Friday, March 4, 2011

Jom Tolong Mamak

Ini entri sambungan, rentetan kisah semalam.
Kisah benar, apa yang aku alami selalunya di restoren mamak di seksyen 7 shah alam(nama dirahsiakan demi keselamatan negara).

-turun dari kereta aja, baru masuk dalam restoren..
'sini abang'..kata mamak A. 'sini abang'...kata mamak B pulak..masing-masing berebut nak sediakan tempat duduk.

-belum sempat melabuhkan punggung..
Mamak A dah ready datang dengan kerusi baby...dan offer nak angkat Ziyyad untuk dimasukkan ke dalam baby chair tuh.

-baru termangu-mangu fikir nak makan apa...kelabu mata tengok 57 jenis roti canai yang boleh di order.
'mau makan apa? roti kosong, ada, nasi lemak ada, mee goreng ada'..tanya si mamak A macam machine gun.

-tak sampai 5 minit, menu pertama yang di order dah tiba.
letak nya baik aja..Di depan orang yang order makanan tersebut. Maknanya kalau aku nak makan roti sardin, dan yang tiba tu roti sardin, maka tak lah diletak roti sardin tu di depan wife aku.
Exactly apa yang kau order, itu yang dia buat.Takda merungut, tanpa kompromi.
Nak mee goreng takmau togeh, dia tak letak togeh.
Mau kuah dal tak campur kari, dia bagi kuah dal pure.
Mau milo ais tabur, baik punya dia tabur.

-tengah syok-syok makan, kuah kari pulak habis..mulut Ziyyad pulak comot.
Angkat tangan saja, minta tissue & kuah kari extra, sepantas kilat benda-benda tu sampai, walaupun mamak ni tak kenakan 6% service charge.

-tengah makan-makan lagi, mamak A dah siap bukak resit..
'onnee..renne..' ..dia mengira. Zraassss..resit dikoyakkan, dan diletak atas meja makan.

-kos makanan aku, mommy Ziyyad & Ziyyad = RM12.80.
Aku hulur not 50.
Relax aja anak tokey mamak ni tekan mesin cash register, pulangkan baki. Takda nak mintak lapan posen ka..mintak duit kecik ka..padahal aku makan pukul 7.30pagi.
tokey(actually manager kedai, tokey besar dia dtg sekali sekala) yang nampak brutal, buas..tapi friendly

-lupa pulak nak cerita...ada lcd tv yang tunjuk siaran astro...yang boleh dilayan.
bukan satu, tapi ada 2 kat penjuru yang aku makan ni. Di bahagian lain, ada pulak lcd tv yang lain.


So, nak suruh aku makan kat kedai Melayu?
Yang penuh dengan karenah birokrasi mengalahkan pejabat gomen..
Yang servis lembab macam siput dan waiter nya masam mencuka.
Yang tak pernah ada duit tukaran waima aku datang dah pukul 11 pagi..
Yang kerusi mejanya kotor berdaki..


Insaf lah wahai bangsa ku.

89 comments:

  1. Betul tu doc, semalam makcik pergi pasar malam, nak beli popia, makcik cakap popia basah 4 ketul, belum cakap apa-apa lagi, berlezup je dia simbah popia tu ngan sambal ngan kacang tabur. Makcik memang tak suka sambal dia manis sangat.taruh kacang pun tak suka

    Bila makcik cakap , tak nak cam tu, nak kosong je.muka merempan dia buat.geram je. kalau ikut hati, mahu tak nak ambik, tapi kita ni nak jaga air muka dia.

    ReplyDelete
  2. glurp...

    saya jrg makan luar..sbab mak masak.

    tp kalo makan luar pon, mamak menjadi pilihan. sbb ade roti nan. ;)

    ReplyDelete
  3. pagi teh tarik... roti canai..
    tghari ..... nasiiii kandar ...
    petang ... meee goreng mamak
    malam... supper ... roti john mamak .....

    anda peminat tegarrrrr.....

