Friday, April 22, 2011

Kalau Anda Sudah Memiliki Ferrari

Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Macam biasa, slot Jumaat ni daddy yang bukan lulusan Al Azhar ingin bertazkirah ringkas..moga jadi panduan kita semua.
Usai balik dari solat subuh, daddy macam biasa ambil peluang dengar slot kegemaran 6.30am di IKIM, iaitu tafsir Al Quran. Secara ringkasnya point utama dalam siri tafsir pagi ni ialah tentang ciri ciri orang munafik, iaitu tidak tahu bersyukur, manakala orang yang beriman harus redha dan bersyukur dengan ketentuanNya.

Redha, mudah dikata dari dibuat.
Buktinya?
Berapa ramai antara kita yang redha dengan kereta atau rumah yang kita sedia ada sekarang ni?
Keinginan untuk menukar model tu sentiasa ada..dari 3 series, nak ke 5 series..dah 5 series, nak pulak X6 !
Dari rumah semi-D, nak pula ke banglo, dari banglo, nak pula ke super banglo.
Tak salah upgrade andai mampu, cuma jangan kerana tidak redha, kita terlalu mengutamakan dunia semata mata nak kejayaan dunia yang tak kekal ini.


daddy berkata ' ahh, kalau aku pakai jentera ni, nescaya aku puas hati dan tak akan upgrade lagi'..

Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Sekiranya anak cucu Adam memiliki dua lembah emas nescaya dia tetap masih menginginkan lembah emas yang ketiga, dan sekali-kali tidak akan penuh mulut anak cucu Adam kecuali tanah,dan Allah menerima taubat bagi orang yang bertaubat”.                                                                             
(Hadis Riwayat: .Bukhari-Muslim)
 

Ironinya, kita 'redha' pulak dengan tahap simpanan kekal kita di akhirat.
Tak berusaha nak upgrade to the max. Mendatar aja simpanan kita.
Dah lah mendatar, selalu pulak buat withdrawal..
Mata meliar tengok awek dah consider as withdrawal..
Duduk buat ketupat pun dah dikira withdrawal..

So, mari kita belajar untuk redha dengan ketentuanNya, selepas kita berusaha bersungguh sungguh, tanpa mengabaikan perkara pokok, iaitu tugas kita sebagai hamba.


ps: kepada yang belum mendengar, daddy ziyyad ingin menyarankan dengarlah slot tafsir Al Quran ini, sangat sangat informatif, disampaikan oleh Ustaz Dr Zahazan (boleh add FB beliau). 6.30 pagi on weekdays, ulangan 8.00malam. Kalau nak dengar rakaman pun, boleh ke sini

42 comments:

  1. aha..
    saya mmg suka dgr tazkirah ustaz zahazan ni..
    penyampaian beliau membuka minda dan pimikiran kita..

    thanks doc..moga jadi peringatan buat kita semua..

    ReplyDelete
  2. sentiasa belajar utk memperbaiki diri =)

    tapi kenapa duduk buat ketupat tu dikira withdrawal?kita buat ketupat untuk buat makan hari raya kan?

    ReplyDelete
  3. manusia yang tak pernah puas dan manusai@insan itu sendiri bermaksud lupa dan lalai...

    ReplyDelete
  4. hahaha..
    betul syida cakap tu..
    buat ketupat, dapat pahala ape.. apatah lagi kalo di hidangkan untuk tetamu yg datang pagi raya... berkat gittew.. ;)

    ReplyDelete
  5. doc...
    bagus betul tazkirah ini...
    sy mmg suka ustaz zahazan tu...
    tak sangka daddy ziyyad pun ade tokoh jd ustaz jugak....berapa la sgt yg kita dah simpan untuk "masa depan" kelak...

    ReplyDelete
  6. tengok awek, tambah bini, khamis-malam-jumaat, tu semua lawak sinonim orang melayu-islam... loya. sampai opening imam muda pun buat lawak "2 cawangan", tak sesuaaiii! (eh kena ke dengan topik entri ni? heheh)

    ReplyDelete
  7. yup...betul tu daddy...
    manusia skng x pernah cukup dan puas ....
    makcik pun rase nak bertukar dari duk umah mak ke umah sendiri..hehehe....
    bab buat ketupat tu,makcik x brape pandai nk menganyam....tapi kalo org anyam..makcik bole sambung jer..keh..keh..keh..

    ReplyDelete
  8. Radio kakak memang sentiasa on IKIM. Hatta dlm kereta sekalipun inilah radio kegemaran kakak. Kakak suka segmen 7:30 pagi bersama ust. Badlishah DJ siti & pian gelar ust pepatah-pepitih sebab banyak bait-bait bicaranya cantik belaka.....

    .... sentiasa membuat kita sedar dimana kita berpijak....

    ReplyDelete
  9. TQ link tu...

    p/s: Komen Doc kat belog brutalsolo pasal obama tu sangat 'tajam menghiris' ~ kah kah kah....!

