Wednesday, March 9, 2011

Tips Biar Berbaloi Konsultansi Anda

Anda mahu yang terbaik buat diri anda?
Jadi usaha lah, jangan harap benda yang terbaik datang bergolek..
Banyak benda yang tak automatik bergolek, termasuklah buah durian yg gugur di tanah yang rata.


Aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku sebagai doktor.
Anda mahu dirawat sebaiknya, anda yang patut berusaha ke arah itu.
Jangan harap 100% semuanya diserahkan bulat bulat kepada doktor, kepada nurse, kepada gomen.

1) Bila ditanya tentang sejarah penyakit(history taking), sila beri kerjasama.
-ada spesis pesakit yang seumpama ada emas dalam mulut. Lima patah aku tanya, setengah patah dia jawab.
Ataupun ada yang nak taknak jawab.Tak tahu lah samada pemalu, atau penyombong.
Hellooooo...doktor tanya banyak-banyak tu bukan pasal nak berkenalan dengan kau lah!(walaupun aku dah jumpa banyak artis, sekelumit pun aku tak hingin ambek autograf..lainlah kalau Johnny Depp ka yang datang..wakakaka)

Kalau setakat kau nak mintak MC, atau sakit2 yang biasa tu, tak kisah lah consultation 5 minit.
Ni bila kita dah suspicious penyakit yang kronik, yang serius, yang berat...si pesakit pulak buat endah tak endah menjawab soalan soalan kita.Kita nak berikan yang terbaik untuk dia, untuk menolong dia..dia pulak tak mau tolong diri sendiri..haiyoooo..
-Anda harus sedar, hargailah doktor yang berusaha tanya pelbagai benda tu. Sebab doktor ni manusia juga. Ada yang pemalas. Guna prinsip 'lantak kau lah, kau tak beritahu, kau tanggunglah sendiri'
Abe ni kalau datang klinik aku, memang aku tak akan malu mintak otograf dan amek gambar...wa cakap lu..


2) Bila tak ditanya, dan dirasakan penting, sila beritahu in advance.
-Ini terpakai dalam kes jikalau anda ada sebarang jenis alahan terhadap ubat ubatan atau prosedur. Again, bukan semua doktor rajin bertanya/belek kad. Ataupun kalau rajin, mungkin terlupa nak tanya. Jadi, ianya tanggungjawab anda untuk memberitahu, bukan harap si doktor yang mulakan inisiatif untuk bertanya. Bukan apa, kalau anda salah makan ubat, mata bengkak dah macam ikan mas, kulit gatal dan bengkak macam kulit buaya, siapa yang menanggungnya? Anda jugak kan.
Pilih: malas bukak mulut nak beritahu anda ada allergy, ATAU miliki bibir bak angelina jolie


3) Benda yang tak penting/tak relevan, tak perlulah di beritahu.
-Ini jelas. Benda-benda merapek tak usahlah diberitahu, doktor tak tanya pun. Andai anda dah biasa dengan doktor itu, dan memang selalu berborak kosong selepas sesi konsultansi, itu lain cerita. Ini ada bukak cerita sedih kucing anda matilah, kisah anda jumpa 3 orang bomoh la..Kalau anda sedar si doktor dah start buat muka boring/atau si doktor selalu aja korner bukak cerita lain, maka anda seharusnya berhenti bercakap.
Kebanyakkan doktor malas nak ambik port bila tiba bab bomoh ni, termasuk daddyziyyad. Beliau hanya mempercayai perubatan yang berasaskan Al Quran sahaja, disamping modern medicine