    ReplyDelete
  4. pernah makan kat kedai melayu,oder tak sampai2..air dah habis diminum,bila tanya mana oder?,dia kata kejap..lepas 20 minit..tak dtg jugak!tanya lagi..kejap kak..kajap kak...pas tu tak dtg gak...tanya lagi..pas tu dia tanya kita balik,akak oder apa tadi?
    ehhh...?!!!
    angkat vontot terus blah...!
    hampeh tol!!!

    ReplyDelete
  5. mamak punyer svc mmg tiptop...

    ReplyDelete
  6. bab milo ais tu saya memang setuju sangat... suka betul minum milo ais kat kedai mamak.. rasa pure milo.. minum kat kedai m*****u, dari warna dah nampak cair pastu manisnye bukan main.. air gula je lebih.. milo mungkin di letak setengah sudu.. kes nak jimat tapi bukankah kita bayar untuk milo ais tu..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...

    layan mamak sekali sekali seba nak rasa roti boom depa je huhuhhhh..

    yg lain2 kureng kot sebab dari kecik tak biasa sgt dgn mamak nie :-)

    ReplyDelete
  8. itu hakim seksyen 7 tuuuuuu

    ReplyDelete
  9. betol la.. tapi kenapa eik layanan di kedai mamak semua macma tuh.. 1st class dikategori mereka.. service cepat.. kalau kedai melayu melangut la tunggu nak amek oder..pastu muka pelayan merengut semcm..haishhh

    ReplyDelete
  10. maaf, saya agak kureng dengan kedai mamak.kerana ada insiden (yang tak perlu dinyatakan)

    ReplyDelete
  11. situ mmg laju sokmo~
    tapi kat sini (KJ) nama kedai dirahsiakan.. lambat ambik order.. lagi2 petang lepas keje
    aish~

    ReplyDelete
  12. tu yang suka ke kedai mamak ni.. semua cepat.. kedai melayu baru semalam aku makan.. nasi goreng masin.. mee bandung masin.. aduhai... dia tak rasa atau sengaja.. akhirnya semua ke tong sampah.. sape nak makan masin-masin tu

    ReplyDelete
  13. sekarang dah jarang makan kat kedai mamak, tapi punyela diakenal regular customer, sampai dia tanya kenapa lama tak datang, dah pegi kedai lain ke..

    ReplyDelete
  14. Kat deret klinik saya,
    ada satu restoran mamak
    dan 2 restoran melayu.
    Saya tetap ke kedai mamak kerana:
    1. 10 kali makan nasi lemak kat sana, rasanya tetap sama.
    2. Layanan bagus dan pantas.
    3. Suasananya selesa. Tak bau asap rokok sangat sebab kipas banyak.
    4. Ada WiFi percuma.
    5. Ada HBO percuma.
    6. Tak kira pukul berapa pun, semua menu masih ada.
    7. Lauk-pauknya baru. Bukan lauk semalam yg dipanaskan.
    8. Pekerja2nya buat pemeriksaan Fomema diklinik saya.
    9. Kalau sakit2 pun, mereka ke klinik saya.
    10.Setakat 10-20 sen, mereka genapkan sahaja bilnya.

    ReplyDelete
  15. mcm knal je tmpt tu.. hakim sek 7!! haha
    servis kt situ mmg terbaik.. ank tokey pn mmg baik.. ada mmbr tanak sayur.. tp ad sayur dlm nasi goreng dia.. dgn pantas ank tokey tu suh worker dia buat lain... ank gan bpk mmg baik!! cume ank dia dressing smart lagi la... haha..

    ::dh 4 bulan tak singgahs situ::

    ReplyDelete
  16. series.


    saye suke gile makan nasi kandar kuah campur ayam goreng dada kat mapley hakim seksyen 7 s.a ni!!

    suke!