    ReplyDelete
  10. dr;

    betul ler manusia mmg mcm tuh..ada sikit..nak banyak..ada banyak nak lagik banyak..x tahu smp mana kesudahannya..sbb itu kita kena selalu counter check kat mana thp kita skrg ni :)

    ReplyDelete
  11. hmm saya pun suke juge slot pepagi itu!

    ReplyDelete
  12. betullah apa yg DZ ckp tu..selalu dgr IKIM petang2..lepas ni cuba dengar pagi2 pulaklah..

    ReplyDelete
  13. saya pakai lambo murcielago je pakcik~~

    ReplyDelete
  14. boleh gi dengar pulak

    tapi kita mmg nk hubby beli mpv baru
    pasai keta lama tak tak muat kami ni...alasan!

    ReplyDelete
  15. sy suka dgr tanya lah ustaz, weekday kol 7 smpai kol 8 sebelum pergi kerja.

    ReplyDelete
  16. perkongsian yg baik ni.. thanks yer.. manusia mmg tak pernah puas kan..

    ReplyDelete
  17. sesekali kita kene kluar jugak entry camni.. baru rase insap sket.

    ReplyDelete
  18. nurkass - cara ustaz zahazan mmg best kan...friends dia kat FB pun ramai..:)

    ReplyDelete
  19. SyidaGorjes - buat ketupat raya, Insya Allah dapat pahala...hahaha..ni ketupat diluar musim syawal...:P

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum doc...

    trime kasih atas perkongsian ilmu ini..trime kasih atas segala ilmu yang doc titipkan..semoga ikatan ukhwah sesama blogger kan semakin erat lagi ;-)

    ReplyDelete
  21. saya senyum, saya suka baca tazkirah hari ini :-)

    ReplyDelete
  22. thank you. bagus utk dibaca hari ni :)

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah..hari jumaat dpt sy bacaan yg menambahkan kesedaran..tq

    ReplyDelete
  24. terima kasih ustaz daddy di atas tazkirah anda..

    insyallah..sama2lah kita bermuhasabah akan diri ini ye..

    aminnn

    ReplyDelete
  25. baru je plan nak beli umah semiD 2 tingkat, terus terpaksa cancel, bila loan tak approved....hahahaha
    tq atas tazkirah tu, sebetulnya begitulah sikap manusia dimuka bumi ini, tak penah puas dgn apa yg ada termasuklah akak...hehehehe

    ReplyDelete
  26. maksu betugas ahad selasa kamis ahad di B01-05

    ReplyDelete
  27. sekarang dah ada ketupat segera. kuar plastik, rebus dan hidang. nyum!

    ReplyDelete
  28. assalam doc..terima kasih tazkirah ni..boleh la tulis selalu ye..
    dengar radio cuma masa dalam kete nak pi keje aje..tu pun dah jam 7.30..

    ReplyDelete
  29. thanks mengingatkan, rasa macam dah lama tak dengar IKIM, dush!tepuk dahi sendiri

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum DZ..

    akak memang setiap pagi wajib dengar.. memang menusuk ke kalbu setiap ulasan ust Zahazan ...

    hanya sempat dengar sampai pukul 7 pagi je sebelum ke tempat kerja

    ReplyDelete
  31. Suka entry ni..Redha ngan simpanan tetap di akhirat? Kalau selalu withdraw tu namanya simpanan tetap ke?

    ReplyDelete
  32. alhamdulillah ...semoga kita semua menjadi insan yg selalu bersyukur atas nikmatNya...tq sharing doc:)

    ReplyDelete
  33. alhamdulillah..No pernah dengar tazkirah yang mengatakan contoh harta yang kita miliki TIDAK BERKAT adalah selalu ingin upgrade..contoh : dh ada rumah nak lagi rumah lain yg lebih gah, dah ada kete nak lagi kete yg lebih beso..sentiasa ada perasaan tamak dalam diri untuk mengatasi org lain..jd bersyukurlah apa yang ALLAH bagi kita PINJAM skang ni..

    ReplyDelete
  34. nice post..gua sentiasa bernafsu tapi duit kurang

    ReplyDelete
  35. terima kasih dedi ziyyad utk entri ni sgt menarik..dan peringatan utk kite semua..

    bersyukur ape yg ada..dan jauhi sifat munafik

    ReplyDelete
  36. duit moto sy pun tak habis bayar lagi.. haha

    ReplyDelete
  37. terima kasih sbb komen pasal en3 iklan akk tu, sedang diusahakan

    ReplyDelete
  38. Tazkirah yg mencelikkan mata minda.tq

    ReplyDelete
  39. kenapa ntah aku tak minat ferrari?

    ReplyDelete
  40. Sekarang doc rajin bagi takzirah hari jumaat, bagus tu kasi makcik ngan geng kat luar insaf.

    ReplyDelete
  41. trimas kerna perkongsian..lepas nie mahu try dengar..

    manusia selalunya tidak pernah puas..termasuklah sy..iskkk..terukss sangat rasa..

    ReplyDelete
  42. sorry..aku lambat keretapi....tapi memang aku minat ustaz zahazan..ada kumpul ceranah dia...kalu dgr dia cerita sejarah...best

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...