Aktiviti Sabtu lepas, melawat ke kolam memancing yang dimiliki oleh makcik mommyZiyyad, kami panggil Makcu.
Official name: Kolam Pancing Lombong Melintang.
Boleh cari di Facebook. Ada macam macam gambar dan hebahan tentang up coming contest memancing di sana. Boleh add kalau nak.
Ini dia tokey kolam memancing ni, yang sedang bersiap sedia nak pergi menembak anjing liar yang membaham kambing kambing nya. Nama manja beliau, Pak Mail. Makcu ialah wanita berbaju merah itu.
Kolam memancing nya luas. Ada disediakan toilet dan surau. Memancing memancing jugak, jangan lupa solat. Ni masa Sabtu pagi, belum ramai lagi yang sampai. Oh ya..malam malam pun boleh memancing, sebab ada lampu spotlight lagi..
Macam macam spesis ikan ada di sini. Ikan bawal, ikan sardin, ikan yu, ikan tenggiri :P
Eh..kalau minat, check kat facebook dia lah..aku bukan pakar ikan...ekekeke
Kalau datang awal, dapatlah port yang berbumbung macam ni. Kelihatan anak anak bebiri Pak Mail sedang aktif meragut rumput.
Kolam simpanan ikan. Sebelum contest memancing, ikan-ikan baru akan di beli dan di simpan di sini dahulu, dan dilepaskan ke kolam pada hari pertandingan. Pak Mail jujur orangnya, di biarkan ikan ikan ini lapar, jadi mudah makan umpan. Bukan seperti sesetengah pemilik kolam pancing yang menipu dengan menjamu ikan dgn makanan sepuas puasnya. Mana lah ikan nak makan umpan kan...
Seronok tengok brader ni kaut ikan. Dah dekat 5 tahun aku kawin dengan mommyZiyyad, sekalipun aku tak pernah memancing kat sini! Sebab tak minat. Melepak kat sini pun selalu, sebab dekat sangat dgn rumah mertua aku, tak sampai 2km pun..ikut jalan dalam kampung..Tapi ikan ikan kat kolam ni dah banyak yang aku makan walaupun aku tak memancing ! ~haha
Pak Mail dan Makcu ialah pencinta haiwan. Selain ikan, mereka juga membela kucing, banyak kucing. So, aku rasa aku tak perlu bela kucing. Kalau nak kasi Ziyyad main kucing, aku bawa ke sini. Main lah sampai lebam.Rabbit pun ada.
Korang ada bela burung hantu?? Takde kan..Pak Mail ada bela..Paspet nama burung ni..
Dulu ada juga dia bela burung helang. Tapi khabarnya burung helang tu rindu kampung halamannya..terus terbang pergi tak balik balik..
Selain menjalankan bisnes kolam pancing, Pak Mail & Makcu ini juga ialah seorang peladang jaya. Ada beratus ekor kambing boer, kambing biasa, dan biri biri peliharaan mereka. Makcu siap menang Anugerah Peladang Jaya lagi..Kalau anda nak beli kambing yang berkualiti, murah, sila ke sini. Majlis akikah Ziyyad dulu, kambingnya datang dari sini.
Antara biri biri yang dibiar bebas meragut rumput. Dulu akikah Ziyyad guna kambing spesis ini. Maybe untuk adik Ziyyad yang bakal lahir nanti aku ingat nak test pakai kambing boer pulak :)
Antara banglo kambing kambing nya.Kambing kambing di sini ditatang bagai minyak yang penuh, seriously. Even Pak Mail & Makcu selalu menjadi bidan menyambut kelahiran anak anak kambing yang baru. Setiap kambing ni mempunyai nama mereka. Aku pun tak tahu macam mana mereka boleh cam, sebab dimata aku, kambing ni semuanya sama! ~hahaha...
Sesi berkenalan dengan kambing, version 1.
Sesi berkenalan dengan kambing, version 2. Aku tengok kambing ni ada iras iras kambing yang Bujal X pakai dalam entri dia minggu lepas...~hahaha
Sesi melepaskan kambing untuk berjalan jalan mengambil angin..Kambing pun tahu beratur. Dan kambing tak makan duit haram..
Tu dia si penggembala kambing sedang mengira berapa ekor kambing yang dah keluar kandang.. Kira betul betul Ziyyad..