    ReplyDelete
  17. dah lama tak makan nasik kat makbul bayan baru, penang. serius sedapppp

    ReplyDelete
  18. Kesian kedai bangasaku bila agaknya hendak merubah seperti yang tercatat.:(

    ReplyDelete
  19. sbb tu aku suka mkn kat kedai mamak...servis baik punya!!

    tapi bukan semua kedai melayu hampeh...

    ReplyDelete
  20. salam..
    saya pun selalu makan kat situ..
    layanan mmg tip top..makanan pun ok..
    harga pun berpatutan..besttt..

    ReplyDelete
  21. aku baru pekena kari kambing mamak semalam
    tapi mamak tu eksyen la
    takmo senyum langsong!!! cisss

    ReplyDelete
  22. MDT pun suka gak sekali sekala tukar selera pi makan kedai mamak!

    service dorang memang tiptoptop!

    tapi kena pergi tempat yg bersih..kalau kedai2 mamak biasa ni kena tawaf dulu baru masuk.. :D

    ReplyDelete
  23. amy kalau gi mamak just suka makan mee goreng mamak je.yang lain cannot go

    ReplyDelete
  24. dr...
    sy dah tak makan kedai mamak la skrang...tapi masa belajar kat shah alam mmg selalu pg kat sec 7 tu..harap2 la hr ahad ni dapat makan lontong kat lontong klang tu...sebaris dgn hakim kan???

    ReplyDelete
  25. rasa nak makan roti sardin pulak:)

    ReplyDelete
  26. hahahaha..tang part "onnee rennee.." hahaha...aduyai..

    husna yg sulong umo 11thn..

    ReplyDelete
  27. makcik insaf dah ni....................hahahaha..

    ReplyDelete
  28. Elyn - kembang hidung mamak tau baca komen you..:P

    ReplyDelete
  29. wah..doc siap amik gambar manager. boleh minta promo commission nih

    ReplyDelete
  30. Cik Ina - minggu depan, makcik boikot kedai popia kerek tu..gi kedai lain...~haha

    ReplyDelete
  31. MasZuber -roti cheese nan pernah cuba?Bestttt

    ReplyDelete
  32. uii..dahsyat yek restoran mamak tu..
    sampai 2 tingkat..
    baiknya serviss

    ReplyDelete
  33. CA - kalau diamalkan diet macam tu selama sebulan, confirm sakit jantung/stroke...~haha

    ReplyDelete
  34. kat klia ni ada restoran ali maju
    pong cam tu gak
    tv lcd ada 3 bijik
    pelayan aje lebih 10 org...
    yg penting ..lampu terang menderang
    suka betuidtg sini...

    ReplyDelete
  35. kaklong - patutnya kaklong balik sekali meja kat waiter tuh..~hahaha

    ReplyDelete
  36. Setuju dengan pendapat juga dan setuju dgn scenario yg diceritakan,
    (Macam kat Kulafa je tu?)

    Sebab itu restoren mamak bertahan lama, sanggup buka 24jam, pekerja shif disediakan asrama. Servis memang terbaekkk.

    Kat tempat Kak Azie, ada restoren mamak kami panggil Kedai Mamak Kaya. Sebab pelanggan tak pernah putus..

    Berapa Banyak “ter” daaaa...

    ReplyDelete
  37. tu psl kakchik suka makan kat kedai mamak. U name it .. u got it. servis tip top. tu yg terpenting.

    ReplyDelete
  38. kakngah - tapi tak semua mamak tauuuuu...

    ReplyDelete
  39. ada je restoran org kita yg okey.. tp dalam 10 tu nak cari 5 pun payah.. sbb itulah org lebih gemar ke restoran mamak.. buka 24 jam pun tak pernah surut pelanggannya..

    ReplyDelete
  40. Hemmm.. tapi kadang2 nampak jugak adegan ngeri dkt kedai mamak apabila tukang tebar roti canai pakai baju sleeveless.. bulu2 itu berjuntaian, euwwwww!!!

