Wednesday, March 16, 2011

Tutorial Ringkas Tentang Scan Mengandung

Kamera cap ayam aku rosak kan, so menanti dengan sabar, menabung dgn sabar ni untuk beli kamera gabak tu..ekekeke..

Sementara itu, jom layan gambar gambar adik Ziyyad yang kini dah 28 minggu duduk dalam rahim mommyZiyyad. Gambar -gambar ini aku ambil semalam, guna henfon nokia 3310 aja...


Ini dipanggil Biparetal Diameter (BPD). Ukuran saiz kepala baby, nak tengok kepala terlebih besar ke, kecik sangat ke.Kalau besar kepalanya, tak lagi bermakna baby akan berperangai besar kepala apabila dewasa, semuanya bergantung kepada didikan ibu bapa..okey :)
Ini pula namanya Femur Length. Ukur panjang tulang femur, yakni tulang peha. Ukuran ini boleh memberitahu kadar pertumbuhan baby, selaras tak dengan kadar usia kandungan. Kalau terlebih panjang FL ni, maybe bakal ibubapa boleh berharap anak anaknya jadi pemain basketball NBA atau model catwalk..ekekeke..
 
Yang ini pulak, kita tengok tulang rusuk dan diafram nya. Kita tengok kiri dan kanan.

Inilah rupa tapak kaki bakal adik Ziyyad nanti. Nampak besar kan dalam gambar, tapi cinonet aja sebenarnya..ekekeke..

Gambar jantung dengan ke empat -empat kebuk nya (chambers). Akan dinilai juga fungsi injap jantung.  Apa apa abnormality, akan dirujuk kepada pakar jantung paediatrik.
Gambar jantung lagi, cumanya kali ni tukang ambik gambar tambah pewarna biru dan merah. Ia untuk menunjukkan fungsi jantung dalam mengepam darah, in and out of the heart. Perbezaan warna menunjukkan darah yang penuh oxygen(oxygenated blood) dan darah yang takde oksigen(deoxygenated blood). Macam tu lah secara mudahnya aku nak terangkan kat sini ya murid murid..
Ini pula sistem buah pinggang dan bladder. Color- color yang pelbagai itu mewakili fungsi-fungsi yang boleh dilihat, samada normal atau tidak, dalam sistem buah pinggang dan pundi kencing baby. Trivia: Tahukah anda bahawa air ketuban itu ialah air kencing baby? Dan baby akan menelan kembali air kencing(ketuban) ini, dan kemudian kecing balik, dan telan balik..lebih kurang macam tu...ekekeke...ramai patient aku terperanjat beruk you all bila aku bagitau trivia ni...: P
Ni gambar hidung dan bibir. Bukan nya nak tau samada hidung mancung macam hero hindustan, atau bibir mungkal macam Angelina Jolie lah! Ianya penting untuk mengesan kecacatan awal seperti cleft palate, yakni sumbing. Trivia lagi: Bibir sumbing tiada kaitan langsung dengan aktiviti bapa memancing ikan semasa isterinya mengandung. Itu semua dakyah bidan kampung aja..wakakaka..Kalau di kesan awal, boleh diberi kaunseling kepada bakal parents, dan option rawatan nya apabila baby lahir nanti.
Part ini yang selalunya ramai parents sibuk nak tau, kalau jumpa aku untuk scan. Nak tau jantina anak. Dalam kes ini, amat jelas bahawa kelihatan struktur boy ya di situ..di gambar itu dilabel sebagai XY. Kalau XX ianya pompuan. So, aku tak perlulah beli baju color pink, ropol ropol kepala tu semua. Mommy Ziyyad ada dua hero lepas ni..ekekeke..
Last but not least, gambar posing muka. Nak tengok lah ikut muka mak nya ke, ayah nye ke...Dalam gambar ni, rasa rasanya ikut muka aku kot...miahaha

Dan lagi gambar berposing, sambil tido...dulu gambar 3D ziyyad ada dia posing senyum :P

Okey..selesai acara gambar gambar..