4) Gunakan peluang bertanya.
-Alang alang anda dah bayar yuran konsultansi, tanyalah apa apa berkaitan perubatan atau penyakit anda. Kebanyakkan doktor suka dengan pesakit macam ni, yang menunjukkan minat. Aku sendiri tak kisah terangkan panjang lebar tentang sesuatu isu bila ditanya. Bukan apa, anda harus dengar dari mulut doktor juga sendiri, selain membaca di internet/majalah dan melihat di TV tentang perkara perubatan. Analoginya samalah macam aku yang kayu dalam hal berkaitan paip. Kalau paip rumah aku bocor, aku serahkan lah pada yang pakar, iaitu plumber. Kalau kereta aku rosak, aku tanya dan serahkan pada yang pakar iaitu mekanik.
Again, doktor itu manusia. Ada yang spesis tak suka cakap banyak. Kalau anda jumpa doktor macam ni, yang nak tak nak layan anda, cukuplah sekali itu anda jumpa dia. Melambak lagi doktor kat luar sana macam Dr Hanie, Dr Singa..aummm , Dr Ieda , Dr Zoul ,dan ehem ehem..daddyziyyad yang sudi membantu..miahahaha
Awas, kalau doktor anda dah buat macam ni, maknanya anda dah TERlebih tanya..wakakaka



Oklah, sebenarnya banyak benda lagi yang aku nak tulis.
Tapi sebab patient pun dah menunggu ni..dan korang pun bakal tido/skip kalau baca karangan aku yang tak best ni...

Chiaooowww... :P

68 comments:

  1. kdg2 ai tak terbukak mulut nak bertanya sebab dokter tu ensem sangat.....mgeeeeee~

    ReplyDelete
  2. kalau nak tanya pakcik kena bayar sekali kah?

    ReplyDelete
  3. saya selalu tanya doctor pasal sakit saya.. tapi dia jawab nak tak nak je?

    tapi bila kat kaunter ambik ubat terselit sekali surat MC.. mungkin doc tu fikir sy nak mc je kot.. tu yang tanya macam2.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. wokey faham..

    dan dah tau DZ ni doktor yg sukaaa
    kalau pesakit tanya banyak2 kan...

    minta add klinik...nak mai lah...

    ^____~

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum Dr..

    trime kasih atas tips ini..ia sgt berguna....maklumla, kiter dah bayar kne dpt servis sepatutnya kan

    ReplyDelete
  6. Macam tak puas baca laaa...

    Ada tips lagi tak? :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Doktor. Sebab kita tak tahu isi hati Doktor yang kita jumpa kat dalam bilik tu. Ada yang suka cakap ada yang tak suka cakap. Kengkadang bila kita tanya ,macam nak tak nak jer bagitahu. Macam nak halau kita cepat keluar dari bilik tu.

    Boleh tengok dan bandingkanlah mana doktor best dan tak best. Kalau doktor best tu, dia siap tulis gambar explain detail lagi. Bagi kita faham. Tapi tak selalu jumpa doktor macam ni.

    ReplyDelete
  8. saya suka yang no.4 sbb saya memang suka tanya kat doktor sbb saya bukan doktor.

    ReplyDelete
  9. kalau yang nama depp tu gi klinik kamu, sila sms saya cepat² sebab nak ambik cuti halfday dan melangut tengok dia juga...! (tengok je)

    ReplyDelete
  10. doc!!! bibir zie pernah jadik mcm tu..muahaha..lupa mkn ape, buruk gilaaa bibir ms tuh..haha

    ReplyDelete
  11. setuju2..
    kena tau hak as pesakit dan doc..
    jgn over..hehe..

    ReplyDelete
  12. hahahah ..... selalu tanya soalan ..... nak tgk knowledge doc tu ..... jahat kannnn

    ReplyDelete
  13. artis mana yg penah datang tu? cer citer.. cer citer.. haha

    ReplyDelete
  14. sehabis boleh taknak jumpa dr..dan taknak telan ubat byk2.. :D

    ReplyDelete
  15. Doktor yg tak bnyk cakap tu bukan apa..dia siankan patient yg melangut lama menunggu kat luar tu (husnudzon/berbaik sangka).
    Apa pun kita jarang beratur lama kat 'klenek'. Psl kaum keluarga dan sahabat handai ramai doktor. Nak minta ubat pun pakai calling calling jer.