Selesai sudah mengira kambing. Pak Mail (atas motor baju merah) pun dah take over kerja menjaga kambing dari Ziyyad..Sehingga bertemu di lain episode..babai...
assalamualaikum...
ReplyDeletekat lenggeng ke, doc...yang pusat tahanan lari tue erk..sib bek depa dah tangkap org yang lari tue kan
eh,brung hantu boleh belA begitu sahaja kah?
ReplyDeleteComel betul Ziyyad ni... geram tengok pipi dia. :)
ReplyDeleteKakak suka tengok ziyyad je. Mesti dia kira kambing tu berulang-ulang. Sekarang time dia tunjuk bakat Dr. Kena rajin melayan.... Kalau malas layan bagi kat kakak. Hehehe. boleh melompat mommyziyyad....
ReplyDeletehuis...best nye kalo dapat mancing kt sini..tenang jer...
ReplyDeletedaddy ziyad ni kan,nampak benor banyak tengok pelem DVD..sampai kan ikan sardin pun duk dlm kolam kan..hehehehhehehehe.....
tu kolam air masin ke air tawar.....huhuhuhu...
amboi..dah mcm zoo. sejuk mata memandang.. comel ek anak gembala. nyanyi lagu sudirman sekali.
ReplyDeletemasyaallah... comel dan cutenya dak ziyyad ni
ReplyDeletesib baik le jauh... kalo tak.. konpem iols pinjam sehari-dua!
comelnya ziyyad bilang kambing :)
ReplyDeletebanyak kambing tu... boleh bagi no telifon pak mail tak?
ReplyDeleteSahrom - bukan. Dekat Mantin aja lokasinya.
ReplyDeleteBujal X - nanti pakcik rujuk Akta Haiwan Liar, fasal 5.2 :P
ReplyDeletekakcik - dulu pipi Ziyyad lagi gebus!
ReplyDeleteKakzakie - hahhaa..kekadang saya tak larat nak layan karenah Ziyyad!
ReplyDeleteHantuKakLimah - kolam air tawar. Best kolam ni..tenang aja, dalam kampung lah katakan..sejuk
ReplyDeleteLiza - yup, dah macam mini zoo..sebab mereka mmg pencinta haiwan :)
ReplyDeletemiloais - boleh tolong jaga si Ziyyad masa mommy nya pantang nanti? ekekeke
ReplyDeletenorh - Ziyyad boleh kira sampai three aje..~haha
ReplyDeleteRatuKebaya - nak beli kambing ke? nanti saya bagi
ReplyDeleteuntung kambing2 tu dapat gembala yang comel macam ziyyad
ReplyDeletememang peladang jaya ni... berkat rajin berusaha
ibuintan - saya memang kagum dgn Pak Mail & Makcu tu..betul2 berniaga dari bawah..
ReplyDeletemcm best aje tempat tu.. walau tak minat memancing tapi suka juga dok tengok2 tempat org memancing ni.. rasa mcm cool sgt tmpt tu..
ReplyDeletemenarik la 'angle' gmbr pertama ziyyad tu... comel sungguh! ~
ReplyDeleteHanis Azla - saya pun tak minat memancing, tapi bila melepak kat kolam tu, hati saya jadi tenang, relax..
ReplyDeletepanjang betul entry ni.
ReplyDelete1.promote kolam ikan/kambing/kucing makcu
2.test camera baru
3.nak kena add kolam makcu kat fb ke?
bahaya kalau Encik Abdul aku baca tang pancing memancing ni!!
ReplyDeleteBila la nak berkemampuan bela kambing bebanyak cam ni..siap ada kolam pancing lagi....kalau aku punya pak sedara, sah2 tiap2 minggu piknik ngan anak2 kat sini, memancing pastu lepaskan nalik, melepas gian...
ReplyDeletehehehhe..setuju ngan kakcik..
ReplyDeletegeram tgk ziyyad...nak cium2 aje dia..comel..hhehe
manje - ziyyad sebenarnya tak berapa berani dgn kucing
ReplyDeleteSyidaGorjes - tunggu nanti I nak buar rekod entri terpanjangggggggggggg...hahaha..add aje lah FB dia
ReplyDeleteDrSinga - takpe..as long as En Abdul tak pancing awek....ekekeke
ReplyDeleteFadzli Amir - start with small number of goats...lama kelamaan, beratus ekor dah!