77 comments:

  1. so..comel..dgn teknologi 3d.. nih..tapi skang 4d dah ada kan.. lagi clear rasanya

    ReplyDelete
  2. hoih~pakai 3310 je~~hebat~~haha~

    ReplyDelete
  3. semalam cek up misi tak dgr heartbeat.i sgt gelabah ok, rupanya i baru tau yg position baby pun mempengaruhinya.
    fetus weight dah 900gm ke?lebih 200gm dari i.
    mari kita lihat sape yg keluar dulu!
    heheheheh

    ReplyDelete
  4. sudah boleh lihat...oh rasa nak preknen jugak la. hihih~

    *nipu sangat le amik gambo pakai 3310.....!!! :p

    ReplyDelete
  5. nokia 3310 mana kamera?
    hissss!

    ReplyDelete
  6. Masa doktor scan anak pertama... saya dan isteri pesan supaya jangan diberitahu jantina baby tu.... nak surprise la konon...

    Pastu dokto tu cakap....

    "Ok, I won't tell... as long HE's okey..."

    Huh! Anti klimak punya dokto!

    ReplyDelete
  7. ko betul ke ni, air ketuban tu air kencing baby...aku dah terkejut lion dah ni..

    tetiba aku rasa nak peknen lak...eheh..

    ReplyDelete
  8. Makcik sama ngan wahidah. tak tahu pun itu air kencing baby. Maksud baby minum air kencing sendiri. info menarik.

    Terima kasih doc, sebab terangakan yang cakap mak bidan tu tak betul. Jenuhlah masa makcik pregnat dorang tak bagi suami makcik ke laut.cakap makcik dorang tak dengar, nak dengar cakap doc gak.

    ReplyDelete
  9. nampak noo kamu nipu guna 3310 wakakka..
    anyway suka entry nih.. kalau den jadi ibu..harus sebak....mudah2an mommy n baby dlm peyut dlm lindungan ALLAH selalu....

    ReplyDelete
  10. hmmm...hebat kamera phone Doc...tp hati2 jgn letak lam poket ye..bahaya..!!


    hmmm...nampak macam serupa ja muka baby kalau tgk 3d niee..haihh..muka anak kawan saya pun sama dengan muka adik ziyyad nie..hehehe

    ape2 pun semoga semuanya sihat ye doc..

    ReplyDelete
  11. tahniah dedi ziyyad..alhamdulila..:)

    ReplyDelete
  12. bagus betul henpon 3310... belh tangkap gambo
    awat iols punya dulu tak leh eh???
    hiks

    indah sungguh ciptaan Nya...
    iols doakan... mummyziyyad dan babay sihat sejahtera
    dan selamat sampai masa bersalin ye...

    ReplyDelete
  13. Kita ni mmg selamanya tak pandai tgk gambo scan menyecan ni. Puaslah kita teleng2kan kepala, jengil2kan mata dan pusing2kan laptop, tak nampak pun hidung ke mulut dia. Tapak kaki tu nampak jelaslah.

    ReplyDelete
  14. woh..
    amazing..
    tahniah daddy and mommy ziyyad..

    ReplyDelete
  15. Cik Pah - 3D ialah gambar still, semasa scan itu, gambar live,ialah 4D. Gambar dalam ni ialah 3D. Masa kita tgh scan, 4D.

    ReplyDelete
  16. alien - yup, manusia ialah ciptaan Allah yang paling agung

    ReplyDelete
  17. Bujal - haha..kalah henfon kamu tau!

    ReplyDelete
  18. SyidaGorjes - mommyZiyyad will undergo elective LSCS, Insya Allah..so we will determine the date, soon...hehe

    ReplyDelete
  19. :)

    subhanallah.

    *speechless!

    ...

    komen uncle gedek TERBAEK!
    harhar,

    .