    ReplyDelete
  16. tapi kalau nak tanya banyak2 pun, tengok2 ler kat luar skali...
    kalau yg sebelum anda dah berderet.. dan yg menunggu selepas anda pun ada lagi segerabak ketapi, toksah ler tanya banyak2 or nak ajak borak2 or nak melencong tanya pasal penyakit pakcik makcik pulak.. tanya la lain kali.. kang ada yg kena bayar consultation fee sebanyal rm200!! hahaha

    ReplyDelete
  17. dokter,

    saya ade darah tinggi.

    sob sob.

    er. komen xde kene mengena ek? hihihihihihih

    ReplyDelete
  18. makcik nak busy body boleh, artis mana yang jumpa doktor tu? makcik nasib tak baik selalu dapat jumpa doktor sombong tak check apa-apa pun, tanya je, itu doktor panel kompeni.

    Makcik paling suka jumpa doktor Damo pusat bersalin, time Firdaus demam. Firdaus yang nangis nak ambik darah, ngan guna kepakaran bercakap, terus berhenti nangis. dia memang soft spoken.

    doktor ni soft spoken ke?

    ReplyDelete
  19. kami pernah mengalami pengalaman pahit ngan sorang doktor ni..

    laki aku tanya doc, doc bg ubat apa kat anak saya ye, ada ubat batuk sekali x? ( pertanyaan ni biasa kami tanya sbb kadang2 dok lupa nak bg )ada ke patut, doc tu jwb cenggini, awak nak ubat apa? kenapa awak ni mcm pandai sgt drpd saya? sibuk tanya saya nak bg ubat apa?
    amek ko, laki aku sound pedas kat doktor gampang tu, laki aku ckp, kenapa selama ni saya tanya kat lain2 doktor, dorang boleh jwb dgn baik, saya tanya elok2, saya bayar, bukan amek percuma ubat ngan awak!!
    padan muka doktor gampang tu, terus terdiam, then setiap kali kami ke kinik tu, kami akan tanya, siapa doc yg bertugas, kalau dok yg biasa yg rawat kami tu, baru kami masuk, then aku komplen kat doc yg biasa tu, dia ckp maafkan je la dia, dia dah tua...pegi mampus!! kalau dok tu boleh ckp baik2 mmg kami boleh respek dia...huh!!
    tapi skang lama dah aku x nampak dia bertugas kat klinik tu....hahahahah!! aku suke!!

    sumpah aku x respek doctor mcm tu...

    ReplyDelete
  20. lupa nak tulis, doktor tu siap buat muka palat lagi..huh!!

    ReplyDelete
  21. serius!! gambar last and caption dia tu klakar... haha

    ReplyDelete
  22. thanks for the tips

    nak khabo nehhh.... iols sentap lite-lite sugi hoccay baca tip no. 3 tuhhh!
    iols tau lah iols suker sembang2 ngan doktor - tak hilite kat entry uols ni tak bleh kewwww????

    hak hak hak

    ReplyDelete
  23. ramai dah sekang doc yg ade blog kanns.. ekeke

    ReplyDelete
  24. salam kenal..thx for sharing the info doc..tp sy bertanya pd doktor soalan yg perlu je..seperti..doktor skrg brp org cucu? eh..relevan ke? hahaha..

    ReplyDelete
  25. GB - miahahaha..terkedu terus ya GB tgk dokter hensem....

    ReplyDelete
  26. Bujal - mee goreng mamak cukup sebagai pengeras..:P

    ReplyDelete
  27. suke betul cgg baca update doc nie:)

    next entry cite la ttg O & G:)

    nak berguru nie

    ReplyDelete
  28. RatuKebaya - saya rasa ada dua sebab kenapa doc tu macam layan nak tak nak aje:

    1- dia mmg spesis tak mesra alam..

    2-ya, memang dia dah bersangka buruk RK nak MC, padahal RK ikhlas bertanya :)

    ReplyDelete
  29. Pesakit bermacam ragam, doktor pun sama juga kan. Hahaha.... jangan marah Dr. nanti kena jual.

    Tapi soal tanya Dr. peluang yg ada kakak setuju alang-alang dah membayar baik tanya apa yg musykil tentang penyakit kita.

