab pertanyaan Dr di blog Kanda AL - iya, kakciks engaja tutup ruang komen untuk catatan itu)

    ReplyDelete
  19. Huuh.. akak still remember masa mengandungkan anak yg kedua. Dia besar sangat.. 4 bulan terakhir tu.. perrghh...Tak malu nak bg tau.. Rasa anytime je kepala baby nak kuar.. bila keluar, baby 3.45KG.. besarnya kau nak.. But it was so sweet..

    ReplyDelete
  20. teringat saat mengandungkan aiman dulu. Sakit mengandung dan melahirkan .. TUHAN je la yg tau. Paling penting saat ni ialah sokongan dari suami .. mcm apa yg awak buat skrg .. sbb sakit mengandung dan melahirkan ..tak terluah dgn kata-kata.

    ReplyDelete
  21. semakin dekat harinya mmg semakin bertambah ketidakselesaannya.. mmg masa tu bantuan dan sokongan suami sgt perlu..

    aduhai.. mmg sgt keji perangai mcm tu.. tak payah tunggu isteri sarat pun dah keji inikan lagi bila time mcm tu.. lagilah kejinya..

    ReplyDelete
  22. selamat melahirkan anak utk isteri..

    ReplyDelete
  23. semoga mudah segalanya ye mummy ziyyad.. insyaallah... zikir byk2..

    kawan awak tu mmg tak patut..
    lupa jasa isteri namanya tu

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum..

    sy doakan daddy dan mommy ziyyad sentiasa dibawah rahmat Allah SWT....sungguh mulia pengorbanan sang ibu merangkap istri

    ReplyDelete
  25. sedih kalau ada lelaki main kayu tiga waktu isteri tgh mengandung..bertuah mommyziyad dpt husband yg memahami..suami sy pon ok..ms first time mengandung sj dia x tahu layan sy mcm mana..smpi merajuk sy balik kg..second time dia sgt baik..siap masakkan utk sy..walaupon x tahu masak tp sy hargai sgt²..

    ReplyDelete
  26. muka mommyziyyad glowing!!! mesti suka pregnant kannn? saya sukaaaaaa pregnant! kalau tak study, dah lama saya pregnant, arghhh!

    ReplyDelete
  27. well...perempuan mmg special..heheheh

    ReplyDelete
  28. sedih bila menjadi isteri yang tak mengandung2.

    sedih tau doc.
    sedih sgt.



    .

    ReplyDelete
  29. 20 hari...dah dekat tu. actually Allah maha berkuasa, bukan berat pun cuma sakit2 sampingan itu yg buat rasa tak selesa seperti sakit pinggang, lenguh, lelah, terasa sengkak dan tidur pun tak lena. tentu mommy ziyyad juga sangat sensitif. kak liza doakan moga selamat nanti.. melahirkan anak umpama nyawa dihujung tanduk.

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah..beruntung mommy ziyyad.
    semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete
  31. sebbaik laki aku ringan tulang
    walaupun time aku tak pregnant!
    hahahah
    terbalik.. aku lak yg suka berlingkar mcm ular sawa :P

    ReplyDelete
  32. No doakan smg MM akan selamat hendakNYA..teringat time peknen dlu mcm tu la..tapi bila lahirnya bb ke dunia..terasa ilang segala kesakitan dan kepayahan..alhamdulillah abnglan seorang suami yang bertanggungjawab..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  33. Guys dapat the 'fun' part....

    lalalala

    ReplyDelete
  34. bestnya kalau bole tau exact date baby nak klua.not like me, counting the days tapi tak sure datenya.my mom said it could b earlier (dia bkn Dr).
    semua simptom diatas-i tgh mengalaminya sekarang.
    cuma kalau bole, i takmo sakit bila tgh drive pegi or balik keje.

    ReplyDelete
  35. moga selamat semuanya..hujung2 pregnancy mmg mencabar..harap orang lelaki pesan tuan doktor ni..

    ReplyDelete
  36. heheheh..betul2 tu dedi ziyyad..saya setuju..hargai isteri,ibu dan perempuan...jgn main kayu tiga..hehehehhe

    ReplyDelete
  37. eksperience mengandung saya semuanya sedih! sob..sob..sob..

    ReplyDelete
  38. salam. saya 1st time dtg blog ni, baca entry n komen..
    tertarik gilerrrrrrr ngn ayat ni,,,


    Moral nya:
    - hargailah pengorbanan ibu kita yang bersusah payah mengandung.
    -hargailah isteri kita yang bersusah payah mengandung.

    Cakap pasal menghargai isteri ketika mengandung, aku menyeru kepada kaum Adam supaya ringan ringankan tulang, bantu apa yang patut masa isteri tengah mengandung. Jangan hanya tahu duduk berlengkar macam ular sawa aja di rumah. Bawak bawak basuh pinggan apa yang patut. Penat tau berdiri sambil bawa beban 5-6 kilo di abdomen (ya, sila campur berat baby + air ketuban + placenta + cecair dan darah yang bertambah).

    Dan sila jangan main kayu tiga ketika isteri mengandung.. Sangat keji Ok ! Keji! Aku menulis ni sebab kawan aku(perempuan) pernah alami benda ni, dah la dia yang sponsor laki dia..dia doctor, laki dia kerja kilang bahagian admin saja..gaji kecik..kereta pun bini bayarkan. Tapi ada hati main kayu tiga masa wife tengah sarat. Oh please la..lelaki macam ni memang bikin malu.

    nak tnye, doc medical hosp/klinik mne?

    peace

    ReplyDelete
  39. den suka tolll docto speking nogori .....

    tapi doc ...... ada gak penyakit yang dapat disembuhkan cara pengubatan tradisi kita .....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...