Friday, March 11, 2011

PPROM - penjelasan mudah

Terima kasih kepada kawan kawan yang sudi doakan mommyZiyyad & baby DI SINI

Ramai yang tak berapa nak faham PPROM tu.
Aku ada bagi link dalam bahasa yang mudah tentang PPROM , dari wikipedia.
Namun, maybe ianya masih kompleks untuk difahami.

So, aku terangkan sikit dengan ringkas, supaya korang faham.
Penting untuk korang faham, wahai ayah ayah, wahai lelaki.
Dan semestinya untuk korang bakal-bakal ibu.

Secara mudahnya, baby akan suspended di dalam kantung(sac) yg mengandungi air ketuban(amniotic fluid)
Bocornya/leaking sac ni akan membawa kepada keluarnya air ketuban melalui cervix, dan kemudian vagina.
Sac ini juga dikenali sebagai amniotic membrane.

Dalam proses kelahiran, sebelum baby boleh keluar, membrane ini perlulah rupture/bocor dahulu, proses di panggil Rupture of Membrane (ROM).
ROM boleh berlaku secara spontan dalam proses kelahiran(in labour), ataupun secara buatan, dimana doktor/nurse akan memecahkan air ketuban.

ROM yg berlaku sebelum sebelum adanya labour(proses kelahiran/sakit bersalin) dipanggil Premature ROM (PROM).
PROM berlaku antara 36- 40 minggu usia kandungan.
Mudahnya, PROM bermaksud pecahnya/bocornya air ketuban antara 36-40 minggu, tanpa ada simptom labour. Maybe sudah ada PROM, tapi proses sebenar kelahiran berlaku selepas seminggu dari PROM..Maybe kelahiran berlaku 2 minggu dari itu. Ia bergantung.

Bagi kes kes kebocoran air ketuban (leaking liquor) yang berlaku sebelum tempoh matang baby dalam kandungan, yakni <36 minggu, ia dipanggil Preterm Premature Rupture of Membrane (PPROM).
Risiko jikalau mengalami PPROM ialah tinggi sedikit risiko untuk mengalami kelahiran pra-matang(premature delivery). Chances untuk premature delivery bagi PPROM ialah sekitar 30%.

Suka aku berkongsi tentang PROM dan PPROM ini sebagai 'patient education'
Ramai wanita mengandung yang aku temui, lebih lebih lagi yang mengandung anak sulung, kurang faham tentang leaking liquor/bocor air ketuban ni.
Dan sesi penerangan oleh doktor/nurse di hospital mungkin terbatas kerana faktor masa.
Pentingnya untuk confirm diagnosis leaking liquor ni ialah untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman ke dalam air ketuban dan rahim yang dipanggil chorioamnionitis.
Bagi ibu-ibu mengandung, andai anda rasa ada cecair jernih, mungkin sedikit panas suhunya yang keluar, dan ada tidak pasti ianya air kencing atau discharge atau air ketuban, jumpalah dengan doktor.
Sampel dari dalam vagina (high vaginal swab) pun akan diambil untuk di analisis, samada ada jangkitan bakteria merbahaya atau tidak.

Maybe aku akan menulis lagi tentang ini, Insya Allah.

42 comments:

  1. abis kalau bocor awal2 ada effect kat ibu dengan baby tak?

    ReplyDelete
  2. betul tu, cam adik ipar saya belum cukup bulan, air ketuban dia pecah,lepas doktor check bagai, doktor suruh dia melahirkan baby tu.. makcik tak tahu, sebab tak pernah kena lagi cam tu.time makcik selalunya, air ketuban keluar serentak masa nak bersalin. sorrylah bahasa tunggang langgang.

    ReplyDelete
  3. pahamlah sya dr.. thaks for sharing the info

    ReplyDelete
  4. ok doc now i got it!!! ntah bile turn sy pulak nie..hehehe..tp kawen pun blog..lambat lg nie..sedihh

    ReplyDelete
  5. wohooooooooooooooooooo!
    mcm tu rupanya.
    anak nak masuk 2, baru tau psl pprom ni.

    ReplyDelete
  6. ketiga2 anak MDT, doktor yg pecahkan air ketuban..semua jenis lambat nak kuar.. :)

    ReplyDelete
  7. ooo..
    mcm tu..complicated gak..
    ya allah..minta simpanglah..
    sama2 kita berdoa moga diberi kesihatan yang baik pada mommy ziyyad dan baby..

    ReplyDelete
  8. Harap masih boleh dikawal lagi buat mommyziyyad dan baby. Susah nak jaga baby premature ni Dr. Dulu kawan satu ofis kakak bleading (bukan air ketuban) masa usia kandungan hampir 7 bulan. Kena hospitalised hingga bersalin. Alhamdulillah selamat....