    ReplyDelete
  20. GB - 1st step b4 pregnant, get married ASAP..ngeeeeeeee :P

    ReplyDelete
  21. nokia 3310 boleh amik gambar ke? upgrade gadget tu ye.. hehehe.. feliks ni...

    nampaknya baby membesar dengan sihat.. macam kuat tido je tu..

    ReplyDelete
  22. kaklong - ni nokia 3310 Special Edition, Made in Gombak punye...ekekeke..

    ReplyDelete
  23. Gedek - patutnya suruh doc tu cakap melayu aja...haha

    ReplyDelete
  24. Wahida - iya, betul. Air ketuban ialah air kencing baby. Bukan lawak tau, ini FAKTA

    ReplyDelete
  25. Cik Ina - terima kasih. Saya suka mememperbetulkan mana mana petua/pantang larang yang langsung tak betul tu..supaya masyarakat kita tak terus tertipu...

    ReplyDelete
  26. Kaseh - thanks doa kan mereka...saya juga doakan moga satu hari nanti Kaseh boleh menjadi ibu juga...Insya Allah

    ReplyDelete
  27. Lalink7 - henpon saya tu limited edition.~hehe

    ReplyDelete
  28. Azroy - terima kaseyyyy....kenapa? tak caya ke nokia 3310 bleh hasilkan gambar terbaekkk? ~haha

    ReplyDelete
  29. alamak.. baru hri ni akka tahu pasal air ketuban tu.. thanks doc..

    ReplyDelete
  30. CCC - thanks cik ceria yang selalu ceriaaaaa :P

    ReplyDelete
  31. miloais - thanks hakak :)
    Insya Allah mommyZiyyad akan undergo elective caesar...

    ReplyDelete
  32. Ann Huda - cuba tenung dalam dalam..mesti nampakk..:)

    ReplyDelete
  33. nurkass - teknologi makin lama makin canggih...:P

    ReplyDelete
  34. sukanya tgok...ingat dulu masa anak2 kat dlm perut sy...tapi tak tahan betul bila amik gambo guna nokia 3310 tu..hahahhahah

    ReplyDelete
  35. BDC - kesian Gedek kan..langsung tak suprise jadiknya! :)

    ReplyDelete
  36. RatuKebaya - baby dalam kandungan memang tido lah kerja nya..~hahaha

    ReplyDelete
  37. series.

    selama ni sy ingat scan tu hanya utk tahu jantina baby.

    ternyata semua boleh tau ye?

    hebatnye!

    ReplyDelete
  38. Hanis Azla - takpe..setiap hari kita semua belajar benda yg baru..

    ReplyDelete
  39. terpengun amy melihatnya.. sungguh agung ciptaanNya..

    ReplyDelete
  40. Azian - pregnancy ialah satu fasa kehidupan yang indah, kan?

    ReplyDelete
  41. Myaby - memang kebanyakkan parents lebihnya nak tahu jantina bila scan...sebenarnya, yg penting ialah kita nak lihat perkembangan baby, detect any kecacatan, lihat uri(placenta) dan tali pusatnya...jantina tu sekadar bonus..

    ReplyDelete
  42. Amy Syaquena - Subhanallah..Allah huakbar

    ReplyDelete
  43. Memang macam belajar dari cikgu pulak dah jadinya. Suka kakak lihat baby tu dalm perut Cuma kelakar yg di daddy dia dah berangan baby tu ikut muka dia. Hikhikhik.....

    ReplyDelete
  44. tahniah DZ,

    moga anak dan ibunya sihat sentiasa

    Subhanallah... indahnya ciptaanNya

    ReplyDelete
  45. alhamdulillah sumenya selamat...cumelnyee bbboy tu ek..tahniah bakal mendapat 2heroes..ada can nak wat team bola nnt hehe..

    ReplyDelete
  46. bak sini nak pinjam henpon 3310 tu, nak tangkap gambar dalam perot gak.

    ReplyDelete
  47. tingat masa scan anak dulu...doktor cakap ha itu tangan dia, itu jantung dia, itu anu dia...aku cakap je ye ye...tapi sebenarnya tak nampak pun...hu huu...