ReplyDeleteini dikatakan ahli bisnes berjaya!
ReplyDeletenak pnjam burung antu die bole? cayalah! comel!
CCC - comel, tapi buas! ~haha
ReplyDeletecomel tapi buas ? itu biasa budak lelaki mmg camtu.. nanti adik dah klaur lagi doubel buas. diorang buat tag team nnt..
ReplyDeletebtw..nice shot yg gambar ziyyad with kambing tuh..
Myaby - burung hantu tu manja tau..tak geti nak cari makan sendiri...dah dilepaskan, balik semula ke sangkar..pemalas nak cari makan! nak berhidang aja ~haha
ReplyDeleteCikPah - tu lah..tengah imagine life kami tahun depan..ada 2 anak lelaki! ~haha
ReplyDeleteziyad tu kan 24/7 comei doc..
ReplyDeletegeram tgk
setakat dtg melepak ..leh ah
ReplyDeletepasai kita tak makan ikan darat
tgk ikan keli pun boleh melompat...
comeiii abang ziyyad tu... :)
seb baik dia kenal kambing. kalo my nuha, kambing dianjingnya..hehehehe :p
ReplyDeletewah bagusnya makcu dan pak mail bela mcm² haiwan..mesti tgn diaorang sejuk nih..eh x sangka burung helang pun diaorang boleh terfikir nak bela..
ReplyDeletewahh bestnyer tgk view kat tempat mancing sungguh mendamaikan...banyak kambing tu..nice pic..:)
ReplyDeletewa penyegan ngan binatang...hatta kucen pun wa segan..hehehehehe..(ayat cover seorang yg takut pd binatang)
ReplyDeletebanyaknya gambar, puas nak tengok.cam nilah bagus ,ca ada kemera kena rajin ambik gambar.cam tu bolehlah doc berjinak-jinak ngan aktiviti memancing kat situ. first time makcik nengok kambing spesis tu. alo alo comel ziyyad, sekarang boleh posing posing suruh daddy ambik gambar.
ReplyDeletewakaka..
ReplyDeletemmg haruk kalau kat kg..
seronoknya suasana kat situ..
nanti wat kenduri akikah baby baru jgn lupa jemput..nak gak rasa kambing boer tu..
Comelnya Ziyyad.
ReplyDeleteTolong jaga kambing Pak Mail nanti bolehlah dapat diskaun utk akikah adik Ziyyad
Ikan yu pun ada ke dlm kolam tu? Kalau dah besar nanti jadi mcm Jaws tu ngeeeee
ReplyDeletekambeng panggang pun sodap! hahah~
ReplyDelete*nak gi usha2 lah.
ziyyad sangat comelll...!
ReplyDeleteTengok kolam pancing tuh cam tenang jerk.. kalau ada masalah elok ler ke situ.. :)
ReplyDeleteperghhh best...!terbayekkk dari ladang...!
ReplyDeleteBaca cerita rasa jatuh chenta dengan si pencerita...
ReplyDeletetengok kambing, suka lak kat kambing.
tapi rasa chenta dan kasih itu tidak dapat menandingi rasa kasih dan chenta hati ini kepada budak cute nama ZIYYAD tuuuu..
ZIYYAD, meh ler balik rumah siniiiiiiiii
suka sgt tengok gambar Ziyyad ngan kucing tu..ehehehe
ReplyDeletewahh
ReplyDeletetokey besau ni
bila ko nak buat open house buat kambing golek???
seronoknya klo bawak anak2 datang sini..sure dorang suka tengok pelbagai jenis kambing ni..Abang pun kurang minat memancing tp klo di ajak kene beli joran la dlu hehehe...bestnyeee..
ReplyDeleteWah wah.... gambar sangat memuaskan sejak kamera berkuasa tinggi, ni....
ReplyDeleteIsh ish. Hensem. Sungguh gembala kecik tu.....
ReplyDeletesalam sis..sy plan nk buat majlis aqiqah ank lelaki buln feb ni...mmg tgh mncrik kmbing..maaf klu sy menyusahkn tp klu blh nk mntk tlg sis sms kpd sy num pakcik ni.. num sy 0122766693..terima kasih byk2..moga allah saje yg membalas jasa u =)
ReplyDelete