    ReplyDelete
  30. hmm...kurang suka kalu pt dtg bwk supplement (ie kopi ntah apa2 ntah, pil ntah apa2 ntah etc) pehtu ty mkn ni ok tak...
    refer kat dr rozmey 40 juta buleh?? hahahaha

    ReplyDelete
  31. Ati - nanti saya bukak cawangan kat KLIA/Sepang/Sg Pelek..ok??? ;P

    ReplyDelete
  32. sahrom - sama sama. Saya berkongsi apa yg boleh ..

    ReplyDelete
  33. kakcik - ada lagi tips yg saya nak tulis pagi tadi..tapi masa mencemburui saya..hehhe..byk patients..nanti2 saya sambung dalam entri lain ya

    ReplyDelete
  34. My Life My World - ni pendapat saya lah. Kalau kerja di hospital gomen dulu,ya, memang kami busy + kepenatan dan imbuhan nya kecil. So logik lah kalau ada masa nak jadi pemarah/tak mesra pesakit..bukan disengajakan.Tapi kalau dah bukak klinik, environment nya lebih santai, relax..patutnya gunakan peluang yg ada tu untuk educate patient..jangan hanya fikir bisnes, fikir duit..sebab kita hidup ni berapa lama sangat. Imbuhan kat Sana yg kekal abadi. Kerja tu ibadat.

    ReplyDelete
  35. SyidaGorjes - kita semua ada kepakaran tersendiri..so kita tanya mereka yg pakar dlm bidangnya...kan?

    ReplyDelete
  36. KOG - dan pastikan kamu bawak Depp tu jalan jalan cari makan!

    ReplyDelete
  37. Zie - cuba ingat.Allergic dgn ubat, atau makanan? takpelah sekali sekala..ala ala Angelina Jolie kannnns..:P

    ReplyDelete
  38. nurkass - ya betul!!!..Hak sebagai pesakit, hak sebagai doktor..bijak...bijak.

    ReplyDelete
  39. CA - hahah..saya tau..ada patient yg saja try test knowledge doctor...tu pasal doc kena sentiasa up to date dgn latest medicine..kena rajin membaca thru internet..patient sekarang bijak..byk membaca kat internet

    ReplyDelete
  40. GC- seingat saya..

    -arwah yusni jaafar
    -elyana
    -host majalah 3 yg lama tu..norfarahin kalau tak silap nama dia
    -artis2 AF 4 hingga 6
    -artis2 Raja Lawak

    ReplyDelete
  41. Amy Syaquena - rujuk jawapan saya kpd GC

    ReplyDelete
  42. MDT - sonang ajo..taknak telan ubat, saya cucuk..~haha

    ReplyDelete
  43. Ann Huda - senang kan kalau ada family member yg doktor ni...nak mintak MC pun senang..hihihi

    ReplyDelete
  44. Hani - tu lah pasal...ada jenis yg 'tak paham bahasa' yg susah..aku dah signal2 to cut the conversation(sebab patient dah berderet kat luar)..hahaha...kalau klinik kosong, nak borak dgn aku lama 2 pun aku no hal

    ReplyDelete
  45. Myaby - u ada darah tinggi? serious?

    ReplyDelete
  46. Cik Ina - entah la makcik..tak tahu pulak saya ni soft spoken ke tidak..hahaha...
    List artis2 tu saya dah jawab dlm jawapan balas komen GC kat atas..


    ps: dua hari sebelum final AF, Stacy almost hilang suara, kena infection tonsil yg teruk. Saya inject antibiotic super power kat vontot dia..:P

    ReplyDelete
  47. Wahida - hahaha..marah betul kau kat doc tu ye..buat karangan..:P
    Bagus, sila boikot doktor yg kerek!

    ReplyDelete
  48. Azroy - saya pernah buat macam tu...tapi masa keja spital dulu..wakkakaka

    ReplyDelete
  49. miloais..errrkk..sorry hakak...takde niat nak sentapkan jiwa hakak pun......saya belanje hakak milo ais + milo tabur okeh..