    ReplyDelete
  9. tima aksih atas info ni dd..ya biasala bersalin sulung dorang keliru bab hal ni..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dpt ilmu lg di sini.. Thanks yer.. akak dulu untuk ketiga2 org anak mmg doktor yg pecahkan air ketuban tu.. ada alat khas ke? akak pun tak perasan sbb tahu2 dah pecah..

    ReplyDelete
  11. thanks doc,sgt membantu..

    owh, patut lah jiran sebelah rumah kena benda ni, doktor ckp risau kne jangkitan kuman,so kne kuarkan baby bila air ketuban dah takde..ooo

    ReplyDelete
  12. terima kasih doc..biasa dengar tentang masaalah ni..tapi tak faham langsung macamana boleh terjadi.
    walau pun dah terlibat lagi..tapi alhamdulillah..dapt juga pengeahuan tentangnya.

    ReplyDelete
  13. thank DZ - now dah paham sepenuhnya...
    info berguna sangat2 ni....

    ReplyDelete
  14. sy pong dua kali beranak dua² doktor yg pecahkan ketuban..

    ReplyDelete
  15. info yang sgt berguna
    mohon share di fb ye..
    tq doctor!

    ReplyDelete
  16. doc...
    ini xplanation mmg sgt bagus bg mereka yg kurang faham...air ketuban jugak kl dah pecah tapi baby tak keluar lagi, tu yg jadi baby lemas kan doc....?ni yg sy tau laaa...

    ReplyDelete
  17. nak tambah sikit..as a dr yg pernah in charge O&G..saya advice sesapa yg rasa2 macam leaking tu, terus saja ke hospital (either kerajaan @ swasta..not GP.kalau ke GP pun it is not advisable for the GP to do vaginal examination.sebabnya...at the end patient mmg kena admit.selagi boleh kita nak minimumkan pemeriksaan vagina sb nak elakkan jangkitan.

    moga mummyziyyad & baby baik2 saja..
    DZ sila puasa...ahaks...

    ReplyDelete
  18. susah gk nk phm jargon prubtn ni.hehe..nway,tq doc!

    ReplyDelete
  19. Passtttt... DaddyZiyyad gynea ker? wahhh.... nyilu pulak baca entry ni.... terasa sakit 7 bulan lepas tetiba terasa....

    ReplyDelete
  20. Didoakan yg baik-baik utk MommyZiyyad :)

    ReplyDelete
  21. thanx for the great info dikk .. sblm nie x tahu .. cuba paham kan :)

    ReplyDelete
  22. macam mana keadaan mummyZiyyad hari ni DD?..No doakan semoga semuanya selamat..smg DD dan MM tabahkan hati ya..

    ReplyDelete
  23. Bujal - kalau bocornya berterusan, memang ada effect. 30% kes PPROM boleh menjurus kpd preterm delivery

    ReplyDelete
  24. Cik Ina - tak semestinya air ketuban akan pecah serentak dgn masa kelahiran..

    ReplyDelete
  25. Hanis Azla - ada satu alat yg ada cangkuk dihujungnya, kita gunakan utk pecahkan sac tu..so keluarlah air ketubannya nanti

    ReplyDelete
  26. Hani - panjangnya ko meloponggggg :P

    ReplyDelete
  27. azian - yes, kalau air ketuban dah pecah, ada risiko pada baby. Antaranya tali pusat boleh terbelit/tercerut. Dan baby masa di dlm kandungan, bernafas thru air ketuban

    ReplyDelete
  28. Ieda - hehehe...kena puasa lah kak

    ReplyDelete
  29. Ayin - saya bukan gynae..I'm a GP

    ReplyDelete
  30. To all my friends - thanks sebab doakan mommyziyyad & baby. Update: Hari ni, leaking dah almost tiada. Mommy nya sihat, on antibiotic. Baby moving well, active.

    ReplyDelete
  31. Good info , nice sharing ye..thanks!

    ReplyDelete
  32. huhuhu seb baek x trlepas entry ni,makcik mmng suke bace bab2 tntang kelahiran ni...info yg sgt brgune utk peti otak makcik...hehehe ...rase nk ngandung lg lak...huhuhu

    ReplyDelete
  33. HantuKakLimah - apa lagi..mengandung lah lagi...muakekekeke

    ReplyDelete
  34. glad to know mummy n baby are well

    ReplyDelete
  35. Salam kenal...

    Saya pernah mengalami kes PPROM nie. Baru jer lagi abis pantang.... anak ke2.

    Air keluar sejak minggu ke 31. Kene thn wad sampai lar air tu berhenti keluar utk 24 jam. Minggu yg ke 36, kene paksa bersalin.. Alhamdulillah.... baby selamat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...