    ReplyDelete
  41. Kedai mamak ada wifi...!

    Kedai melayu ada wife (tokey)....

    ReplyDelete
  42. l/kurang dlm 4 tahun lalu, maksu pun pernah uat posting ttg kedai mamak, memuji cara niaga mereka dan sekarang ini, cara kerja kedai melayu ada masih di takuk lama..... hu hu hu

    ReplyDelete
  43. GB - jom join venture kita bukak restoren mamak! :P

    ReplyDelete
  44. shaza - saya memang benci betul kalau tukang buat air kat kedai makan jenis yg tak pandai buat. Milo cair, teh cair...haihhh

    ReplyDelete
  45. sahrom - saya pun tak dibiasakan dgn mamak dari kecil. Sebab dulu restoren mamak dikaitkan dgn kotor. Tapi bila dah masuk lepas SPM, perubahan kat mamak berlaku. Restoren mamak jadi port melepak...and the habit continues till today..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.youtube.com/watch?v=jciILDoFJZ0

      Delete
    2. KFC dan MCd belom tahu tahap kebersihan dia.. Old town coffee takda sijil halal .. !! yang jual nasi lemak tepi jalan tu masak kat mana ?
      ada check ke ? jangan salah kan mamak jer

      Delete
  46. Kaseh - sebab pekerja mereka mmg dilatih. Bukan mcm kedai makan melayu, main cekup aja budak2 jadi waiter.

    ReplyDelete
  47. SyidaGorjes - of coz....hehehe..tak semua kedai mamak tu bagus.

    ReplyDelete
  48. alien - ko area Kelana Jaya ye? mamak yg lembab ni selalunya sebab mereka takde saingan..so mereka besar kepala..mcm kat Shah Alam ni, melambak mamak...ko servis teruk. org lari kedai lain..

    ReplyDelete
  49. RatuKebaya - kalau makan kat situ selalu, harus dapat darah tingi!~haha

    ReplyDelete
  50. mrs azmi - rasa appreciated kan, bila mereka recognize kita..

    ReplyDelete
  51. zoul dahan - best kan bila ada restoren mamak close to our premises. Lagi best bagi klinik 24hours yang ada mamak nearby. Rasa secure sikit.

    ReplyDelete
  52. Azroy - terbaikkk kan servis kat sini!..ayam goreng dia mmg mantap..:)

    ReplyDelete
  53. Myaby - hahaha..tu menu kegemaran ramai kat situ..saya pun suka...nasi, ayam goreng + kuah campur!

    ReplyDelete
  54. GC - Betul lah..kedai Makbul Bayan Baru tu mmg sedap! saya pernah makan kat situ few times

    ReplyDelete
  55. Kakzakie - ikutkan hati, nak saja saya print out entri saya ni, bersama komen2 yg ada ni, dan buat sebagai fliers ke kedai2 makan Melayu..biar mereka insaf.

    ReplyDelete
  56. Wahida - ye la..bukan semua kedai melayu hampeh..dan bukan semua kedai mamak tip top. Tapi banyakkkkkkk kedai melayu yg hampeh..~huhu

    ReplyDelete
  57. nurkass - ohhh..u pernah makan kat sini juga ya..

    ReplyDelete
  58. Hani - hahaha..kesian ko..mamak kat bangi spesis eksyen kot...ko mai lah kat shah alam..byk mamak mesra alam...~hahha

    ReplyDelete
  59. MDT - ya, betul. Kena pilih restoren mamak yg bersih, iaitu bersih kedainya, dan juga pekerjanya!

    ReplyDelete
  60. Amy Syaquena - try lah roti nan..