    ReplyDelete
  50. en_me - dan ramai jugak docs yang dah main dslr kannnn..:)

    ReplyDelete
  51. Dee - salam kenal :)
    Soalan tu relevan....kalau doktor tu dah nampak tua..hahaha

    ReplyDelete
  52. CGG - Insya Allah..nanti saya buat entri O&G..tengah fikir nak tulis apa

    ReplyDelete
  53. KakZakie - ya..betul..doktor pun manusia juga..:P

    ReplyDelete
  54. Elyn - betul lah..segala macam supplement depa bawak mai...macam lah kita ni MIMS bergerak..hahaha...

    ReplyDelete
  55. kdg tu kita mmg ada intention nak tanya .. tp doktor tu mcm taknak layan.. padahal kita baru nak tanya.. terus soalan tu tersimpan dalam kepala.. kes mcm ni mmg patut tukar doktor lain ke??? ha..ha..

    ReplyDelete
  56. Hanis Azla - kalau akak rasa doc tu mmg jenis nak tak nak layan, cari aja doktor lain....hahaha...it's all about jaga hati customer(patient).Kita berhak pilih kedai/servis yg terbaik..betul tak?

    ReplyDelete
  57. cik pah mmg ada allery ,,takleh ngan warna kuning ,,tak leh mandi air panas..tak leh amik suma jenis preservative .. so..ubat warna kuning mmg dilarang sekali buat cik pah..kalau idak ..mmg akan bengkak macam gambar bibir kat atas..

    ReplyDelete
  58. Cik Pah - hah?? allergic dgn kaler kuning? hahaha...kalau husband kasik kereta kaler kuning, allergic tak?:P

    ReplyDelete
  59. DZ : tak de makna iols nak sentap hoccay!
    iols bergurau jer lahhh!

    tapi iols nak jugak milo tabur itewww!~ bleh???
    ekekekeke

    ReplyDelete
  60. akak sakit jiwa kalau dapat patient yg sembang takleh berenti..dah tu sembang ntah apa2...siap tanya kita plk..doktor asal mana?duduk mana?anak berapa?suami keja apa???aiyaa!!!apa kes??

    lagi sorg patient yg akak allergic..berapa puluh kali dia mai,syikla dok cakap benda yg sam..."umur sebenar pakcik gini...gini...kaki pakcik dulu .....anak pakcik semua kerja...."....akak cakap balik.."dulu pakcik cerita dah semua ni...la ni pakcik nak ubat cemana plk?"...sb dia mai ambik ubt utk penyakit yg sama ja.

    btw...thanx for promoting..haha

    ReplyDelete
  61. miloais - yer lah..mana lah tau hakak yg sentap..nanti hakak boikot takmau visit blog ni lagi..kikikiki....beresssss...ada rezeki, saya belanja

    ReplyDelete
  62. Ieda - hahaha..saya pun ada dpt patient yg macam akak cakap tu...setiap kali dtg dia ulang balik cerita dia...adoiii....dah la pakcik tua...kang kalau saya tegur, macam kurang ajar pulak...dilema..dilema..

    ReplyDelete
  63. Kak Azie ni jarang sakit, alhamdulillah... jarang ler jumpa doktor. Dan sehingga hari ini, tak pernah ada doktor paberet. Semua sama jer.

    Tapi pengalaman kesan sampingan/allergic ubat tu memang pernah terjadi pada TOKLAKI. So sejak pada tu, kami sentiasa bawa surat/slip tentang ubat yang tidak boleh diambil (simpan dalam purse). Memang pernah kena, muka dia bengkak.

    DZ, benar kan? Kos consultation lebih mahal dari harga ubat?

    Antara Tergelak dengan Terbahak... Hak Hak Hak Hak!

    ReplyDelete
  64. wahhh..bagus la dd ni..No suka jenis macam ni..ni kita tanya pun macam nak jawab nge tak sama banyak je huhu..kita dh ye2 tny dia..kadang2 tak tau sama ada dah selesai ke belum..diam je duk menaip/tulis laporan...sabo je la sbb panel kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...