    ReplyDelete
  48. MDT pun tak paham tengok gambo2 ni..sob..sob..

    ReplyDelete
  49. Kakzakie - hahaha..tapi bukan saya yg cakap tau, mommyziyyad yg cakap, maybe baby ni ikut muka saya

    ReplyDelete
  50. Norhafiza - kena ada lagi 9 anak lelaki!!! ~haha

    ReplyDelete
  51. GC - boleh..sewanya RM20 sejam..muakekeke

    ReplyDelete
  52. Hani - sekeping aja..ada byk lagi gambar..tak larat aku nak upload

    ReplyDelete
  53. Sham - ahahha..lawak la pulak..awat tak tanya aja doc tu..suruh dia tunjukkan

    ReplyDelete
  54. MDT - kalau tak paham, boleh buat macam Sham kat atas ni buat..iyeeeee kan aje..:P

    ReplyDelete
  55. wahh..tak sabar nak preggy 2nd baby..moment masa scan ni adalah yang terbaik...^_^

    ReplyDelete
  56. ish..ish..comelnya..! (belum keluar lagik tu)

    gambor tapak kaki dia pun cute sangat..!

    tapikan...tgk gambor2 scan ni kan.. aku bukannya paham mana pun.. kalau doktor2 cakap masa scan..aku main angguk2 jek..ekkeke..

    ReplyDelete
  57. Sabihah - ya..pregnancy itself ialah fasa yg menarik kan..

    ReplyDelete
  58. PB - takde lah susah mana pun PB..ehehehe

    ReplyDelete
  59. untung bila hubby yang doktorkan
    senang saje...semua dia dah tahu
    dan boleh terangkan dengan detail lagi..

    ReplyDelete
  60. next time saya pregnant, saya nak buat la 3D ke 4D ke.. mahal dak?

    ReplyDelete
  61. Daddyziyyad..tak sabar rasanya nak dia lahirkan..
    alhamdulillah..ada 2 hero...harap2 yang ke3 nanti heroin..

    ReplyDelete
  62. wah bestnya..apsal sy amik gambo guna henpon sgt buruk..sgt x saba nk beli kamera ni..

    tahniah ye daddyziyad..moga ibu n baby sihat selalu..

    ReplyDelete
  63. Doc, Timaseh lah. Baru tau tentang air ketuban tu. Masa peknen tiga2 anak dulu air tersangatlah kurangnya (kata doktor) .Maknanya kurang buang airlah budak2 tu ek ?

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum Dr...

    saya hanya mampu berkata Allahu Akbar....besarnya penciptaan-NYA...

    ReplyDelete
  65. bestnya kalo doc ms scan eliss dulu terangkan mcm ni :p ni duk main agak2 ajer itu apa , ini apa :p

    ReplyDelete
  66. salam bro....
    nak tanya sikit neh, ko dulu gi Bali amek supir x? kalau ada, ko leh bagi no fon supir ko x? aku tgh deal ngan beberapa pak supir ni..
    hope ko boleh tolong aku...tq

    ReplyDelete
  67. Terima kasih di atas penerangan tu. Tiba2 rasa nak minta emak Adam mengandung sekali lagi hahaha

    ReplyDelete
  68. first time makcik dapat tengok gambor budok dalam perut...so amazing..wah speking omputih lak...makcik nye gambor scan semue itam tak nampak bayang...huhuhu.....

    ReplyDelete
  69. memang seronok tengok hasil scan. selalu bawak balik tunjuk kat anak2 gambar adiknya. moga mommy ziyad selamat. tak lama dah. saya ni cukup dah 5 kot. now dah 38. energy masa yg ke 5 memang terasa drop berbanding ke 4 (age 29) coz masa yg ke 5 dah 36.

    ReplyDelete
  70. owh...den inga FL tu fetus lenght..hikhik..silap arr...skang br den tau... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...