    ReplyDelete
  61. azian - tak silap saya, ya lah kot

    ReplyDelete
  62. CGG - apa lagi? pergi ke kedai mamak berhampiran...haha

    ReplyDelete
  63. Norhafiza - oohh..dah 11 tahun dah Husna..takpe..dia dalam proses pembelajaran tu

    ReplyDelete
  64. Hantu Kak Limah - makcik ada bukak kedai makan ker? ~hahaha

    ReplyDelete
  65. Cik Pah - tu gambo saya cilok dari gugel aja la...hahaha...kamera saya kaput!

    ReplyDelete
  66. PB - kebanyakkan restoren mamak kat area shah alam ni besar2..dua tingkat...siap dgn lcd tv bagai...

    ReplyDelete
  67. Ati Masrif - ya, saya perasan restoren Ali Maju tu..mmg maju perniagaan dia kan..

    ReplyDelete
  68. azieazah - tu restoren Hakim kak..Khulafa pun ada, sebaris dgn dia...Khulafa servis ada lambat sikit...haha

    ReplyDelete
  69. kakchik @ ella - kan...semua ada..servis terbaik.

    ReplyDelete
  70. Hanis Azla - sebenarnya, saya lagi suka makanan melayu, yg dimasak melayu...tipulah kita tak suka kan..tapi sebab servis mereka di takuk lama, so as a costumer, kita cari lah tempat yg lebih baik.

    ReplyDelete
  71. AAA- saya suka kalau roti sardin yg dibuat dgn sardin Cap Ayam tu

    ReplyDelete
  72. DLL - hahaha..tu pasal kena pilih juga kedai mamak ni...ada yg K.O!!

    ReplyDelete
  73. Gedek - WIFE tokey kedai kadang2 lebih sudu dari kuah pulak tu..:P

    ReplyDelete
  74. Maksu - percayalah, lagi 4 tahun nanti, ada org lain pulak yg buat entri macam ni...dan servis kedai makan melayu still ditakuk lama..~huhu

    ReplyDelete
  75. salam..kadang itulah hakikatnya melayu mmg agak leceh skit..kadang tu kita tunggu sampai berakar...baru nak sampai order..kalau ada anak buas skit..jenuh,,tapi ada jugaklah yg best.

    ReplyDelete
  76. tapi...petang semalam sy pegi kedai mamak kat kaw rumah sy...mintak 2 roti kosong mkn, 2 bungkus. yg sampai 2 bungkus je...kena oder sekali lagi,tp 5 minit je siap dah.....apa2pun nescafe n teh mamak tiada tandingan..best!

    p/s pegi kedai mkn org kita mintak ais kosong 1/2 jam pun tk sampai lagi hingga sy pegi sendiri kat tempat bancuh air..sekali je lah sy singgah mkn situ..sumpah tk pegi lagi..

    ReplyDelete
  77. wah rindu lak kat kedai mamak..kalau dok penang kedai mamak ni jer lah yg dituju...w/pun reganya mahal sikit tapi service memang berbaloi...btw nk jwp soalan doc pasal mother tounge tu....kat Finland ni diorang guna bahasa ibundanya bahasa finnish.memang susah sikit nk komunikasi...tapi lately dh ramai boleh english.

    ReplyDelete
  78. suri solehah -kalau mereka lambat, dan mereka inform, takpe juga...ni kita menuggu macam dah nak tumbuh tanduk..last2 dia dtg dan kata " abg order apa tadi?"..grrrrrrrr

    ReplyDelete
  79. nyanyisunyi - haha..betul tu..nak mintak air kosong pun lambat..

    ReplyDelete
  80. nieza - servis kedai2 kat Finland ada tak yang slow macam kat malaysia ni? ~hihi

    ReplyDelete
  81. melayu gitu laa.. naik sket meniaga, buat perangai gitu..service takmo jaga betul2.. kalau beli bawang kat kedai melayu, mesti nak letak rega tinggi.. kalau kat kedai cina, ok jek plak..*sigh*

    ReplyDelete
  82. kutuk jer melayu doc.. ehehe

    salam pagi senin doc daddyziyyad ittewww

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...